Monday, August 16, 2010

Ramadhan..


Hoho.. Jap je hari ni dah masuk 6 Ramadhan kan? Pejam celik, pejam celik, tup-tup sok dah nak raya.. Memang sekarang ni masa sangat cepat berlalu..

By the way, kalau weekdays aku memang tak masak pun untuk berbuka.. Masak nasi aje, lauk-pauk beli kat pasar ramadhan.. Tapi so far, beli pun belum ada yang menarik hati.. Sume macam hampessss!! Eh, orang yang berniaga ni pun, bleh tak berniaga betul-betul?? Elok-elok korang nak dapat pahala bulan pose terus dapat dosa pasal menipu orang.. Bongok tau! Ada yang aku dengar cerita orang beli kuih pun dah basi.. Apa daa.. Ni spesis nak untung aje.. Tipu la orang, tau la sok-sok nasib korang camne.. Tak berkat pun rezeki tu.. Jap je habis tak ke mana.. Menci tul orang camnih!!

Since weekdays aku tak masak, maka weekend la hari aku menunjuk skill memasak.. Haha.. Skill la sangat eh? Tapi lupe la nak amik gambarrr.. Tapi demi Allah aku masa tauuu.. And memang nampak ler beza.. En hubby pun bila aku masak nampak la laju sikit makan tu, bertambah la jugak.. Kalau lauk beli, memang makan untuk isi perut je..

Menu aku untuk berbuka masa hari Sabtu hari tu adalah Tempoyak Udang, Sayur Kailan Goreng+Telur, Ikan Pari Bakar + Air Asam extra pedas.. Hari Ahad plak layan Masak Lemak Ketam, Daging Goreng Kicap + Extra Bawang & Cili Api and Sayur Campur.. Nom.. Nomm..  Oh, memang lauk tak banyak.. Memang biasa layan 3 jenis je.. Banyak-banyak pun bukan habis.. Masak 3 jenis tu memang cukup-cukup, senang aku nak mengemas.. Lagipun En Hubby tak reti makan lauk banyak-banyak.. Dia macam confuse nak makan mana satu.. Boleh?? Hahaha..

Hari ni dah Isnin.. Tak tau la nak beli apa karang ni.. Mana nak carik gerai yang jual lauk sedap?? Tak expect la nak sedap gilerr.. Tapi at least yang sedap dimakan.. Boleh la masuk ke tekak dan kata Alhamdulillah instead of menyumpah kan? Hmmmm...

2 comments:

Nashrin said...

payah nak carik tapi ada je kan.ko smp umah kul baper mmg x sempat masak langsung ke?

ShaFiza said...

nash, bukan tak sempat masak, tapi kalau barang basahnya takde nak masak mendenye?? kalau ada, aku masak ler sempoi2, goreng2 je.. kalau takde mmg ler kat PaRam aje.. hari sabtu hari tu en hubby beli barang byk, maknanya masak la aku minggu nih.. :)