Thursday, February 3, 2011

Home Alone...

Di kala korang seronok-seronok pergi jalan-jalan sempena cuti Raya Cina yang panjang ni, aku stay kat rumah aje sebab En. Hubby keje. Huhuhu. Nasib baik En. Hubby bawak Haikal sekali, so tinggal la aku dengan dak kecik a.k.a Humaira. Tapi sebab dia kan tengah demam selsema batuk semua so asyik memerap je. Aku bangun kejap dah menjerit. Dia main-main sorang takpe asalkan aku kene duduk dekat dengan dia. Kalau aku hilangggg je kejap hatta nak pergi terkucil sekalipun, dengar la suara dia siap menongeng-nonggeng merajuk konon kena tinggal. Padahalll, macam la aku tinggal dia aku gi jalan memana pun. Adoi la.

Tengok aje la budak kecik ni. Menyepah bukan main suker lagi. Lantakk, janji ko tak menangis sudah. Setakat sepah sikit-sikit tu standard la kan. Dah namanya budak, takkan keje dia nak mengemas pulak. Hehehe. Sukati ko la dikkk, janji tak meraung sudahh.
Sent from my BlackBerry® smartphone

2 comments:

mrs k0r0x said...

same here! home alone gak! huhu

ShaFiza said...

mrs typhok0r0x: takpe, nanti baby dah keluar tak sorang dah.. :)