Thursday, March 24, 2011

HMM.. Dah tengok ke??

Siapa dah tengok Hikayat Merong Mahawangsa sila angkat ketiak!! Haha.. Aku! Aku!  Eh, kepocinya la haii.. Macam aku sorang je dah tengok kan? Ok, serius ini cerita basiiii gila.. Sebab aku tengok entry aku untuk bulan ni baru masuk 4, alahai sedihnya tengok.. Meh la kita buat entry basi ni.. Hehe.. Yang benonya aku udah le menengok HMM ni hari kedua tayangan.. Pergi dengan member-member ofis aku di hari Jumaat yang mulia.. Muahahaha.. Baguihhhh! Orang pergi sembahyang, aku pergi tengok wayang! Itu adalah keuntungan bekerja di Goverment sector ya kawan-kawan.. Hari Jumaat kan rehat panjang, maka sempat la nak merendek sekejap.. Itu pun last minute punya plan.. Pagi Jumaat tu aku ada meeting, lepas meeting macam sangap, terus aku call member aku tanya nak tengok wayang tak? Dia check show time ada tengahari.. Cantik sangat la tu kan? Dengan pantas aku pergi pick up diorang, berdesup ke Mines. Sampai-sampai terus beli tiket, terus masuk.. Ngam-ngam pun baru start cerita.. So, apa pendapat korang pasal cerita ni??








Aku tengok Dato' RR ni terus tergelak masa mula-mula tu.. Kesian ler, kenapakah dipakaikan rambut pelesu macam tu??


Bagi aku? Ok laaa.. Korang tak payah la nak expect scene lawan dia semua ala-ala cerita 300 ke, LOTR ke.. Come on la weh, bajet diorang RM8 juta je.. Ringgit Malaysia okehhhh! Aku ada baca komen kata scene kelakar la, rugi duit la, siap compare dengan cerita dari US.. Please la weh! Hollywood punya director, kalau ko bagi RM8 juta, takleh buat filem laa.. Diorang punya bajet pun at least USD200++ tau! Jadi bagi aku, ni kira dah terbaik la.. Yang penting ada effort.. Setakat ada flaws here and there, it's normal.. First time kan, of course ada kekurangan. Even Hollywood movies pun takde perfect mana. Cuma dia dah butakan mata kau dengan effect-effect canggih diorang sampai korang tak nampak flaws diorang. Serius, aku bukan peminat filem Melayu.. Dah dekat 30 tahun hidup (Gulp! I'm reaching 30 already?) boleh dibilang dengan jari tangan berapa banyak je filem Melayu aku tengok. So, this one is considered ok.  Aku rasa orang yang komplen tu tak puas hati sebab dalam cerita ni takde perempuan gedix, seksi meksi kot? Hehehehe..  Tapi aku rasa kalau scene percintaan antara Embuk and Mahawangsa ni dikembangkan lagi, mesti lagi best!

So, sape yang belum tengok sila la tengok.. Eh, ada lagi ke kat wayang? Gegegege..

p/s: Pix credit to www.sinemamalaysia.com.my

No comments: