Hola.. Lama je tak update eh? Malas nak transfer gambar lagi sebab cerita-cerita mostly kena ada gambar baru macam syiok sikit nak story.. By the way, ada member bagi petua ni dekat FB.. So, aku rasa ramai je yang ada anak kecik-kecik, yang baru nak start bercakap kan? Moh la kita cuba petua ni mana la tau menjadi pulak ke.. Bila anak dah start bercakap ni memang best melayan (tapi bila dah besar sikit mula la jadi malas nak layan pasal banyak tanya la pulakk!! Haha).. Antara petua yang boleh dicuba:
1. Perlu selalu berkomunikasi dan berinteraksi dengan anak-anak dari usia mereka masih bayi atau ketika mereka masih belum lagi pandai bercakap.. Haa.. Kira tak kisah la anak korang ni faham ke tak korang meraban apa, janji korang expose kan diorang pada komunikasi.. Kadang budak-budak ni memang la tak faham, tapi diorang boleh concentrate tengokkk je kita cakap dengan dia macam faham pulak.. Kan? Kan?
2. Gunakan ayat yang pendek dan mudah. Apabila mahu menerangkan sesuatu kepada anak anda, pastikan ada ruang (pause) antara satu ayat dengan ayat yang lain supaya anak anda berpeluang untuk member maklum balas atau tindak balas. Jangan pulak la korang guna ayat bombastic, fantastic segala pulak.. Poning kepala anak korang nanti.. Cakap pun slow-slow bukan laju-laju macam keretapi.. :)
3. Mimik muka anda semasa bercakap amat penting. Mestilah bersesuaian apabila menyampaikan sesuatu maksud perkataan atau ayat. Macam jangan la bila cakap benda happy-happy muka korang stone je takde perasaan kan.. Hahaha..
4. Selalu membacakan buku untuk anak dan meluangkan masa bercerita kepada anak. Maybe boleh try baca bed time story sebelum tido ke.. Tapi aku memang takde masa la nak buat yang ini.. Huhuhu.. Setakat beli buku bergambar kat diorang ada la.. Tapi nak bacakan buku tu, tak tercapai lagi.. (-_-")
5. Dedahkan anak anda kepada interaksi sosial kerana dengan cara ini anda memberi peluang kepadanya mendengar perbualan di samping berjumpa dengan orang yang baru dikenali. Kalau korang borak-borak ngan kawan korang ke, boleh la anak korang tengok cara korang communicate kot.. Tapi make sure jangan cerita topik yang XXX ke, atau carut marut ke, mana-mana yang negatif la.. Budak-budak kalau bab-bab macam cepatttt je ikut.. So, sila berhati-hati bab-bab macam ni..
6. Anda mesti menjadi pendengar yang baik dan memberi perhatian serta cuba memahami apa yang cuba disampaikan oleh anak. Jika apa yang disebutnya tidak jelas, anda mesti bantunya dengan menyebut beberapa perkataan yang anda rasa mungkin itulah yang cuba disebutkan oleh anak anda. Biasa la, budak-budak kadang pelat kan.. So, maybe ada perkataan yang korang dengar macam pelik, tapi try sebut benda-benda yang agak-agak sama bunyik.. Macam Haikal dulu selalu sebut tekak = tegak, kelapa = kapada, nabi = babi (ooppsss.. ni memang terusss aku betulkan.. T_T ) and a few lagi lah.. Tapi jangan la korang betulkan sampai marah-marah pulak.. Kang stress budak tu gagap pulak jadinya..
7. Amalkan selalu menyanyi bersama-sama anak anda.. Hah, ni pun aku selalu jugak buat.. Sebab budak-budak memang suka menyanyi.. Lajuuu je hafal lagu kan.. So, lagi senang ajar diorang guna method ni..
Tu la antara tips/petua yang dia kasi.. So, boleh la cuba kat anak-anak korang eh.. Lagi satu, aku rasa pun penting jugak ni.. Kita kadang-kadang bila cakap dengan budak-budak suka pelat-pelat.. Contoh: ala tayang ni.. Tomeynya.. Bucuk manja ibuu.. dan yang sewaktu dengannya lah.. Bagi aku, baik cakap guna perkataan dan bunyi yang betul.. So takde la anak tu jadi pelat.. Sebab diorang ni selalu dengar dan ikut je apa kita cakap or buat.. Jadi baik start dari awal jangan pelat-pelat dengan diorang..
BebelBebel: Haikal pun pelat jugak sikit-sikit. Penat mau betulkan kadang-kadang.
No comments:
Post a Comment