Wednesday, October 27, 2010

Uhukkk.. Uhukkkkk..

Minta maaf la yer.. Tuan tanah adalah kurang sihat.. 1 family pun tak sihat.. Ada yang batuk, ada yang selsema, ada yang sakit 'tegak' (haikal cakap tekak tu tegak, hehehe).. Musim kot.. Rata-rata kawan-kawan and anak kawan-kawan sama je penyakitnya.. Kalau pergi klinik fuhhh memang penuh mak bapak bawak anak-anak kecik besar semua.. Hmmm.. Macam tu la bila dah ada anak, macam-macam kita buat untuk ensure diorang dalam keadaan terbaik yang termampu kita bagi kat diorang..

Lama jugak tak update ni.. Ntah, malass je.. Hehehe.. Awal-awal je semangat nak jadi blogger tegar, sekali kau, malas jugak.. (-_-").  Sekarang memang mode malas.. Malas nak update blog (baca blog orang rajin!), nak layan orang pun malas ye..  Sampai ada certain-certain people dalam list handphone aku, aku dah block tanak receive call diorang..  Serius malas.. Jiwa kacau kot, ntah.. Takde problem apa pun.. Setakat problem cipuit2 tu biasa la.. Bukan manusia la pulak kalau takde masalah kan..

Paling best dan paling mengubat jiwa ialah dengan melayan anak teruna dara aku tu.. :)  Malas la nak cerita panjang kan, nanti korang kata balik-balik cerita anak.. Kita layan gambar je la eh..






Very close siblings!! Harap diorang tetappp close macam ni sampai diorang besar walaupun besok dah kawen beranak-pinak.. :)


Main game apa ntah 2 beradik ni..
Ni kenapa pulak posing macam ni? Letih sampai kepala kena parking atas kerusi.. :D

Wednesday, October 20, 2010

Akhirnya dapat tengok tv cerita yang aku suka

Tengok! Elok je dia lepak tengok tv kat bilik belakang. Baguss!!

Weekend hari En. Hubby dah set up kan tv kat bilik Haikal kat belakang. So, secara officialnya Haikal lepak bilik belakang je kalau nak tengok cerita favourite dia (Ultraman, Ben10, dan kartun2 yang sewaktu dengannya) =_= Minggu lepas jugak aku beli dvd/vcd cerita2 favourite dia tu. Senang, apape aku on je dvd tu, pandai la dia duduk diam-diam dalam bilik. :)

Lega la sikit aku rasa. Takde la dia nak memekak kat depan ke apa kan. Kalau tak malam2 ke atau weekend ke tak merasa la kitorang ni nak tengok cerita kitorang. Asikkkk la astro ceria, disney chanel semedang. Aku ni dah naik hafal cerita kat chanel2 tu tau. Dialog MickeyMouse clubhouse, lagu Dibo semua aku boleh ingat. Haha. Dah macam aku pulak budak-budaknya. Tepu otak aku tengok kartun. (-_-")

Hah, sementara dia layan tv, Humaira pun dah tido ni, aku nak gi basuh kain kejap pastu layan favourite show aku pulakk. Lega dapat conquer tv balik! (^_^) Errrr.. En. Hubby, kalau nak tengok cerita favourite awak, sila la beli tv lain yer. :D
Sent from my BlackBerry® smartphone

Tuesday, October 19, 2010

Testing!!

Saje mau testing menjadi ke tidak. :)
Sent from my BlackBerry® smartphone

Monday, October 18, 2010

Terpaksa..

Yaa.. aku terpaksa mengorbankan nak beli eyeliner baru dan lite-lite barang mekap aku yang dah hujung-hujung sebab tiap-tiap hari Haikal nak beli milo kotak dengan coklat (wajib!).. Katanya dah hujung bulan kan.. Harus duit aku pun hujung-hujung la jugak.. T_T.. Tapi biasa la, bila dah menjadi kaum ibu ni memang tak kisah sangat keperluan sendiri.. Aku korek balik beg mekap aku lagi satu tengok-tengok ada la lagi satu pencil eyeliner yang dah kontot.  Jadi la buat conteng muka lagi seminggu nak gaji ni! :)

Kisah malam tadi, Humaira dah tido awal.. Sekarang dia memang dah senang dah tido.. (^_^) Tepuk lite-lite je dia tido da.. Kira sejak aku bawak dia balik memang aku tak masukkan dia dalam buai pun (masa duduk dengan opahnya, pakai buai..) So, memang masa ambik dia hari tu, dah berazam nak train Humaira tido kat bawah.. Alhamdulillah berjaya! So, dalam pukul 9.30pm macam tu dia dah selamat dah tido.. Biasa memang dia tido dekat hall, bila kitorang dah nak masuk tido baru angkat dia masuk katil..

Jadinya pada ibu-ibu yang ada baby kecik macam aku ni memang adalah nikmat tak terhingga bila anak dah tido.. Bukan pasal nak melepak ke apa pun.. Tapiiiiii ini lah masanya nak menyettlekan keje yang dok tertangguh.. Masa ni la aku nak lipat kain ke, sidai kain ke, iron baju ke.. Kira banyak benda la boleh dibuat bila si Humaira ni dah tido.. Bukan la En. Hubby tak tolong ke apa, tapi biasa la lelaki kann.. Kang kejap panggil, tanya itu mana, ini mana.. Haihhh!! Peninggg..

Tapi baru je aku nak duduk keluarkan kain nak lipat, dah aku dengar suara si Humaira ni menangis! Sudahhhh.. Aku baru nak start punch-in shift malam pulakk.. Rupanya si Haikal kacau adik dia tido.. Dah bangun pulak si kecik aku tu.. Huhuhu.. Sekali En Hubby pun geram jugak pasal dia nak melepak tengok tv.. Maka kene denda la si Haikal.. Nak tau kena apa??

Abah dia suruh dia tidokan adik dia balikk.. Letak je Humaira kat atas riba Haikal, suruh Haikal tepuk sampai tido.. Cekout muka tensen si Haikal..

Nasib baik la memang waktu ni memang time tido Humaira.. So, kira kejap je la dia dah tido balik.. Kalau tak, masak la nak melayan dia main pulak ke apa kan..

Oh, tv kat bilik belakang akhirnya dah di set-up oleh En. Hubby.. Pasni boleh jadi pot Haikal tengok tv dan main.. So, tak payah nak memekak kat depan, tak payah nak sepah mainan kat hall.. Jadi pot aku jugak bila nak lipat kain dengan gosok baju! :D Suka.. Sukaa! (Semalam dah rasmi, lipat kain dengan gosok baju sambil tengok Smallville, takde la sangap sangat.. Hehehe..)

Kenapakahh??

Mmmm.. Lately ni aku perasan aku adalah sangatttt pelupa.. Gila-gila punya pelupa. Apa kena ntah? Nak kata aku makan kepala ikan, takde la pulak.. Aku tak minat kepala ikan, kecuali la kepala ikan besar yang sedap dibuat masak kari ke asam pedas ke.. Nom.. Nom.. Eh, teringin la pulak nak makan kari kepala ikan.. T_T

Simptom pelupa ni dari dulu memang la ada.. Standard la kan, lupa sikit-sikit.. Sebab pre-occupied dengan banyak benda.. Tapi lately ni mak aihhh, melampau sungguh.. Rasa dah jadi macam si ikan Dory, ada short term memory loss ke apa.. Ke aku banyak makan semut kah? Tapi mana ada semuttt.. Semua air, makanan semua aku scan dulu sebelum aku telan masuk perut..

Contoh keterlupaan melampau aku:

1.  Aku TERlupa yang aku rebus botol susu Humaira kat atas dapur.. Nasibb tak kering air kalau tak mau meletup dapur aku.. Huhuhu...

2. Aku pakai cincin, emmmm, macam mana nak explain eh.. Jap.. Aku pakai cincin dekat dua jari, dekat jari manis dengan jari hantu.. Sekali dua-dua cincin tu aku pakai kat satu jari je, kat jari manis je.. Bila masa aku alih cincin tu? Memang tak ingat!! Duhh..!

3. Ni antara yang paling kronik kot.. Aku pagi-pagi biasa la bangun nak pegi keje.. Mandi segala la kan.. Pastu ambik sepentot aku dalam almari.. Sekali aku pusing-pusing satu bilik carik mana sepentot aku sebab aku rasa aku dah ambik dari dalam almari.. Tak jumpa!! Aku dah ala-ala misteri nusantara ni.. Dah fikir toyol mana pulak curi sepentot aku.. Dah tak curi duit lagi dah kot.. Sekali kauuuu, rupanya aku dah pakai sepentot tu.. Hahahaha.. Gila la.. Bila masa aku pakai??!!

Itu la antara keTERlupaan aku yang aku rasa OMG (oh memang gila!).. Yang lain-lain tu memang lupa biasa-biasa lah.. Tapi tak pernah lagi aku TERlupa nak bawak BB aku pergi mana-mana pulak! :D Tapi kenapa boleh jadi pelupa sampai macam tu eh? Scary pulak la rasa.. Tssskkk..