Monday, January 31, 2011

Khurafat...

poster-khurafat
Tu dia poster khurafat.. Hari tu aku dah gi tengok.. Boleh tahan seram.. Tapi storyline sangat tak memuaskan hati aku la.. Dah la cerita pendek bebenar.. Sejam lebih je kot.. Ending dia pun, tetiba habis macam tu je.. And ada scene yang kadang macam tak logik.. Contohnya macam dalam ofis, dalam hospital, dalam bilik mayat, awat laaa gelap gelemat sangat? Kot ya pun nak buat cerita hantu seram tak payah la semua tempat pun nak gelap gelita.. Aku rasa kalau bilik mayat gelap macam tu, takde sapa la nak keje bilik mayat kan? And hantu-hantu dia sangat predictable bila nak muncul dan nak muncul kat mana.. So, keseraman kurang sikit kot kat situ.. Tapi rupa hantu dia seram la compared to other hantu kat filem-filem lain.. Nampak real.. Terkujat jugak la mula-mula tengok muka hantu dia.. Hahaha... Apa pun, aku kasik 4 star je kot.. (Ceh, sukati je ko nak bagi bintang kan? Ko verangans nak jadi pengkritik filem? :D)

Eh, lupa, part Sabrina Ali letak pisau kat tangan dia lepas tu toreh-toreh tu, huh ngeri! Hahaha.. Orang ngeri tengok hantu, aku boleh ngeri tengok part tu pulak.. Tapi serius, aku yang rasa tangan aku ngilu.. Huhuhu.. Real giler lah!

Apa pun, masih dalam kategori best.. Cuma bagi aku tak mencapai klimaks sangat.. Hahha. Boleh? Kalau korang nak tengok, pi tengok.. Ibu mengandung jangan pi tengok, sat gi kenan muka hantu aku tak tau..

Jom layan sikit babak filem Khurafat:
Khurafat Movie Still
Khurafat Movie Still
Hoh, yang ni seram tau.. Bawak mayat tengah hutan.. Huhuhu.. Takde la akuuu..
Khurafat Movie Still

Khurafat Movie Still

Khurafat Movie Still
Ni babak first.. Awal-awal dah babak camni.. Tapi real la nampak dia terapung semua.. Thumbs up!
Khurafat Movie Still
Memula aku confuse kenapa la Sabrina ni gila sangat kat Syamsul tu.. Rupanyaaaa.. Tittttttt! Sila la pegi tengok kalau nak tau kenapa..

BebelBebel: Oh, tiba-tiba teringat scene dekat van jenazah.. Takuittt! Dah-dah, gi tengok sendiri cepat..

BebelBebel1: All pics credit to http://www.budiey.com/sinopsis-trailer-movie-still-poster-info-filem-khurafat/

No comments: