Monday, November 1, 2010

Kedut-kedut dah..

Pagi tadi tengah bersiap-siap nak mekap-mekap nak pegi keje, saje la aku membelek-belek muka.. Sebelum ni bukan la tak belek, tapi tengok gitu-gitu aje.. Hari ni saje nak menelek lebih pulak.. Sekaliiii, aku terkejutttt..!! Bawah mata dah ada kedut-kedutannn gituu.. Arrghhh, tidakkkkk!!
 
 

Itu la akibatnya bila tak cukup tido menjaga anak siang dan malam.. Eh, siang takde la, sebab aku keje kan.. Tapi weekend aku jaga la siang.. Tapi malam?? Tak kira keje atau cuti, yerrr, aku lah tukang bangun tengah malam buat susu walau berapa kali pun anak aku merengek.. En. Hubby memang sangat lena tido sampai aku rasa letak bom kat sebelah pun belum tentu bangun.. Rasa nak penyek-penyekkan muka dia sebab geram tengok dia tido boleh buat bodoooo je macam tak dengar (atau memang ke dia tak dengar?) suara anak tu merengek.. Menci tau!


Tapi biarlah.. Itu lah pengorbanan seorang ibu.. Itu kira ciputtt je tu.. Setakat berjaga malam, apalah sangat kan.. Banyak lagi dugaan dan cabaran nak jadi ibu nih! Nanti bila anak aku dah besar aku nak tunjuk mata aku yg kerepot ni sebagai bukti jaga diorang tengah malam.. Amboihh! Berkira kah?? Hahahahaha.. Hampeh punya ibu la nih..

Tengok kedut-kedut ni baru lah sedar sikit diri tu dah tua.. Tahun depan dah nak masuk era 30-an.. Huhuhu.. Takpe, tu tahun depan punya cerita.. Tahun ni masih boleh berlagak dengan En. Hubby sebab masih berumur 20-an (walaupun dah hujung-hujung kannn?)

Biar lahhh.. I want to be old gracefully.. (Cakap je la kau tak mampu nak beli segala krim pencegah kedut segala..Tssskkk).. To En. Hubby, terimalah keadaan dinda seadanya ye.. Jangan nak komplen lebih-lebih.. I tau la U awet muda... (Badan je nampak muda, muka dia tua jugakk!)

No comments: