Showing posts with label Haikal. Show all posts
Showing posts with label Haikal. Show all posts

Wednesday, October 27, 2010

Uhukkk.. Uhukkkkk..

Minta maaf la yer.. Tuan tanah adalah kurang sihat.. 1 family pun tak sihat.. Ada yang batuk, ada yang selsema, ada yang sakit 'tegak' (haikal cakap tekak tu tegak, hehehe).. Musim kot.. Rata-rata kawan-kawan and anak kawan-kawan sama je penyakitnya.. Kalau pergi klinik fuhhh memang penuh mak bapak bawak anak-anak kecik besar semua.. Hmmm.. Macam tu la bila dah ada anak, macam-macam kita buat untuk ensure diorang dalam keadaan terbaik yang termampu kita bagi kat diorang..

Lama jugak tak update ni.. Ntah, malass je.. Hehehe.. Awal-awal je semangat nak jadi blogger tegar, sekali kau, malas jugak.. (-_-").  Sekarang memang mode malas.. Malas nak update blog (baca blog orang rajin!), nak layan orang pun malas ye..  Sampai ada certain-certain people dalam list handphone aku, aku dah block tanak receive call diorang..  Serius malas.. Jiwa kacau kot, ntah.. Takde problem apa pun.. Setakat problem cipuit2 tu biasa la.. Bukan manusia la pulak kalau takde masalah kan..

Paling best dan paling mengubat jiwa ialah dengan melayan anak teruna dara aku tu.. :)  Malas la nak cerita panjang kan, nanti korang kata balik-balik cerita anak.. Kita layan gambar je la eh..






Very close siblings!! Harap diorang tetappp close macam ni sampai diorang besar walaupun besok dah kawen beranak-pinak.. :)


Main game apa ntah 2 beradik ni..
Ni kenapa pulak posing macam ni? Letih sampai kepala kena parking atas kerusi.. :D

Wednesday, October 20, 2010

Akhirnya dapat tengok tv cerita yang aku suka

Tengok! Elok je dia lepak tengok tv kat bilik belakang. Baguss!!

Weekend hari En. Hubby dah set up kan tv kat bilik Haikal kat belakang. So, secara officialnya Haikal lepak bilik belakang je kalau nak tengok cerita favourite dia (Ultraman, Ben10, dan kartun2 yang sewaktu dengannya) =_= Minggu lepas jugak aku beli dvd/vcd cerita2 favourite dia tu. Senang, apape aku on je dvd tu, pandai la dia duduk diam-diam dalam bilik. :)

Lega la sikit aku rasa. Takde la dia nak memekak kat depan ke apa kan. Kalau tak malam2 ke atau weekend ke tak merasa la kitorang ni nak tengok cerita kitorang. Asikkkk la astro ceria, disney chanel semedang. Aku ni dah naik hafal cerita kat chanel2 tu tau. Dialog MickeyMouse clubhouse, lagu Dibo semua aku boleh ingat. Haha. Dah macam aku pulak budak-budaknya. Tepu otak aku tengok kartun. (-_-")

Hah, sementara dia layan tv, Humaira pun dah tido ni, aku nak gi basuh kain kejap pastu layan favourite show aku pulakk. Lega dapat conquer tv balik! (^_^) Errrr.. En. Hubby, kalau nak tengok cerita favourite awak, sila la beli tv lain yer. :D
Sent from my BlackBerry® smartphone

Tuesday, October 19, 2010

Testing!!

Saje mau testing menjadi ke tidak. :)
Sent from my BlackBerry® smartphone

Monday, October 18, 2010

Terpaksa..

Yaa.. aku terpaksa mengorbankan nak beli eyeliner baru dan lite-lite barang mekap aku yang dah hujung-hujung sebab tiap-tiap hari Haikal nak beli milo kotak dengan coklat (wajib!).. Katanya dah hujung bulan kan.. Harus duit aku pun hujung-hujung la jugak.. T_T.. Tapi biasa la, bila dah menjadi kaum ibu ni memang tak kisah sangat keperluan sendiri.. Aku korek balik beg mekap aku lagi satu tengok-tengok ada la lagi satu pencil eyeliner yang dah kontot.  Jadi la buat conteng muka lagi seminggu nak gaji ni! :)

Kisah malam tadi, Humaira dah tido awal.. Sekarang dia memang dah senang dah tido.. (^_^) Tepuk lite-lite je dia tido da.. Kira sejak aku bawak dia balik memang aku tak masukkan dia dalam buai pun (masa duduk dengan opahnya, pakai buai..) So, memang masa ambik dia hari tu, dah berazam nak train Humaira tido kat bawah.. Alhamdulillah berjaya! So, dalam pukul 9.30pm macam tu dia dah selamat dah tido.. Biasa memang dia tido dekat hall, bila kitorang dah nak masuk tido baru angkat dia masuk katil..

Jadinya pada ibu-ibu yang ada baby kecik macam aku ni memang adalah nikmat tak terhingga bila anak dah tido.. Bukan pasal nak melepak ke apa pun.. Tapiiiiii ini lah masanya nak menyettlekan keje yang dok tertangguh.. Masa ni la aku nak lipat kain ke, sidai kain ke, iron baju ke.. Kira banyak benda la boleh dibuat bila si Humaira ni dah tido.. Bukan la En. Hubby tak tolong ke apa, tapi biasa la lelaki kann.. Kang kejap panggil, tanya itu mana, ini mana.. Haihhh!! Peninggg..

Tapi baru je aku nak duduk keluarkan kain nak lipat, dah aku dengar suara si Humaira ni menangis! Sudahhhh.. Aku baru nak start punch-in shift malam pulakk.. Rupanya si Haikal kacau adik dia tido.. Dah bangun pulak si kecik aku tu.. Huhuhu.. Sekali En Hubby pun geram jugak pasal dia nak melepak tengok tv.. Maka kene denda la si Haikal.. Nak tau kena apa??

Abah dia suruh dia tidokan adik dia balikk.. Letak je Humaira kat atas riba Haikal, suruh Haikal tepuk sampai tido.. Cekout muka tensen si Haikal..

Nasib baik la memang waktu ni memang time tido Humaira.. So, kira kejap je la dia dah tido balik.. Kalau tak, masak la nak melayan dia main pulak ke apa kan..

Oh, tv kat bilik belakang akhirnya dah di set-up oleh En. Hubby.. Pasni boleh jadi pot Haikal tengok tv dan main.. So, tak payah nak memekak kat depan, tak payah nak sepah mainan kat hall.. Jadi pot aku jugak bila nak lipat kain dengan gosok baju! :D Suka.. Sukaa! (Semalam dah rasmi, lipat kain dengan gosok baju sambil tengok Smallville, takde la sangap sangat.. Hehehe..)

Thursday, October 7, 2010

Haikal Contributes to Malaysia's Book of Records!!

Ini cerita lama.. Huhu.. Tapi sebab hari ni baru bawak kabel untuk transfer gambar, tu pasal baru nak story.. Hehehe.. By the way, kisah ni before puasa hari tu lagi rasanya.. One day tu, cikgu taska Haikal mintak kebenaran untuk Haikal participate dalam memecahkan rekod "cop tapak kaki kanak-kanak terbanyak".. Aku ok jer, takde hal.. Untuk seronok-seronok kan.. Lagipun Haikal mesti happy punye dapat mengotorkan kaki kan.. Kat rumah aku takde pasal aku nak bagi dia cop-cop kaki ke tangan ke, kalau tak dia dapat cop tapak tangan aku plak kat muka dia.. Hahaha..

Tapi gambar dia pergi mengecop kaki tu takde la plak sebab cikgunya tak bagi-bagi lagi.. Meh aku tepek gambar sijil je la eh.. Dapat sijil rupanya.. Baru aku tauuu.. Hahaha.. So, selain sijil lahir, Haikal dah ada sijil from Malaysia's Book of Records! Syabbas beta.. Syabbas!!

Tu diaa..

Monday, July 26, 2010

Balqish Batrishah

Ntah betul ntah tidak aku eja nama anak orang ni.. Hehe.. Btw, hari Ahad hari tu adalah birthday yang ke-3 budak kecik ni.. Nama je 3 tahun, tapi kecik je budaknya.. Walaupun kecik adalah sangat ganas.. Buas ya rabbii.. Huhu.. Apa kene mengena budak ni dengan aku?? Oh, ini adalah girlfriend haikal.. Hahaha.. Bukan main eh? Walaupun Haikal jumpa budak lain, tapi dia tak pernah lupa girl ni.. & Haikal treat dia special tuu.. Haikal sorang je yang panggil girl ni dengan nama Batrishah sedangkan yang lain sume panggil dia Balqish..


Oh, jangan di lupa.. Siap makan kek bersuap-suap mengalahkan makan beradap okehh.. Wah-wah-wahhh.. Bukan main lagi anak aku.. Kalau aku nak suap bukan main ngelat.. Siap cakap "aikal nak suap sendiri.." Bila aweknya nak suap, lajuuu je nganga mulut eh? Hishhh.. Pangai sape ko ikut ni Haikal oii.. (-_-")
Ok la, hari Ahad hari tu bangun pepagi macam biasa pergi hotspring.. Then baru la terhegeh-hegeh pegi JJ Balakong carik hadiah girl.  Orang dah la ramai, JJ tengah sale kan.. (cepat pergi, aku tak ingat lak sale sampai bile..) Pusing-pusing last-last aku just beli baju Seed je.. Bayar & then gi bungkus pastu terus gerak..Sampai rumah birthday girl kul 3.30 camtu la.. Dah potong kek segala dah.. Lambat la kiranya.. Makan-makan.. And berjumpa la teruna & dara ni... Wah.. Masa memula jumpa muka malu-malu.. Yer la lama tak jumpe katanya.. Tapi memula je la malunya.. Pastu dah pegang-pegang tangan.. Terus la berjimba berdua-duaan.. :D
Birthday Girl..Macam Cina, udah la pakai ceongsam..

Sesi makan beradap.. :)

Amboi.. Dok atas riba pulak.. Yang kanan tu adik birthday Girl..

kat pokok pulakk..

Rival.. haha.. Haikal melayan jugak girl ni.. Bukan main yerr kamu..

Balik around 6pm kot.. Hujan plak tu.. Aku pulak main redah je.. Malas nak berpayung la konon.. Sekali hamik kauu.. Balik umah dah bersin tak berenti.. Dan sekarang secara officialnya aku kene selsema.. Aaarrhhh.. Menciiii!! Srott.. Srotttttttt!!

Tuesday, July 13, 2010

Gajah Berbadan Besar.. Gedek-gedekk..

Itu la tajuk lagu terbaru gilaan anakanda aku sekarang.. Adoi laa.. Suke sangat dia lagu gajah ni.. Kejap-kejap nyanyi lagu ni.. Padahal banyak lagi lagu lain yang dia blaja kat taska nun.. Huhu.. Tapi 1st time aku dengar dia nyanyi lagu ni pun aku tergelak.. Lagu camni pun ade eh? Hehehehe.. Sronok gak jadi cikgu taska ea, layan bebudak nyanyi macam ni.. Mesti nak tergelak je keje..

By the way, si Haikal ni memang giler nyanyi.. Adakah sebab aku giler karaoke masa preggykan dia?? Hahah.. Memang masa preggy si Haikal dulu, aku suke gi karok.. So, maybe dah menurun kat dia kot? Hehehe.. Si Haikal ni pun ada lagi satu bakat tau.. Dia kan boleh buat apa-apa subjek menjadi lagu.. Contoh la kan, kalau tetiba dia tengah tengok Ultraman ke, dia buat satu lagu dengan lirik merapu pasal Ultraman.. Pening kepala aku weh.. Ade-ade aje dia ni..

Ada la aku amik video dia nyanyi lagu gajah ni.. Tapi malu-malu lak dia bile tengok aku rakam kan.. Ngade je.. (v_v)..



Malu-malu lak eh? Padahal kalau tak bukan semangat siap dengan gaya sekali.. Kimi, ni lagu untuk awak tido yeee.. :)

Monday, July 5, 2010

Cabut Gigi.. Ngeri!!

Ni story last friday.. By the way, husband aku outstation since tuesday hari tu, and friday baru balik.. Tiba-tiba dia call kata dah sampai rumah & nak bawak haikal cabut gigi.  Suppose bawak dia cabut gigi last friday, but then last week kat parents in law aku datang, so postpone la.. Since ingat husband aku tak balik lagi, aku dok ingat nak bawak next friday aje.. Tapi tetiba dah call kata nak bawak, aku pun ambik half day ler friday tu..

Kisahnya gigi haikal ni masa umur dia 2 tahun ++ kot, ada jatuh kat depan rumah.. Masa jatuh tu gigi depan sebelah kiri dia tu ada pecah sikit.. Over the time, gigi tu makin lama makin tinggal sikit sampai jadi suku je.. Then bawak gi klinik gigi doc suggest supaya cabut je gigi tu, coz gusi dia jadi bengkak and gigi tu pun dah takde function sebab tinggal suku and gusi pun dah masuk celah gigi.. So, terpaksa la dikorbankan jugak gigi tu.. Takpe la, nasib gigi susu aje, at least leh tumbuh lagi.. Tapi lama la lagi nak tungguu.. Sementara tu, rongak dulu la si haikal ni.. Huhuhu..

Ok, jadinya aku terus gi amik Haikal dulu kat taska.. Excited dia nampak aku sebab awal kan.. Ingat aku ambik dia awal nak gi jenjalan la tu.. Sian tul.. Haha.. Then pick up husband aku kat rumah terus bawak gi klinik..

Sampai-sampai amik no. pastu jap je kene panggil dah nama..  Memula Haikal cool lagi.. But still aku kene baring sekali atas kerusi tu, then dia baring atas aku.. Doc check gigi dia, kata gusi dah ok, tak bengkak dah.. So dah boleh cabut.. Bila doc bawak keluar jarum nak bius, dia ok lagi.. Sekali bila doc cucuk, dia dah meraung dah.. Aku kena pegang kuat-kuat.. Alahaii.. Sian tul aku tengok.. Ye la, budak kan? Lepas tu dia dah stat nangis, kata "taknakk..taknakk".. Mesti dia rasa gusi dia cam kembang je kan?

Husband aku tengok anak aku dah nangis-nangis, dia lak mengoffer diri pegang Haikal..  Sementara tunggu ubat jalan, Haikal dok nangis-nangis lagi.. Siap peluk-peluk aku taknak cabut gigi.. Kitorang + doc + nurse semua pujuk-pujuk segala.. Sampai time nak cabut, lagi la dia melalak.. Sampai 4 orang la kena pegang.. Huhuhu.. Nasib bukan aku yang kene pegang.. Kalau tak, memang terlepas la jawabnya..

Bila dah cabut tu, dia dok nangis-nangis lagi.. Doc kasi gauze untuk gigit kasi darah berenti.. Then turun bawah, dia nampak tempat main terus gi main.. Lupa dah gigi dia kena cabut.. Haha.. Sib baik la dia ni jenis kejap je nangis.. Kalau tak jenuh.. Ada la aku sempat snap 2 pix masa dia kene cabut gigi.. Ingat nak ambik video, tapi ngeri dengar dia nangis + kesian.. Terus tak jadi.. Rasa nak peluk-peluk dia kasi dia ok.. Huhu.. Tapi sekarang Haikal is officially RONGAK!!  Haha.. Takpe, still hensem.. :)

Ni sebelum cabut gigi.. Still berleisure dengan abah borak-borak..
Ni masa nak cabut.. Dia dah stat melalak dah..
Tengok, berapa orang tukang pegang?? Huhu..

BebelBebel: Jangan kata budak, aku yang tua ni pun kalau nak jumpa doc gigi, rasa nak terkincit aje..haha

Thursday, June 24, 2010

Haikal Nampak Hantu???

Hoh, gile buat aku takut budak ni.. Dua tiga empat menjak ni asyik kata nampak hantu.. Eh, biar betul anak aku ni?? Tapi takde plak dia takut ke apa.. Dia just kata "ibu, tu nampak tak?? hantu tu kacau Haikai".. Kalau ko tak seriau ke dengar?? T_T

Tapi kan orang-orang tua selalu cakap, budak-budak memang boleh nampak.. Tapi anak aku ni kategori nampak betul ke atau main-main.. Sebab dia takde la nangis ke ape kan.. Just cakap menatang tu kacau dia.. Belakang rumah, depan rumah, asal malam je dia cakap.. Aku pun takde la nak tunjuk takut kan.. Paling-paling pun aku just cakap "cakap jangan kacau Haikal.. Cakap Allahu Akbar!!" Tak pun aku suruh dia azan aje.. Aku pun taknak menakutkan anak aku.. Mahu dia jadi berani.. Ni kadang mak bapak suka takutkan anak, kata ada hantu la, momok la.. Apa la, macam mana anak tu tak takut, kalau mak bapak sendiri yang takutkan diorang??

Aku pun bukan berani sangat.. hehe.. Pernah ada pengalaman nampak benda-benda tu.. Huhu.. Nasib masa nampak takde la plak jadi takut gile.. Boleh buat bodoh aje.. Pengalaman pertama adalah masa kat rumah mak aku.. Time ni kakak aku pun belum kawin.. Kitorang duduk satu bilik.. So, satu malam tu aku terjaga.. Tiba-tiba leh nampak hantu pocong (hantu bungkus kadang orang panggil atau masa zaman student dulu kitorang panggil "sweet", sebab dia bungkus macam gula-gula - gila panjang explanation aku wehh..).. Oh, haa, hantu pocong kat hujung katil kakak aku, dia mengadap kakak aku tido.. Huwaaa.. Apakahhhh?? Slow motion aku pusing badan aku hadap dinding sebelum benda pusing hadap aku pulak.. Ngeeee..

Kedua, masa study kat UiTM Manjung, lepak sorang-sorang dalam bilik. Kalau kat UiTM Manjung, dia adalah rumah kedai.. So, hostel pun rumah kedai.. Bilik aku dekat tempat yang ada balkoni.. Haha, sebab suka tayang muka beramai-ramai kat balkoni kann, harus pilih bilik ka situ.. :) Kejadian adalah waktu malam, ntah hangin apa, aku lepak sorang-sorang tak bukak lampu.. Katil aku kat atas (katil double decker).. Pintu balkoni bukak, konon nak dapat angin malam.. Sekali tetiba ada benda terbang, then dia berenti kat balkoni tu, dok terapungggg je.. Tapi aku tak nampak rupanya, sebab benda tu hitam.. Tapi still, aku boleh buat kering.. Takde pulak aku melompat terjun lari jerit segala.. Hohoho..

Yang lain-lain tu, banyak dengar bunyi-bunyian je la.. Cuma masa husband aku sakit, dia dah bertukar jadi 'benda' lain, cakap pun dah 'slang' lain.. Tapi aku tak takut jugak.. Siap aku boleh sound kat benda tu "ko pegi berambus, jangan kacau aku!!" Wohaaa.. Terer sehh.. Aku pun tak sangka ada keberanian tahap itu.. Sebab kakak & mak aku adalah penakut.. Syukur la, aku tak jadi takut di saat-saat genting camtu.. Tapi, takde la pulak aku nak jumpa 'benda' ni selalu wehh.. Takde keje..

Tapiii.. Betul ke Haikal nampak hantu??? (-_-")