Yezzaaa.. Kembali bersiaran setelah seminggu aku cuti.. Best betul cuti, sampai rasa malas pulak nak datang keje.. Hakhakhak.. Kalau la boleh duduk je rumah tapi hujung bulan tetap dapat gaji kan? Laaagi heaven!
Aku start cuti dari hari Maulidur Rasul tu sampai hari Jumaat. Sekali dengan En. Hubby pun cuti.. Tu yang best tu! Rasa macam baru kawen pulak! Awwwwww.. Hahaha.. *muntah*.. Sekali sekala seronok jugak menghabiskan masa berdua-duaan sebab anak-anak tetaplah aku pos ke taska nun.. Mak bapak nak bersuka ria pulak..
Tapi takde ke mana pun, jalan-jalan, makan-makan.. Gi Ikea cari barang rumah sket.. Tengah feeling-feeling nak decor pulak kan.. Tanak kalah, nak pergi Ikea je, padahallll aku carik barang murah je kat situ.. Hahaha.. Tong sampah RM2.90, lampu RM9.50.. Hahaha.. Kelakar.. Pergi jauh-jauh beli benda merapu je.. Tapi ye la kan.. Ikea ni kalau murah macam tak masuk akal pulak.. Rasa macam ruginya tak beli.. Ntah apa-apa.. Tapi kalau yang mahal pun, macam tak masuk akal jugak.. Sikitttt punya sempoi barang tapi harga beratus-ratus, beribu-ribu.. So, being a modest person, kita beli barang murah je la ekkk.. (Cakap je ko sengkek, setakat pergi Ikea nak makan meatball dengan karipap best! Hahaha)
Tapi macam nak muntah pulak minggu ni pergi Ikea je 3 kali.. I repeat, 3 kali dalam seminggu! First hari tu pergi hari Rabu kot.. Lagi dua kali pergi hari Ahad.. Iye, tak tipu, sehari tu aku pergi Ikea 2 kali okehhh.. Pagi pergi dengan member aku, beli barang sikit-sikit.. Bawak balik, sekali En. Hubby kata kenapa beli Rug tu satu je? Tak cukup, kena beli dua.. Tiba-tiba dia bersiap dengan anak-anak aku shoot balik pergi Ikea.. Gila letih! Tapi bila repeat tu takde maknanya.. Konon nak beli Rug je kan? Beranak pinak jugak satu troli.. (Barang murah jugakk! Hahaha). And nasib baik Haikal & Humaira ok je.. Aku dah downloadkan game baru kat PSP, so bagi kat Haikal dia dok dalam troli diam-diam main game. Si Humaira lak dok jakun tengok orang ramai-ramai kat dalam tu.. So, dia duduk rilek je dalam stroller.. Bagus! Tenang memilih barang semalam.. Tapi En. Hubby pulak yang over nak beli barang decor.. Lantak.. Janji mak suka rumah cantik.. Sedap sikit mata aku ni, nak lepak rumah pun best.. Err, Bee, hujung tahun tukar sofa pulak eh! Hehehe.. (Macam kan dapat.. Harus kena tarbiah dulu. T_T)
Balik dari Ikea hari Ahad tu, terus gi JJ Balakong pulak.. Cari barang sikit, beli mainan Haikal.. Pastu round-round nampak swimming suit untuk baby girl.. Ala comey! Mula la aku dok membelek.. Nak beli kat Humaira la konon.. Ntah bila nak pergi swimming pool pun tak tau.. Tapi sebab macam comel, plus memang ada plan nak bawak diorang pergi swimming, so belikan satu swimming suit untuk diorang dua orang.. Mak dengan Apak dah ada dah (eh, muat lagi ke ntah swimming suit aku tu? Gegegege)
Comel kan??
Budak dua orang ni dah tergolek letih.. Ntah apa yang letih sangat ntah.. Padahal keje duduk je pun.. Check-out kaki Humaira.. Dah landing ke mana-mana ntah.. Gila ganas perempuan ni tido.. Haissh!
Itu je la aktiviti di hari cuti.. Sekian.. :D
No comments:
Post a Comment