Friday, December 31, 2010

Kelabu Mata Coklatku..

Contact lense aku dah sampaiii!

Buweeekkkk!! Nak muntah baca tajuk entry sendiri. Muahahaha. Hari tu ada order contact lense kaler kelabu uolllsss! Verangans nak mata kaler-kaler kononnya. So, dengan tak berapa pantas aku search lense online. Then, member ofis aku recommend satu online shop ni.. Browse-browse, pilih-pilih, aku order la yang kaler kelabu ni. Taknak la drastik sangat kan kaler tu. Agak-agak la wehhh. Muka melayu, toksah la nak pakai mata biru pulak. -_-"

Tunggu punya tunggu, semalam udah sampai. Teruja ni! Tapi, aku ni tak pernah pakai contact lense ni. Yer la, mata belum la rabun lagi so takde la maknanya aku nak pakai contact lense. Harus terkial la aku ni! Tapi dok geram tengok minah korea yang comelnya la hai pakai contact lense kaler2 ( ate, dah memang dorang comel!) Tak boleh jadi ni! Maka jom la perasan nak comelkan diri jugakk.

Tapi, aku belum la try lagi. Nanti kalau dah try aku tunjuk eh. Hopefully meletop la mata aku nanti. Hahahaha. Perasaannnn!!! *muntah*
Sent from my BlackBerry® smartphone

Wednesday, December 29, 2010

Nyanyuk ke apa?

Semalam aku baru start period.

Tengahari aku tido,nak recharge balik sebab malam bangun 2x bagi Humaira minum susu.

Bangun tido, pergi ladies room, basuh muka, gosok gigi, ambik air sembahyang.

Masuk surau, pakai telekung sembahyang zuhur.

Habis tahayat akhir, terfikir - Eh? Bukan ke aku period??

What la weyyyy! Nyanyuk sudey!

Iskkk...

Tuesday, December 28, 2010

Wujud lagi menatang ni? Tabik ar!!

Ok, ni bukan iklan tuala wanita ke apa eh. Tapi semalam aku pegi pasaraya kat area rumah aku, round-round tanpa arah tujuan nak tengok apa yang boleh dibeli (boleh?). Sekali ternampak benda itu dengan jenama itu bersekongkol dengan jenama pad lain yang dah glamer stok jadi diva dah.


Pada kawan-kawan perempuan baya-baya aku or tua sikit dari aku confirm la tau jenama Sanita ni. Alah, dulu mesti korang ada beli untuk mak-mak korang kan? Cuma dulu dia dalam kotak besar, takde la comel macam ni Pastu kalau beli roti kering pad ni harus tokey kedai tu balut dengan kertas sokkabar pastu siap masuk dalam plastik kaler hitam lagi. Hahaha.


That was the good old days la. Nowadays, this thing memang open. Siap ada commercial kat tv dengan teknologi baru pembuatan pad ni. Sampai Haikal pun kadang tanya apa benda tu dan aku terkial nak jawab apa. Haihhh! Mampuih nak menjawab...


Eh, tapi setelah sekian lama aku tak nampak brand ni, sekali nampak balik macam wah kagums! Dah la harga murah gila RM1.80 je.  Lama gila bertahan tu. Packaging pun dah comel tapi tetap lah warna kuning kan. Hehehe. Ntah apa-apa nampak benda ni pun kagum. :P


Sent from my BlackBerry® smartphone

Sunday, December 26, 2010

Apa keje la dua beradik ni..

Lepas sidai kain tadi En. Hubby pergi park bakul kat hall. Lepas tu dia letak pulak Humaira dalam bakul tu.. Dan-dan tu pulak la si Haikal nak join ssekali masuk bakul.

Tengok je la keje dua beradik ni. Dalam bakul pun jadi. Lantakk, janji korang happy, tak meraung memekak sudahhh!
Sent from my BlackBerry® smartphone

Wednesday, December 22, 2010

Threading.. Ooouuuccchhh!!!

Semalam nak keluar dengan En. Hubby. Sebelum pergi jumpa dia sempat la aku pergi threading kejap kat satu kedai kat Sri Serdang ni. Ni pun kawan aku yang recommend tempat. Tapinya aku ni tak pernah la pergi buat threading ni. 1st time la kira. Nervous jugak mak ni. Hehehe. Biasa aku cabut sendiri je, tapi ni dah lama tak cabut dah bertukar jadi semak samun eyebrow aku ni stok semut pun boleh sesat dalam tu aku rasa. T_T.

So, aku pergi. Orang pun tengah takde. Dia baru settle threading sorang minah ni. Oh, tukang threading dia Melayu. Aku duduk, bagitau nak threading semua pastu dia pun start.

Huwaaaaaa!! Sakittttt! Gila aku rasa sakit sebab dia cabut sekali banyak kan. Sampai terkeluar air mata aku. Huhu. Siap aku rasa kebas je tang kening tu. Macam bengkak pun ada aku rasa. Aduiiii!


Tapi bila dah tunjukkan hasil, wah berbaloi la tahan sakit pun. Alah, kejap je sakit tu. (Padahal dah siap nanges tu. LOL!)


Gambar before and after. Hehe. Gila camwhore, semua pun nak ambik gambar. Apapun, gambar lepas buat threading tu nampak la kemas dan bersih sikit semak kat kening aku tu. Jadi lepas ni boleh buat lagi. Sakit pun sakitt laaahhh..!


Sent from my BlackBerry® smartphone

Tuesday, December 21, 2010

Buku Cerita Zaman Hingusan..

Hola.. Hola.. Lama dah update.. Ada je cerita, tapi bila sampai time malas nak taip... Hehe.. Dok la baca blog orang, haih! Apa nak jadi ni? Update! Update!

Eh, korang ingat tak masa zaman korang sekolah rendah ke, sekolah menengah ke, sekolah tadika ke buku cerita apa yang korang suka baca? Genre apa? (Ceh, zaman dulu mana tau genre2 semua ni!) Aku tiba-tiba teringat tadi.. Sebab tiba-tiba macam terindu dengan buku-buku cerita aku tu.. Sayang gila la entah mana pergi.. Aku rasa tinggal kat rumah mak aku kot.. Tapi dah berzaman punya buku harus dah kene campak tong sampah. T_T

Masa aku zaman sekolah dulu, ada sorang kazen aku (dah arwah dah. Al-Fatihah) yang kira concern pasal pelajaran aku la.. So, everytime aku score dalam exam dia akan bagi aku hadiah buku.. Alah, time tu, dapat buku pun dah teruja lebih..! Cuba kalau budak sekarang, harammmm.. Mau PSP la, PS2 la, HotWheels la, vacation la, handphone segala.. Mewah eh budak sekarang? Aku dulu, buku punnnn, macam dapat apa! Terkinja macam monyet! Senyum sampai belakang kepala! Hahaha.. Bukan sampai telinga lagi dah!

Alah, bukan la buku apa sangat pun.. Kazen aku suka beli buku ala-ala penyiasatan budak-budak macam Enid Blyton, Alfred Hitchcock, Nancy Drew macam tu.. So, bila baca buku tu mula la berangan konon-konon jadi penyiasat la jugak.. Siap buat group penyiasat dengan anak-anak jiran aku.. Hahaha.. Bungoks je.. Siasat anak ayam hilang la, apa la.. Tapiiii, aku la jadi ketua.. Haha, taknak kalah tu! Hmm.. Nampak sangat la budak-budak kan, semua pun nak berangan..

Enid Blyton

Alfred Hitchcock and the Three Investigators in the Mystery of the Green Ghost
Alfred Hitchcock.. Favourite sangat.. Rasanya budak-budak penyiasat ni dipanggil the Hardy Boys..

Rasa nanti macam nak carik balik ah buku-buku ni boleh bagi Haikal & Humaira nanti.. (termasuk aku sekali la tu menyibuk).. Since dah ada anak ni, takde masa ar nak baca novel-novel segala ni.. Baca paper pun kat ofis.. Kalau tak, takde makna.. Asal aku pegang buku je, mula la si kenit aku tu pun nak makan buku jugak.. Haih, bagi nestum takmo makan, buku pulak nak makan..!

So, korang baca buku apa?

Friday, December 17, 2010

Tragedi Disember..

Hari Isnin hari tu terjadilah satu tragedi yang tak berapa ngeri tapi tu pun Alhamdulillah sebab kalau salah timing mungkin akan jadi tragedi ngeri..

Hari Isnin hari tu En Hubby accident kat area Prescott Inn Kajang. Dah la jalan tu tengah bandar kan.. Dia nak mengelak dari satu kereta yang keluar dari simpang tapi biasa la bila bawak motor, ngelak sikit pun dah terhuyung-hayang maka jatuh la En Hubby tergolek atas jalan .

Nasib baikk lah time tu kereta tak banyak lalu lalang, so selamatlah En Hubby aku tu.. Aku dok bayang kalau la ada kereta kat belakang ke apa yang tengah laju sekali langgar ke apa kan? Adoii, taknak bayangkan. Alhamdulillah sangat. Just luka kat kaki dengan bahu, tapi motor agak calar balar dan En Hubby tensen sebab motor baru..Huhu.. Eh, motor boleh carik ganti tau. Nyawa kalau dah takde kau boleh renew ke? Haihh!

Aku pagi2 tu dapat call terus mencanak pergi sana. Dia dah terduduk kat tepi jalan tu, ada la kawan2 dia datang tapi semua stok naik motor.. So, aku lah yang angkut dia pergi Hosp. Kajang. Sakit pinggang aku weh tolak dia naik wheelchair.. Walaupun En. Hubby spesies kerempeng tapi berat seh! Haih, hujung tahun nak mintak bonus lebih ni! Hehehehe..

Ok, yang melanggar pulak.. Adalah spesis bongok nak mampus! Satu hari aku wasted pasal itu mangkuk berayun. Korang bayang eh, dari pagi lepas accident tu En. Hubby nak buat report, diorang taknak.. Kata takpe la, pergi hospital dulu semua nanti diorang bayar kerosakan. Okeh, rasa macam sedap hati la kan? Orang ni nampak macam responsible.. Tapiiiiiii, tongokkkkk!

Dah habis settle x-ray semua kat hospital, dapat MC segala, gi bengkel tempat bawak motor. Aku tak berapa la nak faham pasal motor-motor ni kan, tapi diceriterakan kat aku motor tu spare part mahal sebab takde jual kat kedai motor biasa. Kena order from kilang. So tokey kedai kira-kira adalah dekat RM800 nak repair kerosakan segala. Sekali itu mangkuk berayun bising-bising kata mahal sangatlah semua.. Eh, tadi bukan kau yang kata nak bayar. Hah! Silakan la bayar kan? Takkkkk.. Kepochi gila! Lepas tu kata nak bayar half. Takpe la lagi kan? Tak habis lagiiii..

Diorang blah sebab tak percaya barang motor En. Hubby takde kat kedai motor.. So, konon nak pergi survey sendiri nak tengok harga and betul ke quotation yang tokey tu kasi.. Siap nanti kata jumpa petang nak bagi duit semua.. Kitorang call-call tak angkat.. Mula la dalam hati menyumpah ni! Masa tu dah petang dalam 4 lebih kot.. Accident tu pukul 9.30 am.. Bayang la berapa lama diorang ni dok lengah masa. Cibais la!

Then kitorang gi carik wife mangkuk ni, sebab wife dia keje kat Prescott Inn tu.. Cerita la kat dia semua.. Ikut hati aku nak je mintak berapa je yang dia ada masa tu bagi.. Tapi takkkkk! En. Hubby pulak spesies gatal nak considerate konon.. Siap kata takpe la, kalau takde duit sekarang hujung bulan pun takpe.. Nak aje aku ketuk kepala dia.. Tapi karang kata derhaka pulak! Maka aku imagine je dalam kepala aku ketuk kepala dia! -_-"

Masa ni dah 6 lebih ni! Lepas tu wife dia call kitorang, kata tak nak bayar sebab banyak sangat RM400 tu, so suruh kitorang buat report! Apaaa! Buat report! Fundekkk la! Buang masa aku la weh.. Satu hari suntuk tunggu kau, pastu baru nak suruh buat report padahal dari pagiii tu En. Hubby nak report mangkuk ni taknak.. Haihhh..! Nak aje aku sula mangkuk ni!

Makanya kitorang buat la report tu pun dah dekat maghrib.. Claim insurans untuk repair motor. Dah settle.. Kalau dari awal gitu, dah lama aku boleh melepak kat rumah rehat.. Dah la jadi tukang tolak wheelchair, jadi supir lagi.. Aku yang penat.. Err.. Aku ikhlas la tolong En. Hubby.. Tapi geram dengan mangkuk tu! EEEeeeeeii, memang aku sumpah tak aman hidup 7 keturunan! Ptuuiiiiii!

Friday, December 10, 2010

Basi kah?

Confirm! Memang cerita basi.. Huhu.. Gila pemalas aku ni nak update.. Lately ni mood kurang mari ah.. Penat kot.. Humaira dah lasak sangat sekarang.. Nak tengok dia diam adalah pada masa dia tido aje.. Kalau tak, hambik kau.. Sekejapppp je dia dah ntah ke mana-mana.. Hoh! Belum dapat kaki lagi tu.. Baru standard merangkak laju-laju aku dah letih.. Bayangkan la kalau dah berjalan? Harus aku ikat je budak ni.. Hehehe..

Ok, berbalik pada cerita basi aku.. Gila punya basi pasal cerita Raya Haji.. Hahahah.. Daging korban pun dah habis, lagi nak cerita.. Takpe, blog aku suka aku la kan nak cerita basi berulat sekalipun.. :D

Raya Haji hari tu kitorang tak pergi beraya mana-mana pun. Pagi tu En. Hubby bawak Haikal pergi tengok orang sembelih lembu.. Pastu diorang balik, siap-siap, kitorang keluar tanpa arah tujuan.. Sekali, En. Hubby terus bawak gi Zoo Negara.. Hahahaha.. Gilos.. Raya-raya pergi Zoo.. Jumpa sedara kat situ la pulak.. 2-3 Tahun sekali je nak jumpa kan.. Nasib anak dara aku tu sangat la elok perangai duduk je dalam stroller tak mengamuk tak apa.. Baguss.. Macam ni lah ibu sayanggg.. Takde sibuk menggeliat nak suruh dukung segala.. Lain kali boleh bawak jalan-jalan lagi.. Gambar ada la ambik tapi mostly dekat En. Hubby.. Layan aje la gambar dari kamera telefon aku yang tak seberapa ni eh.

Tengok kaki parking kat mana?? Amboi adikk.. Kau tu anak dara tau?

Sape lagi besar?? Haikal pun dah separuh badan abah dia.. -_-"

Time ni Haikal dah cakap, "Haikal penat la ibu.." Tu yang tumpang stroller adik dia.. Dah satu keje nak menolak dua-dua..

Sampai petang jugak la merayau dalam Zoo tu.. Dah la petang  hujang.. Stuck dekat tempat reptilia.. Lepak jap kat situ tunggu hujan berhenti.. Tak pasal je.. Tapi yang bagusnya, balik tu, dua-dua anak aku membongkang tido.. Letih la tu konon, padahal bertolak je atas stroller.. Haih!

Kisah tak berapa basi ada jugak.. Hehe.. Cuti Awal Muharam hari tu macam biasa, misi berjalan tanpa arah tujuan.. Sekali En. Hubby belok masuk area Tasik Perdana terus gi Bird Park.. Mak aih, ramai jugak manusia.. Dah la kitorang gi parking kat area Planetarium pasal kat Bird Park tu parking full.. Menapak la pulak.. Gigih gila.. Nak bawak anakanda berdua tu punya pasal, menapak pun menapak laahhhh.. Boleh aku exercise sekali kan?

Masuk-masuk sekali kauu.. Admission fee dia: Adult RM20. Child RM10. Kitorang masuk, RM50. Pastu gi la beli air kan.. Ambik air mineral botol kecik dua ketul dengan keropok Twisties = RM13.. Mahal nak mampus.. Ceh.. Gila cekik darah.. Haih.. Pakkal la kat dalam tu memang takde kedai lain.. Kalau tak, memang tak keje aku nak beli air mineral 5 hengget sebotol!

Sampai-sampai tido dulu! Rambut pun dah serabai..

Antara burung yang ada

Burung yang ada merata-rata

Nak ambik gambar burung merah tu sebenarnya.. Udahnya cenonet je nampak kat hujung..

Lagi gambar diorang.. Gambar aku jugak takdok!

Burung hantu.. Burung ni memang hantu lah.! Time ni dia tengah tido tau, tapi bila aku nak ambik gambar dia, slow-slow dia bukak mata.. Pastu dia tutup mata balik, pastu bukak balik tengok aku.. Mesti dalam hati dok kutuk mengata aku la tu! "Sibukk je perempuan ni, aku nak tido pun tak senang.. *Sikit punya panjang caption daaaa*

Dah la aku rasa masuk dalam tu memang tak berbaloi bayar RM20 satu kepala.. Yang banyak kat situ pun burung merakkk aje lah.. Memang la burung kat dalam tu semua bebas berjalan.. Takde la dalam sangkar kecuali burung helang dengan burung hantu.. Yang lain semua lepas bebas.. Tapi yang bebas tu mostly adalah burung merak.. Hampagas..!

Tapi takpe la, demi anakanda yang teruja nampak burung live macam tu kan.. Hmmm. Layankan aje lah..


BebelBebel: Minggu ni lepak rumah je lah! Pergi birthday party kat Taska Haikal, pastu lepak rumah, tido!!