Wednesday, October 27, 2010

Uhukkk.. Uhukkkkk..

Minta maaf la yer.. Tuan tanah adalah kurang sihat.. 1 family pun tak sihat.. Ada yang batuk, ada yang selsema, ada yang sakit 'tegak' (haikal cakap tekak tu tegak, hehehe).. Musim kot.. Rata-rata kawan-kawan and anak kawan-kawan sama je penyakitnya.. Kalau pergi klinik fuhhh memang penuh mak bapak bawak anak-anak kecik besar semua.. Hmmm.. Macam tu la bila dah ada anak, macam-macam kita buat untuk ensure diorang dalam keadaan terbaik yang termampu kita bagi kat diorang..

Lama jugak tak update ni.. Ntah, malass je.. Hehehe.. Awal-awal je semangat nak jadi blogger tegar, sekali kau, malas jugak.. (-_-").  Sekarang memang mode malas.. Malas nak update blog (baca blog orang rajin!), nak layan orang pun malas ye..  Sampai ada certain-certain people dalam list handphone aku, aku dah block tanak receive call diorang..  Serius malas.. Jiwa kacau kot, ntah.. Takde problem apa pun.. Setakat problem cipuit2 tu biasa la.. Bukan manusia la pulak kalau takde masalah kan..

Paling best dan paling mengubat jiwa ialah dengan melayan anak teruna dara aku tu.. :)  Malas la nak cerita panjang kan, nanti korang kata balik-balik cerita anak.. Kita layan gambar je la eh..






Very close siblings!! Harap diorang tetappp close macam ni sampai diorang besar walaupun besok dah kawen beranak-pinak.. :)


Main game apa ntah 2 beradik ni..
Ni kenapa pulak posing macam ni? Letih sampai kepala kena parking atas kerusi.. :D

Wednesday, October 20, 2010

Akhirnya dapat tengok tv cerita yang aku suka

Tengok! Elok je dia lepak tengok tv kat bilik belakang. Baguss!!

Weekend hari En. Hubby dah set up kan tv kat bilik Haikal kat belakang. So, secara officialnya Haikal lepak bilik belakang je kalau nak tengok cerita favourite dia (Ultraman, Ben10, dan kartun2 yang sewaktu dengannya) =_= Minggu lepas jugak aku beli dvd/vcd cerita2 favourite dia tu. Senang, apape aku on je dvd tu, pandai la dia duduk diam-diam dalam bilik. :)

Lega la sikit aku rasa. Takde la dia nak memekak kat depan ke apa kan. Kalau tak malam2 ke atau weekend ke tak merasa la kitorang ni nak tengok cerita kitorang. Asikkkk la astro ceria, disney chanel semedang. Aku ni dah naik hafal cerita kat chanel2 tu tau. Dialog MickeyMouse clubhouse, lagu Dibo semua aku boleh ingat. Haha. Dah macam aku pulak budak-budaknya. Tepu otak aku tengok kartun. (-_-")

Hah, sementara dia layan tv, Humaira pun dah tido ni, aku nak gi basuh kain kejap pastu layan favourite show aku pulakk. Lega dapat conquer tv balik! (^_^) Errrr.. En. Hubby, kalau nak tengok cerita favourite awak, sila la beli tv lain yer. :D
Sent from my BlackBerry® smartphone

Tuesday, October 19, 2010

Testing!!

Saje mau testing menjadi ke tidak. :)
Sent from my BlackBerry® smartphone

Monday, October 18, 2010

Terpaksa..

Yaa.. aku terpaksa mengorbankan nak beli eyeliner baru dan lite-lite barang mekap aku yang dah hujung-hujung sebab tiap-tiap hari Haikal nak beli milo kotak dengan coklat (wajib!).. Katanya dah hujung bulan kan.. Harus duit aku pun hujung-hujung la jugak.. T_T.. Tapi biasa la, bila dah menjadi kaum ibu ni memang tak kisah sangat keperluan sendiri.. Aku korek balik beg mekap aku lagi satu tengok-tengok ada la lagi satu pencil eyeliner yang dah kontot.  Jadi la buat conteng muka lagi seminggu nak gaji ni! :)

Kisah malam tadi, Humaira dah tido awal.. Sekarang dia memang dah senang dah tido.. (^_^) Tepuk lite-lite je dia tido da.. Kira sejak aku bawak dia balik memang aku tak masukkan dia dalam buai pun (masa duduk dengan opahnya, pakai buai..) So, memang masa ambik dia hari tu, dah berazam nak train Humaira tido kat bawah.. Alhamdulillah berjaya! So, dalam pukul 9.30pm macam tu dia dah selamat dah tido.. Biasa memang dia tido dekat hall, bila kitorang dah nak masuk tido baru angkat dia masuk katil..

Jadinya pada ibu-ibu yang ada baby kecik macam aku ni memang adalah nikmat tak terhingga bila anak dah tido.. Bukan pasal nak melepak ke apa pun.. Tapiiiiii ini lah masanya nak menyettlekan keje yang dok tertangguh.. Masa ni la aku nak lipat kain ke, sidai kain ke, iron baju ke.. Kira banyak benda la boleh dibuat bila si Humaira ni dah tido.. Bukan la En. Hubby tak tolong ke apa, tapi biasa la lelaki kann.. Kang kejap panggil, tanya itu mana, ini mana.. Haihhh!! Peninggg..

Tapi baru je aku nak duduk keluarkan kain nak lipat, dah aku dengar suara si Humaira ni menangis! Sudahhhh.. Aku baru nak start punch-in shift malam pulakk.. Rupanya si Haikal kacau adik dia tido.. Dah bangun pulak si kecik aku tu.. Huhuhu.. Sekali En Hubby pun geram jugak pasal dia nak melepak tengok tv.. Maka kene denda la si Haikal.. Nak tau kena apa??

Abah dia suruh dia tidokan adik dia balikk.. Letak je Humaira kat atas riba Haikal, suruh Haikal tepuk sampai tido.. Cekout muka tensen si Haikal..

Nasib baik la memang waktu ni memang time tido Humaira.. So, kira kejap je la dia dah tido balik.. Kalau tak, masak la nak melayan dia main pulak ke apa kan..

Oh, tv kat bilik belakang akhirnya dah di set-up oleh En. Hubby.. Pasni boleh jadi pot Haikal tengok tv dan main.. So, tak payah nak memekak kat depan, tak payah nak sepah mainan kat hall.. Jadi pot aku jugak bila nak lipat kain dengan gosok baju! :D Suka.. Sukaa! (Semalam dah rasmi, lipat kain dengan gosok baju sambil tengok Smallville, takde la sangap sangat.. Hehehe..)

Kenapakahh??

Mmmm.. Lately ni aku perasan aku adalah sangatttt pelupa.. Gila-gila punya pelupa. Apa kena ntah? Nak kata aku makan kepala ikan, takde la pulak.. Aku tak minat kepala ikan, kecuali la kepala ikan besar yang sedap dibuat masak kari ke asam pedas ke.. Nom.. Nom.. Eh, teringin la pulak nak makan kari kepala ikan.. T_T

Simptom pelupa ni dari dulu memang la ada.. Standard la kan, lupa sikit-sikit.. Sebab pre-occupied dengan banyak benda.. Tapi lately ni mak aihhh, melampau sungguh.. Rasa dah jadi macam si ikan Dory, ada short term memory loss ke apa.. Ke aku banyak makan semut kah? Tapi mana ada semuttt.. Semua air, makanan semua aku scan dulu sebelum aku telan masuk perut..

Contoh keterlupaan melampau aku:

1.  Aku TERlupa yang aku rebus botol susu Humaira kat atas dapur.. Nasibb tak kering air kalau tak mau meletup dapur aku.. Huhuhu...

2. Aku pakai cincin, emmmm, macam mana nak explain eh.. Jap.. Aku pakai cincin dekat dua jari, dekat jari manis dengan jari hantu.. Sekali dua-dua cincin tu aku pakai kat satu jari je, kat jari manis je.. Bila masa aku alih cincin tu? Memang tak ingat!! Duhh..!

3. Ni antara yang paling kronik kot.. Aku pagi-pagi biasa la bangun nak pegi keje.. Mandi segala la kan.. Pastu ambik sepentot aku dalam almari.. Sekali aku pusing-pusing satu bilik carik mana sepentot aku sebab aku rasa aku dah ambik dari dalam almari.. Tak jumpa!! Aku dah ala-ala misteri nusantara ni.. Dah fikir toyol mana pulak curi sepentot aku.. Dah tak curi duit lagi dah kot.. Sekali kauuuu, rupanya aku dah pakai sepentot tu.. Hahahaha.. Gila la.. Bila masa aku pakai??!!

Itu la antara keTERlupaan aku yang aku rasa OMG (oh memang gila!).. Yang lain-lain tu memang lupa biasa-biasa lah.. Tapi tak pernah lagi aku TERlupa nak bawak BB aku pergi mana-mana pulak! :D Tapi kenapa boleh jadi pelupa sampai macam tu eh? Scary pulak la rasa.. Tssskkk..

Tuesday, October 12, 2010

Makeover

Hoho.. Jumaat lepas member aku mintak aku jadi model tempelan.. Haha.. Apakahh?? Takde la, member aku ni baru je berjinak-jinak merpati dalam dunia make-up ni.. So, hari tu dia ada cakap kat aku, kalau aku ada free time ke apa, mintak aku datang tadah muka untuk dia conteng-conteng nak sharpened skill make-up katanya.. Aku pun, takde hal la kan.. Tolong kawan-kawan apa salahnya.. Bukan susah pun, tadah muka je.. Dapat lepak tempat best, ada aircond, air sejuk+air batu lagi, makan nasik lauk ayam free pulak tu.. What the hal la kan?? :)

So, last Friday, sempena meraikan bos aku cuti tak masuk ofis, aku pun laju la call member aku kata hari ni free kalau nak make-up time lunch hour.. Since sama-sama kerja government kan, lunch hour hari Jumaat adalah panjang so sempat la nak make-up kan? Nasib la dari UPM ke Putrajaya tak jauh.. Singgah ofis dia dulu, then baru gi rumah dia kat Presint 11..

Sampai-sampai, harus lepak dan makan dulu.. Perut kena kenyang baru boleh tadah muka.. Baru berseri tu lebih sikit.. Hahaha.. Mari tengok hasilnya.. Cekout!

Muka sebelum di make over kan.. Pucat eh.. Mata aku lebam!! (Sila ikut dialog Ahmad Nisfu dalam Pendekar Bujang Lapuk)
Proses menconteng muka supaya jadi sedikit berseri dari gambar di atas..
Tu diaaa.. Dah menjadi kan?
Tadaaa.. End product.. Eh? Macam apa la pulak kan.. Hehe.. ini la hasilnya.. Hilang sudah lebam di mata.. Wonders of make-up!!
Posing lagi..

See?? Overall aku berpuas hati la dengan hasil kerja tangan kawan aku ni.. (kata free kan?) hahaha.. Tak ah, memang ok.. Tak tebal sangat.. Memenuhi ciri-ciri make-up yang aku suka.. Sebab aku tak suka make-up tebal-tebal.. Aku suka kaler natural aje.. So, kalau ada yang berminat boleh la cuba contact Danna Arissa ni ye.. Harga boleh dirunding mengikut tema make-up cik-cik dan puan-puan sekalian.. Apapun saya tak pasti dia make-up kan tak 'tuan-tuan' jugak ke apa, sila la hubungi tuan tanah sendiri untuk kepastian.. :P

By the way, hari tu aku tak sempat masuk ofis sebab hujan lebat gila dekat rumah dia sampai aku rasa takut apartment dia tumbang.. Huhu.. Gila kuat anginnn.. Dah la rumah tingkat 15 kot.. Bunyik angin dia ngeri aku dengar.. Nasib En. Boss cuti.. Tu la, gila nak make over sangat kann.. Haha.. Oh, sila la contact dia yer.. Gerenti puas hati punye.. :)

Thursday, October 7, 2010

Tak habis lagi beraya

Kalau dah namanya raya harus sinonim dengan makanan dan makan-makan.. Oh, aku dah takut nak timbang berat.. Rasa harus dah naik barang sekilo dua.. T_T.  Puasa sebulan turun berat takde la banyak mana pun, raya baru dua minggu hari tu pun aku dah rasa beratttt je bontot.. Hahaha.. Haihh! Macam mana ni??

Minggu lepas ofis aku and ofis APEEC combine buat satu jamuan raya ala-ala potluck gitu.. Ada la jugak order kat katerer tapi tak banyak pun.. Setakat sate, lemang, rendang dan soto.. Yang lain semua potluck.. (aku punye pun aku order weh, hahahaha.. aku bab masak-masak untuk ramai-ramai ni tak berkeyakinan lagi.. :p) Okeh, malas cerita banyak la weh.. Takde aktiviti lain selain makan.. Nama pun jamuan raya kan, apa lagiii... makan dan posing dan makan dan posing dan makan dan posing lagiii.. :D


Indoor setup






Antara makanan yang ada..

|

Posing

Posing lagi

Posing sambil makan

With our TNC.. Kemetotnya aku...

Pot lain pulakk

Aik, ada gak yang menyelit

Haha.. Muka tensen sebab tak dapat enterframe sorang-sorang
Eh, ni jamuan raya ke jamuan merdeka ni?? Very the colourful lorr.. :)
Last but not least, gambar beramai-ramai..

 
Sila la muntah sebab kitorang ni memang camwhore! Di mana ada kamera, kat situ la kitorang menempel.. Suka gambar-gambar ni sebab semua pakai baju warna-warni.. Meriah uollsss!

**********************************************************************************

Alang-alang mood menempel gambar, meh tempel gambar terbaru Humaira masa bawak balik dari kampung hari tu..
Sedapnya tido dalam kereta.. Dia tido almost sepanjang perjalanan.. Sedap kot sebab sejukk..
 

Tengok ler gaya tido dua beradik ni.. Sama tak??

Haikal Contributes to Malaysia's Book of Records!!

Ini cerita lama.. Huhu.. Tapi sebab hari ni baru bawak kabel untuk transfer gambar, tu pasal baru nak story.. Hehehe.. By the way, kisah ni before puasa hari tu lagi rasanya.. One day tu, cikgu taska Haikal mintak kebenaran untuk Haikal participate dalam memecahkan rekod "cop tapak kaki kanak-kanak terbanyak".. Aku ok jer, takde hal.. Untuk seronok-seronok kan.. Lagipun Haikal mesti happy punye dapat mengotorkan kaki kan.. Kat rumah aku takde pasal aku nak bagi dia cop-cop kaki ke tangan ke, kalau tak dia dapat cop tapak tangan aku plak kat muka dia.. Hahaha..

Tapi gambar dia pergi mengecop kaki tu takde la plak sebab cikgunya tak bagi-bagi lagi.. Meh aku tepek gambar sijil je la eh.. Dapat sijil rupanya.. Baru aku tauuu.. Hahaha.. So, selain sijil lahir, Haikal dah ada sijil from Malaysia's Book of Records! Syabbas beta.. Syabbas!!

Tu diaa..

Wednesday, October 6, 2010

Humaira's Back!!

Yeay!! Finally my beloved baby girl is back in my arms again! Oh, suke giler! Hari-hari boleh tengok dia.. Hari-hari boleh hadap dia.. Hari-hari boleh sakat dia.. Hari-hari boleh kacau dia.. Hari-hari boleh dukung dia.. Hari-hari boleh peluk dia.. Hari-hari boleh cium dia.. Hari-hari boleh bogelkan dia.. Hahah.. I feel good! Memang la letih sikit jaga baby kan.. But then, puas hati cause dapat tengok depan mata.. Tak macam before ni asyik teringat aje, tapi takleh nak buat apa-apa sebab jauh.. Aku pulak bukan jenis nak telefon hari-hari tanya itu-ini pasal anak.. Bukan pasal tak ambik berat or tak nak ambik tahu, or lepas tangan ke apa.. Ntah la, kalau jauh tu, tak feel la.. Kalau tanya pun jawapan copy paste je.. "Adik ok, sihat, dah pandai itu ini, bla.. bla.. bla. " Boring eh?

Ok, macamana kejadian ini boleh terjadi? Last two weeks aku duduk-duduk dengan Mr Hubby kat hall sambil tengok tv.. Sekali aku boleh tanya kat dia, "abang, tak boleh ke kita ambik Humaira cepat sikit? Kalau dia ada mesti best.." Mr Hubby just jawab, "nak buat macam mana, kita janji ambik hujung tahun, sabar la sikit eh?".. Aku pun tahan je la sebek di dada.. Huhu.. Sebab terbayang mesti best kalau Humaira ada, mesti dia kacau Haikal main.. Mesti jerit-jerit riuh satu rumah.. Mesti ada bunyi dia nangis cebik-cebik muka.. Oh, rindu!

Rupanya Allah mendengar rintihan hati aku.. Tiba-tiba last week father in law aku call Mr. Hubby cakap bawak lah adik balik sebab mak tak larat nak jaga, sakit tangan katanya.. Hati aku memang dah happy giler.. So, hari Jumaat malam tu kitorang gerak balik kampung.. Sampai dalam pukul 2.30a.m macam tu, terus tido.. Bangun pagi, pack-pack barang semua, lepas makan tengahari balik KL terus.. Memang best! Haikal pun teruja giler bawak adik dia balik.. Sikit-sikit nak main dengan adik.. Rajin pulak dia melayan.. Humaira pun, suka sangat kacau Haikal.. Kalau nampak abang dia tu, mula la tersengih-sengih.. Good! Hopefully kekal sampai besar kemesraan dan keakraban adik-beradik ni.. (Hoh, tiba-tiba ayat skema! -_-")

Humaira pun sangat bagus dalam kereta.. Takde menangis ke apa.. Menangis pun masa nak tido or nak susu.. Biasa la tu kann.. Tido pun senang, tepuk-tepuk atas dada, terus lena.. That's my girl.. :)

Hari Isnin dan Selasa hari tu aku ambik cuti.. Saje spend time dengan Humaira.. Takkan ambik-ambik nak terus hantar Taska, macam tak best je rasa.. Lagipun nak training dia supaya tido kat bawah aje.. Sebelum ni parents in law tidokan dia atas buai.. HOH, jenuh la weh! Aku tak mau buai-buai ni.. Leceh aku nak bergerak.. So, 2 hari tu berjaya mentrainingkan Humaira tido kat bawah, tepuk-tepuk bontot sikit pastu dia tido.. Kan senang..

Hari ni hantar Humaira ke taska.. Hopefully semuanya ok.. Walaupun rasa penat, tapi rasa puas hati bila anak ada depan mata.. Alhamdulillah, segala doa termakbul sudah.. Tak payah nak tunggu hujung tahun.. Yeay!!