Thursday, March 31, 2011

Bye-bye!!!

Hari ni adalah hari last untuk membuli budak Farhana ni, budak intern kat ofis aku. Seperti biasa, hari-hari macam ni harus disambut dengan makan-makan!!! Haha.. Makannnnn aje kejenye.. Perut dah rasa gendut ni, badan pun dah rasa berat.. Hoih, bila mau diet ni woii! Asyik tak berjaya je misi mendietkan perut.. Dah dua hari aku berjaya breakfast cereal with milk dengan makan tengahari je pastu tak makan malam.. Tapi hari ni dah sesi melantak balik! Benciiiii! Ni semua Farhana punya pasal!! Hahaha.. Nasib kau la, hari last mesti kena buli punya kan.. Gegege..


Menu di pagi hari, thanx to Farhana sebab bawak spaghetti yang sedap..! Tak pasal-pasal aku makan bertambah.. Lepas tu baru rasa guilty.. Haih, seksa betul nak maintain diet.. Nafsu serakah makan mengatasi segala-galanya! Huwaaaa..!

Tengahari keluar nak bawak perempuan ni makan-makan lagi.. Tapi tak jugak decide-decide nak makan kat mana.. Padahal dah drive ke Bangi ni.. Sebab mula-mula plan nak pergi Pappa Rich, tapi dah masuk siap duduk tengok menu alahaii, macam bosan.. (Sebab perut kenyang kan.. Cuba lapar, kau letak telur dengan kicap pun bedal! :D) Lepas tu boleh pulak keluar balik! Hahahaha.. Mesti orang kat Pappa Rich tu ingat kitorang sengkek kan? Dah tengok menu boleh pulak blah.. T_T

Dah pening-pening sangat fikir nak makan apa, sekali pergi Secret Recipe je.. Huhuhu.. Agak boring jugak sebenarnya tapi at least dah tau menu apa yang diorang ada.. Jadinya inilah hasilnya:


Sebelum makan mesti kena bergambar dulu! :)
  
 All of us..
 Tom Yam Noodle..
 Chicken Chop with rice
 Mine.. Viatnamese Beef noodle kot.. 1st time makan.. Ok la, mungkin sebab mee dia keras sikit, so macam tak berapa feel la makan..
 Me and Farhana

BebelBebel: To Farhana, good luck in your future undertakings.. Kalau dah dapat first job jangan lupa belanja makan!! Huahuahua.. Err, petang karang datang bilik bagi ikan aku makan for the last time eh? :D

Thursday, March 24, 2011

HMM.. Dah tengok ke??

Siapa dah tengok Hikayat Merong Mahawangsa sila angkat ketiak!! Haha.. Aku! Aku!  Eh, kepocinya la haii.. Macam aku sorang je dah tengok kan? Ok, serius ini cerita basiiii gila.. Sebab aku tengok entry aku untuk bulan ni baru masuk 4, alahai sedihnya tengok.. Meh la kita buat entry basi ni.. Hehe.. Yang benonya aku udah le menengok HMM ni hari kedua tayangan.. Pergi dengan member-member ofis aku di hari Jumaat yang mulia.. Muahahaha.. Baguihhhh! Orang pergi sembahyang, aku pergi tengok wayang! Itu adalah keuntungan bekerja di Goverment sector ya kawan-kawan.. Hari Jumaat kan rehat panjang, maka sempat la nak merendek sekejap.. Itu pun last minute punya plan.. Pagi Jumaat tu aku ada meeting, lepas meeting macam sangap, terus aku call member aku tanya nak tengok wayang tak? Dia check show time ada tengahari.. Cantik sangat la tu kan? Dengan pantas aku pergi pick up diorang, berdesup ke Mines. Sampai-sampai terus beli tiket, terus masuk.. Ngam-ngam pun baru start cerita.. So, apa pendapat korang pasal cerita ni??








Aku tengok Dato' RR ni terus tergelak masa mula-mula tu.. Kesian ler, kenapakah dipakaikan rambut pelesu macam tu??


Bagi aku? Ok laaa.. Korang tak payah la nak expect scene lawan dia semua ala-ala cerita 300 ke, LOTR ke.. Come on la weh, bajet diorang RM8 juta je.. Ringgit Malaysia okehhhh! Aku ada baca komen kata scene kelakar la, rugi duit la, siap compare dengan cerita dari US.. Please la weh! Hollywood punya director, kalau ko bagi RM8 juta, takleh buat filem laa.. Diorang punya bajet pun at least USD200++ tau! Jadi bagi aku, ni kira dah terbaik la.. Yang penting ada effort.. Setakat ada flaws here and there, it's normal.. First time kan, of course ada kekurangan. Even Hollywood movies pun takde perfect mana. Cuma dia dah butakan mata kau dengan effect-effect canggih diorang sampai korang tak nampak flaws diorang. Serius, aku bukan peminat filem Melayu.. Dah dekat 30 tahun hidup (Gulp! I'm reaching 30 already?) boleh dibilang dengan jari tangan berapa banyak je filem Melayu aku tengok. So, this one is considered ok.  Aku rasa orang yang komplen tu tak puas hati sebab dalam cerita ni takde perempuan gedix, seksi meksi kot? Hehehehe..  Tapi aku rasa kalau scene percintaan antara Embuk and Mahawangsa ni dikembangkan lagi, mesti lagi best!

So, sape yang belum tengok sila la tengok.. Eh, ada lagi ke kat wayang? Gegegege..

p/s: Pix credit to www.sinemamalaysia.com.my

Wednesday, March 23, 2011

My Fruit Heart (Buah Hati daaa.. hehehe)

Rasa macam dah lama tak tepek gambar budak-budak.. Gambar ada je dalam kamera, dalam handphone tapi malas nak post.. Nak tepek kat FB pun macam malas.. Ntah hape penyakit ntah.. Kalau malas tu senangggg je datang.. Penyakit rajin tu payah pulaknya.. Haihh! Apa pun, aku tengah malas jugak, tapi nak jugak hupdate.. Gini la rupanya orang malas update belog ye.. Hehehe.. Meh layan gambar meh!



Ni masa kat rumah.. Nampak je aku nak ambik gambar terus melentok macam tu.. Kecikkk je nampak budak ni.. :)


Ibu and girl..


Entah apa kena dia ni sekarang suka sangat ambik gambar muka sengal macam ni.. Nak tunjuk gigi rongak dia la tu! Hehe..


Sibuk nak makan jugak!


Tapi main je lebih.. Yang masuk mulut ada la seurat je kot.. :D


Abang & Adik


Dah pandai jalan.. Suke.. sukee..


Puting tak boleh tinggal..


Abang dah mengantuk tunggu abah siap.. Aku pun dah siap dulu.. Hehehe...


Another muka sengal..


Dan lagi..


Me and girl.. Lagi.. :D


Tido.. Penat sangat la tu.. Tengok tu, moto mainan abang dia pun dia sebat.. Bukan mau main teddy bear ke apa.. Haihh!!

Sekian

:)

Wednesday, March 16, 2011

Uhukkk.. Uhukkkk...

Ececeh, tetiba batuk pulak kan? Bukan pasal aku tak sihat.. Tapi rasa belog ni dah bersawang sebab rasa macam dah lama tak  update.. Huhuhu.. Aku busy sekarang nokk.. Nak baca belog orang pun takde masa je rasa.. Bos baru aku banyak projek nak buat.. Aku nak bukak web ngarut-ngarut pun rasa cuak pasal rasa banyak hutang kerja nak kena buat.. Huhuhuhu.. So kita short-short update je la eh..

1. Humaira dah setahun 11/3 hari tu.. Kejap je budak ni dah setahun.. Owh, dan dah jalan dengan lajunyaaaa.. :) Bagus budak ni jalan, sebab dia straight jalan tak jatuh-jatuh.. Kira jenis macam dah pandai jalan je. Masa haikal dulu, dia jalan slow. Jalan setapak dua-jatuh, pastu baru ok.. Maybe sebab Humaira ni ringan kot.. Dia kan kecikk aje.. :)

2. Hari Isnin hari tu aku cuti.. Pergi Red Box kat IOI dengan En. Hubby, melalak 3 jam.. Muahahaha.. Habis segala lagu aku nyanyi.. Dangdut, retro, omputih, orang hitam.. Sapu bersih! Sambil En. Hubby makan, aku bantai menyanyi tak hengat.. Sambil aku makan pun aku dok pilih lagu jugak.. Sampai turn aku sanggup berenti makan.. Hehehe.. Err.. Hujan kan hari tu? Haha.. Takde kene mengena dengan suara aku okehhh.. Memang sekarang hari-hari hujan..

3. Err.. apa lagi ntah.. Hahaha.. Owh, sebab Humaira dah pandai jalan, hari tu aku shopping walking shoes dia.. Sangat comel.. Tapi lupa ambik gambar.. Nanti la eh.. Ada masa aku upload.

4. Habis dah kot.. Hahahaha.. Macam kan banyak sangat story eh? Last-last 3 je.. Huhuhu.. Sebenarnya nak upload gambar budak-budak.. Tapi next entry la kot.. Tatatititutuuuu..

Monday, March 7, 2011

New Arrival

Takde la new sangat pun kan.. Dah basi dah jugak.. Nak cerita pasal my new boss.. New Arrival la kiranya kan? Hehe.. Well, my new boss is Indian.. My previous boss is Chinese.. So, dah merasa la aku kerja dengan boss 1 Malaysia.. Huahuahua.. How's my new boss? Ok laaa.. baru je kan.. Tapi dia gila kerja la weh.. Baru masuk hari tu dah suruh aku buat itu ini, baca itu ini, nak buat projek itu ini, nak suruh aku jadi projek manager itu ini, letihhhhhh! Hadoi laaa, mampoi, mampoi.. Hahaha.. Ni pun dia suruh aku baca pasal EU aku tak hadap-hadap lagi.. Malashh betul.. Takde la lagi aku nak melepak-lepak kan.. Dia asal nampak aku free je dah tanya "dah baca belum yang I suruh baca tu?" Errr, guano nak jawap tu? Kahkahkah.. Dah-dah, pasni aku busy.. Tak dapat la nak melepak macam selalu.. Huhuhuhu.. Ni yang buat aku rindu boss lama nih.. Gegegegege..

Wednesday, March 2, 2011

Last day...

Today's the last day for me to work with my current boss.. Huwaaaaaa.. Will miss him sooo dearly cause by far he's the best boss I've ever work with! No more Ang Pau this year lorrr.. Huhuhu.. Plus, he's very good in giving advice, sometimes even when you don't ask for it! (Most of the time actually! LOL!)

Been talking to him about my new boss.. All he said was, "stay positive and think positive about people.. Never have any negative perception.. You must adapt to your boss and you'll be fine.. Whatever it is, cover you ASS!" Hahaha.. That last sentence was his all time favourite.. Always remind us to cover ourselves when we do anything.. Make sure that we always have something to back us up in case there's something arising in the future.. What a good thought.. 

Love you lah Mr. Boss! Been a pleasure to work for him for the last 3 years.. Eh, I've been working here for 3 years already? Walahweyy, how time flies! By the way, I wish him all the best on his future undertakings.. The only reason he refuses to continue on as our Head of Division is because he loves his job as a lecturer.. He wants to concentrate on writing journals etc,etc,etc.. Best of luck for him.. I'm sure he'll write many great publications in future.. Bye-bye Mr. Boss.. Sob, Sob...