Wednesday, April 20, 2011

RiO!

Rio Poster

Last week I watched this movie with friends!! Hahaha.. Hampeh sungguh la kan, bukan nak bawak anak pergi tengok.. Sekali ibu je yang pergi.. Hehe.. Btw, tak plan pun nak tengok wayang.. Sekali keluar tak tau nak buat apa, survey la cerita apa yang tengah showing.. Sekali tengok cerita ni je macam best.. FYI, aku memanggggg suka sangat tengok kartun ke animasi ke apa.. Bagi aku lah kan, better la tengok cerita macam ni yang selalunya memang best daripada tengok cerita yang "manusia" berlakon (especially Malay movie) tapi macam kayu..

To those yang ada anak-anak, sila la bawak.. Serius best giler!! Veryyy the colourful lorrrr.. And banyak nyanyi-nyanyi.. Dia nyer cast pun bukan calang-calang okeh! Anne Hathaway, Will i Am, Jamie Fox and a few others.. Oh, and kalau beli McDonald Happy Meal, boleh dapat 1 voucher ticket for kids! So, gi serbu McD then serbu TGV or GSC okeh!

Tapi aku rasa nak bawak Haikal tengok nanti.. Mesti dia suka.. Yang ye nye aku pun suke.. Hehehehe.. Okeh, apa tunggu lagi.. Pergi serbu cepat! :)

Thursday, April 14, 2011

Tak habis-habis.. Aku dah boring ah!

Tak habis-habis dari dulu sampai sekarang

Masalah yang sama

Benda yang sama

Orang yang sama

Dah naik menyampah

Dah naik berbulu satu badan

Korang ni tak reti-reti ke?

Nak jugak harass hidup aku kenapa?

Cakap bongok karang marah

Tapi memang bongok macam cipan

(Kesian cipan, tak pasal-pasal jadi mangsa)

Kalau ikut hati aku sembur sekor-sekor
 
Tapi aku pun taknak jadi cipan macam diorang

So, berdiam diri je la
 
Eh, diam pun salah jugak
 
Bercakap lagi la salah
 
Pening kepala otak aku
 
Boleh biol
 
Benci, benci, benci!
 
Kita tunggu je la siapa mati dulu
 
Aku mati dulu, korang senang hati
 
Korang mati dulu, aku lagi suka hati
 
Eh

 
Suka hati doakan orang mati

 
Tapi sakit hati

 
Tu pasal jadi macam ni

Dah la

 
Merepek dah ni

 
Haih......

BebelBebel: Jiwa kacau. Harap maklum.

Wednesday, April 13, 2011

Haikal dan spender..

Haha.. Tajuk ntah hape-hape.. Dialog Haikal dengan aku hari tu:

Haikal: Ibu, Haikal nak pakai spender la..

Aku : Kenapa Haikal nak pakai spender?

Haikal: Haikal nak pakai spender macam Najman..(kawan kat skool dia la tu!) Haikal malu la..

Ibu : Hahahahaha...

Jadi sempena memenuhi permintaan anakanda kesayangan, aku dah beli spender dia dah.. Masa mula-mula dapat teruja gila dia! Seronok sangat dapat pakai spender. Hahahaha.. Haih, dah besar anak aku.. Dah pandai malu.. Cepatnya besar.. Sedih pulak.. Nanti dia dah tak manja-manja.. Hoh, tiba-tiba emo pulak.. Hehe.. Sayang sangat kat diorang.. Kalau boleh nak peluk cium sampai bila-bila.. :)

Kalau dah gila talak!!!

Haihhh.. Ni ada kisah benar nak cerita ni.. Aku ingat cerita ni ada kat tv je.. Sekali benar-benar kejadian! Hehehe.. Eh, pesal gelak pulak! Betul ni, cerita tak tipu punya..

Okeh, meh sini aku cerita.. Sejak dua menjak ni ada long lost friend En. Hubby dah start calling-callilng En. Hubby.. Message-message la.. Aku pun macam pelik.. Apehal mangkuk ni! Tiba-tiba berbaik semacammmm je kan? Tapi aku takde la tanya En. Hubby ke apa kan.. Tak kisah la, kawan dia.. Tapi hari tu tengah aku keluar dengan En. Hubby mangkuk ni call, bagitau dia accident semua.. Aku dah start pelik la apahal benda camtu nak mengadu kat laki aku plak? Bini dia mana?? Bila aku tanya tu baruuuuu lah En. Hubby bukak story..

Rupanya mangkuk ini dah ceraikan bini dia dengan TALAK 3 kau tau! Lepas tu sekarang tengah gila talak.. Sama je laki-bini.. Dok aktif mencari siapa-siapa yang sanggup nak jadi CINA BUTA! Yang paling aku hangen tu, dia boleh tanya laki aku untuk jadi cina buta ni..! Pungkoq la! Meh sini aku tunjal bijik mata sket, biar ko jadi orang buta terus! Bodoh piang sungguh la! Tu la, masa bergaduh tak reti nak fikir.. Cakap ikut sedap telur tekakk je kan? Dah jadi macam ni baru nak menggelupur! Siap mangkuk ni dah planning cakap nak bawak nikah kat Thailand, lepas tu masuk Kelantan terus cerai.. Semua tanggung.. Amboih, banyak cantik muka.. Sukati je kan..

Aku dah siap warning En. Hubby, jangan nak ambik pot pasal ni.. Jangan pandai-pandai nak subahat pulak pergi tolong carik volunteer.. Kang tak pasal dapat saham akhirat sama-sama.. Kalau saham baik takpe, ni saham tak elok.. Haishh, jauhkan la..

Aku siap pergi google hukum Cina Buta ni, bagi kat En. Hubby.. Dah baca baru dia takut.. Terus call kawan dia cakap tak boleh nak tolong.. Cuma En. Hubby sempat jugak la nasihat suruh kawan aku tu taubat semua.. Anggap je la jodoh dah tak panjang.. Tapi, aku macam terkejut jugak.. Betul rupanya benda macam ni happen ye? Tapi of course la pernah happen kan, kalau tak takkan la wujud term cina buta ni pulak kan? Meh sini aku tempek sikit hukum cina buta ni.. Kita tau haram je kan? Aku lepas baca ni pun baru tau.. Rupanya, kalau buat cina buta ni, even lelaki tu dah ceraikan, and wife dengan exhusband ni kawen balik, perkahwinan itu tak sah.. Dianggap sebagai zina pulak tu! Na'uzubillah.. Eh, tercerita pulak! Heheh.. Takpe, sila la baca untuk tambah pengetahuan ye? :)

Kahwin Muhallil (Cina buta)

Tafsir Al-Quran

Surah Al-Baqarah : 230


Firman Allah SWT,

 
“Sesudah (diceraikan dua kali) itu, jika diceraikan pula (bagi kali yang ketiga), maka perempuan itu tidak halal lagi baginya sesudah itu sehingga ia berkahwin dengan suami yang lain. Setelah itu, kalau ia diceraikan (oleh suami baru itu dan habis eddahnya), maka mereka berdua (suami lama dan bekas isterinya) tidaklah berdosa untuk kembali (berkahwin semula ), jika mereka kuat menyangka akan dapat menegakkan aturan-aturan hukum Allah. Itulah aturan hukum Allah, diterangkan kepada kaum yang mengetahui dan memahaminya.” (Al-Baqarah 230)

Huraian

Ayat ini turun berkaitan dengan kisah ‘Aisyah binti Abdul Rahman yang telah diceraikan oleh suaminya Rifa’ah bin Wahab dengan talak tiga. Beliau kemudiannya berkahwin pula dengan Abdul Rahman bin Zubair al-Qurazi. Malangnya beliau juga turut diceraikan oleh suami keduanya itu. Setelah itu dia telah datang kepada Rasulullah saw dan berkata : Ya Rasulullah, Dia (Abdul Rahman bin Zubair al-Quraizi) telah menceraikan aku sebelum menyentuhiku (yakni bersetubuh). Bolehkan aku kembali kepada bekas suamiku yang pertama.. Baginda saw menjawab : Tidak boleh selagi tidak di sentuh (yakni bersetubuh dengan isteri kedua).

Berdasarkan ayat di atas, ulama feqah sepakat, sekiranya si suami menceraikan isterinya dengan talak tiga, si suami itu tidak boleh merujuk kembali kepada bekas isterinya melainkan bekas isterinya itu berkahwin dengan suami yang baru melalui perkahwinan yang diiktiraf syariat, sah dan bertujuan kekal bukan perkahwinan yang dirancang (perkahwinan muhallil). Dan berdasarkan hadis di atas perkahwinan dengan suami kedua itu hendaklah berlaku dukhul iaitu jimak.

Jika berlaku penceraian dengan suami kedua (penceraian yang tidak dirancang), setelah tamat eddah maka bolehlah bekas suaminya yang pertama dahulu mengahwininya semula dengan akad nikah dan mahar yang baru. Dan suami pertama akan kembali memiliki tiga talak sekaligus memadamkan talak yang lalu. .

Hal ini berbeza dengan penceraian talaq satu dan talak dua, menurut jumhur (Maliki, Syafie dan Hanbali) perkahwinan kali kedua dengan bekas isteri yang dicerai talak satu atau dua tidak akan memadamkan talak terdahulu. Ini kerana perkahwinan dan persetubuhan dengan suami kedua tidak diperlukan untuk menghalalkan dirinya kepada suami pertama.

Adapun perkahwinan muhallil yakni perkahwinan yang dirancang agar bekas isteri yang dicerai dengan talak 3 boleh kembali kepada bekas suaminya yang pertama setelah berlaku penceraian dengan suami kedua, perkahwinan seperti ini adalah haram, batil dan tidak sah. Jika berlaku juga perkahwinan dengan bekas suami pertama dengan cara ini, maka perkahwinan itu tidak sah dan ia di anggap sebagai perbuatan zina. Ini berdasarkan hadis Rasulullah saw,

ألا أخبركم بالتيس المستعار ؟ قالو : بلى يا رسول الله قال : هو المحلل ,
لعن الله المحلل والمحلل له

Maksudnya : Mahukah kamu jika aku memberitahu siapakah orang yang paling keji lagi hina ? Para sahabat menjawab : Ya, ya Rasulullah. Baginda berkata : Ia adalah al-Muhallil (lelaki yang mengahwini seorang perempuan yang telah dicerai talak tiga dengan tujuan menghalalkannya semula kepada bekas suaminya selepas ia menceraikan) Allah melaknat al-Muhallil dan al-Muhallal lahu (suami yang menjatuhkan talak tiga kemudiannya ingin merujuk semula bekas isterinya melalui perkahwinan muhallil.

Kata Saidina Umar al-Khattab r.a, Tidak dibawa kepadaku muhallil atau muhallal lahu melainkan akan aku rejam kedua-duanya. Abdullah bin Umar ketika menerangkan maksud ayahnya : beliau menjawab kedua-duanya adalah penzina.

Di akhir ayat 230, Allah SWT mengistiharkan bahawa segala hukum-hukum tersebut adalah batasan Allah SWT yang diterangkan dengan sejelas-jelasnya kepada golongan yang tahu akan faedahnya dan sedar terhadap kepentingannya.

Wallahualam.
Kuliah Maghrib,
Ust. Mohd Hishamuddin bin Mansor.

Rujukan,
Tafsir Ahmad Sonhadji, Al-Munir dan Az-Azhar.


Monday, April 4, 2011

Rezqi, rezqi!! :)

Amendalah pulak rezqi ni? Perkataan baru dari kamus dewan kah? Hehehe.. Takde la eh, ni perkataan baru untuk rezeki.. :D

Oh, apa cerita rezeki ni?? Semalam aku pergi tesco together-gether dengan En. Hubby dan dua orang anakanda kesayangan tu.. Biasalah, shopping barang dapur, adaaaa je benda nak beli.. Tak cukup-cukup! Haih, baru 4 ketul dalam rumah.. Mengketedarah macamkan ada sedozen orang dalam rumah! Hahaha.. Okeh, dah habis membayar kat kaunter, kitorang jalan-jalan mencuci mata kat luar tengok promosi apa yang ada.. Bukan aku yang gatal nak tengok eh, En. Hubby yang tiba-tiba nak meronda.. Aku suka je la kan, mana tau ada yang sangkut! Muahahaha.. Lepas tu, ada promoter ni stopkan En. Hubby, dok promo-promo barang dia, siap suruh En. Hubby isi borang nak dapatkan shopping bag free.. Selalu En. Hubby aku ni paaaaaling la malas nak melayan benda-benda macam ni.. Tapi tiba-tiba semalam dia ikut je la pulak.. Siap dia layan mamat promoter tu, siap isi borang bagai, isi untuk aku pulak sekali pasal nak dapat dua shopping beg.. Boleh??

Sekali lepas dah isi-isi borang tu, promoter tu kasi la satu envelope kat En. Hubby.. Ada voucher katanya.. So En. Hubby pun bukak.. Sekaliiiii, kat dalam tu dapat voucher rebate RM100 kalau beli product plus dapat free Microwave oven RM3k++ kauuuu! Wahhh, best giler! Siap promoter tu pun terkujat tengok voucher tu tak percaya.. Siap dan-dan tu dia call bos dia tanya betul ke tak voucher ni wujud or salah cetak.. Siuttt je tanya soalan gitu kat bos depan customer.. Kot salah cetak pun, kot aku nak jugak ko nak kata apa? Dah memang terang dapat kan? Hahaha.. Tapi, ye la... Mesti kena beli dulu barang dia la kan baru voucher tu valid.. Haihh!

Memandangkan memang la ada nak beli satu barang ni, tapi dok tertangguh-tangguh.. Terfikir-fikir.. dan macam-macam ter lagi la tapi since dapat hadiah free plus dapat lagi juicer RM800++ pulak lagii.. Huiiii, terngiur sungguh laa! Bukan aku aje cair, En. Hubby pun sibuk nak beli pulak.. Padahal sebelum ni aku mintak bukan main soh KIV dulu.. Nyampah! So, bayangkan bayar untuk satu barang, dapat 3 barang!! Untung ke tak?? Rezeki ke tak?? Kesimpulannya, En. Hubby membelikan jugak barang itu dan dapatlah kitorang free gift tuu.. Balik semalam dengan senyuman sampai ke telinga noooo.. Hahaha.. Happy banget sihh!

Oh, lepas ni boleh la berangan nak buat kek!! Oit, dah ada oven lagi mau berangan kan? Hahaha. Seumur hidup aku ni tak pernah buat kek nok.. Makan reti la! Harap-harap berjaya la kan.. Kalau tak jadi hiasan je la oven tu.. Nasib free.. Muahahaha.. Udah, udah, nak carik resepi buat kek ni.. Tapi bila nak buat tunggu je la eh? Gegegegege..

Friday, April 1, 2011

Gambaran Kiamat

Salam Jumaat semua.. Just nak share something yang bila aku baca rasa takuttt sangat!! Haih, kena beramal lebih ni.. Asyik berusaha fikir mana nak carik duit, tapi jarang sangat nak fikir macam mana nak tambah amal ibadat. Masalahnya kita ni (termasuk la aku) insaf sekejap je.. Masa baca terus insaf, stok nak sembahyang taubat terus.! Tapi lepas tu buat balik.. Haih, tak kuat iman sungguh laa.. So, jangan lengah-lengah nak beramal ye kawan-kawan.. Peringatan untuk yours truly jugak.. Huhuhu.. Jom baca! Moga-moga kita semua dapat manfaat dan sama-sama insaf dan bertaubat dan beramal dengan gigih lagi lepas ni.. Aminnnnn..

Gambaran Kiamat

Cuba hayati dan renungkan bagaimanakah keadaaan kita nanti, yang amalan kita selama di dunia ini sangatlah jauh jika dibandingkan dangan para Alim-Ulama, apatah lagi dengan para sahabat Nabi.

Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri. Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya “Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?” Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya “Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa.” Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati. Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.

Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut “Ajbuz Zanbi” yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih. Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak. Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.

Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat. Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan. Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.

Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.

Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:
ⅰ- Pemimpin yang adil.
ⅱ- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.
ⅲ- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.
ⅳ- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.
ⅴ- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata “Aku takut pada Allah”.
ⅵ- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).
ⅶ- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.

Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara “pergilah berjumpa dengan para Nabi”. Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.

Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.

Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga ‘Arasy itu tiba dibumi. ‘Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.

Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari ‘Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana. Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & ‘Atid / Kiraman Katibin.

Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan. Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah. Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.

Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa. Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab. Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang. Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta’ala dengan Maha Bijaksana.

Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.

Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :

ⅰ- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.
ⅱ- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.
ⅲ- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.
(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)

Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.

Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.

Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.

Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.

Rujukan: Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al- Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.

☞ Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW: Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat. Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :

① Sedekah/amal jariahnya.
② Doa anak²nya yang soleh.
③ Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.

BebelBebel: Credit to Leen Lee. Taken from her FB. Thanx buddy.. :)