Friday, December 31, 2010

Kelabu Mata Coklatku..

Contact lense aku dah sampaiii!

Buweeekkkk!! Nak muntah baca tajuk entry sendiri. Muahahaha. Hari tu ada order contact lense kaler kelabu uolllsss! Verangans nak mata kaler-kaler kononnya. So, dengan tak berapa pantas aku search lense online. Then, member ofis aku recommend satu online shop ni.. Browse-browse, pilih-pilih, aku order la yang kaler kelabu ni. Taknak la drastik sangat kan kaler tu. Agak-agak la wehhh. Muka melayu, toksah la nak pakai mata biru pulak. -_-"

Tunggu punya tunggu, semalam udah sampai. Teruja ni! Tapi, aku ni tak pernah pakai contact lense ni. Yer la, mata belum la rabun lagi so takde la maknanya aku nak pakai contact lense. Harus terkial la aku ni! Tapi dok geram tengok minah korea yang comelnya la hai pakai contact lense kaler2 ( ate, dah memang dorang comel!) Tak boleh jadi ni! Maka jom la perasan nak comelkan diri jugakk.

Tapi, aku belum la try lagi. Nanti kalau dah try aku tunjuk eh. Hopefully meletop la mata aku nanti. Hahahaha. Perasaannnn!!! *muntah*
Sent from my BlackBerry® smartphone

Wednesday, December 29, 2010

Nyanyuk ke apa?

Semalam aku baru start period.

Tengahari aku tido,nak recharge balik sebab malam bangun 2x bagi Humaira minum susu.

Bangun tido, pergi ladies room, basuh muka, gosok gigi, ambik air sembahyang.

Masuk surau, pakai telekung sembahyang zuhur.

Habis tahayat akhir, terfikir - Eh? Bukan ke aku period??

What la weyyyy! Nyanyuk sudey!

Iskkk...

Tuesday, December 28, 2010

Wujud lagi menatang ni? Tabik ar!!

Ok, ni bukan iklan tuala wanita ke apa eh. Tapi semalam aku pegi pasaraya kat area rumah aku, round-round tanpa arah tujuan nak tengok apa yang boleh dibeli (boleh?). Sekali ternampak benda itu dengan jenama itu bersekongkol dengan jenama pad lain yang dah glamer stok jadi diva dah.


Pada kawan-kawan perempuan baya-baya aku or tua sikit dari aku confirm la tau jenama Sanita ni. Alah, dulu mesti korang ada beli untuk mak-mak korang kan? Cuma dulu dia dalam kotak besar, takde la comel macam ni Pastu kalau beli roti kering pad ni harus tokey kedai tu balut dengan kertas sokkabar pastu siap masuk dalam plastik kaler hitam lagi. Hahaha.


That was the good old days la. Nowadays, this thing memang open. Siap ada commercial kat tv dengan teknologi baru pembuatan pad ni. Sampai Haikal pun kadang tanya apa benda tu dan aku terkial nak jawab apa. Haihhh! Mampuih nak menjawab...


Eh, tapi setelah sekian lama aku tak nampak brand ni, sekali nampak balik macam wah kagums! Dah la harga murah gila RM1.80 je.  Lama gila bertahan tu. Packaging pun dah comel tapi tetap lah warna kuning kan. Hehehe. Ntah apa-apa nampak benda ni pun kagum. :P


Sent from my BlackBerry® smartphone

Sunday, December 26, 2010

Apa keje la dua beradik ni..

Lepas sidai kain tadi En. Hubby pergi park bakul kat hall. Lepas tu dia letak pulak Humaira dalam bakul tu.. Dan-dan tu pulak la si Haikal nak join ssekali masuk bakul.

Tengok je la keje dua beradik ni. Dalam bakul pun jadi. Lantakk, janji korang happy, tak meraung memekak sudahhh!
Sent from my BlackBerry® smartphone

Wednesday, December 22, 2010

Threading.. Ooouuuccchhh!!!

Semalam nak keluar dengan En. Hubby. Sebelum pergi jumpa dia sempat la aku pergi threading kejap kat satu kedai kat Sri Serdang ni. Ni pun kawan aku yang recommend tempat. Tapinya aku ni tak pernah la pergi buat threading ni. 1st time la kira. Nervous jugak mak ni. Hehehe. Biasa aku cabut sendiri je, tapi ni dah lama tak cabut dah bertukar jadi semak samun eyebrow aku ni stok semut pun boleh sesat dalam tu aku rasa. T_T.

So, aku pergi. Orang pun tengah takde. Dia baru settle threading sorang minah ni. Oh, tukang threading dia Melayu. Aku duduk, bagitau nak threading semua pastu dia pun start.

Huwaaaaaa!! Sakittttt! Gila aku rasa sakit sebab dia cabut sekali banyak kan. Sampai terkeluar air mata aku. Huhu. Siap aku rasa kebas je tang kening tu. Macam bengkak pun ada aku rasa. Aduiiii!


Tapi bila dah tunjukkan hasil, wah berbaloi la tahan sakit pun. Alah, kejap je sakit tu. (Padahal dah siap nanges tu. LOL!)


Gambar before and after. Hehe. Gila camwhore, semua pun nak ambik gambar. Apapun, gambar lepas buat threading tu nampak la kemas dan bersih sikit semak kat kening aku tu. Jadi lepas ni boleh buat lagi. Sakit pun sakitt laaahhh..!


Sent from my BlackBerry® smartphone

Tuesday, December 21, 2010

Buku Cerita Zaman Hingusan..

Hola.. Hola.. Lama dah update.. Ada je cerita, tapi bila sampai time malas nak taip... Hehe.. Dok la baca blog orang, haih! Apa nak jadi ni? Update! Update!

Eh, korang ingat tak masa zaman korang sekolah rendah ke, sekolah menengah ke, sekolah tadika ke buku cerita apa yang korang suka baca? Genre apa? (Ceh, zaman dulu mana tau genre2 semua ni!) Aku tiba-tiba teringat tadi.. Sebab tiba-tiba macam terindu dengan buku-buku cerita aku tu.. Sayang gila la entah mana pergi.. Aku rasa tinggal kat rumah mak aku kot.. Tapi dah berzaman punya buku harus dah kene campak tong sampah. T_T

Masa aku zaman sekolah dulu, ada sorang kazen aku (dah arwah dah. Al-Fatihah) yang kira concern pasal pelajaran aku la.. So, everytime aku score dalam exam dia akan bagi aku hadiah buku.. Alah, time tu, dapat buku pun dah teruja lebih..! Cuba kalau budak sekarang, harammmm.. Mau PSP la, PS2 la, HotWheels la, vacation la, handphone segala.. Mewah eh budak sekarang? Aku dulu, buku punnnn, macam dapat apa! Terkinja macam monyet! Senyum sampai belakang kepala! Hahaha.. Bukan sampai telinga lagi dah!

Alah, bukan la buku apa sangat pun.. Kazen aku suka beli buku ala-ala penyiasatan budak-budak macam Enid Blyton, Alfred Hitchcock, Nancy Drew macam tu.. So, bila baca buku tu mula la berangan konon-konon jadi penyiasat la jugak.. Siap buat group penyiasat dengan anak-anak jiran aku.. Hahaha.. Bungoks je.. Siasat anak ayam hilang la, apa la.. Tapiiii, aku la jadi ketua.. Haha, taknak kalah tu! Hmm.. Nampak sangat la budak-budak kan, semua pun nak berangan..

Enid Blyton

Alfred Hitchcock and the Three Investigators in the Mystery of the Green Ghost
Alfred Hitchcock.. Favourite sangat.. Rasanya budak-budak penyiasat ni dipanggil the Hardy Boys..

Rasa nanti macam nak carik balik ah buku-buku ni boleh bagi Haikal & Humaira nanti.. (termasuk aku sekali la tu menyibuk).. Since dah ada anak ni, takde masa ar nak baca novel-novel segala ni.. Baca paper pun kat ofis.. Kalau tak, takde makna.. Asal aku pegang buku je, mula la si kenit aku tu pun nak makan buku jugak.. Haih, bagi nestum takmo makan, buku pulak nak makan..!

So, korang baca buku apa?

Friday, December 17, 2010

Tragedi Disember..

Hari Isnin hari tu terjadilah satu tragedi yang tak berapa ngeri tapi tu pun Alhamdulillah sebab kalau salah timing mungkin akan jadi tragedi ngeri..

Hari Isnin hari tu En Hubby accident kat area Prescott Inn Kajang. Dah la jalan tu tengah bandar kan.. Dia nak mengelak dari satu kereta yang keluar dari simpang tapi biasa la bila bawak motor, ngelak sikit pun dah terhuyung-hayang maka jatuh la En Hubby tergolek atas jalan .

Nasib baikk lah time tu kereta tak banyak lalu lalang, so selamatlah En Hubby aku tu.. Aku dok bayang kalau la ada kereta kat belakang ke apa yang tengah laju sekali langgar ke apa kan? Adoii, taknak bayangkan. Alhamdulillah sangat. Just luka kat kaki dengan bahu, tapi motor agak calar balar dan En Hubby tensen sebab motor baru..Huhu.. Eh, motor boleh carik ganti tau. Nyawa kalau dah takde kau boleh renew ke? Haihh!

Aku pagi2 tu dapat call terus mencanak pergi sana. Dia dah terduduk kat tepi jalan tu, ada la kawan2 dia datang tapi semua stok naik motor.. So, aku lah yang angkut dia pergi Hosp. Kajang. Sakit pinggang aku weh tolak dia naik wheelchair.. Walaupun En. Hubby spesies kerempeng tapi berat seh! Haih, hujung tahun nak mintak bonus lebih ni! Hehehehe..

Ok, yang melanggar pulak.. Adalah spesis bongok nak mampus! Satu hari aku wasted pasal itu mangkuk berayun. Korang bayang eh, dari pagi lepas accident tu En. Hubby nak buat report, diorang taknak.. Kata takpe la, pergi hospital dulu semua nanti diorang bayar kerosakan. Okeh, rasa macam sedap hati la kan? Orang ni nampak macam responsible.. Tapiiiiiii, tongokkkkk!

Dah habis settle x-ray semua kat hospital, dapat MC segala, gi bengkel tempat bawak motor. Aku tak berapa la nak faham pasal motor-motor ni kan, tapi diceriterakan kat aku motor tu spare part mahal sebab takde jual kat kedai motor biasa. Kena order from kilang. So tokey kedai kira-kira adalah dekat RM800 nak repair kerosakan segala. Sekali itu mangkuk berayun bising-bising kata mahal sangatlah semua.. Eh, tadi bukan kau yang kata nak bayar. Hah! Silakan la bayar kan? Takkkkk.. Kepochi gila! Lepas tu kata nak bayar half. Takpe la lagi kan? Tak habis lagiiii..

Diorang blah sebab tak percaya barang motor En. Hubby takde kat kedai motor.. So, konon nak pergi survey sendiri nak tengok harga and betul ke quotation yang tokey tu kasi.. Siap nanti kata jumpa petang nak bagi duit semua.. Kitorang call-call tak angkat.. Mula la dalam hati menyumpah ni! Masa tu dah petang dalam 4 lebih kot.. Accident tu pukul 9.30 am.. Bayang la berapa lama diorang ni dok lengah masa. Cibais la!

Then kitorang gi carik wife mangkuk ni, sebab wife dia keje kat Prescott Inn tu.. Cerita la kat dia semua.. Ikut hati aku nak je mintak berapa je yang dia ada masa tu bagi.. Tapi takkkkk! En. Hubby pulak spesies gatal nak considerate konon.. Siap kata takpe la, kalau takde duit sekarang hujung bulan pun takpe.. Nak aje aku ketuk kepala dia.. Tapi karang kata derhaka pulak! Maka aku imagine je dalam kepala aku ketuk kepala dia! -_-"

Masa ni dah 6 lebih ni! Lepas tu wife dia call kitorang, kata tak nak bayar sebab banyak sangat RM400 tu, so suruh kitorang buat report! Apaaa! Buat report! Fundekkk la! Buang masa aku la weh.. Satu hari suntuk tunggu kau, pastu baru nak suruh buat report padahal dari pagiii tu En. Hubby nak report mangkuk ni taknak.. Haihhh..! Nak aje aku sula mangkuk ni!

Makanya kitorang buat la report tu pun dah dekat maghrib.. Claim insurans untuk repair motor. Dah settle.. Kalau dari awal gitu, dah lama aku boleh melepak kat rumah rehat.. Dah la jadi tukang tolak wheelchair, jadi supir lagi.. Aku yang penat.. Err.. Aku ikhlas la tolong En. Hubby.. Tapi geram dengan mangkuk tu! EEEeeeeeii, memang aku sumpah tak aman hidup 7 keturunan! Ptuuiiiiii!

Friday, December 10, 2010

Basi kah?

Confirm! Memang cerita basi.. Huhu.. Gila pemalas aku ni nak update.. Lately ni mood kurang mari ah.. Penat kot.. Humaira dah lasak sangat sekarang.. Nak tengok dia diam adalah pada masa dia tido aje.. Kalau tak, hambik kau.. Sekejapppp je dia dah ntah ke mana-mana.. Hoh! Belum dapat kaki lagi tu.. Baru standard merangkak laju-laju aku dah letih.. Bayangkan la kalau dah berjalan? Harus aku ikat je budak ni.. Hehehe..

Ok, berbalik pada cerita basi aku.. Gila punya basi pasal cerita Raya Haji.. Hahahah.. Daging korban pun dah habis, lagi nak cerita.. Takpe, blog aku suka aku la kan nak cerita basi berulat sekalipun.. :D

Raya Haji hari tu kitorang tak pergi beraya mana-mana pun. Pagi tu En. Hubby bawak Haikal pergi tengok orang sembelih lembu.. Pastu diorang balik, siap-siap, kitorang keluar tanpa arah tujuan.. Sekali, En. Hubby terus bawak gi Zoo Negara.. Hahahaha.. Gilos.. Raya-raya pergi Zoo.. Jumpa sedara kat situ la pulak.. 2-3 Tahun sekali je nak jumpa kan.. Nasib anak dara aku tu sangat la elok perangai duduk je dalam stroller tak mengamuk tak apa.. Baguss.. Macam ni lah ibu sayanggg.. Takde sibuk menggeliat nak suruh dukung segala.. Lain kali boleh bawak jalan-jalan lagi.. Gambar ada la ambik tapi mostly dekat En. Hubby.. Layan aje la gambar dari kamera telefon aku yang tak seberapa ni eh.

Tengok kaki parking kat mana?? Amboi adikk.. Kau tu anak dara tau?

Sape lagi besar?? Haikal pun dah separuh badan abah dia.. -_-"

Time ni Haikal dah cakap, "Haikal penat la ibu.." Tu yang tumpang stroller adik dia.. Dah satu keje nak menolak dua-dua..

Sampai petang jugak la merayau dalam Zoo tu.. Dah la petang  hujang.. Stuck dekat tempat reptilia.. Lepak jap kat situ tunggu hujan berhenti.. Tak pasal je.. Tapi yang bagusnya, balik tu, dua-dua anak aku membongkang tido.. Letih la tu konon, padahal bertolak je atas stroller.. Haih!

Kisah tak berapa basi ada jugak.. Hehe.. Cuti Awal Muharam hari tu macam biasa, misi berjalan tanpa arah tujuan.. Sekali En. Hubby belok masuk area Tasik Perdana terus gi Bird Park.. Mak aih, ramai jugak manusia.. Dah la kitorang gi parking kat area Planetarium pasal kat Bird Park tu parking full.. Menapak la pulak.. Gigih gila.. Nak bawak anakanda berdua tu punya pasal, menapak pun menapak laahhhh.. Boleh aku exercise sekali kan?

Masuk-masuk sekali kauu.. Admission fee dia: Adult RM20. Child RM10. Kitorang masuk, RM50. Pastu gi la beli air kan.. Ambik air mineral botol kecik dua ketul dengan keropok Twisties = RM13.. Mahal nak mampus.. Ceh.. Gila cekik darah.. Haih.. Pakkal la kat dalam tu memang takde kedai lain.. Kalau tak, memang tak keje aku nak beli air mineral 5 hengget sebotol!

Sampai-sampai tido dulu! Rambut pun dah serabai..

Antara burung yang ada

Burung yang ada merata-rata

Nak ambik gambar burung merah tu sebenarnya.. Udahnya cenonet je nampak kat hujung..

Lagi gambar diorang.. Gambar aku jugak takdok!

Burung hantu.. Burung ni memang hantu lah.! Time ni dia tengah tido tau, tapi bila aku nak ambik gambar dia, slow-slow dia bukak mata.. Pastu dia tutup mata balik, pastu bukak balik tengok aku.. Mesti dalam hati dok kutuk mengata aku la tu! "Sibukk je perempuan ni, aku nak tido pun tak senang.. *Sikit punya panjang caption daaaa*

Dah la aku rasa masuk dalam tu memang tak berbaloi bayar RM20 satu kepala.. Yang banyak kat situ pun burung merakkk aje lah.. Memang la burung kat dalam tu semua bebas berjalan.. Takde la dalam sangkar kecuali burung helang dengan burung hantu.. Yang lain semua lepas bebas.. Tapi yang bebas tu mostly adalah burung merak.. Hampagas..!

Tapi takpe la, demi anakanda yang teruja nampak burung live macam tu kan.. Hmmm. Layankan aje lah..


BebelBebel: Minggu ni lepak rumah je lah! Pergi birthday party kat Taska Haikal, pastu lepak rumah, tido!!


Saturday, November 27, 2010

Kenapa Time Macam Ni Selalu Rasa Nak Kentut??

Hehehe. Tadi masa sembahyang aku rasa nak terkentut. Lepas tu aku terfikir la kan, kenapa kita selalu rasa nak terkentut bila kita tengah sembahyang, atau lepas ambik air sembahyang atau masa baru nak start sembahyang. Memang setan eh? Ke aku je macam tu? Tapi kawan aku ada jugak mengalami benda macam ni.

Bungoks tau. Tak kusyuk nak sembahyang sebab dok tahan kentut. Haha. Sori lah ye, topik ntah apa-apa la pulak. Tapi benda ni common la weh. Dulu aku ingat lagi mak aku selalu dah siap pakai telekung tiba-tiba bukak balik nak pergi ambik sembahyang sebab kentut punya hal. Hihihi. Kelakar la pulak. Tapi kalau kena kat diri sendiri memang sakit hati giler. Ye la, time lain taknak keluar, time nak sembahyangg la dia berlumba-lumba dok kat hujung bontot. Nak kena kurangkan la angin dalam badan ni kot.

Ok lah, saje je nak story pasal benda ni sebab selalu sangat lah rasanya aku mengalami. Tensen mak. Korang sama tak?
Sent from my BlackBerry® smartphone

Thursday, November 25, 2010

Petua Anak Cepat Bercakap

Hola.. Lama je tak update eh? Malas nak transfer gambar lagi sebab cerita-cerita mostly kena ada gambar baru macam syiok sikit nak story.. By the way, ada member bagi petua ni dekat FB.. So, aku rasa ramai je yang ada anak kecik-kecik, yang baru nak start bercakap kan? Moh la kita cuba petua ni mana la tau menjadi pulak ke.. Bila anak dah start bercakap ni memang best melayan (tapi bila dah besar sikit mula la jadi malas nak layan pasal banyak tanya la pulakk!! Haha).. Antara petua yang boleh dicuba:

1.  Perlu selalu berkomunikasi dan berinteraksi dengan anak-anak dari usia mereka masih bayi atau ketika mereka masih belum lagi pandai bercakap.. Haa.. Kira tak kisah la anak korang ni faham ke tak korang meraban apa, janji korang expose kan diorang pada komunikasi.. Kadang budak-budak ni memang la tak faham, tapi diorang boleh concentrate tengokkk je kita cakap dengan dia macam faham pulak.. Kan? Kan?

2.  Gunakan ayat yang pendek dan mudah.  Apabila mahu menerangkan sesuatu kepada anak anda, pastikan ada ruang (pause) antara satu ayat dengan ayat yang lain supaya anak anda berpeluang untuk member maklum balas atau tindak balas. Jangan pulak la korang guna ayat bombastic, fantastic segala pulak.. Poning kepala anak korang nanti.. Cakap pun slow-slow bukan laju-laju macam keretapi.. :)

3.  Mimik muka anda semasa bercakap amat penting.  Mestilah bersesuaian apabila menyampaikan sesuatu maksud perkataan atau ayat.  Macam jangan la bila cakap benda happy-happy muka korang stone je takde perasaan kan.. Hahaha..

4.  Selalu membacakan buku untuk anak dan meluangkan masa bercerita kepada anak. Maybe boleh try baca bed time story sebelum tido ke.. Tapi aku memang takde masa la nak buat yang ini.. Huhuhu.. Setakat beli buku bergambar kat diorang ada la.. Tapi nak bacakan buku tu, tak tercapai lagi.. (-_-")

5.  Dedahkan anak anda kepada interaksi sosial kerana dengan cara ini anda memberi peluang kepadanya mendengar perbualan di samping berjumpa dengan orang yang baru dikenali. Kalau korang borak-borak ngan kawan korang ke, boleh la anak korang tengok cara korang communicate kot.. Tapi make sure jangan cerita topik yang XXX ke, atau carut marut ke, mana-mana yang negatif la.. Budak-budak kalau bab-bab macam cepatttt je ikut.. So, sila berhati-hati bab-bab macam ni..

6.  Anda mesti menjadi pendengar yang baik dan memberi perhatian serta cuba memahami apa yang cuba disampaikan oleh anak.  Jika apa yang disebutnya tidak jelas, anda mesti bantunya dengan menyebut beberapa perkataan yang anda rasa mungkin itulah yang cuba disebutkan oleh anak anda.  Biasa la, budak-budak kadang pelat kan.. So, maybe ada perkataan yang korang dengar macam pelik, tapi try sebut benda-benda yang agak-agak sama bunyik.. Macam Haikal dulu selalu sebut tekak = tegak, kelapa = kapada, nabi = babi (ooppsss.. ni memang terusss aku betulkan.. T_T ) and a few lagi lah.. Tapi jangan la korang betulkan sampai marah-marah pulak.. Kang stress budak tu gagap pulak jadinya..

7.  Amalkan selalu menyanyi bersama-sama anak anda.. Hah, ni pun aku selalu jugak buat.. Sebab budak-budak memang suka menyanyi.. Lajuuu je hafal lagu kan.. So, lagi senang ajar diorang guna method ni..

Tu la antara tips/petua yang dia kasi.. So, boleh la cuba kat anak-anak korang eh.. Lagi satu, aku rasa pun penting jugak ni.. Kita kadang-kadang bila cakap dengan budak-budak suka pelat-pelat.. Contoh: ala tayang ni.. Tomeynya.. Bucuk manja ibuu.. dan yang sewaktu dengannya lah.. Bagi aku, baik cakap guna perkataan dan bunyi yang betul.. So takde la anak tu jadi pelat.. Sebab diorang ni selalu dengar dan ikut je apa kita cakap or buat.. Jadi baik start dari awal jangan pelat-pelat dengan diorang..

BebelBebel: Haikal pun pelat jugak sikit-sikit. Penat mau betulkan kadang-kadang.

Tuesday, November 16, 2010

Dove..

Tak habis lagi story pasal rambut.. Dek sebab aku pun ada jugak dandruff, yang aku rasa antara penyebab kepada keguguran rambut aku, aku sekarang pakai syampu ni!!




Dandruff Therapy by Dove.. Hah.. Best! Rambut pun jadi lembut.. Bau pun sedap.. Dan rasa ada perbezaan selepas memekakai baru 5 hari.. Aku memang syampu rambut hari-hari.. Ikut petua Hanis Zalikha : basuh syampu dengan air panas dan basuh conditioner dengan air sejuk.. Rambut jadi extra lembut je rasa.. Takde la macam bila aku pakai syampu Loreal ke apa, rambut ok, tapi dandruff pulak datang.. Bila aku pakai Head & Shoulders, dandruff kurang tapi rambut macam kejung pulak! So, Dove ni buat dandruff hilang and at the same time rambut lembut gituuu.. Takde la macam penyapu pulak kan.. Puas hati lah!

So, bertekad ni! Kalau lepas ni dandruff dah ok, aku nak pakai Dove Hair Fall Therapy pulak.. Nak control keguguran rambut pulak la kan.. Pasni sume set! Muka dah ok laa.. Takde la nak kata lawa bebeno kan.. Tapi kira ok laaa.. Janji takde jerawat kira ok la tu..! Kalau dulu, En. Jerawat suka jugak menyinggah, sekarang dah takde lagii.. Setakat lawatan bulanan, seketoi dua tu biasa la kan..

Okeh! Body?? Check!!! Hehehe.. Dah boleh masuk saiz S tu dah kira puas hati la tu.. Jeans zaman student dah boleh masuk, baru lah boleh sengeh lebar-lebar.. Hehehehe.. Menggelebeh sikit-sikit tu biasa la, dah keluar 2 orang dari perut ni kannn.. Takkan tetiba semua nak mantap pulak kan.. Slow-slow.. Tang perut ni degil sangat! Biasa niii!! Kalau la boleh main tarik-tarik je lemak ni kan.. Huhuhuhu..

Sekarang, misi mau cantikkan rambut pulak.. Baru la complete! Baru lah En Hubby tambah-tambah sayang!  Hehehe.. Sayang la sangattt kan.. Payah betul jadi perempuan ni.. Dah kawin kene mengandung, tak mengandung, mak mertua mengata pulak.. Kang laki carik lain pulakkk.. Bila dah mengandung kene beranak, bila dah beranak body dah lari pulakkk.. Satu keje nak kene maintain balik.. Kalau tak, laki komplen pulakk.. Lelaki je simple.. Tambah kalau En Hubby aku, huh! Body dok maintain macam tu je.. Tu yang dengan aku-aku terpaksa maintain sekali.. Cuba kalau dia membesar kan senang! Aku pun senang sikit, tak payah nak sibuk-sibuk.. Tapi pasal dia kecik, aku yang dah kecik ni pun rasa tak cukup kecik!! (Ceh, takde la kecik sangat aku ni punnnn... ) 

Eh, melalut pasal body ni apasal pulak?? Padahal nak cerita pasal syampu aje.. Kalau bab merepek tu lajuuu je.. Ok la, lain kali merapu lagi.. Selamat Menyambut Eidul Adha to all muslims..  Aku tak balik mana-mana pun.. Entah, rasa tak feel sangat pun Raya Haji.. Cuti pun sehari je.. Eh, dok melalut lagi.. Ok, kali ni betul-betul habis.. Hehe.. Babaiii..

Wednesday, November 10, 2010

Keguguran...

Hah! Siapa pulak keguguran ni? Kesian tau.. Aku sendiri sedih tengok keadaan dia.. Tapi apa nak buat, dah takdir macam tu.. Kena la terima.. Tapi sampai bila?? Eh, apa yang sampai bila? Hehehe.. Aku kesian kat kepala aku lah! Rambut kegugurannnnnn.. Huhuhu.. Macam daun kering yang jatuh kat depan rumah aku.. Yang bila aku pergi keje pagi elok clear, balik petang tengok rumah macam rumah dah kena tinggal setahun! Tskkkk...

Haa.. Cerita pasal rambut aku yang gugur ni.. Sedih oo tengok.. Kalau sapu rumah tu, memang penuh rambut.. Kalau time mandi, syampu pulak rambut.. Laaaagii hazabb aku tengok.. Penuh kat lantai.. Sekali tarik adalah 10 helai kot cabut.. Adoi la.. Dah tukar dah syampu, tak jugak berkesan.. Tak tau nak pakai syampu apa pulak.. Ni kira post natal la kot kan.. Humaira pun dah 7 bulan.. Tapi sampai bila hah simpton keguguran rambut ni? Ke aku je mengalami? Orang kata kalau anak main air liur rambut mak gugur.. Tapi Humaira tu takde la pulak main sembur-sembur air liur pun.. *Konfius* Tapi so far, kepala takde la botak pulak.. Sebab anak rambut pun banyak mencacak atas kepala ni.. Nasib baik tumbuh balik.. Hehehehe.. Kalau tak, mau je aku buat kenduri botakkan kepala aku pulak! :D

Tapi adalah tensi ok tengok rambut ko berlambak-lambak kat lantai.. Macam ada penyakit pulak.. Huh, takot.. Masa Haikal dulu ada jugak macam ni, tapi aku pulak tak ingat sampai Haikal umur berapa baru simptom ni stop.. Harap tak lama la kan.. Huhuhu... Tidaaakkk..!

Monday, November 8, 2010

Dua je cukup la.... kot?

Aku pagi-pagi pergi keje memang ikut highway and lalu tol.. Pagi tadi tiba-tiba terperasan ada poster tampal kat booth tol tu pasal budak hilang.. Aku pun tak sure la pulak pernah masuk berita ke tv ke apa, sebab aku memang la jarang ya amat tengok tv sebab di conquer dek Haikal selalunya.. Tak pun, kalau hadap tv confirm end up tv tengok aku.. Hahaha..

Okeh, tetiba aku rasa emo tau tengok poster-poster tu.. Aku macam, apa hal la eh? Takut tau.. Aku dok fikir sekarang boleh la aku kontrol anak-anak aku.. Boleh la aku pantau sampai ikutttt je bontot diorang mana pergi.. Tapi bila dah besar sikit esok? Dah start sekolah? Dah start pandai memberi hati dan perasaan cinta kat orang?(Ceh, ayattt.. ) Aku trauma la pulak tiba-tiba..

Orang lama-lama, orang-orang tua selalu la cakap, dulu-dulu anak berbelas orang boleh je jaga.. Boleh la nenek-nenek, makcik-makcik sekaliann.. Dulu-dulu apa sangat la sosialnya?? Paling-paling pun bersosial kat kenduri layan joget lambak.. Sekarang?? Laman sosial pun melambakkk.. Clubbing lagi.. Macam-macam benda lah! Oh, dari sekarang aku kena fikir cara nak memantau diorang di masa depan ni!


Bila dah trauma macam ni, aku rasa cukup la kot 2 orang anak je kottt.. Jadi la kan.. Tak tau la kalau ada rezeki di masa depan.. Tapi buat masa ni, cukup la untuk aku.. Takutt la.. Zaman sekarang cabaran jaga anak bukan senang ooooo.. Harap Allah selamatkan anak-anak aku dari gejala-gejala tak baik sepanjang hidup diorang.. Aminnnn...

Wednesday, November 3, 2010

My prince & princess

Mula-mula Humaira tengok dari jauh je.. Tiba-tiba boleh pulak ada dekat Haikal. Haha.

Anak dara aku sekarang ni memang suka menyibuk dengan abang dia. Selalu sangat menyelit kat si Haikal. Apa yang Haikal main, dia pun nak jugakkk. Adoi la.. Haikal pun kalau angin baik mau la dia kasi mainan kat adik dia.. Bila angin ribut datang, mengamuk la jugak dia. Jenuhhh!!

Tapi sebab diorang berdua ni la terasa meriahh sikit rumah aku ni. Kalau dulu Haikal sorang, memang la meriah jugak, tapi ni laaaagiiii meriah!! Agaknya kalau orang yang anak ramai2 tu entah macam mana la riuhnya kan?? Hehehe.

Humaira sekarang dah pandai main, duduk, tepuk tangan.. Owh, dah pandai jugak pukul Haikal! Kecikkk je tangan dia melepuk si Haikal. Tak pun tarik rambut. Tu standard la kan. Haihh, tak padan kecik.

But then so far aku tengok Haikal sayang adik dia. Kalau cikgu kat taska kata nak ambik adik, ohhh jangannn. Dia tak bagi oooo. Kalau tanya dia sayang adik tak? Dia jawab sayang, siap peluk cium adik dia. Tapi bila tanya nak jaga adik tak?? Lajuuu je dia jawab taknakkkk.. Hahaha. Takpe lah, baru 3 tahun, tak faham maksud jaga adik lagi kot. Yang penting dia sayang adik dia. :)

Lepas ni nak perbanyakkan family activity untuk diorang ni. Nak diorang jadi close siblings. Nak diorang sayang sesama sendiri. Nak diorang take care sesama sendiri. Taknak masa kecik je rapat, bila besar buat hal masing-masing. Harap berjaya. Aminnn.
Sent from my BlackBerry® smartphone

Lelaki memang ego, tapi last-last pakai idea aku jugakk..

Hah, tak pasal panjang pulak tajuk entry aku ni. Bukan apa, geram la weh.. Tak pasal hari ni aku lambat pergi kursus pasal malam semalam En Hubby berjaya menge'lock'kan kunci kereta dalam kereta yang mana handbag aku pun ada dalam kereta tu yang mana jugak spare key kereta ada dalam handbag aku tuu!! Tak ke hangennn! Tapi biasa la, mesti aku jugak yang tak betul. En Hubby dok bising kenapa letak spare key dalam handbag.. Padahal dia jugak yang suruh spare dalam handbag sebab kes ter'lock' before ni.

Then pagi tadi la baru nak try bukak lock tu. Aku ade la bagi suggestion nak buat macam mana kan.. Takkkkk... Dia nak tunggu jugak kawan dia datang, dok godek sana-sini. Aku tengok memang bertungkus lumus la diorang. Lupa pulak nak ambik gambar. (-_-")

Last-last berjaya la bukak. Ayat En. Hubby yang best dengar kat telinga aku. "We're using your method". Tu lahhh! Kalau dari awal gunapakai idea aku, dah lama settle agaknya. Tapiii, yer la, kata aku ni perempuan. Mana la tau apa-apa pasal kereta kononnya.. Tapi takpe la, janji kereta berjaya dibukak. Kalau tidak, En. Hubby sebenarnya nak pecahkan je cermin tingkap tu. Wahhh, banyak duit nak ganti cermin baru?? Baik bagi aku duit tu.. Hehehe.

Ok lah, nak sambung dengar ceramah. See u on next entry. :)
Sent from my BlackBerry® smartphone

Monday, November 1, 2010

Kedut-kedut dah..

Pagi tadi tengah bersiap-siap nak mekap-mekap nak pegi keje, saje la aku membelek-belek muka.. Sebelum ni bukan la tak belek, tapi tengok gitu-gitu aje.. Hari ni saje nak menelek lebih pulak.. Sekaliiii, aku terkejutttt..!! Bawah mata dah ada kedut-kedutannn gituu.. Arrghhh, tidakkkkk!!
 
 

Itu la akibatnya bila tak cukup tido menjaga anak siang dan malam.. Eh, siang takde la, sebab aku keje kan.. Tapi weekend aku jaga la siang.. Tapi malam?? Tak kira keje atau cuti, yerrr, aku lah tukang bangun tengah malam buat susu walau berapa kali pun anak aku merengek.. En. Hubby memang sangat lena tido sampai aku rasa letak bom kat sebelah pun belum tentu bangun.. Rasa nak penyek-penyekkan muka dia sebab geram tengok dia tido boleh buat bodoooo je macam tak dengar (atau memang ke dia tak dengar?) suara anak tu merengek.. Menci tau!


Tapi biarlah.. Itu lah pengorbanan seorang ibu.. Itu kira ciputtt je tu.. Setakat berjaga malam, apalah sangat kan.. Banyak lagi dugaan dan cabaran nak jadi ibu nih! Nanti bila anak aku dah besar aku nak tunjuk mata aku yg kerepot ni sebagai bukti jaga diorang tengah malam.. Amboihh! Berkira kah?? Hahahahaha.. Hampeh punya ibu la nih..

Tengok kedut-kedut ni baru lah sedar sikit diri tu dah tua.. Tahun depan dah nak masuk era 30-an.. Huhuhu.. Takpe, tu tahun depan punya cerita.. Tahun ni masih boleh berlagak dengan En. Hubby sebab masih berumur 20-an (walaupun dah hujung-hujung kannn?)

Biar lahhh.. I want to be old gracefully.. (Cakap je la kau tak mampu nak beli segala krim pencegah kedut segala..Tssskkk).. To En. Hubby, terimalah keadaan dinda seadanya ye.. Jangan nak komplen lebih-lebih.. I tau la U awet muda... (Badan je nampak muda, muka dia tua jugakk!)

Wednesday, October 27, 2010

Uhukkk.. Uhukkkkk..

Minta maaf la yer.. Tuan tanah adalah kurang sihat.. 1 family pun tak sihat.. Ada yang batuk, ada yang selsema, ada yang sakit 'tegak' (haikal cakap tekak tu tegak, hehehe).. Musim kot.. Rata-rata kawan-kawan and anak kawan-kawan sama je penyakitnya.. Kalau pergi klinik fuhhh memang penuh mak bapak bawak anak-anak kecik besar semua.. Hmmm.. Macam tu la bila dah ada anak, macam-macam kita buat untuk ensure diorang dalam keadaan terbaik yang termampu kita bagi kat diorang..

Lama jugak tak update ni.. Ntah, malass je.. Hehehe.. Awal-awal je semangat nak jadi blogger tegar, sekali kau, malas jugak.. (-_-").  Sekarang memang mode malas.. Malas nak update blog (baca blog orang rajin!), nak layan orang pun malas ye..  Sampai ada certain-certain people dalam list handphone aku, aku dah block tanak receive call diorang..  Serius malas.. Jiwa kacau kot, ntah.. Takde problem apa pun.. Setakat problem cipuit2 tu biasa la.. Bukan manusia la pulak kalau takde masalah kan..

Paling best dan paling mengubat jiwa ialah dengan melayan anak teruna dara aku tu.. :)  Malas la nak cerita panjang kan, nanti korang kata balik-balik cerita anak.. Kita layan gambar je la eh..






Very close siblings!! Harap diorang tetappp close macam ni sampai diorang besar walaupun besok dah kawen beranak-pinak.. :)


Main game apa ntah 2 beradik ni..
Ni kenapa pulak posing macam ni? Letih sampai kepala kena parking atas kerusi.. :D

Wednesday, October 20, 2010

Akhirnya dapat tengok tv cerita yang aku suka

Tengok! Elok je dia lepak tengok tv kat bilik belakang. Baguss!!

Weekend hari En. Hubby dah set up kan tv kat bilik Haikal kat belakang. So, secara officialnya Haikal lepak bilik belakang je kalau nak tengok cerita favourite dia (Ultraman, Ben10, dan kartun2 yang sewaktu dengannya) =_= Minggu lepas jugak aku beli dvd/vcd cerita2 favourite dia tu. Senang, apape aku on je dvd tu, pandai la dia duduk diam-diam dalam bilik. :)

Lega la sikit aku rasa. Takde la dia nak memekak kat depan ke apa kan. Kalau tak malam2 ke atau weekend ke tak merasa la kitorang ni nak tengok cerita kitorang. Asikkkk la astro ceria, disney chanel semedang. Aku ni dah naik hafal cerita kat chanel2 tu tau. Dialog MickeyMouse clubhouse, lagu Dibo semua aku boleh ingat. Haha. Dah macam aku pulak budak-budaknya. Tepu otak aku tengok kartun. (-_-")

Hah, sementara dia layan tv, Humaira pun dah tido ni, aku nak gi basuh kain kejap pastu layan favourite show aku pulakk. Lega dapat conquer tv balik! (^_^) Errrr.. En. Hubby, kalau nak tengok cerita favourite awak, sila la beli tv lain yer. :D
Sent from my BlackBerry® smartphone

Tuesday, October 19, 2010

Testing!!

Saje mau testing menjadi ke tidak. :)
Sent from my BlackBerry® smartphone

Monday, October 18, 2010

Terpaksa..

Yaa.. aku terpaksa mengorbankan nak beli eyeliner baru dan lite-lite barang mekap aku yang dah hujung-hujung sebab tiap-tiap hari Haikal nak beli milo kotak dengan coklat (wajib!).. Katanya dah hujung bulan kan.. Harus duit aku pun hujung-hujung la jugak.. T_T.. Tapi biasa la, bila dah menjadi kaum ibu ni memang tak kisah sangat keperluan sendiri.. Aku korek balik beg mekap aku lagi satu tengok-tengok ada la lagi satu pencil eyeliner yang dah kontot.  Jadi la buat conteng muka lagi seminggu nak gaji ni! :)

Kisah malam tadi, Humaira dah tido awal.. Sekarang dia memang dah senang dah tido.. (^_^) Tepuk lite-lite je dia tido da.. Kira sejak aku bawak dia balik memang aku tak masukkan dia dalam buai pun (masa duduk dengan opahnya, pakai buai..) So, memang masa ambik dia hari tu, dah berazam nak train Humaira tido kat bawah.. Alhamdulillah berjaya! So, dalam pukul 9.30pm macam tu dia dah selamat dah tido.. Biasa memang dia tido dekat hall, bila kitorang dah nak masuk tido baru angkat dia masuk katil..

Jadinya pada ibu-ibu yang ada baby kecik macam aku ni memang adalah nikmat tak terhingga bila anak dah tido.. Bukan pasal nak melepak ke apa pun.. Tapiiiiii ini lah masanya nak menyettlekan keje yang dok tertangguh.. Masa ni la aku nak lipat kain ke, sidai kain ke, iron baju ke.. Kira banyak benda la boleh dibuat bila si Humaira ni dah tido.. Bukan la En. Hubby tak tolong ke apa, tapi biasa la lelaki kann.. Kang kejap panggil, tanya itu mana, ini mana.. Haihhh!! Peninggg..

Tapi baru je aku nak duduk keluarkan kain nak lipat, dah aku dengar suara si Humaira ni menangis! Sudahhhh.. Aku baru nak start punch-in shift malam pulakk.. Rupanya si Haikal kacau adik dia tido.. Dah bangun pulak si kecik aku tu.. Huhuhu.. Sekali En Hubby pun geram jugak pasal dia nak melepak tengok tv.. Maka kene denda la si Haikal.. Nak tau kena apa??

Abah dia suruh dia tidokan adik dia balikk.. Letak je Humaira kat atas riba Haikal, suruh Haikal tepuk sampai tido.. Cekout muka tensen si Haikal..

Nasib baik la memang waktu ni memang time tido Humaira.. So, kira kejap je la dia dah tido balik.. Kalau tak, masak la nak melayan dia main pulak ke apa kan..

Oh, tv kat bilik belakang akhirnya dah di set-up oleh En. Hubby.. Pasni boleh jadi pot Haikal tengok tv dan main.. So, tak payah nak memekak kat depan, tak payah nak sepah mainan kat hall.. Jadi pot aku jugak bila nak lipat kain dengan gosok baju! :D Suka.. Sukaa! (Semalam dah rasmi, lipat kain dengan gosok baju sambil tengok Smallville, takde la sangap sangat.. Hehehe..)

Kenapakahh??

Mmmm.. Lately ni aku perasan aku adalah sangatttt pelupa.. Gila-gila punya pelupa. Apa kena ntah? Nak kata aku makan kepala ikan, takde la pulak.. Aku tak minat kepala ikan, kecuali la kepala ikan besar yang sedap dibuat masak kari ke asam pedas ke.. Nom.. Nom.. Eh, teringin la pulak nak makan kari kepala ikan.. T_T

Simptom pelupa ni dari dulu memang la ada.. Standard la kan, lupa sikit-sikit.. Sebab pre-occupied dengan banyak benda.. Tapi lately ni mak aihhh, melampau sungguh.. Rasa dah jadi macam si ikan Dory, ada short term memory loss ke apa.. Ke aku banyak makan semut kah? Tapi mana ada semuttt.. Semua air, makanan semua aku scan dulu sebelum aku telan masuk perut..

Contoh keterlupaan melampau aku:

1.  Aku TERlupa yang aku rebus botol susu Humaira kat atas dapur.. Nasibb tak kering air kalau tak mau meletup dapur aku.. Huhuhu...

2. Aku pakai cincin, emmmm, macam mana nak explain eh.. Jap.. Aku pakai cincin dekat dua jari, dekat jari manis dengan jari hantu.. Sekali dua-dua cincin tu aku pakai kat satu jari je, kat jari manis je.. Bila masa aku alih cincin tu? Memang tak ingat!! Duhh..!

3. Ni antara yang paling kronik kot.. Aku pagi-pagi biasa la bangun nak pegi keje.. Mandi segala la kan.. Pastu ambik sepentot aku dalam almari.. Sekali aku pusing-pusing satu bilik carik mana sepentot aku sebab aku rasa aku dah ambik dari dalam almari.. Tak jumpa!! Aku dah ala-ala misteri nusantara ni.. Dah fikir toyol mana pulak curi sepentot aku.. Dah tak curi duit lagi dah kot.. Sekali kauuuu, rupanya aku dah pakai sepentot tu.. Hahahaha.. Gila la.. Bila masa aku pakai??!!

Itu la antara keTERlupaan aku yang aku rasa OMG (oh memang gila!).. Yang lain-lain tu memang lupa biasa-biasa lah.. Tapi tak pernah lagi aku TERlupa nak bawak BB aku pergi mana-mana pulak! :D Tapi kenapa boleh jadi pelupa sampai macam tu eh? Scary pulak la rasa.. Tssskkk..

Tuesday, October 12, 2010

Makeover

Hoho.. Jumaat lepas member aku mintak aku jadi model tempelan.. Haha.. Apakahh?? Takde la, member aku ni baru je berjinak-jinak merpati dalam dunia make-up ni.. So, hari tu dia ada cakap kat aku, kalau aku ada free time ke apa, mintak aku datang tadah muka untuk dia conteng-conteng nak sharpened skill make-up katanya.. Aku pun, takde hal la kan.. Tolong kawan-kawan apa salahnya.. Bukan susah pun, tadah muka je.. Dapat lepak tempat best, ada aircond, air sejuk+air batu lagi, makan nasik lauk ayam free pulak tu.. What the hal la kan?? :)

So, last Friday, sempena meraikan bos aku cuti tak masuk ofis, aku pun laju la call member aku kata hari ni free kalau nak make-up time lunch hour.. Since sama-sama kerja government kan, lunch hour hari Jumaat adalah panjang so sempat la nak make-up kan? Nasib la dari UPM ke Putrajaya tak jauh.. Singgah ofis dia dulu, then baru gi rumah dia kat Presint 11..

Sampai-sampai, harus lepak dan makan dulu.. Perut kena kenyang baru boleh tadah muka.. Baru berseri tu lebih sikit.. Hahaha.. Mari tengok hasilnya.. Cekout!

Muka sebelum di make over kan.. Pucat eh.. Mata aku lebam!! (Sila ikut dialog Ahmad Nisfu dalam Pendekar Bujang Lapuk)
Proses menconteng muka supaya jadi sedikit berseri dari gambar di atas..
Tu diaaa.. Dah menjadi kan?
Tadaaa.. End product.. Eh? Macam apa la pulak kan.. Hehe.. ini la hasilnya.. Hilang sudah lebam di mata.. Wonders of make-up!!
Posing lagi..

See?? Overall aku berpuas hati la dengan hasil kerja tangan kawan aku ni.. (kata free kan?) hahaha.. Tak ah, memang ok.. Tak tebal sangat.. Memenuhi ciri-ciri make-up yang aku suka.. Sebab aku tak suka make-up tebal-tebal.. Aku suka kaler natural aje.. So, kalau ada yang berminat boleh la cuba contact Danna Arissa ni ye.. Harga boleh dirunding mengikut tema make-up cik-cik dan puan-puan sekalian.. Apapun saya tak pasti dia make-up kan tak 'tuan-tuan' jugak ke apa, sila la hubungi tuan tanah sendiri untuk kepastian.. :P

By the way, hari tu aku tak sempat masuk ofis sebab hujan lebat gila dekat rumah dia sampai aku rasa takut apartment dia tumbang.. Huhu.. Gila kuat anginnn.. Dah la rumah tingkat 15 kot.. Bunyik angin dia ngeri aku dengar.. Nasib En. Boss cuti.. Tu la, gila nak make over sangat kann.. Haha.. Oh, sila la contact dia yer.. Gerenti puas hati punye.. :)

Thursday, October 7, 2010

Tak habis lagi beraya

Kalau dah namanya raya harus sinonim dengan makanan dan makan-makan.. Oh, aku dah takut nak timbang berat.. Rasa harus dah naik barang sekilo dua.. T_T.  Puasa sebulan turun berat takde la banyak mana pun, raya baru dua minggu hari tu pun aku dah rasa beratttt je bontot.. Hahaha.. Haihh! Macam mana ni??

Minggu lepas ofis aku and ofis APEEC combine buat satu jamuan raya ala-ala potluck gitu.. Ada la jugak order kat katerer tapi tak banyak pun.. Setakat sate, lemang, rendang dan soto.. Yang lain semua potluck.. (aku punye pun aku order weh, hahahaha.. aku bab masak-masak untuk ramai-ramai ni tak berkeyakinan lagi.. :p) Okeh, malas cerita banyak la weh.. Takde aktiviti lain selain makan.. Nama pun jamuan raya kan, apa lagiii... makan dan posing dan makan dan posing dan makan dan posing lagiii.. :D


Indoor setup






Antara makanan yang ada..

|

Posing

Posing lagi

Posing sambil makan

With our TNC.. Kemetotnya aku...

Pot lain pulakk

Aik, ada gak yang menyelit

Haha.. Muka tensen sebab tak dapat enterframe sorang-sorang
Eh, ni jamuan raya ke jamuan merdeka ni?? Very the colourful lorr.. :)
Last but not least, gambar beramai-ramai..

 
Sila la muntah sebab kitorang ni memang camwhore! Di mana ada kamera, kat situ la kitorang menempel.. Suka gambar-gambar ni sebab semua pakai baju warna-warni.. Meriah uollsss!

**********************************************************************************

Alang-alang mood menempel gambar, meh tempel gambar terbaru Humaira masa bawak balik dari kampung hari tu..
Sedapnya tido dalam kereta.. Dia tido almost sepanjang perjalanan.. Sedap kot sebab sejukk..
 

Tengok ler gaya tido dua beradik ni.. Sama tak??