Wednesday, June 30, 2010

So You Think You Can Dance??

Huahuahua.. Hari isnin hari tu aku & sorang member ofis berkobar-kobar pergi kelas tarian kat Pusat Kebudayaan UPM. Bukan la tarian hip hop ke ape kan.. Tarian traditional je.. Hahaha.. Tu pun rasa lenguh-lenguh jugak la pinggang, lutut, badan segala.. Nampak sangat la dah lama tak exercise.. Huhuhu.. Apa pun, memang fun! Ramai jugak yang datang siap bawak anak.. Ye la, kelas stat pukul 5.30 pm - 7.30 pm.. So, memasing ambik la anak dulu kat taska & bawak ke kelas.. Giler semangat!

Hari tu kitorang practice untuk tarian zapin.. Haha.. Aku ni mana la reti menari.. Keras kejung je badan aku rasa.. Cikgu tarian kitorang lelaki pulak tu.. Tapi lembut je dia menari.. Harus la kan, kalau tak takkan jadi cikgu.. Dia dulu under KEKWA.. So memang dah merata dah pergi.. Then, cikgu dah cakap end of this year ni memang dah confirm kitorang kena buat satu persembahan untuk Tan Sri Naib Canselor punya event.. Huhu.. And in between, maybe ada a few events jugak.. Ecehh.. Yakin gile cikgu aku ni.. Dia tak tau anak murid dia semua stok kejung-kejung aje.. :D

Tapi bagi aku memang bagus program ni.. Satu, ye la, boleh la kita kekalkan tarian traditional ni kan? Asik hip hop la, street dance la hape kejadah lagi.. Ni je la yang tinggal untuk kita pun.. Lagi satu, aku jadikan ini as a form for me to exercise.. Memang berbaloi wehh.. Kalau sendiri nak gi exercise berlari ke hape, memang takde nye.. So, ni kira macam dah fix la at least once a week aku ada gak la exercise kan badan for 2 hours.. And lucky me to have such a wonderful and understanding and sporting and supporting husband.. :) 

Owh, aku jugak dilantik jadi ketua kelas.. Muahahaha.. Hampeh nyer cikgu.. Aku jugak yang kena.. Aku memang jenis malas nak pegang-pegang jawatan semua ni.. Menciiii...! Tapi takpe la, ambik pengalaman la kan? Hmm.. So, sape-sape warga UPM yang nak join, sila inform saya.. Jom!!

Sunday, June 27, 2010

Kasihku Humaira

Semalam pagi-pagi hubby aku dah keluar pergi pasar beli barang basah nak masak. Ye la, hari ni parents dia nak datang,so nak la masak special sket kan?? Tapi aku ni bukan la pandai masak pun. Atenya, bukan masak hari-hari. 'Kadang-kadang aje time weekend. So, pagi tu berkobar-kobar la abang arjuna aku tu ke pasar. Yup, dia memang tukang beli barang basah. Dia lagi pandai dari aku bab-bab nak tengok ikan, ketam, udang yang elok2. Dia lagi banyak kenal ikan dari aku. Dan memang dari awal kawen dialah tukang pergi pasar. Aku tukang masak aje.

Kononnya parents-in-law aku kata bertolak dari kampung lepas subuh. Bajet tengahari harus dah sampai la kan. Berkobar la aku masak lauk untuk makan tengahari, masaklah lauk-lauk yang aku yakin kalau masak tu ada 'rupa' & ada 'rasa'. Maka terhasillah lauk ikan kerapu masak pedas, kailan ikan masin, ketam goreng kunyit & tempoyak udang. Tunggu punya tunggu bulan tak timbul-timbul. Eh, bukan. Diorang tak sampai-sampai. Pukul 4 baru sampai. Rupanya banyak menyinggah pulakk. Nasib sampai umah aku pun dorang dah lapar balik. Maka, laku la lauk aku tu. Ditambah dengan lauk yang dorang bawak jugak. Huh, macam kenduri!! Ye la, kitorang yang makan pun berdua je, paling-paling pun masak 2 jenis lauk. Ni tetiba banyak pulak, sampai tak tau nak makan mana satu.

Malam, hubby aku bawak dorang jalan-jalan KL. Aku tak ikut sebab malas. Humaira pun dah tido. Baik aku spend time ngan Humaira sementara ada masa sikit ni. & nasib baik pun aku tak ikut sebab kereta mati kat Bangsar. Tak pasal kena mintak tolong orang nak jumper kereta. Selamat tak ikut. Aku bahagia dok umah main ngan Humaira.

Pagi ni aku masakkan nasi goreng & panaskan lauk yang melambak semalam. Then mak mertua aku masak lauk untuk makan tengahari plak. Dorang mandi-mandi, siap-siap, makan-makan, then bertolak dalam kul 11 lebih. Oh, dorang bawak Humaira sekali. Dorang sibuk nak jaga. Yer la, dorang takde anak perempuan. Sekali dapat cucu perempuan, seronok sangat la. Aku ni dok tahan air mata, tanak nangis depan dorang. Aku cium Humaira puas-puas. Sedihnyaaaa.. Huwaaaa!!!

Elok je dorang pergi aku kemas-kemas rumah dulu. Ingat tanak fikir sangat. Dah habis kemas segala, aku ambik baju yang Humaira pakai semalam (belum basuh lagi, bau masam) peluk bawak tido. Humaira, ibu will miss you soooo much!! Nanti ibu datang tengok adik yea. Cayang jangan nakal-nakal & jangan lupa ibu tau!! Ibu sayaaanngggg adik!! :'( Sob.. Sob..

Friday, June 25, 2010

Keistimewaan Wanita

Pagi-pagi Jumaat ni moh kita cerita tentang keistimewaan kaum wanita.. Wanita zaman sekarang ni aku tengok, ramai lelaki yang suka ambil kesempatan.. Tak pandai melayan wanita dengan baik.. Suka buli, suka sakiti.. Apa lah nak jadi?? Sedangkan dalam Islam, wanita itu sangat istimewa.. Kenapa dijatuhkan tarafnya oleh kaum lelaki abad ini? Aku dapat nota ini daripada seorang kawan.. Jom baca..

Allah berfirman:

"Ketika Aku menciptakan
seorang wanita, ia diharuskan untuk
menjadi seorang yang istimewa. Aku
membuat bahunya cukup kuat untuk
menopang dunia; namun, harus cukup
lembut untuk memberikan kenyamanan "

"Aku memberikannya
kekuatan dari dalam untuk mampu
melahirkan anak dan menerima penolakan
yang seringkali datang dari anak-anaknya "

"Aku memberinya
kekerasan untuk membuatnya tetap tegar
ketika orang-orang lain menyerah, dan
mengasuh keluarganya dengan penderitaan
dan kelelahan tanpa mengeluh "

"Aku memberinya kepekaan
untuk mencintai anak-anaknya dalam
setiap keadaan, bahkan ketika anaknya
bersikap sangat menyakiti hatinya "

"Aku memberinya kekuatan
untuk mendukung suaminya dalam
kegagalannya dan melengkapi dengan
tulang rusuk suaminya untuk melindungi
hatinya "

"Aku memberinya
kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa
seorang suami yang baik takkan pernah
menyakiti isterinya, tetapi kadang
menguji kekuatannya dan ketetapan
hatinya untuk berada disisi suaminya
tanpa ragu"

"Dan akhirnya, Aku
memberinya air mata untuk dititiskan dan
ini adalah khusus miliknya untuk
digunakan bilapun ia perlukan."

"Kau tahu;kecantikan
seorang wanita bukanlah dari pakaian
yang dikenakannya, susuk yang ia
tampilkan, atau bagaimana ia menyisir
rambutnya."

"Kecantikan seorang
wanita harus dilihat dari matanya,
kerana itulah pintu hatinya.. Tempat
dimana cinta itu ada."

dan ingat kecantikan wanita yang azali.. bukan pada kecantikan luaran semata-mata. dan ingat lah...
Setiap Wanita itu Cantik Kurniaan Allah S.W.T

Thursday, June 24, 2010

Natural Beauty

Kalau dah namanya perempuan, memang la tak boleh nak dipisahkan dengan mekap.. Hoh, kata natural beauty, kalau dah mekap mana naturalnya? Itu la pasalnya ni, budak ofis aku (termasuk aku la tu) memang suka layan mekap-mekap ni.. Kalau lepas sembayang tu, bilik surau tu memang la dah jadi macam bilik mekap, sorang-sorang bawak keluar beg mekap masing-masing.. Siap boleh tukar-tukar tu.. Boleh try-try, kalau ok mula la mengorder semua.. Parah..

Jadinya, kitorang ni kalau dibiarkan dalam keadaan 'natural beauty' adalah tak berapa nak beauty.. Hoh, aku ni dengan mata aku lebam (ikut dialog dalam cerita pendekar bujang lapuk..) Muka pun takde la berapa nak licin, tapi masih gagah la hubby aku nak tengok muka aku time pagi-pagi lepas bangun tido.. Huhuhu.. So, atas sebab-sebab tu, kena la tempek mekap kasi berseri sikit muka.. Ntah bila nak merasa kulit licin bak kulit telur, tak nampak pori segala.. Takpe, that's why we have make-up!! To cover up the flawed skin into gorgeos flawless skin!! (Gorjes la sangat, harus perasan lebih!)

Ok, walaupun nak mekap, tapi nak nampak natural.. Paham?? Haha.. apa guna tempek mekap tapi nak nampak natural? Ntah apa-apa kan? Tapi tu la tu, sibuk dok cari lipstik yang kaler nude-nude aje.. Pilih blusher yang pinkish-pinkinsh, orangish-orangish, sweetish-sweetish segala.. Bila tengok lipstik orang lain kaler comel-comel sibuk la bertanya.. Tajuk apa? Beli kat mana? Berapa hengget? Pastu siap masing-masing mengorder.. (aku la jugak yang selalu order tu! :P)

Jadi, bila dah ada mekap yang nak nampak natural tu, mula la menconteng muka.. Tapi, ye la, kita ni amatur aje, bukan la pandai sangat.. Janji tak nampak macam tepung gomak sudahhh!! Jadi ini la hasilnya!! Cekidout!

Wohaa.. Boleh la kan.. Nampak lite-lite je mekap tu.. Natural kah?? :) Ni lepas mekap pagi-pagi nak pegi keje.. Semangat!!

BebelBebel: Lagi senang kalau kulit cantik, pakai bedak baby dah cukup..

Haikal Nampak Hantu???

Hoh, gile buat aku takut budak ni.. Dua tiga empat menjak ni asyik kata nampak hantu.. Eh, biar betul anak aku ni?? Tapi takde plak dia takut ke apa.. Dia just kata "ibu, tu nampak tak?? hantu tu kacau Haikai".. Kalau ko tak seriau ke dengar?? T_T

Tapi kan orang-orang tua selalu cakap, budak-budak memang boleh nampak.. Tapi anak aku ni kategori nampak betul ke atau main-main.. Sebab dia takde la nangis ke ape kan.. Just cakap menatang tu kacau dia.. Belakang rumah, depan rumah, asal malam je dia cakap.. Aku pun takde la nak tunjuk takut kan.. Paling-paling pun aku just cakap "cakap jangan kacau Haikal.. Cakap Allahu Akbar!!" Tak pun aku suruh dia azan aje.. Aku pun taknak menakutkan anak aku.. Mahu dia jadi berani.. Ni kadang mak bapak suka takutkan anak, kata ada hantu la, momok la.. Apa la, macam mana anak tu tak takut, kalau mak bapak sendiri yang takutkan diorang??

Aku pun bukan berani sangat.. hehe.. Pernah ada pengalaman nampak benda-benda tu.. Huhu.. Nasib masa nampak takde la plak jadi takut gile.. Boleh buat bodoh aje.. Pengalaman pertama adalah masa kat rumah mak aku.. Time ni kakak aku pun belum kawin.. Kitorang duduk satu bilik.. So, satu malam tu aku terjaga.. Tiba-tiba leh nampak hantu pocong (hantu bungkus kadang orang panggil atau masa zaman student dulu kitorang panggil "sweet", sebab dia bungkus macam gula-gula - gila panjang explanation aku wehh..).. Oh, haa, hantu pocong kat hujung katil kakak aku, dia mengadap kakak aku tido.. Huwaaa.. Apakahhhh?? Slow motion aku pusing badan aku hadap dinding sebelum benda pusing hadap aku pulak.. Ngeeee..

Kedua, masa study kat UiTM Manjung, lepak sorang-sorang dalam bilik. Kalau kat UiTM Manjung, dia adalah rumah kedai.. So, hostel pun rumah kedai.. Bilik aku dekat tempat yang ada balkoni.. Haha, sebab suka tayang muka beramai-ramai kat balkoni kann, harus pilih bilik ka situ.. :) Kejadian adalah waktu malam, ntah hangin apa, aku lepak sorang-sorang tak bukak lampu.. Katil aku kat atas (katil double decker).. Pintu balkoni bukak, konon nak dapat angin malam.. Sekali tetiba ada benda terbang, then dia berenti kat balkoni tu, dok terapungggg je.. Tapi aku tak nampak rupanya, sebab benda tu hitam.. Tapi still, aku boleh buat kering.. Takde pulak aku melompat terjun lari jerit segala.. Hohoho..

Yang lain-lain tu, banyak dengar bunyi-bunyian je la.. Cuma masa husband aku sakit, dia dah bertukar jadi 'benda' lain, cakap pun dah 'slang' lain.. Tapi aku tak takut jugak.. Siap aku boleh sound kat benda tu "ko pegi berambus, jangan kacau aku!!" Wohaaa.. Terer sehh.. Aku pun tak sangka ada keberanian tahap itu.. Sebab kakak & mak aku adalah penakut.. Syukur la, aku tak jadi takut di saat-saat genting camtu.. Tapi, takde la pulak aku nak jumpa 'benda' ni selalu wehh.. Takde keje..

Tapiii.. Betul ke Haikal nampak hantu??? (-_-")

Wednesday, June 23, 2010

Gatal-gatal Menyerang

Haha.. Dapat emel dari kawan.. Gile lucah kalau buat iklan macam ni.. Tapi bagi those yang suka fikir tang tu je la.. Enjoy!!



BebelBebel : Haru kalau buat iklan macam ni..

Tuesday, June 22, 2010

Selamat Datang!!

Huahuahua.. Welcome everyone to my new blog!! Ceh, macam ramai reader je kan? Takpe la, lantak la nak kata blog syok sendiri ke apa, janji aku happy..

Kenapa tukar blog? Rasa cam blog leftEye to banyak sangat citer sedih, marah.. Story hepi-hepi tak banyak.. So, nak bertukar arah, katanya mahu jadi lebih positif dan matang.. Harus berubah la kan? Jadi kite tengok sama-sama adakah perubahan nanti? Wait and see.. :)

Kenapa My Life in the Modest Lane?? Haha.. Perasan Kimora lebih!! Tapi life saya tade la Fabulosity macam dia.. Sebab tu ganti dengan Modest aje.. Mahu kongsi cerita hidup saya yang serba sederhana, macam orang biasa.. Kisah struggle hari-hari, kisah hepi mahu lebih banyak, dan mahu lupakan kisah sedih semua. Harap enjoy!! And once again.. WELCOME!!