Thursday, August 26, 2010

Mandi Junub

Sekadar mahu berkongsi. Takut bila fikir benda yang selalu dianggap remeh ini adalah benda yang paling penting. Bayangkan kalau yang tak tahu dari dulu, macam mana nak kira tu?? Huhu..

Telah dipastikan bahawa terdapat terlalu ramai dari kita yang tidak sah mandi wajibnya...saya kongsikan artikel ini untuk semuanya...sila share atau copy di blog masing-masing..terima kasih-azarudin bocheh.

Assalamualaikum,
Berkongsi sedikit ilmu… dari JAKIM.

Mandi wajib yg betul…..
Mandi wajib merupakan perkataan yang mudah disebut, tetapi jangan terkejut jika dikatakan banyak umat Islam di tanahair kita yang tidak sah mandi wajibnya kerana tidak melakukannya dengan betul.

Untuk melakukan mandi wajib yang betul, seseorang itu tidak boleh melakukannya dengan hanya mandi secara berdiri atau duduk mencangkung sahaja. Sebaliknya, ia mesti dilakukan dalam kedua2 keadaan bagi membolehkan seseorang itu meratakan air ke seluruh anggota badannya yang zahir.

Penolong Pengarah Bahagian Dakwah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Uztaz Haji Mat Jais Kamos, 49, menegaskan, bagaimanapun, berdasarkan pengalamannya sebagai bekas kadi di Pejabat Agama Islam Gombak Timur dan penceramah, didapati banyak umat Islam yang tidak mengetahui perkara ini.

“Akibatnya, mandi majibnya menjadi tidak sah kerana tidak memenuhi salah satu rukun mandi wajib iaitu meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir. Apabila mandi wajib tidak sah, ibadat yang dilakukan oleh seseorang itu juga turut tidak sah. Itulah akibatnya jika tidak melakukan mandi wajib dengan betul,” tegas beliau ketika ditemui di rumahnya di Taman Sri Keramat Kuala Lumpur .

Mandi wajib yang juga sebagai mandi junub atau janabah tidak boleh dipandang ringan oleh umat islam. Setiap orang yang mlakukannya mestilah mengetahui dan memenuhi rukun2nya. Jika tidak mandi wajib seseorang itu tidak akan sah.
Rukun mandi wajib ada 3 perkara. Pertama, niat. Kedua , menghilangkan najis di badan.Ketiga , meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir.
Niat mandi wajib: “Sahaja aku mengangkat hasar besar kerana Allah Taala.”
Atau ” Sahaja aku mandi wajib kerana Allah Taala.”

Niat itu di dalam hati dan ia hendaklah disertakan ketika air sampai ke mana2 bahagian anggota badan.
Bagi perempuan yang habis haid, niat mandi wajib ialah: ” Sahaja aku mengangkat hadas haid kerana Allah Taala.” Manakala bagi perempuan yang habis nifas, niat mandi wajibnya ialah: ” Sahaja aku mengangkat hadas nifas kerana Allah Taala”.

Niat itu jika dilambatkan atau ketika seseorang itu memulakannya selepas dia telah membasuh salah 1 anggota badannya akan menjadikan mandi wajibnya tidak sah. Oleh itu dia mestilah memulakan kembali niatnya ketika dia mula menyampaikan air keseluruh anggota badannya. Sekiranya dia berniat sebelum air sampai ke badan, niat itu juga tidak sah. Oleh itu mandi wajibnya tidak sah.

Mengenai rukun mandi wajib yang ke2, iaitu menghilangkan najis yang ada pada badan , menurut Ustaz Haji Mat Jais, menurut Imam Nawawi, jika kita ada najis di badan, najis itu boleh dibasuh serentak dengan mandi wajib. Ertinya membasuh najis dengan mandi itu boleh disekalikan.

Sementara rukun mandi wajib yang ke3, iaitu meratakan air ke seluruh anggota badan yang zahir , meliputi kulit, rambut dan bulu yang ada di badan, sama ada bulu2 yang jarang atau lebat. Jika rambut seseorang itu ditocang atau disanggul, sekiranya tidak sampai air ke dalamnya, tocang atau sanggul itu wajiblah dibuka. Bulu2 dalam lubang hidung pula, tidak wajib dibasuh kerana dianggap batin. Tetapi sekiranya, bulu2 di dalam hidung itu bernajis, ia wajiblah dibasuh.

Mengenai kuku pula, jika di dalam kuku ada kotoran yg boleh menghalang sampai air ke badan khususnya di bahagian bawah kuku, kotoran itu wajiblah dibuang. Membuang kotoran di dalam kuku itu pula boleh dilakukan ketika sedang mandi.

Tentang rambut yg diwarnakan pula selain inai, inilah yang merumitnya. Sebenarnya jika rambut seseorang itu diwarnakan dengan pewarna selain inai, mandi wajib seseorang itu tidak sah. Oleh itu, seseorang yang mewarnakan rambutnya dengan pewarna selain inai, jika dia hendak mandi wajib, dia mestilah membuang pewarna pada rambutnya terlebih dahulu. Tetapi untuk membuang pewarna itu pula bagaimana?..
Inilah yang rumitnya. Sedangkan pewarna pada rambut itu sebenarnya tidak boleh dibuang begitu mudah.

Yang menyebabkan mandi wajib orang yang menggunakan pewarna pada rambutnya tidak sah kerana pewarna itu akan menyalut rambutnya yang menghalang air sampai ke rambut. Ini berbeza dengan inai. Inai sebenarnya akan meresap ke rambut, tetapi pewarna pula akan menyalut rambut menyebabkan air terhalang ke rambut.

Tetapi dalam hal ini, jangan pula ada yang salah faham. Sebenarnya pewarna itu jika dikeluarkan sijil halal oleh JAKIM dan sekiranya pewarna itu tidak bernajis, bukanlah bermaksud menjadi tidak sah. Dalam hal ini, sukalah saya menyatakan bahawa sembahyang dan mandi wajib itu berbeza. Jadi, mestilah dipandang dari sudut yg berbeza.

Dalam hal ini juga, sukalah saya menyatakan, huraian mengenai rukun mandi wajib seperti yang telah saya nyatakan ini adalah merupakan perbezaan sah atau tidak mandi wajib. Jadi, ia perlulah diberikan perhatian yang lebih oleh umat Islam.

Mengenai sebab2 seseorang itu wajib mandi wajib pula, Ustaz Haji Mat Jais menegaskan, sebab2nya terdiri daripada 6 sebab. 3 sebab melibatkan lelaki dan perempuan iaitu kerana bersetubuh walaupun tidak keluar air mani, keluar air mani dan mati. Manakala 3 sebab lagi hanya melibatkan kaum perempuan sahaja, iaitu keluar darah haid, nifas dan melahirkan anak(wiladah) .

Mandi wajib boleh dilakukan di mana2 dengan menggunakan air mutlak sama ada air telaga, air paip, sungai laut dan tasik.
Bagi pasangan suami isteri yang bersetubuh pula, mereka tidak semestinya mandi selepas bersetubuh, tetapi diwajibkan mandi ketika ingin beribadat.

Selepas bersetubuh pula, jika ia dilakukan pada waktu malam, jika tidak mahu mandi wajib, seelok2nya ambillah wuduk sebelum tidur itu adalah sunat, manakala tidak berwuduk sebelum tidur adalah makruh.

Panduan Tambahan
1. Agar wajah selalu segar, berseri-seri dan cantik, cucilah minima 5 kali sehari dengan air wudhu. Jangan langsung dikeringkan, biarkan menitis dan kering sendiri. Lalu ambillah sajadah, shalat, berdzikir, dan berdo’a.

2. Untuk menghilangkan stress, perbanyaklah ‘olahraga’. Cukup dengan memperbanyakkan solat. Ketika solat, kita mengerakkan seluruh tubuh. Lalu berkonsultasilah pada Allah SWT dengan dzikir dan do’a.

3. Untuk pelembab, agar awet muda, gunakanlah senyuman. Tidak hanya di bibir tapi juga di hati. Jangan lupa bisikkan ‘kata kunci’, “Allahuma Kamma Hassanta Khalqii Fahassin Khuluqii” (Ya Allah sebagaimana engkau telah memperindah kejadianku, maka perindah pula akhlaqku).
(HR Ahmad).- ( DOA TENGOK CERMIN ).

4. Untuk punya bibir cantik, bisikkan kalimat-kalimat Allah, tidak berbohong atau menyakiti hati orang lain, tidak menyombongkan diri atau takbur.

5. Agar tubuh langsing, mulus, diet yang teratur dengan berpuasa seminggu 2 kali, Isnin dan Khamis. Jika kuat, lebih bagus lagi puasa Nabi Daud AS i.e. selang satu hari. Makanlah makanan halal, perbanyak sayuran, buah-buahan, dan air putih.

6. Untuk mengembangkan diri, sebarkan salam dan sapaan. Dengan demikian kita akan banyak dikenal dan disayangi.

Rahsia 13
Inilah dia rahsia as-solat, sebagai peringatan bagi yang sudah tahu atau panduan bagi yang baru tahu……


1. Niat Sembahyang Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.
2. Berdiri Betul Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.
3. Takbir-ratul Ihram Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.
4. Fatihah Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.
5. Ruqu’ Sebagai tikar kita di dalam kubur.
6. I’tidal Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika di dalam kubur.
7. Sujud Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM.
8. Duduk antara 2 Sujud Akan menaung panji-panji nabi kita di dalam kubur.
9. Duduk antara 2 Sujud (akhir) Menjadi kenderaan ketika kita di padang Mahsyar.
10.Tahhiyat Akhir Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar & Nankir di dalam kubur.
11.Selawat Nabi Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.
12.Salam Memelihara kita di dalam kubur.
13.Tertib Akan pertemuan kita dengan Allah S.W.T.

Dari Abdullah bin ‘Amr R. A., Rasulullah S. A. W.bersabda : “Senarai di atas adalah salah satu sebab mengapa orang Yahudi / Kafir tidak sukakan angka 13 dan juga Hari Jumaat. Itulah sebab mengapa mereka mencipta cerita yang begitu seram sekali iaitu ” FRIDAY the 13th ” jika ada di kalangan kamu yang perasan!!!”
Wassalam.


“Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat…” Sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang memberi manafa’at kepada manusia lain…

Wednesday, August 25, 2010

3 in 1


Hoho.. Salam Ramadhan semua.. Jom kite buat nescafe 3 in 1.. Minum panas-panas, mesti heaven bile duduk kat dalam bilik beku kat ofis ni.. Hehe.. Heppp, aku pose daa.. Saje mengimaginekan kehangatan air tu.. Huhu.. By the way, mau update tapi malas nak letak entry banyak2.. So kita letakkan semua cerita dalam 1 entry je la eh? :)

Cerita 1
 "Gaji Isteri"

Wahhh.. Sekarang para isteri-isteri boleh la mintak duit gaji kat para suami-suami ye.. Sebab kita layak diberikan imbuhan atas kerja-kerja rumah yang kita buat macam memasak, mengemas, mengemop, membasuh, melipat, menyidai, mengelap, dan segala benda yang korang buat.. Jeng, jeng, jengggg.. Kenapa?? Jom tengok:

video

Haaa.. Kan?? Tapi jangan la korang pi dan-dan mintak duit kat suami and kata "i dah buat semua keje, bukan tanggungjawab i pun.. U kena jugak bagi gaji kat i.." Mau gugur segala rambut yang ada kat badan suami-suami korang pulak..

Aku tunjuk vids ni kat en hubby, and dia just senyum kata tak mampu la nak bagi gaji.. Jawapan aku senang.. Aku bukan nak mintak gaji, tapi nak mintak share-share tanggungjawab di rumah jugak.. Cause, aku pun penat bekerja, dan aku pun tolong jugak dia dari segi kewangan.. So, apa salah dia jugak tolong aku dalam hal-hal rumahtangga ni kan?? Bukan aku soh dia buat sume keje rumah.. Just tolong mana yang rasa perlu.. Bukan sekadar balik rumah terbongkang-depan-tv-sambil-angkat-kaki-kat-sofa-order-air-teh-0-kurang-manis-satu.. Tsskkk..

So, korang pun, kalau nak mintak ke apa, berpada-pada la.. Jangan sampai suami-suami kene gi merompak bank plak lepas pasal nak bayar gaji korang plak sudey.. Hehehe..

Cerita 2
"Makluk Berbulu"

Wah, bulan-bulan puasa ni pun ada ke makhluk-makhluk macam ni berkeliaran?? Biar betul?? Betulll.. Tapi makhluk berbulu ni takde la scary makhluk berbulu yang korang fikirkan.. Makhluk ini sangatlah comel, montel, montok, debab, bulat, rasa nak picit-picit sebab geram sangat..
video

Huhu.. Geram tak?? Bulattt giler kan? Dah la jalan terkedek-kedek.. Eee.. Kalau dapat dek si Haikal ni tak tau la aku.. Jangan kata Haikal, aku pun harus nak picit-picit or tepuk bontot dia sebab geram.. Dah lama tak bela kucing.. Since dah ada anak ni lagi la takde kan.. Banyak keje la kucing ni.. Nak tadah berak, nak pegi vets, nak mandi, nak main.. Hii.. Dulu-dulu rajin ar.. Skang kirim salam.. Main-main kucing orang je la eh..

Cerita 3
"Kesayangan aku"

Aku ni selalu rindu-rindu gak si kecik Humaira.. Tapi balik kampung hari tu ada la ambik video dia.. Skarang dah pandai main & suke bermain-main.. Tido siang memang dah kurang, nak main aje keje.. Owh, tak sabarnya nak tunggu raya.. Nak balik lagi jumpa anak manja aku ni..

video

Teruja giler dia main ngan abang Haikalnya.. Dia memang suka macam tu.. Suka main outdoor, suka naik motor, suka jalan-jalan.. Cepat la besar, mau bawak kamu balik Humaira..

Monday, August 23, 2010

Ramadhan 11

Update - aku dah berjaya call kontraktor bangang tu and dia kata Jumaat ni nak datang repair balik.. Ok, kita tengok betul atau tidak.. Kalau tak memang aku gi gegar je rumah/ofis dia.. Haihh..  Mau darah tinggi aku hadap mangkuk berayun ni..

Dah, cukup cerita si bangang itu.. Dalam pada aku sakit-sakit hati weekend hari tu, masih menjalankan tugas isteri solehah dengan memasak untuk sang suami yang kebuluran sebab berpuasa..  Hehe.. Lately ni, en hubby giler seafood la plak.. Asyik la beli ketam, ketam, ketam.. Si Haikal pun giler ketam sudah.. Jadi aku just masak masakan yang direquest oleh en hubby.. Kalau dah keturunan orang Nogori tu, harus masak lemak cili padi je yang direquest dek tekak dia.. Takpe, aku memang dah biasa telan makanan tu. Hoh,kali ni ada gambar.. :)

Makanan di hari sabtu,.. Ayam tu di grill sendiri.. takde unsur pasar ramadhan di sini yer.. Sayur tu en hubby masak, tapi end up dia tak makan sebab sendiri mengaku tak sedap.. Tsskk..

Ok la tu, simple je lauk.. Memang cukup-cukup habis.. Takleh nak masak bebanyak sebab sahur kitorang tak makan pun.. Kalau masak banyak-banyak end up buang aje.. Kan membazir.. Takleh.. Membazir tu kan sahabat Syaithonnn..

Hari Ahad punye menu lupe plak nak snap gambar.. Tapi macam banyak jenis, tapi sikit-sikit je amaun.. Tapi masih bertemakan seafood..

Hari ni tengah fikir nak masak apa.. En. hubby beli banyak pulak lauk hari tu, makanya tak payah la ke PaRam minggu ni.. Layan sup pun sodapp gak kan? :)

Habis Melayang...

"Khemah Bazar Ramadan terbang.."

Antara tajuk berita yang aku baca hari ni.. Rasanya ni dah kali kedua kan?? Before ni aku tak ingat kat mana, tapi rasanya last time kata ada puting beliung rasanya.. Tapi, kenapa angin-angin ni asyik 'menyerang' Bazar Ramadhan aje ha? Adakah itu petanda?? Agaknya banyak sangat penyelewengan kat Bazar Ramadhan ni kot.. Yer la, yang berniaga tu, dalam beribu tu boleh dibilang dengan jari orang yang betul-betul ikhlas berniaga vs orang yang berniaga nak untung aje-tapi-barang-jualan-macam-cibaisss.. Mungkin Allah mahu tunjukkan pada diorang? Harap pada peniaga yang kejenya menipu pelanggan di bulan Ramadhan ni bawak-bawak la insaf yerr.. Bulan Ramadhan ni patut bulan untuk kamu mengumpul pahala tapi jadi dosa pulak sebab menipu orang jual makanan basi pastu letak harga mahal-nak-mampus-tapi-makanan-rasa-macam-hareemmm..

Ok, masih dalam kisah tipu-menipu.. Aku tengah bengang dengan kontraktor yang buat rumah aku dulu.. Bongokkkkk!! Haihh.. kalau aku jumpa harus aku tampar laju-laju sampai bengkak muka dia.. Baru 5 BULAN diorang buat rumah aku, sekali semalam batu kat kitchen cabinet aku dah jatuh!! Apa kes ni?? Memang siootttt je kontraktor ni tau.. Pastu aku call dia tak angkat, aku call lagi banyak-banyak kali dia langsung tak angkat sekali dia off terus handphone dia.. Memang cam lah*natttt!! Haihh.. Kureng pahala pose aku pasal mangkuk ayun ni! Bila dah camtu siapakah yang menjadi mangsa?? Harus abang ipar aku cause dia adalah tukang recommend + kawan kepada kontraktor bangang ni.. Aku dah gitau abang ipar aku, aku tau before raya mangkuk tu datang repair balik.. Giler kau! Baru 5 bulan sehhh.. 5 tahun pun blom tentu mendalah tu nak pecah, kalau 15 tahun tu aku halal la gak kan.. Tapi serius, kalau kali ni dia buat taik jugakk, memang tak halal dunia akhirat la duit dia dapat tu.. Buat keje cam hampeh.. Biler cerita bukan main, projek sume umah Datuk-Datin semedang.. Budus punyer orang!

Ini rupa sebelom batu ni tergolek.. Tengok, dah renggang gilerr..
See?

Rongak sudah.. Tssskkk.. T_T

Aku dah siap MMS kat kontraktor mangkuk ni and abang ipar aku sekali.. Kita tengok ada action ke tak.. Kalau takde, memang haremm la mangkuk ni..


BebelBebel: Nama company ni Aliran Aman.. Kalau korang ada pakcik-makcik, kawan-kawan, sedara-mara, sepupu-sepapat yang ada kontrak dengan company mangkuk ni sila la reject sebelom anda menyesal..

Monday, August 16, 2010

Ramadhan..


Hoho.. Jap je hari ni dah masuk 6 Ramadhan kan? Pejam celik, pejam celik, tup-tup sok dah nak raya.. Memang sekarang ni masa sangat cepat berlalu..

By the way, kalau weekdays aku memang tak masak pun untuk berbuka.. Masak nasi aje, lauk-pauk beli kat pasar ramadhan.. Tapi so far, beli pun belum ada yang menarik hati.. Sume macam hampessss!! Eh, orang yang berniaga ni pun, bleh tak berniaga betul-betul?? Elok-elok korang nak dapat pahala bulan pose terus dapat dosa pasal menipu orang.. Bongok tau! Ada yang aku dengar cerita orang beli kuih pun dah basi.. Apa daa.. Ni spesis nak untung aje.. Tipu la orang, tau la sok-sok nasib korang camne.. Tak berkat pun rezeki tu.. Jap je habis tak ke mana.. Menci tul orang camnih!!

Since weekdays aku tak masak, maka weekend la hari aku menunjuk skill memasak.. Haha.. Skill la sangat eh? Tapi lupe la nak amik gambarrr.. Tapi demi Allah aku masa tauuu.. And memang nampak ler beza.. En hubby pun bila aku masak nampak la laju sikit makan tu, bertambah la jugak.. Kalau lauk beli, memang makan untuk isi perut je..

Menu aku untuk berbuka masa hari Sabtu hari tu adalah Tempoyak Udang, Sayur Kailan Goreng+Telur, Ikan Pari Bakar + Air Asam extra pedas.. Hari Ahad plak layan Masak Lemak Ketam, Daging Goreng Kicap + Extra Bawang & Cili Api and Sayur Campur.. Nom.. Nomm..  Oh, memang lauk tak banyak.. Memang biasa layan 3 jenis je.. Banyak-banyak pun bukan habis.. Masak 3 jenis tu memang cukup-cukup, senang aku nak mengemas.. Lagipun En Hubby tak reti makan lauk banyak-banyak.. Dia macam confuse nak makan mana satu.. Boleh?? Hahaha..

Hari ni dah Isnin.. Tak tau la nak beli apa karang ni.. Mana nak carik gerai yang jual lauk sedap?? Tak expect la nak sedap gilerr.. Tapi at least yang sedap dimakan.. Boleh la masuk ke tekak dan kata Alhamdulillah instead of menyumpah kan? Hmmmm...

Wednesday, August 11, 2010

Balik Kampung.. OOoooOOO Balik Kampungggg..

Belum raya dah sibuk-sibuk balik kampung ni kenapa ni? Heheh.. Takde la.. Hari Jumaat lepas aku balik kampung pasal nak tengok anak dara aku tu la.. Lama dah tak tengok dia.. Rindu menyengat-nyengat.. Jadi hari Jumaat malam tu kitorang gerak dari rumah dalam kul 9pm..  Balik kali ni aku bawak kete sorang-sorang sebab En. Hubby bawak motor.. Huhuhu.. Dah la motor Honda EX5 je korang tau?? Motor tu asalnya motor bapak mertua aku.. So, since hubby aku dah beli motor lain, dia nak pulangkan balik motor tu.. Aku dah soh pos, degil nak mampus.. Katanya tanak membazir and dia dah niat nak bawak motor sendiri balik kampung sebab tu kira last dia naik motor tu.. Ntah hape-hape..

Sekali sampai Batu Kurau pukul 4 pagi nok!! Hambek ko.. 7 jam gara-gara nak naik motor sangat kan? Aku harus la drive kat belakang dia aje.. Risau dowh.. Dah la tengah malam banyak bas & lori.. Dah la motor tu giler takde lampu belakang, lampu break, lampu signal.. Dah la hubby aku pun gi lak pakai jaket hitam.. Serius tak nampak dia.. Aku dah ngucap je takut la kot lori ke bas ke tak nampak mamat ni.. Dah le kecik.. Tu yang standby belakang dia, suluh jalan bagi orang nampak kewujudan dia atas highway tu..

Tapi pape pun tak kisah la.. Alhamdulillah, selamat sudah.. Tapi dia dah tobat tanak naik motor balik kampung lagi.. Dan cita-cita dia nak beli superbike sebab konon senang nak rempit naik motor balik kampung juga dah dibatalkan.. Bagus! Ada gak hikmahnya kan? :)

Sampai rumah mak dia pun harus melantak dulu.. Makan nasik kauu.. Kul 4 pagi lak tu.. Kalah makan sahur.. Haha.. Then tido jap, kul 6am anak dara aku dah bangun.. Aku pun bangun la jugak nak main ngan dia.. Giler ar, 2 jam je tido.. Dah la baru pas drive 7 jam.. Tapi tengok muka dia yang ceria tu hilang penat, hilang ngantok.. Seronoknyeee!! Dah berisi dah badan dia.. Tak nampak besar sangat tapi isi dia sangat kejap! Badan dia jenis keras, bukan jenis lemak lembik-lembik tu.. So, walaupun nampak kecik tapi mendukung dia adalah sangat lenguh!

Kira lepak kat kampung 3 hari,jadi la buat lepas rindu.. Memang mak mertua aku kasi aku layan anak aku je.. Takde buat keje apa pun.. Takde tolong masak or tolong kemas or tolong apape hatta menyapu sekali pun.. Tolong makan ada.. Dan makan sangat laa meriah.. Hoh, gemuk aku duduk 3 hari.. Dapat plak makan durian.. Perggghhh, meleleh.. Mak mertua aku siap buat pulut makan ngan santan & durian.. Nikmatnya.. Memang terbaik dari ladang.. Ngehhh..

Gambar Latest.. Rambut dah tumbuh.. & tumbuh elok je rata takde compang camping.. :)
Sedapnye tidooo..

Bangun tido je main.. Check out the fringe.. Hasil guntingan opahnya.. Huhuuuu..

Oh, Humaira sekarang pun dah menonggek-nonggekkan bontot.. Nak merangkak.. Dah pandai guling-guling dari tempat dia baring sampai ke pintu.. Agaknya dia kata lagi laju bergolek daripada merangkak kot? Haha.. Dia suka naik motor.  Asal motor bergerak, dia pun tido.. Motor benti nanges sebab takde angin.. Haih..

Papepun, puas hati banget dengan jagaan opahnya.. Dah stat campur nestum dalam susu and dah pandai makan biskut Farley's Rusk tu.. Harap dapat membesar bagai johan.. Humaira, raya nanti ibu datang lagi k.. Tunggu ibu ye.. :D
 

Thursday, August 5, 2010

Kalau tak tau cerita, jangan menyampuk boleh??

Haihh.. manusia ni memang macam-macam perangai.. Ada yang tanak ambik tau langsung.. Ada yang prihatin melampau-lampau.. Letih kengkadang nak hadap orang-orang ni..

Lately ni memang la ade problem sikit.. Biasa la, siapa yang takde problem kan? Tapi aku jenis dah malas nak ambik pot dengan problem ni.. Sebab aku rasa banyak lagi bende lain yang aku nak fikir.. Dan aku rasa aku tak bersalah pun dalam hal ni.. Dan the other party yang terlibat pun macam tak endah.. Asyik mengharap aku je mengalah sedangkan aku tak bersalah..

Tapiiiii, ada la manusia prihatin yang bukan dalam lingkungan yang tetiba nak cakap itu ini.. Pehal ntah! I mean, kau tau ke citer sebenar?? Tauu? Tak kann? Kau dengar cerita sebelah pihak je pastu kau nak simply judge aku jahat.. Charge aku ni begitu begini.. Ada kau nak datang tanya aku? Takde kan? Come on la, there's always two sides of the story.. The other party boleh je putar cerita itu ini nak tagih undi simpati.. Tade hal la tu kan.. Tapi jangan pasal cerita tu kau nak sesuka kata itu ini kat orang.. Kau pun bukan perfect.. Aku pun tak penah kacau hidup kau, tak penah sibuk hal keluarga kau.. Jangan sibuk pasal hal aku bleh?? Kalau stakat kau nak cakap itu ini dalam fb tapi tak berani nak cakap depan-depan takyah la wehhh..

Aku malas nak bukak pekung kat dada.. Kalau aku nak cerita from A-Z nanti memalukan pihak lagu satu.. So, sekarang aku ambik jalan untuk mendiamkan diri & buat hal aku.. Tu pun tak puas hati lagi ke? Korang nak apa cuba cakap.. Ni depan-depan manis muka, bila belakang cakap macam-macam.. Tak payah nak ceramah pasal agama.. Aku bukan takleh terima nasihat, tapi cara kau bagi nasihat macam mana? Stakat kau bagi nasihat dengan niat nak damn aku simpan je la..

Yang the other party pun, asyik la sibuk hantar orang luar nak settle problem.. Datang sendiri tak bleh? Orang luar bukan tau pe masalah pun.. Nanti dari orang tak tau habis semua tau, habis semua gak yang malu.. Pelik ar.. Lagipun selama ni memang itu yang dowang nak, tak suka diganggu kan? Nak hidup sendiri-sendiri kan? Bila dah dapat, kacau orang pulak.. Pastu cerita sana-sini.. Tanak berdepan dengan masalah sendiri.. Dok harap backup dari orang aje.. Kenapa? Timkaiii?? Weyshenme?? Whyyy???

Orang lain pun ada masalah dowang.. Jangan bebankan orang dengan masalah kau.. Masalah kau tu ciput je sebenarnya.. Kau je yang besar-besarkan.. Nak tarik perhatian orang aje.. Pastu kau burukkan aku kat orang lain.. Mana aku tau ape kau cerita? Tapi mesti la bende buruk kan, kalau tak takkan orang nak damn aku pulak.. Tapi takpe, lambat laun the truth will reveal itself.. Aku tak kisah.. Kau nak cakap apa, sukati.. Tapi aku rasa orang keliling kalau jenis cerdik pandai mesti la boleh fikir kenapa jadi macam tu.. Tapi aku rasa orang pun tade pasal nak fikir.. Apa pun lu fikir la sendiri!!!

BebelBebel: Sori, entry emosi sikit.. Hehehe.. Geram nih, gerammmm!! Tapi lepas tulis ni ok dah.. Tak fikir pun.. Biarkan aje si luncai itu terjun dengan labu-labunyaaaaa...

Jalan-jalan pergi Muzium??

Kisah last week.. Aku ngan En. Hubby adalah sangap tak tau nak pergi mana.. Sekali En. Hubby tanya, "kat muzium ada apa aa?? Abang tak penah masuk Muzium Negara.."  Ya rabbii.. tak penah masuk bang?? (Ceh, aku pun masuk sekali je tu pun masa kecik, belum akil baligh lagi pun time tu.. hehe)..

So, check kat website tengok sekarang tengah ada pameran keranda.. Macam menarik.. So Sabtu tu kitorang gi la muzium.. Dah rasa macam pelancong la plak.. Hahaha.. Lagipun fees murah aje.. sorang 2 hengget.. Ok la tu kan? Masuk tu, ok la.. Ada la dia letak macam-macam keranda dari orang Melayu, orang Asli, orang borneo la, Indian la, Chinese, Kristian, Sarawak, etc.. Macam-macam cara rupanya orang dulu-dulu nak letak mayat.. Quite interesting actually..

Then, sambung masuk pameran tetap.. Yang keranda tu macam pameran sekejap-sekejap.. Ada time-time dia.. Yang keranda ni ntah sampai berapa haribulan ntah.. So, layankan la En. Hubby yang nak gi muzium.. Hmmm...

Antara keranda yang menarik.. (menarik??) hehe..
Keranda ni dari emas tauuuu.. Giler kaya la sape buat keranda ni..

Kerbau tu adalah keranda..

Cantik eh umah ni?