Monday, February 28, 2011

uRelax, iRelax..


Semalam berjaya membelikan diri sendiri menatang kat atas ni.. Hehehe.. Best sebab portable.. Boleh letak kat mana-mana kerusi kat rumah dan kat kerusi kereta pun boleh.. Kalau dalam kereta kau cucuk je plug dia dekat tempat api rokok tu.. Zass, boleh mengurut dalam kereta.. Suka, suka!

Disebabkan aku kerja kuat (ececeh..) Yer la, celik bijik mata je teruss buat kerja kan.. Dengan siapkan anak-anak lagi, siapkan En. Hubby lagi, diri sendiri lagi, rumah lagi.. Sampai la nak pejam bijik mata nak tido punnn ada je kerja nak kena buat.. Hohhh, penat, penat, penatttt! Nak harap En. Hubby tolong picitkan badan, hampeh sesungguhnya hampeh.. Takde makna.. Dah la urut kuat nak mam, bukan bagi lega, bagi sakit lagi ada.. Pastu kejappp je pun.. Haihhh.. Tapi, dengan OSIM uRelax ni, aku boleh berlagak dengan En. Hubby.. Muahahahaha.. Letak je kat atas sofa, pasang suis, dapat diurut dengan best! Tak payah la aku ter-abang2 lagi, nak mintak tolong urut.. Apa kelasss! Hahaha..

Ni antara function uRelax ni.. Ada vibrate dekat bontot, so kasi rilex bontot kau yang penat duduk mengadap Facebook, Belog, dan kerja-kerja lain kat ofis hari-hari.. Hehehe.. Then ada la multiple options on types of massages yang kau nak, so kira ok la.. Nak beli kerusi urut tak dapatttt ler, mahal giler kot! Dapat yang ni pun besar tuah dah..


Lepas ni plan nak beli foot massager pulak, tapi brand OSIM mahal nak mam, so kita cari brand alternatif yang murah sikit.. (aku memang carik barang murah aje, mahal tak mampu mak nok!) Tapi plan aje, bila nak beli entah.. Kalau ada orang nak sponsor pun bagus.. (Hint to En. Hubby) Gegegegege :D

Friday, February 25, 2011

Kereta Mayat

Hari ni hari Jumaat.. Oleh itu, aku nak share satu belog yang aku suka baca. Isi kandungannya banyak tentang kisah-kisah Nabi, kisah-kisah masa kini yang berkaitan dengan agama serta kehidupan seharian dalam mengikut landasan agama.. Ye lah, ketawa-ketawa juga.. Seronok-seronok juga.. Tapi mati itu tetap PASTI! Asyik baca belog yang huha-huha saje, sekali-sekala baca belog macam ini ada juga memberi manfaat. Boleh juga beringat-ingat.. Nak beli buku agama dan baca mungkin jarang yang mahu buat.. Jadi ada belog ini mudah.. Baca sahaja depan komputer. Taip sahaja alamat belog: http://www.keretamayat.blogspot.com.  Apa lagi, klik aje.. Mudah kan? Sharing is caring.. :)

Monday, February 21, 2011

Lahabau betul la dia ni!


Pergi kerja pagi tadi jalan jem tak tau pasal apa.. Aku dari Kajang nak masuk Lebuh Silikon.. Kereta minah kat atas ni dari Uniten kot.. Aku bagi signal nak masuk kanan, sikittttttttt dia tak bagi.. Siap himpit kereta aku lagi ada.. Cibais! Dah la muka kekwat! Meh sini aku ambik gambar kereta kau masuk blog aku.. Tak bagi aku masuk line macam dia boleh lepas jauh ke mana pun.. Sekali dia pun masuk Lebuh Silikon tu, straight masuk UPM.. Sah, keje sini jugak.. Bongok punya perempuan.. Orang bagi signal tu maknanya mintak bagi laluan.. Nak cakap tak boleh, signal tu la tanda aku bersopan kat jalan raya bahlol! Kalau aku banyak duit, sumpah aku langgar je kereta perempuan ni sebab geram.. Hahaha.. Pagi-pagi sudah bikin aku angin.. Haihhh!!

Cuti-cuti, jalan-jalan

Yezzaaa.. Kembali bersiaran setelah seminggu aku cuti.. Best betul cuti, sampai rasa malas pulak nak datang keje.. Hakhakhak.. Kalau la boleh duduk je rumah tapi hujung bulan tetap dapat gaji kan? Laaagi heaven!

Aku start cuti dari hari Maulidur Rasul tu sampai hari Jumaat. Sekali dengan En. Hubby pun cuti.. Tu yang best tu! Rasa macam baru kawen pulak! Awwwwww.. Hahaha.. *muntah*.. Sekali sekala seronok jugak menghabiskan masa berdua-duaan sebab anak-anak tetaplah aku pos ke taska nun.. Mak bapak nak bersuka ria pulak..

Tapi takde ke mana pun, jalan-jalan, makan-makan.. Gi Ikea cari barang rumah sket.. Tengah feeling-feeling nak decor pulak kan.. Tanak kalah, nak pergi Ikea je, padahallll aku carik barang murah je kat situ.. Hahaha.. Tong sampah RM2.90, lampu RM9.50.. Hahaha.. Kelakar.. Pergi jauh-jauh beli benda merapu je.. Tapi ye la kan.. Ikea ni kalau murah macam tak masuk akal pulak.. Rasa macam ruginya tak beli.. Ntah apa-apa.. Tapi kalau yang mahal pun, macam tak masuk akal jugak.. Sikitttt punya sempoi barang tapi harga beratus-ratus, beribu-ribu.. So, being a modest person, kita beli barang murah je la ekkk.. (Cakap je ko sengkek, setakat pergi Ikea nak makan meatball dengan karipap best! Hahaha)

Tapi macam nak muntah pulak minggu ni pergi Ikea je 3 kali.. I repeat, 3 kali dalam seminggu! First hari tu pergi hari Rabu kot.. Lagi dua kali pergi hari Ahad.. Iye, tak tipu, sehari tu aku pergi Ikea 2 kali okehhh.. Pagi pergi dengan member aku, beli barang sikit-sikit.. Bawak balik, sekali En. Hubby kata kenapa beli Rug tu satu je? Tak cukup, kena beli dua.. Tiba-tiba dia bersiap dengan anak-anak aku shoot balik pergi Ikea.. Gila letih! Tapi bila repeat tu takde maknanya.. Konon nak beli Rug je kan? Beranak pinak jugak satu troli.. (Barang murah jugakk! Hahaha). And nasib baik Haikal & Humaira ok je.. Aku dah downloadkan game baru kat PSP, so bagi kat Haikal dia dok dalam troli diam-diam main game. Si Humaira lak dok jakun tengok orang ramai-ramai kat dalam tu.. So, dia duduk rilek je dalam stroller.. Bagus! Tenang memilih barang semalam.. Tapi En. Hubby pulak yang over nak beli barang decor.. Lantak.. Janji mak suka rumah cantik.. Sedap sikit mata aku ni, nak lepak rumah pun best.. Err, Bee, hujung tahun tukar sofa pulak eh! Hehehe.. (Macam kan dapat.. Harus kena tarbiah dulu. T_T)

Balik dari Ikea hari Ahad tu, terus gi JJ Balakong pulak.. Cari barang sikit, beli mainan Haikal.. Pastu round-round nampak swimming suit untuk baby girl.. Ala comey! Mula la aku dok membelek.. Nak beli kat Humaira la konon.. Ntah bila nak pergi swimming pool pun tak tau.. Tapi sebab macam comel, plus memang ada plan nak bawak diorang pergi swimming, so belikan satu swimming suit untuk diorang dua orang.. Mak dengan Apak dah ada dah (eh, muat lagi ke ntah swimming suit aku tu? Gegegege)


Comel kan??

Budak dua orang ni dah tergolek letih.. Ntah apa yang letih sangat ntah.. Padahal keje duduk je pun.. Check-out kaki Humaira.. Dah landing ke mana-mana ntah.. Gila ganas perempuan ni tido.. Haissh!
Itu je la aktiviti di hari cuti.. Sekian.. :D


Monday, February 14, 2011

I fell in love with you...

Wah, wahhh.. Dengan siapa pulak kau nak bercinta ni ha?? Sila sedar diri tu dah kahwin, production pun dah keluar 2 dah.. Ada hati mahu bercinta lagi kah?? Nak kena sembelih dengan laki aku boleh kot? Hahaha.. Oh tidakkk.. I orang yang setia youuu.. Takde de nak bercintan-cintun dengan orang lain.. Aku sebenarnya kannn, dah jatuh cinta dengannn... Nak tau? Nak tau? Ni dia...

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Tadaaaaa!


Semalam pergi JJ Balakong, singgah la Watson saje cuci-cuci mata kononnya kan.. Sekali ternampak menatang ni.. Sebelum ni pernah la tengok yang brand Maybeline punya tapi ntah kenapa tak minat pulak nak beli.. Tapi yang ni macam menarikk je.. Plus dia punya brush attached together dengan bottle tu.. Baguihhhh! Aku benci kalau brush asing-asing ni.. Karang berterabur semua.. Tak pun, jadi barang mainan Humaira.. Haihh! So semalam aku berjaya membelikan diri aku Gel Eyeliner ni.. Murah je.. Baru RM23.90..

Balik rumah, cececehh, tak nyempat.. Terus try.. Hahaha.. Gila gelojoh jakun! Tapi aku memang gila eyeliner.. Kalau keluar je, gi keje ke, hatta gi 7 eleven area rumah aku sekalipun, WAJIB pakai eyeliner.. Nasib kat rumah je tak pakai kan.. Sebelum En. Hubby cakap aku buang tebiat over, biar la aku menten 'natural' beauty je kat rumah eh.. Hahaha..

Okeh, cerita sikit pasal product ni.. Ohhh, sungguh buat aku teruja.. Sangat jatuh chenta dengan ini barang.. Haha.. Bestttt giler weh! Walaupun murah, dan brand Silky Girl je konon, tapi memang syok pakai.. Berus dia pun best.. Pakai pun smooth je.. Kemas pun kemas.. Gel dia pun lembuttt sangat.. Takde la smudge kalau pakai.. Pergghh, terus jatuh cinta pandang pertama.. Lagi satu yang aku suka bangat, kaler dia hitam pekat, melekat, likat, legam semua lahh! Nak buat style 'cat eye' pun senanggg je.. Terus pagi ni pergi keje pakai eye liner ni je.. Eye liner Revlon aku letak tepi.. Hahah.. Memang kacang lupakan kulit daku ini.. Hohohoho..

So, sape yang gila suka eyeliner macam aku, sila berlari dengan pantas ke Watson/Guardian berdekatan.. Tak rugi beli.. Dijamin halal!


Thursday, February 10, 2011

World's Local Bank?? Pungkokkk laaa..

Aku tengah geram dengan HSBC Bank ni.. Nak enquiry benda pun dok pass around macam bola.. Bila tanya soh call sana-sini.. Bila call tak angkat-angkat.. Bila dapat person in charge takde.. PKM la.. Haihh, hangeeennn je aku nih.. Procedure macam bangkai.. Nyusahkan customer je.. Bongok, bongok, bongokkk! Haihhh, Gerammmmm!!!!

3 Minggu Je Lagi??

Haihhhh..! Boss aku dah nak tamat tempoh lantikan as Ketua Bahagian this 2nd of March! And he decided not to continue as he wanted to focus more on writing articles (he's a lecturer as well).. Huwaaaaaaa!!!!!

So kira-kira ada la lebih kurang 3 minggu je lagi before dia blah.. Sape la boss baru aku nanti?? Menci laaa.. Harap dapat yang best jugak macam dia.. Kalau tak, aku pun nak tukar jugak la..! Hahaha. Banyak la ko kan? Ko nak lari mana pompuan?? Dok je kat ofis tu diam-diam.. Balik ni gi sembahyang hajat moga dapat boss yang best! Aminnnn..

Tuesday, February 8, 2011

Giler Glamer Part II


Hoihh, tak abes lagiiiii.. Hahahaha.. Sila la muntah dengar statement glamer aku ni.. Hihihi.. Takde apa pun, just nak tepek gambar-gambar tarian kitorang hari tu.. Ada la dapat dah gambar dari En. Gambagrapher.. Hari tu aku tepek gambar dari henfon cikais aku je.. Haih, nak kena carik kamera best sikit ni! Hahaha.. *Tiba-tiba*


Dah, dah! Takmo cerita panjang.. Nak suruh korang tengok gambar je.. :D


Bergambar dengan team koir

Dengan cikgu.. Amboiii.. Kaler baju cikgu pun tanak kalah tuu! Hahaha..

Us.. :)

Gabungan dengan team teater






Suka gambar ni, tapi blur la plak..

Bergambar dengan En. Gambargrapher.. Dia pun nak interframe gakkk.. :D

With team Boria

Love it!


Zapin..
  
Dah glamer-glamer tadi, sekali makan nasik bungkus je nokk! Hilang dah glamer mak.. Hahahaha.. Penari bajet cipuit katakannn.. Huhuhu..

BebelBebel: Apapun, this was a fun and happy moment!!

Mak Glamer Nokkkk!!!

Hahaha.. Aku memang giler glamer 2-3 menjak ni.. Pagi tadi kawan aku punya la semangat panggil aku.. Aku ingatkan apahal ntah, rupanya muka mak masuk paper nokkk!! Hahahaha.. Depannn sekali pulak tu muka aku.. Alah, paper Kosmo! je pun, tapi still la masuk paper kan.. Walaupun dalam artikel tu takde pun story pasal tarian tapi ada aku kesah?? Janji muka aku keluar paper! Muahahahaha.. Bengong eh? Keluar cipuit gitu pun meroyan.. Haha.. Apa?? Tak percaya? Meh aku tepek sikit..




Memelihara muzik istana


Oleh MAZLINA ABDUL MAJID
mazlina.majid@kosmo.com.my


--------------------------------------------------------------------------------

Memartabatkan seni warisan

Remaja-remaja ini berkata, mereka tidak pernah jemu untuk memperjuangkan muzik gamelan bagi memastikan seni itu tidak luput ditelan zaman. “Satu kerugian kepada individu-individu yang menganggap muzik gamelan sebagai muzik picisan,” luahnya. UPM terus unggul dalam memartabatkan seni dan budaya Melayu. PKKSSAAS apabila menjadi medan kepada generasi muda untuk berlatih, mengasah dan mengembangkan bakat terpendam yang dimiliki.



 PERSEMBAHAN gamelan akan menjadi lebih meriah dengan kehadiran penari.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------
BebelBebel: Ni aku paste artikel pendek je.. Nak baca lebih klik kat sini. Tapi cerita semua pasal muzik Gamelan je.. Tak payah klik pun takpe.. Aku nak menunjuk gambar aku je.. Muahahahaha.. Suka.. Suka!!


mushroomemoticon

Thursday, February 3, 2011

Home Alone...

Di kala korang seronok-seronok pergi jalan-jalan sempena cuti Raya Cina yang panjang ni, aku stay kat rumah aje sebab En. Hubby keje. Huhuhu. Nasib baik En. Hubby bawak Haikal sekali, so tinggal la aku dengan dak kecik a.k.a Humaira. Tapi sebab dia kan tengah demam selsema batuk semua so asyik memerap je. Aku bangun kejap dah menjerit. Dia main-main sorang takpe asalkan aku kene duduk dekat dengan dia. Kalau aku hilangggg je kejap hatta nak pergi terkucil sekalipun, dengar la suara dia siap menongeng-nonggeng merajuk konon kena tinggal. Padahalll, macam la aku tinggal dia aku gi jalan memana pun. Adoi la.

Tengok aje la budak kecik ni. Menyepah bukan main suker lagi. Lantakk, janji ko tak menangis sudah. Setakat sepah sikit-sikit tu standard la kan. Dah namanya budak, takkan keje dia nak mengemas pulak. Hehehe. Sukati ko la dikkk, janji tak meraung sudahh.
Sent from my BlackBerry® smartphone

Wednesday, February 2, 2011

Gong Xi Fa Cai!!!

Hari ni pagi-pagi dah angkut anak-anak aku pergi klinik sebab semua dah srot-sret selsema campur batuk, siap badan pun dah panas manja-manja.. Haih.. Aku bab jaga anak ni tak kisah sebab diorang semua senang dijaga.. Tapi kalau jaga time tengah sakit-sakit demam ni haihhhhh, malass sikit ah.. Sebab semua jenis memerap.. Nak melekattt je.. Nak bergerak pun tak boleh.. Bangun nak pi kencing pun menjerit.. Nasib la anak kan? Kalau anak orang aku lantakkan aje.. Hahahaha.. Memang tak boleh keje jaga budak aku ni..

Apa pun, takde mood nak keje pun.. Mood cuti sudah mari.. Walaupun takde plan ke mana-mana pasal En. Hubby keje, tapi tak kisah la kan.. Janji mak cuti lama.. Tapi dok fikir macam mana makanan ikan aku 4 hari ni?? Kang taboh banyak-banyak kang kembung perut pulak ke terlebih makan.. Kalau letak sikit-sikit karang tak cukup makan pulak.. Hisshh.. Nanti la aku fikir kekdahnya ye..

Apa pun Happy Gong Xi Fa Cai pada sesiapa yang menyambutnya.. Hope this year will be a prosperous and dazzling year to all of you.. Gong xi, gong xi, gong xi nii... :D

Tuesday, February 1, 2011

Projek Siap Sudah..

Ceh, ye-ye je macam projek besar sangat eh? Hahaha.. Ok la kan, ada jugak la buat something daripada duduk je takde pape kan.. By the way, kita kat ofis kadang tensen ke, stress ke apa kan, so macam mana korang release stress kat ofis?? Haaa, tu la dia projek baikk aku! Aku letak akuarium kat bilik aku! Muahahaha.. Sangat best! Rasa tenanggg je dengan bunyik air, nampak ikan kecik berenang-renang.. Tapi ikan ni baru bertukar tuan, dok menyorok je celah daun pokok.  Kot dia segan ke, malu kot? Hahaha.. Apa? Tak percaya?? Meh sini tengok!

Haa.. tu dia.. Akuarium dari tempat duduk aku.. 


Kalau dari pintu masuk, dah leh nampak akuarium atas meja aku.. :)

Daun dalam akuarium tu curik member aku punya, batu 2 ketul tu aku kutip kat area parking lot ofis aku.. Ikan?? Aku curik pegawai kat ofis aku punya.. Hahahaha..



Ikan tengah mesyuarat..



Ikan malu-malu.. Dok nyorok celah daun.. Macam la aku tak nampak.. :D

Serius rasa best ah.. Sebab bunyik air dan tengok ikan berenang tu macam tenanggg je rasa kan.. Tambah kalau pasang muzik Kenny G ke, pergghh! Mau lentok.. Ni bukan nak keje ni, ni nak tido dah ni.. Hahahah.. Lantakkk! Janji gue happy! :D

Projek Baikkkk Punye..

Aku tengah buat satu projek baikkk punye.. Nak menambahkan serenity kat bilik ofis aku.. Dah siap aku upload.. Tungggguuuuuuu!!