Friday, December 30, 2011

Closure..

One more day before we say hello to 2012..
How time flies..
By the way, 2011 is the most hectic year for me..
Lots of dramas..
Lots of crying..
Lots of pain..
But..
I found serenity as well..
Feel relieve..
And feel loved..
Whatever happened, I've been blessed..
And I'm thankful for whatever that was being tested upon me..
Cause it make me stronger..
Make me feel, "hey, there's nothing i can't handle"
InsyaAllah..

Well, let's close the book of sorrow..

And 2012 will see the new Me..!
Even now, I'm the new Me..
But let's make it official by 1st January 2012..

Both my children are growing up..
Haikal will be going to skool next year.. (how fast!)
Humaira will be 2 next year.. (super fast!)
I hope they know that I love them so much..
And whatever happens has got nothing to do with them..
And that they will always be the love of my life..

Well guys, how's your preparation for new year?
New resolution perhaps?
Or bringing forward this year's resolution to next year?
:)

Have a happy holiday..!
Have a happy New Year..!
See you guys next year..!!







Friday, December 23, 2011

Al-Fatihah..

Ya Allah..
Bila aku dapat tau berita ni dari status kawan aku kat FB,
tekejut sangat..
Walaupun sebenarnya takde la kenal pun kakak ni..
Tapi arwah adalah kakak kepada kawan sekolah aku..
So, in a way, rasa macam she's part of someone I know..
And rasa sedih coz her family has to face this tragedy.. 
Bayangkan, meninggal dalam keadaan macam ni..
Kau kalau terpotong jari sebab potong bawang pun nanges..
Ni kan pulak kene tikam bertubi-tubi..
Memang setan betul la pembunuh ni..!!
Like, apesal kau nak bunuh-bunuh orang ni?
Apesal kau nak berlagak Tuhan, nak cabut-cabut nyawa orang?
PSYCHO ok!! Ramai sangat manusia gila sekarang..
Aku pulak dah rasa paranoid..
It seems like you're not safe even in your own home..!
Kalau kat luar lagi la tak safe kot.. T__T

Apa pun, aku doakan rohnya ditempatkan di kalangan orang yang beriman..
Dan aku doakan agar pembunuhnya dapat ditangkap secepat mungkin..
Pastu jom tikam ramai-ramai baru dia tau sakit macam mana..!!
Bangkai betul..!

To those who read this, please recite Al-Fatihah for her..
Amin..

Full article below. Taken from http://suarabawahtanah.com/2011/12/22/kerani-bank-maut-ditikam-15-kali/


 Pics credit from http://syanasaid.blogspot.com/

Seorang kerani bank maut selepas ditikam 15 kali di sebuah rumah kedai di Jalan Puncak Desa, Kepong, Gombak, awal pagi semalam


Dalam keadaan parah, wanita itu merangkak ke bahagian tingkap rumahnya dan menjerit meminta tolong ke arah sekumpulan individu yang berada di kedai makan di tingkat bawah premis tersebut.

Jeritannya didengari orang awam yang berada di kedai itu yang terus membantunya dan menghubungi polis kira-kira jam 1.55 pagi.

Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak, Superintendan Rosly Hassan berkata, polis mendapat maklumat mengenai seorang wanita yang ditemui terbaring berlumuran darah dalam rumah kedai terbabit dan dihantar ke Hospital Selayang untuk rawatan lanjut.

Bagaimanapun, menurutnya, mangsa yang masih bujang itu disahkan mati kira-kira jam 2.10 pagi di hospital terbabit.


“Siasatan awal mendapati terdapat 15 tikaman di belakang badan mangsa, termasuk kesan luka di beberapa bahagian anggota badan lain seperti siku, lengan, peha, rusuk kanan dan jari.

“Mangsa dikenali sebagai Rozana Mohd Yusak, 35 tahun,” katanya ketika dihubungi semalam.

Rosly berkata, pemeriksaan ke atas rumah kedai yang disewa oleh mangsa, mendapati premis itu kosong dan hanya terdapat pakaian milik mangsa.

Menurutnya, polis tidak menolak kemungkinan cemburu sebagai motif kejadian dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Katanya, polis sedang mengesan individu yang terlibat dalam kejadian dan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat menghubungi balai polis berdekatan atau talian Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak, 03-61262222 bagi membantu siasatan.

Rozana, yang sudah 10 tahun bekerja sebagai kerani bank itu, dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk dibedah siasat.




Yusak berkata, isterinya pengsan selepas mendengar berita pembunuhan itu.

“Kami dapat tahu berita ini daripada anak saudara kira-kira jam 6.30 pagi tadi (semalam).


Friday, December 9, 2011



Hello.. Heloo!!

Rabu lepas aku berjaya membawa diri ke panggung tengok cerita Ombak Rindu!!
Yeayy!! :D
Tak ku sangka aku akan tengok cerita ni..
For those yang dah penah baca novel dia mungkin la excited giler kot nak tengok kan..
Aku..?
Tak penah baca pun..
Dan mula-mula tak teruja pun nak tengok..
Tapi sebab ada la seseorang suruh aku tengok..
Maka aku pun pergi la dengan jayanya..
Dah la tengok show malam kan..
Semangat gitu..

Well, bagi aku cerita ni best la..
Takkan tak best kot kan..
Abang Aaron berlakon tuuu..
Huhu.. Cayaq tengok Aaron Aziz..
Dah la dia banyak nangis-nangis dalam tu..
Terharu makk..
Wish I have someone who love me that way..
Wawawawa..
Mula la tu..

Tapi, aku tak nanges pun tengok cite ni..
Sebek-sebek je ada la..
Genang-genang air mata..
Hahaha..

Btw, pegi la tengok..
Lagu dia best!
Pelakon dia best!
Aaron Aziz best! Eh??
Hehe..
Oh, and makesure beli tiket awal2 eh..
Selalu kot sold out..
Aku pegi hari tu pun penuh panggung..
Sampai depan..
Huhu..

OMBAK RINDU

Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terimaku seadanya
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia disisiku...

Tuhan aku tahu banyak dosaku
Hanya ingat Kamu kala dukaku
Namun hanya Kamu yang mampu membuka
Pintu hatinya untuk cintaku...

Malam kau bawalah rinduku
Untuk dirinya yang jauh dariku
Agar dia tidak kesepian
Selau rasa ada cinta agung...

Hujan bawa air mataku
Yang mengalir membasuh lukaku
Agar dia tahu ku tersiksa
Tanpa cinta dia dihatiku...

Hanya mampu berserah
Moga cahaya tiba nanti...

Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terimaku seadanya
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia disisiku...

BebelBebel: Awwww.. so touching.. Sob..Sob..

Thursday, December 1, 2011

Sedetik Lebih..



Setiap nafas yang dihembus
Setiap degupan jantung
Aku selalu memikirkanmu

Dalam sedar dibuai angan
Dalam tidur dan khayalan
Aku selalu memikirkanmu

Ternyata ku perlukan cinta
Dari dirimu sayang
Barulah terasa ku bernyawa

Kasihku...
Ku amat mencintai kamu
Kerana kau beri erti hidup
Ku kan terus mencinta
Sedetik lebih
Selepas selamanya

Di kala penuh ketakutan
Dengan badai kehidupan
Ku bersyukur adanya kamu

Biarlah kehilangan semua
Yang dimiliki di dunia

Asal masih adanya kamu

Ternyata ku perlukan cinta
Dari dirimu sayang
Barulah terasa ku bernyawa



Kasihku...
Ku amat mencintai kamu
Kerana kau beri erti hidup
Ku kan terus mencinta
Sedetik lebih
Selepas selamanya


BebelBebel: To those who are in love.. Or loving someone..
BebelBebel1: I'm in love too.. with.. Anuar Zain's.. voice.. :)

Wednesday, November 30, 2011

Gonna Miss You..


When I heard that  she's leaving to Japan, I'm sad..
Even though we haven't seen each other for a very long time..
Still, she's in Malaysia.. Haha..
So, I was thinking that I can always go to Malacca and see her..

And actually, I was thinking of seeing her when I've settled my stuffs..
But now, she's leaving pulak..
T__T

Never thought that we're gonna be best friend..

We went to the same uni..
We went to the same class..
But we barely talk to each other..
Until..
We went for our practical training together..
And we found out that we have many things in common..
We love all the cutey, pinkey, lovey things..
We love to share our love stories..
And you know what? Our love stories are almost identical..
:)

I think the last time I met her was back at her wedding day..

That was like.. 5 years back??
Damn.. Lama giler kot..?
Anak dia pun dah 2..
And I never get the chance to see her children..
Coz her parents has moved to Perak..
Kalau dulu, parents dia kat Selayang (kan Shyra?) boleh gak la jumpe..

Thanx to Facebook..

We managed to get in touch with each other..
And see pictures of her and her wonderful family..
Chat and commenting each other..
Now I'm thankful that Facebook is created.. :)

Dearest Shyra..
I love you so dearly..
Cause you're like a sister to me..
We've shared a lot..
Even though we're apart..
You can always count on me..
Whenever you need me..
No matter how far..
I'll always be here..

*Really hope that we can meet up before you leave..


Tuesday, November 29, 2011

Breaking Dawn..



I've watched this movie last Saturday with my BFF..
I might say, it is quite slowww..
Dah la tengok show 10.30 pm..
Agak ngantuk jugak la tunggu certain scene..
But overall.. I LOVE it!!
Especially the wedding part.. So damn beautiful..!
Rasa macam nak kawen lagi sekali pulak!
Hahaha..
Over kau..!

Btw, go and watch this movie guys..!
Beautiful, beautiful love story..
And finally Bella is....

Go and find out yourself la wehhh!
:D









Wednesday, November 23, 2011

Kisah ke???

Mak tak kisah nokkk!!
*tetibe*
Lately ni jiwa kacau la jugak..

Coz problem yang melanda jiwa raga..
Tapi aku jenis hati kering..

Tapi ada jugak masa hati basah.. T__T
Stended la kan... Dalam life mesti ada ups and downs..
Kalau up je, lupe daratan pulak kan..

Tapi tu la..
Tak semua orang boleh faham..

Or tak semua orang mahu faham..
So bagi aku lantak kau la labu..
Tanak faham sudah..
Aku faham, sebab bukan masalah kau kan..?
Apa kau kisah..?
Ye tak..?

Paling best ialah dapat bos yang tak kawen..

Lagi la 'memahami' sangat kan..?
Asal jumpe je ada je ayat sarcastic keluar..
Hoh.. Bernanah jugak telinga..
Tapi macam aku cakap tadi..
Sukati kau la labuuuu..
Aku explain menjela-jela pun kau bukan faham..
Or rather kau tanak faham pun..
So tak perlu buang masa, buang air liur aku nak explain..
Tomorrow's the big day..

Hope everything goes smoothly this time..
*Pray*

Tuesday, November 22, 2011

Auuummmm!!

Yeahh.. Puas aku mengaum semalam.. Eh? Menjerit.. Hehe..
It was a great game by Harimau Muda.. Proud of you guys!!
And of course proud of my cinta hati.. Khairul Fahmi!! :D
And the rest of the players as well!
What a good team effort..
Muchas love..!

Tuesday, November 15, 2011

Breaking Dawn..



Can't wait to watch the Twillight Saga - Breaking Dawn Part 1.. Will be in cinema on this 24th!! Counting days..! :)

Enjoy the Soundtrack from the movie.. Beautiful.. Love it!

Heart beats fast
Colours and promises
How to be brave
How can I love when I'm afraid to fall
But watching you stand alone
All of my doubt suddenly goes away somehow
One step closer...

I have died everyday waiting for you
Darling don't be afraid I have loved you
For a thousand years
i love you for a thousand more...

Time stand still
Beauty in all she is
I will be brave
I will not let anything take away
What standing in front of me
Every breath every hour has come to this
One step closer...

I have died everyday waiting for you
Darling don't be afraid I have loved you
For a thousand years
I love you for a thousand more...

All along I believed I have found you

Time has brought your heart to me
I have loved you for a thousand years
I love you for a thousand more...


One step closer
One step closer...

I have died everyday waiting for you


Darling don't be afraid I have loved you
For a thousand years
I love you for a thousand more...

All along I believed I have found you
Time has brought your heart to me
I have loved you for a thousand years
I love you for a thousand more...

Jar of Hearts...




You know I can't take one more step towards you
Cause all this waiting is regret
Don't you know I'm not your ghost anymore
You lost the love I loved the most

I learn to live half-alive
And now you want me one more time

Who do you think you are
Running round leaving scars
Collecting your jar of hearts
Tearing love apart
You're gonna catch a cold
From the ice inside your soul
Don't come back for me
Who do you think you are

I hear you're asking all around
If I am anywhere to be found
But I have grown to strong
To ever fall back in your arms

I learn to live half-alive
And now you want me one more time

Who do you think you are
Running round leaving scars
Collecting your jar of hearts
Tearing love apart
You're gonna catch a cold
From the ice inside your soul
Don't come back for me
Who do you think you are

Dear it took so long just to feel alright
Remember how to put back the light in my eyes
I wish I had missed the first time that we kiss
You broke all your promises
And now you're back you don't get to get me back

Who do you think you are
Running round leaving scars
Collecting your jar of hearts
Tearing love apart
You're gonna catch a cold
From the ice inside your soul
Don't come back for me
Don't come back at all...

Who do you think you are?
Who do you think you are?
Who do you think you are?

*Enough said...

Monday, October 24, 2011

Smile..




Smile though your heart is aching
Smile even though its breaking
When there are clouds in the sky, you'll get by
If you smile with your fear and sorrow
Smile and maybe tomorrow
You'll find that life is still worthwhile

If you just
Light up your face with gladness
Hide every trace of sadness
Although a tear may be ever so near
That's the time you must keep on trying
Smile what's the use of crying?

You'll find that life is still worthwhile

If you just
Smile though your heart is aching

Smile even though its breaking
When there are clouds in the sky, you'll get by
If you smile through your fear and sorrow
Smile and maybe tomorrow
You'll find that life is still worthwhile
If you just smile

That's the time you must keep on trying
Smile, what's the use of crying?
You'll find that life is still worthwhile
If you just smile


Wednesday, October 19, 2011

Counting..

Less than two weeks for me to go to the new phase of life..
Takut.. sangat takut..
Tapi sangat lega jugak..
Harap semuanya berjalan lancar..
Harap semuanya akan ok..
Harap Allah beri kekuatan untuk aku hadapi benda ni..
Harap....

Dalam pada takut, dalam pada sedih, dalam pada bercelaru..

Nasib ada dia..
Thanx to you..
You know who you are..
Sayang kamu..
<3

Tuesday, September 27, 2011

Setelah Sekian Lama....

Yup.. Lama gila tak jenguk blog.. Dah nak habis syawal dah pun.. Huhu..
So, how's you alls punye raya? Meriah? Bape banyak berat naik??
Huahuahua.. Mesti takut nak timbang berat eh?
Sila-sila la insaf.. Haha..

By the way, nothing much for me this Syawal..

For the time being, sedang menunggu kedatangan fasa baru dalam life aku..
Ececeh.. Apakah?
Tunggu la ye..
Kalau aku ingat, aku bagitau..
Kalau tak ingat, nasib la..
Pada yang dah tahu, doa-doakan aku..
Hoping that i'm strong enough to face this new phase of life..
Well, itu je la kot buat masa ni..
Nothing much..
Though, I'm happy with my life now..
Hahaha..
Let's keep you guys wonder..
:D


Daaa..

Monday, August 8, 2011

Ramadan 8

Pejam celik, pejam celik, makan tido tau-tau hari ni dah 8 hari puasa..
Tapi aku macam ni jugak..

Takde rasa teruja sangat pun..
Hmm.. Pelik eh?
Tak pernah pulak macam ni..
Selalu tu ada gak semangat berpuasa, nak raya bagai..
Tapi tahun ni hambar sangat..
Kalau semangat pun kalau ingat Haikal and Humaira je..
Fikir diri sendiri, langsung takde hati..
Tssskkkk... T_T

Apa pun, sangat bersyukur sebab still dapat berpuasa tahun ni..

Buka puasa serba sederhana..
Sebab aku dah tak makan nasik..
So, tak teruja beli lauk kat bazaar ramadhan..
Haha.. Baguih! Jimat okeh!
Tapi beli untuk En. Hubby je la..
Sebab dia makan kan..
Aku weekend cook je..
:)

So, takde apa yang menarik sangat puasa ni..

Oh, just Haikal dah folo sembahyang tarawikh!
Alhamdulillah..
Katanya ikut 8 rakaat..
Balik dari surau suke dia berstory..
Hehehe..
Semoga jadi anak yang soleh..
Amin..

Okeh, nak sambung buat keje...
Banyak pulak keje aku..
Tapi malas nak mampus..
Guano???

Monday, August 1, 2011

Selamat Menyambut Ramadhan

Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak kepada semua umat Islam..
Semoga selamat berpuasa semuanya..
Jangan puasa yang yok..
:)
Sebenarnya aku nak tepek gambar kat sini..
Tapi entah kenapa lembab sangat pc kat ofis aku ni nak upload gambar..
Udah la entry aku skang macam hampeh..
Tulisan semata-mata..
Boring..

Ok la,

Semoga semua selamat..
Ofis aku balik 4.30..
Best!!

Friday, July 29, 2011

Auuuummmmmmm!!!

Hahahaha..
Tak pasal-pasal mengaum pulak!
Tak pernah-pernah aku gila tengok bola..
Sekali semalam boleh pulak layan..
Sebab hari tu tengok Harimau Malaya vs Singa yang dekat Singapore kan..
Kena jugak tengok yang ni!
Semangat tengok dengan Haikal!
Sama-sama terjerit-jerit depan TV..
Nasib si kecik tu tido awal semalam.. Haha..
And nasib ada boyfriend kecik ni (Haikal)..
Ada jugak geng..
Nanti Haikal besar kita gi stadium tengok bola eh??
Lol!!

Hoh.. Tapi sakit hati okeh dengan player Singa"pura-pura" tu!
Sikit-sikit nak tergolek je keje..
Sampai Haikal pun dok tanya-tanya kenapa dia sakit?
Padahal bukan kene pun kadang!
Sendiri tersadung, sendiri jatuh! Bongok!
Huh, emo okeh!

Tapi kan, tapi kannnn..

Dah jatuh chenta sama Khairul Fahmiiii!!
Terer gila la! Suka, suka!!
I lap you lah apek!
Tido malam termimpi-mimpi!
Haha.. Kan dah over!

Lepas ni akan folo team Malaysia..

Proud to be Malaysian!
Walaupun kalah, tapi kalah dengan bermaruah gitu!
Sebab Malaysia is true Harimau Malaya!
Tak macam Singa'pura', pakai player import.. Bluerghh!
Ok lah, nak gi Fanpage Apek keeper..
I lap u!!

BebeblBebel: Auummmm!

Tuesday, July 26, 2011

Love's suck!

Don't get mad people!
I know most of you wouldn't agree with me
Love is beautiful.. Blah.. Blah.. Blah..
Yeah, yeah.. heard them before
Been there, done that..
But for the time being...
I feel all the love-is-in-the-air thing sucks!

Don't get me wrong..
I'm dissapointed..
If you're in love, go ahead...
You've got nothing to do with this entry
It's just me...
So chill people!

BebelBebel: Aku yang tak chill..

Monday, July 25, 2011

Carca Marba..

Betul ke tak aku eja tajuk di atas.. Hehe..
Tapi memang entry rojak..
Sama dengan hati aku still macam rojak ni.. Huhuhu..
Bila mau settle? Entah..

Okeh, kita start dari latest..
Aku tengah gila macaroons..
Sedap sangat kot.. Nanges makan.. Haha
Padahal tengah takde selera makan..
Tapi kalau bagi macaroon memang aku hadap..
So, ada sape-sape nak belanja macaroon?
Ngeh.. Ngeh.. Ngehh..

Hoih.. Baru semangat nak update belog
Sekali nak upload gambar sangat hazab nak tunggu..
Apakah??
So, tak pasal-pasal takde cerita carca marba okeh?
Sebab lain-lain adalah cerita bergambar.. T_T

Tak pasal je bongok entry ni..
Haih.. Menambah pada kekacauan jiwa..
Out dulu la..
Bye..
BebelBebel: Ting Tong!! Wuwuwuwu..

Tuesday, July 19, 2011

Apesal ntah?

Aku pun tak tau apesal..
Tapi lately ni jiwa sangat kacau..
Bosan woh! Apa pun tak kena..
Semua pun bosan, bosan dan bosan..

Semalam aku timbang berat..
Dah 46kg!
Bagus jugak jiwa kacau..
Boleh kurus.. Ngeh.. Ngeh.. Ngeh..
Alang-alang mode takde selera makan ni..
Boleh la meneruskan penurunan berat badan secara drastik..
Yup, drastik okeh!
6kg in less than 2 weeks!
Kalau dulu aku diet macam nak mati, nak turun sekilo pun macam harem..
Now tiba-tiba merundum terus..
Good? Bad? Entah..

Apa nak buat ni Shafiza oiii..

Wake up! Wake up!!
Tak boleh la terus macam ni..
Tapi...........
Hoih! Tensi!
Kalau boleh lari, dah lama lari..
Lari-lari anak pun jadi la..
Janji bergerak.. takde la statik macam ni je kan?
Tepu otak..
Mau cari seseorang..

Tapi tak tau nak cari kat mana..
Siapa dia pun aku tak tau..

Haih! Dah sampai time balik ni..
Nak balik pun malas..
Nak stay lagi malas..
Hello...? Anyone out there??
Reach me out, get me outta here!!
T_T

Thursday, July 7, 2011

Ish, Ish, Ish..

Ye, saya pemalas sekarang..
Malas mau update..

Malas ambik gambar..
Kalau ada ambik gambar pun, malas nak godek balik untuk update..
Malas taip..
Malas nak karang ayat..
Malas nak ingat balik apa nak cerita..
Serba-serbi malas..

Tapi saya dah tengok Transformers!!

Okeh, nak bagitau tu je..
Tunggu mood dah maju sket..
For now, nan ado..

Eh, panjang jugak ni..
Hahaha..
:)

Mode: Merapu

Wednesday, May 25, 2011

2 dalam 1

Momentum sudah mari! Meh update lagi! Eh, macam pantun berirama la pulak! Hihi..

Sebab malas kan, aku combine dua story la dalam satu.. Ni pun cerita lama, minggu lepas kot.. Kisah abang wiraku yang terlantar sakit.. Hukhukhuk! Oh, jangan salah faham dek non.. Bukan En. Hubby eh, tapi kereta wiraku sakit.. Adoi la.. En. Hubby sakit tak kisah lagi (Boleh?) Tapi kereta sakit mampoihhhh! Patah kaki weh.. Dah la sakit time hujung-hujungggg, time duit dah bajet-bajet time nak tunggu gaji.. Kau ni memang tak pandai timing betul la.. Suka mintak duit time aku tengah pokai.. Haih.. Dua kali okeh dia sakit.. Satu kat Klang.. Pergi lepak sana jumpa kawan En. Hubby.. Sekali time nak balik boleh pulak dia taknak hidup! Ah sudah! Dah la time tu dah Maghrib.. Orang lalu lalang sikittt taknak berenti.. Memang la warga Klang ni aku pangkah!Tak mesra alam langsung.. Takde sifat tolong menolong.. Sudahnya call balik kawan En. Hubby dia datang jumper.. Masa jumper bukan main cantikk lagi bunyi enjin.. Bila cabut terus mati.. Hadoi la, apa masalah kau ni hah! Cuba punya cuba tak boleh jugak, last-last kawan dia suruh tinggalkan kereta dulu, lepak rumah dia.. Kan tak memasal.. Dah la tak bawak apa-apa.. Sehelai sepinggang aje.. Nasib baju budak-budak memang ada bawak spare..

Pagi esoknya baru call bengkel mintak tengok kereta.. Rupanya alternator (betul ke aku eja ni?) dia rosak.. Patut la power tak boleh sampai enjin.. Tukar menatang tu je dah berapa ratus.. T___T.

Esoknya nasib cuti Wesak lepak rumah.. Keluar pun setakat pergi kedai tapi takde problem.. Esoknya hari Rabu nak pergi keje aku perasan aircond aku panas.. Habis cermin aku jadi kelabu asap bila bukak aircond.. Aku pelik jugak, tapi jalan je la.. Sampai kat tol, aku terpandang temperature sekali dah high kau! Mak aii.. Aku dah cuak.. Dah la lepas tol tu gerenti jam.. Cepat-cepat aku bagi signal pull over tepi highway.. Call En. Hubby mintak datang tengok, masa tu dalam pukul 7 lebih la..

Sambil tunggu tu tiba-tiba sorang mamat naik motor datang.. Rupanya peronda highway tu.. Dia tanya la pasal apa semua, aku story la kan.. Dia pun bawak la keluar bendera merah dia tolong jaga traffic kat kereta lain.. Tak lama lepas tu kawan-kawan dia pulak sampai.. Siap diorang bawak kon, tolong hadang kereta aku, tolong tengok problem kereta, siap isi air takut temp. naik pasal air kering.. Hoh, bagus sungguh! Efficient seh! Terkagum pulak.. Haha.. Korang tau En. Hubby aku sampai pukul berapa? Pukul 9 lebih.. Haih, nasib ada peneman setia.. Hihihi.. Entah apahal lambat benar, padahal dari rumah aku nak ke tol tu tak sampai 15 minit kot?
Dah settle semua, tunggu tow truck datang bawak pergi bengkel, lepas tu check-check sekali fan aircond tak pusing daaaa.. Tak pasal kena tukar fan dengan apa kebenda ntah lagi, dekat 400 gak terbang.. T______T *nangis lagi*

Kalau ikutkan petang yang sama aku ada performance tarian. Aku dah mesej semua orang ni kata tak boleh datang semua.. Sekali dengan cikgu aku pun suruh datang naik cab.. Amboi cikgu, aku dah la baru terbang duit ni, lagi mau suruh aku naik cab.. Nasib baik la member ofis aku yang baik hati datang jemput kat rumah.. Hehehe.. Terima kasih la kat Umi and Farhana sebab sanggup mem-pickup aku.. ;)

Apa pun posing dulu!


My manager.. Hahaha.. Shera, tq tolong siapkan aku!


The penari's.. 5 ketul je yang menari pun.. Yang lain menarik diri pasal tak ingat step.. Hampeh korangg!


Me and budak yang tarik diri tu!
Tapi nak jugak menyibuk! Hahahaha..


Oh bulatnya muka akuuuuu.. Macam mana nak kuruskan muka ha??


Merenung masa depan.. Hihi.. Padahal dah kekenyangan.. :D

Apapun, enjoy jugak la menari walaupun praktis step tak sampai seminggu.. Punya la aku merapu depan stage tu.. Dah la tarian jawa.. Lantak, janji aku enjoy!!!

Tuesday, May 24, 2011

Pemalash sungguh!


Huahuahua..

Rasa sangat malas nak update blog.. Macamkan ada orang baca kan? Balik-balik sendiri baca.. Haha..

Tapi bila baca blog orang terasa berkobar nak update.. "Terasa" je la kan.. Buatnya tak jugak.. Hoh, kenapakah pemalas sangat ni?

Sebenarnya tak tau nak story apa.. Story harian yang biasa-biasa aje.. Cerita orang macam best je kan.. Tapi sebenarnya padan la dengan tajuk blog aku kan? My Life in the Modest Lane - about me and my not-so-fab life. Apa lagi la nak expect? Harus la cerita biasa-biasa, cerita hari-hari yang selalunya dah basi sebab pemalas nak update.. =_=

So, alang-alang dah menaip jom update sikit.. Mana tau lepas ni datang hantu rajin rasuk dalam badan, sekali update setiap jam.. Hah, muntah korang nak baca.. (Macamkan ado orang baca. Tsskkk..). Tapi takpe, ada aku kesah? Katanya blog aku.. Aku malas tulis diari tu pasal bukak blog.. Konon nak story untuk tatapan dan rekod sendiri.. Haha.. Eh merepek.. Mula la nak melalut..

Okeh, kisah dah lama gila kot.. Biasa la bila ada anak, macam mana pun nak jugak bawak diorang berjalan walaupun sekadar ke taman bunga.. Eh, itu tempat bercinta.. Ini taman rekreasi.. Entah, ye kot.. Ah, susah sangat.. Aku bawak pergi Taman Tasik Perdana aje.. Itu pun diorang dah seronok gila kot.. Haha.. Senang nak hiburkan hati budak-budak kan? Tak payah nak umpan beli barang ke apa.. Bawak tempat diorang boleh bebas berlari, menyepah, melompat, menjerit dan sewaktu dengannya dah cukup heaven untuk diorang..

Tapi korang perasan tak sekarang cuaca panas gila weh.. Nak mati aku rasa berjalan kat taman tasik tu tetengahari buta.. En. Hubby aku ni pun, tak sempat tunggu petang.. Petang ramai orang katanya.. Tapi agak-agak la time matahari terbuntang atas kepala nak bersiar-siar pun.. Huhuhu.. Tapi anak aku ada diorang kesah? Janji jalan! Bagus sungguh! Aku je macam nak pitam..



Haikal beriya tengok kuda..

Abang yang baik.. Sendiri volenteer nak tolak adik.. Siap berebut dengan aku.. Bagus..
 
 Sekali tolak sampai ketepi jalan.. T_T
Lepak jap

 Haikal menyanyi menghiburkan adiknya.. Hihi..
Mula la kutip benda merepek..

Panas gila woh!

Merenung masa depan ke dik?

Sakit kaki ke? Padahal kene tolak je,bukan jalan pun.. Huhu..

Dah melalak pulak.. Boring la tu!


Wednesday, April 20, 2011

RiO!

Rio Poster

Last week I watched this movie with friends!! Hahaha.. Hampeh sungguh la kan, bukan nak bawak anak pergi tengok.. Sekali ibu je yang pergi.. Hehe.. Btw, tak plan pun nak tengok wayang.. Sekali keluar tak tau nak buat apa, survey la cerita apa yang tengah showing.. Sekali tengok cerita ni je macam best.. FYI, aku memanggggg suka sangat tengok kartun ke animasi ke apa.. Bagi aku lah kan, better la tengok cerita macam ni yang selalunya memang best daripada tengok cerita yang "manusia" berlakon (especially Malay movie) tapi macam kayu..

To those yang ada anak-anak, sila la bawak.. Serius best giler!! Veryyy the colourful lorrrr.. And banyak nyanyi-nyanyi.. Dia nyer cast pun bukan calang-calang okeh! Anne Hathaway, Will i Am, Jamie Fox and a few others.. Oh, and kalau beli McDonald Happy Meal, boleh dapat 1 voucher ticket for kids! So, gi serbu McD then serbu TGV or GSC okeh!

Tapi aku rasa nak bawak Haikal tengok nanti.. Mesti dia suka.. Yang ye nye aku pun suke.. Hehehehe.. Okeh, apa tunggu lagi.. Pergi serbu cepat! :)

Thursday, April 14, 2011

Tak habis-habis.. Aku dah boring ah!

Tak habis-habis dari dulu sampai sekarang

Masalah yang sama

Benda yang sama

Orang yang sama

Dah naik menyampah

Dah naik berbulu satu badan

Korang ni tak reti-reti ke?

Nak jugak harass hidup aku kenapa?

Cakap bongok karang marah

Tapi memang bongok macam cipan

(Kesian cipan, tak pasal-pasal jadi mangsa)

Kalau ikut hati aku sembur sekor-sekor
 
Tapi aku pun taknak jadi cipan macam diorang

So, berdiam diri je la
 
Eh, diam pun salah jugak
 
Bercakap lagi la salah
 
Pening kepala otak aku
 
Boleh biol
 
Benci, benci, benci!
 
Kita tunggu je la siapa mati dulu
 
Aku mati dulu, korang senang hati
 
Korang mati dulu, aku lagi suka hati
 
Eh

 
Suka hati doakan orang mati

 
Tapi sakit hati

 
Tu pasal jadi macam ni

Dah la

 
Merepek dah ni

 
Haih......

BebelBebel: Jiwa kacau. Harap maklum.

Wednesday, April 13, 2011

Haikal dan spender..

Haha.. Tajuk ntah hape-hape.. Dialog Haikal dengan aku hari tu:

Haikal: Ibu, Haikal nak pakai spender la..

Aku : Kenapa Haikal nak pakai spender?

Haikal: Haikal nak pakai spender macam Najman..(kawan kat skool dia la tu!) Haikal malu la..

Ibu : Hahahahaha...

Jadi sempena memenuhi permintaan anakanda kesayangan, aku dah beli spender dia dah.. Masa mula-mula dapat teruja gila dia! Seronok sangat dapat pakai spender. Hahahaha.. Haih, dah besar anak aku.. Dah pandai malu.. Cepatnya besar.. Sedih pulak.. Nanti dia dah tak manja-manja.. Hoh, tiba-tiba emo pulak.. Hehe.. Sayang sangat kat diorang.. Kalau boleh nak peluk cium sampai bila-bila.. :)

Kalau dah gila talak!!!

Haihhh.. Ni ada kisah benar nak cerita ni.. Aku ingat cerita ni ada kat tv je.. Sekali benar-benar kejadian! Hehehe.. Eh, pesal gelak pulak! Betul ni, cerita tak tipu punya..

Okeh, meh sini aku cerita.. Sejak dua menjak ni ada long lost friend En. Hubby dah start calling-callilng En. Hubby.. Message-message la.. Aku pun macam pelik.. Apehal mangkuk ni! Tiba-tiba berbaik semacammmm je kan? Tapi aku takde la tanya En. Hubby ke apa kan.. Tak kisah la, kawan dia.. Tapi hari tu tengah aku keluar dengan En. Hubby mangkuk ni call, bagitau dia accident semua.. Aku dah start pelik la apahal benda camtu nak mengadu kat laki aku plak? Bini dia mana?? Bila aku tanya tu baruuuuu lah En. Hubby bukak story..

Rupanya mangkuk ini dah ceraikan bini dia dengan TALAK 3 kau tau! Lepas tu sekarang tengah gila talak.. Sama je laki-bini.. Dok aktif mencari siapa-siapa yang sanggup nak jadi CINA BUTA! Yang paling aku hangen tu, dia boleh tanya laki aku untuk jadi cina buta ni..! Pungkoq la! Meh sini aku tunjal bijik mata sket, biar ko jadi orang buta terus! Bodoh piang sungguh la! Tu la, masa bergaduh tak reti nak fikir.. Cakap ikut sedap telur tekakk je kan? Dah jadi macam ni baru nak menggelupur! Siap mangkuk ni dah planning cakap nak bawak nikah kat Thailand, lepas tu masuk Kelantan terus cerai.. Semua tanggung.. Amboih, banyak cantik muka.. Sukati je kan..

Aku dah siap warning En. Hubby, jangan nak ambik pot pasal ni.. Jangan pandai-pandai nak subahat pulak pergi tolong carik volunteer.. Kang tak pasal dapat saham akhirat sama-sama.. Kalau saham baik takpe, ni saham tak elok.. Haishh, jauhkan la..

Aku siap pergi google hukum Cina Buta ni, bagi kat En. Hubby.. Dah baca baru dia takut.. Terus call kawan dia cakap tak boleh nak tolong.. Cuma En. Hubby sempat jugak la nasihat suruh kawan aku tu taubat semua.. Anggap je la jodoh dah tak panjang.. Tapi, aku macam terkejut jugak.. Betul rupanya benda macam ni happen ye? Tapi of course la pernah happen kan, kalau tak takkan la wujud term cina buta ni pulak kan? Meh sini aku tempek sikit hukum cina buta ni.. Kita tau haram je kan? Aku lepas baca ni pun baru tau.. Rupanya, kalau buat cina buta ni, even lelaki tu dah ceraikan, and wife dengan exhusband ni kawen balik, perkahwinan itu tak sah.. Dianggap sebagai zina pulak tu! Na'uzubillah.. Eh, tercerita pulak! Heheh.. Takpe, sila la baca untuk tambah pengetahuan ye? :)

Kahwin Muhallil (Cina buta)

Tafsir Al-Quran

Surah Al-Baqarah : 230


Firman Allah SWT,

 
“Sesudah (diceraikan dua kali) itu, jika diceraikan pula (bagi kali yang ketiga), maka perempuan itu tidak halal lagi baginya sesudah itu sehingga ia berkahwin dengan suami yang lain. Setelah itu, kalau ia diceraikan (oleh suami baru itu dan habis eddahnya), maka mereka berdua (suami lama dan bekas isterinya) tidaklah berdosa untuk kembali (berkahwin semula ), jika mereka kuat menyangka akan dapat menegakkan aturan-aturan hukum Allah. Itulah aturan hukum Allah, diterangkan kepada kaum yang mengetahui dan memahaminya.” (Al-Baqarah 230)

Huraian

Ayat ini turun berkaitan dengan kisah ‘Aisyah binti Abdul Rahman yang telah diceraikan oleh suaminya Rifa’ah bin Wahab dengan talak tiga. Beliau kemudiannya berkahwin pula dengan Abdul Rahman bin Zubair al-Qurazi. Malangnya beliau juga turut diceraikan oleh suami keduanya itu. Setelah itu dia telah datang kepada Rasulullah saw dan berkata : Ya Rasulullah, Dia (Abdul Rahman bin Zubair al-Quraizi) telah menceraikan aku sebelum menyentuhiku (yakni bersetubuh). Bolehkan aku kembali kepada bekas suamiku yang pertama.. Baginda saw menjawab : Tidak boleh selagi tidak di sentuh (yakni bersetubuh dengan isteri kedua).

Berdasarkan ayat di atas, ulama feqah sepakat, sekiranya si suami menceraikan isterinya dengan talak tiga, si suami itu tidak boleh merujuk kembali kepada bekas isterinya melainkan bekas isterinya itu berkahwin dengan suami yang baru melalui perkahwinan yang diiktiraf syariat, sah dan bertujuan kekal bukan perkahwinan yang dirancang (perkahwinan muhallil). Dan berdasarkan hadis di atas perkahwinan dengan suami kedua itu hendaklah berlaku dukhul iaitu jimak.

Jika berlaku penceraian dengan suami kedua (penceraian yang tidak dirancang), setelah tamat eddah maka bolehlah bekas suaminya yang pertama dahulu mengahwininya semula dengan akad nikah dan mahar yang baru. Dan suami pertama akan kembali memiliki tiga talak sekaligus memadamkan talak yang lalu. .

Hal ini berbeza dengan penceraian talaq satu dan talak dua, menurut jumhur (Maliki, Syafie dan Hanbali) perkahwinan kali kedua dengan bekas isteri yang dicerai talak satu atau dua tidak akan memadamkan talak terdahulu. Ini kerana perkahwinan dan persetubuhan dengan suami kedua tidak diperlukan untuk menghalalkan dirinya kepada suami pertama.

Adapun perkahwinan muhallil yakni perkahwinan yang dirancang agar bekas isteri yang dicerai dengan talak 3 boleh kembali kepada bekas suaminya yang pertama setelah berlaku penceraian dengan suami kedua, perkahwinan seperti ini adalah haram, batil dan tidak sah. Jika berlaku juga perkahwinan dengan bekas suami pertama dengan cara ini, maka perkahwinan itu tidak sah dan ia di anggap sebagai perbuatan zina. Ini berdasarkan hadis Rasulullah saw,

ألا أخبركم بالتيس المستعار ؟ قالو : بلى يا رسول الله قال : هو المحلل ,
لعن الله المحلل والمحلل له

Maksudnya : Mahukah kamu jika aku memberitahu siapakah orang yang paling keji lagi hina ? Para sahabat menjawab : Ya, ya Rasulullah. Baginda berkata : Ia adalah al-Muhallil (lelaki yang mengahwini seorang perempuan yang telah dicerai talak tiga dengan tujuan menghalalkannya semula kepada bekas suaminya selepas ia menceraikan) Allah melaknat al-Muhallil dan al-Muhallal lahu (suami yang menjatuhkan talak tiga kemudiannya ingin merujuk semula bekas isterinya melalui perkahwinan muhallil.

Kata Saidina Umar al-Khattab r.a, Tidak dibawa kepadaku muhallil atau muhallal lahu melainkan akan aku rejam kedua-duanya. Abdullah bin Umar ketika menerangkan maksud ayahnya : beliau menjawab kedua-duanya adalah penzina.

Di akhir ayat 230, Allah SWT mengistiharkan bahawa segala hukum-hukum tersebut adalah batasan Allah SWT yang diterangkan dengan sejelas-jelasnya kepada golongan yang tahu akan faedahnya dan sedar terhadap kepentingannya.

Wallahualam.
Kuliah Maghrib,
Ust. Mohd Hishamuddin bin Mansor.

Rujukan,
Tafsir Ahmad Sonhadji, Al-Munir dan Az-Azhar.


Monday, April 4, 2011

Rezqi, rezqi!! :)

Amendalah pulak rezqi ni? Perkataan baru dari kamus dewan kah? Hehehe.. Takde la eh, ni perkataan baru untuk rezeki.. :D

Oh, apa cerita rezeki ni?? Semalam aku pergi tesco together-gether dengan En. Hubby dan dua orang anakanda kesayangan tu.. Biasalah, shopping barang dapur, adaaaa je benda nak beli.. Tak cukup-cukup! Haih, baru 4 ketul dalam rumah.. Mengketedarah macamkan ada sedozen orang dalam rumah! Hahaha.. Okeh, dah habis membayar kat kaunter, kitorang jalan-jalan mencuci mata kat luar tengok promosi apa yang ada.. Bukan aku yang gatal nak tengok eh, En. Hubby yang tiba-tiba nak meronda.. Aku suka je la kan, mana tau ada yang sangkut! Muahahaha.. Lepas tu, ada promoter ni stopkan En. Hubby, dok promo-promo barang dia, siap suruh En. Hubby isi borang nak dapatkan shopping bag free.. Selalu En. Hubby aku ni paaaaaling la malas nak melayan benda-benda macam ni.. Tapi tiba-tiba semalam dia ikut je la pulak.. Siap dia layan mamat promoter tu, siap isi borang bagai, isi untuk aku pulak sekali pasal nak dapat dua shopping beg.. Boleh??

Sekali lepas dah isi-isi borang tu, promoter tu kasi la satu envelope kat En. Hubby.. Ada voucher katanya.. So En. Hubby pun bukak.. Sekaliiiii, kat dalam tu dapat voucher rebate RM100 kalau beli product plus dapat free Microwave oven RM3k++ kauuuu! Wahhh, best giler! Siap promoter tu pun terkujat tengok voucher tu tak percaya.. Siap dan-dan tu dia call bos dia tanya betul ke tak voucher ni wujud or salah cetak.. Siuttt je tanya soalan gitu kat bos depan customer.. Kot salah cetak pun, kot aku nak jugak ko nak kata apa? Dah memang terang dapat kan? Hahaha.. Tapi, ye la... Mesti kena beli dulu barang dia la kan baru voucher tu valid.. Haihh!

Memandangkan memang la ada nak beli satu barang ni, tapi dok tertangguh-tangguh.. Terfikir-fikir.. dan macam-macam ter lagi la tapi since dapat hadiah free plus dapat lagi juicer RM800++ pulak lagii.. Huiiii, terngiur sungguh laa! Bukan aku aje cair, En. Hubby pun sibuk nak beli pulak.. Padahal sebelum ni aku mintak bukan main soh KIV dulu.. Nyampah! So, bayangkan bayar untuk satu barang, dapat 3 barang!! Untung ke tak?? Rezeki ke tak?? Kesimpulannya, En. Hubby membelikan jugak barang itu dan dapatlah kitorang free gift tuu.. Balik semalam dengan senyuman sampai ke telinga noooo.. Hahaha.. Happy banget sihh!

Oh, lepas ni boleh la berangan nak buat kek!! Oit, dah ada oven lagi mau berangan kan? Hahaha. Seumur hidup aku ni tak pernah buat kek nok.. Makan reti la! Harap-harap berjaya la kan.. Kalau tak jadi hiasan je la oven tu.. Nasib free.. Muahahaha.. Udah, udah, nak carik resepi buat kek ni.. Tapi bila nak buat tunggu je la eh? Gegegegege..