Friday, December 23, 2011

Al-Fatihah..

Ya Allah..
Bila aku dapat tau berita ni dari status kawan aku kat FB,
tekejut sangat..
Walaupun sebenarnya takde la kenal pun kakak ni..
Tapi arwah adalah kakak kepada kawan sekolah aku..
So, in a way, rasa macam she's part of someone I know..
And rasa sedih coz her family has to face this tragedy.. 
Bayangkan, meninggal dalam keadaan macam ni..
Kau kalau terpotong jari sebab potong bawang pun nanges..
Ni kan pulak kene tikam bertubi-tubi..
Memang setan betul la pembunuh ni..!!
Like, apesal kau nak bunuh-bunuh orang ni?
Apesal kau nak berlagak Tuhan, nak cabut-cabut nyawa orang?
PSYCHO ok!! Ramai sangat manusia gila sekarang..
Aku pulak dah rasa paranoid..
It seems like you're not safe even in your own home..!
Kalau kat luar lagi la tak safe kot.. T__T

Apa pun, aku doakan rohnya ditempatkan di kalangan orang yang beriman..
Dan aku doakan agar pembunuhnya dapat ditangkap secepat mungkin..
Pastu jom tikam ramai-ramai baru dia tau sakit macam mana..!!
Bangkai betul..!

To those who read this, please recite Al-Fatihah for her..
Amin..

Full article below. Taken from http://suarabawahtanah.com/2011/12/22/kerani-bank-maut-ditikam-15-kali/


 Pics credit from http://syanasaid.blogspot.com/

Seorang kerani bank maut selepas ditikam 15 kali di sebuah rumah kedai di Jalan Puncak Desa, Kepong, Gombak, awal pagi semalam


Dalam keadaan parah, wanita itu merangkak ke bahagian tingkap rumahnya dan menjerit meminta tolong ke arah sekumpulan individu yang berada di kedai makan di tingkat bawah premis tersebut.

Jeritannya didengari orang awam yang berada di kedai itu yang terus membantunya dan menghubungi polis kira-kira jam 1.55 pagi.

Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak, Superintendan Rosly Hassan berkata, polis mendapat maklumat mengenai seorang wanita yang ditemui terbaring berlumuran darah dalam rumah kedai terbabit dan dihantar ke Hospital Selayang untuk rawatan lanjut.

Bagaimanapun, menurutnya, mangsa yang masih bujang itu disahkan mati kira-kira jam 2.10 pagi di hospital terbabit.


“Siasatan awal mendapati terdapat 15 tikaman di belakang badan mangsa, termasuk kesan luka di beberapa bahagian anggota badan lain seperti siku, lengan, peha, rusuk kanan dan jari.

“Mangsa dikenali sebagai Rozana Mohd Yusak, 35 tahun,” katanya ketika dihubungi semalam.

Rosly berkata, pemeriksaan ke atas rumah kedai yang disewa oleh mangsa, mendapati premis itu kosong dan hanya terdapat pakaian milik mangsa.

Menurutnya, polis tidak menolak kemungkinan cemburu sebagai motif kejadian dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Katanya, polis sedang mengesan individu yang terlibat dalam kejadian dan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat menghubungi balai polis berdekatan atau talian Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak, 03-61262222 bagi membantu siasatan.

Rozana, yang sudah 10 tahun bekerja sebagai kerani bank itu, dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk dibedah siasat.




Yusak berkata, isterinya pengsan selepas mendengar berita pembunuhan itu.

“Kami dapat tahu berita ini daripada anak saudara kira-kira jam 6.30 pagi tadi (semalam).


No comments: