Wednesday, May 25, 2011

2 dalam 1

Momentum sudah mari! Meh update lagi! Eh, macam pantun berirama la pulak! Hihi..

Sebab malas kan, aku combine dua story la dalam satu.. Ni pun cerita lama, minggu lepas kot.. Kisah abang wiraku yang terlantar sakit.. Hukhukhuk! Oh, jangan salah faham dek non.. Bukan En. Hubby eh, tapi kereta wiraku sakit.. Adoi la.. En. Hubby sakit tak kisah lagi (Boleh?) Tapi kereta sakit mampoihhhh! Patah kaki weh.. Dah la sakit time hujung-hujungggg, time duit dah bajet-bajet time nak tunggu gaji.. Kau ni memang tak pandai timing betul la.. Suka mintak duit time aku tengah pokai.. Haih.. Dua kali okeh dia sakit.. Satu kat Klang.. Pergi lepak sana jumpa kawan En. Hubby.. Sekali time nak balik boleh pulak dia taknak hidup! Ah sudah! Dah la time tu dah Maghrib.. Orang lalu lalang sikittt taknak berenti.. Memang la warga Klang ni aku pangkah!Tak mesra alam langsung.. Takde sifat tolong menolong.. Sudahnya call balik kawan En. Hubby dia datang jumper.. Masa jumper bukan main cantikk lagi bunyi enjin.. Bila cabut terus mati.. Hadoi la, apa masalah kau ni hah! Cuba punya cuba tak boleh jugak, last-last kawan dia suruh tinggalkan kereta dulu, lepak rumah dia.. Kan tak memasal.. Dah la tak bawak apa-apa.. Sehelai sepinggang aje.. Nasib baju budak-budak memang ada bawak spare..

Pagi esoknya baru call bengkel mintak tengok kereta.. Rupanya alternator (betul ke aku eja ni?) dia rosak.. Patut la power tak boleh sampai enjin.. Tukar menatang tu je dah berapa ratus.. T___T.

Esoknya nasib cuti Wesak lepak rumah.. Keluar pun setakat pergi kedai tapi takde problem.. Esoknya hari Rabu nak pergi keje aku perasan aircond aku panas.. Habis cermin aku jadi kelabu asap bila bukak aircond.. Aku pelik jugak, tapi jalan je la.. Sampai kat tol, aku terpandang temperature sekali dah high kau! Mak aii.. Aku dah cuak.. Dah la lepas tol tu gerenti jam.. Cepat-cepat aku bagi signal pull over tepi highway.. Call En. Hubby mintak datang tengok, masa tu dalam pukul 7 lebih la..

Sambil tunggu tu tiba-tiba sorang mamat naik motor datang.. Rupanya peronda highway tu.. Dia tanya la pasal apa semua, aku story la kan.. Dia pun bawak la keluar bendera merah dia tolong jaga traffic kat kereta lain.. Tak lama lepas tu kawan-kawan dia pulak sampai.. Siap diorang bawak kon, tolong hadang kereta aku, tolong tengok problem kereta, siap isi air takut temp. naik pasal air kering.. Hoh, bagus sungguh! Efficient seh! Terkagum pulak.. Haha.. Korang tau En. Hubby aku sampai pukul berapa? Pukul 9 lebih.. Haih, nasib ada peneman setia.. Hihihi.. Entah apahal lambat benar, padahal dari rumah aku nak ke tol tu tak sampai 15 minit kot?
Dah settle semua, tunggu tow truck datang bawak pergi bengkel, lepas tu check-check sekali fan aircond tak pusing daaaa.. Tak pasal kena tukar fan dengan apa kebenda ntah lagi, dekat 400 gak terbang.. T______T *nangis lagi*

Kalau ikutkan petang yang sama aku ada performance tarian. Aku dah mesej semua orang ni kata tak boleh datang semua.. Sekali dengan cikgu aku pun suruh datang naik cab.. Amboi cikgu, aku dah la baru terbang duit ni, lagi mau suruh aku naik cab.. Nasib baik la member ofis aku yang baik hati datang jemput kat rumah.. Hehehe.. Terima kasih la kat Umi and Farhana sebab sanggup mem-pickup aku.. ;)

Apa pun posing dulu!


My manager.. Hahaha.. Shera, tq tolong siapkan aku!


The penari's.. 5 ketul je yang menari pun.. Yang lain menarik diri pasal tak ingat step.. Hampeh korangg!


Me and budak yang tarik diri tu!
Tapi nak jugak menyibuk! Hahahaha..


Oh bulatnya muka akuuuuu.. Macam mana nak kuruskan muka ha??


Merenung masa depan.. Hihi.. Padahal dah kekenyangan.. :D

Apapun, enjoy jugak la menari walaupun praktis step tak sampai seminggu.. Punya la aku merapu depan stage tu.. Dah la tarian jawa.. Lantak, janji aku enjoy!!!

Tuesday, May 24, 2011

Pemalash sungguh!


Huahuahua..

Rasa sangat malas nak update blog.. Macamkan ada orang baca kan? Balik-balik sendiri baca.. Haha..

Tapi bila baca blog orang terasa berkobar nak update.. "Terasa" je la kan.. Buatnya tak jugak.. Hoh, kenapakah pemalas sangat ni?

Sebenarnya tak tau nak story apa.. Story harian yang biasa-biasa aje.. Cerita orang macam best je kan.. Tapi sebenarnya padan la dengan tajuk blog aku kan? My Life in the Modest Lane - about me and my not-so-fab life. Apa lagi la nak expect? Harus la cerita biasa-biasa, cerita hari-hari yang selalunya dah basi sebab pemalas nak update.. =_=

So, alang-alang dah menaip jom update sikit.. Mana tau lepas ni datang hantu rajin rasuk dalam badan, sekali update setiap jam.. Hah, muntah korang nak baca.. (Macamkan ado orang baca. Tsskkk..). Tapi takpe, ada aku kesah? Katanya blog aku.. Aku malas tulis diari tu pasal bukak blog.. Konon nak story untuk tatapan dan rekod sendiri.. Haha.. Eh merepek.. Mula la nak melalut..

Okeh, kisah dah lama gila kot.. Biasa la bila ada anak, macam mana pun nak jugak bawak diorang berjalan walaupun sekadar ke taman bunga.. Eh, itu tempat bercinta.. Ini taman rekreasi.. Entah, ye kot.. Ah, susah sangat.. Aku bawak pergi Taman Tasik Perdana aje.. Itu pun diorang dah seronok gila kot.. Haha.. Senang nak hiburkan hati budak-budak kan? Tak payah nak umpan beli barang ke apa.. Bawak tempat diorang boleh bebas berlari, menyepah, melompat, menjerit dan sewaktu dengannya dah cukup heaven untuk diorang..

Tapi korang perasan tak sekarang cuaca panas gila weh.. Nak mati aku rasa berjalan kat taman tasik tu tetengahari buta.. En. Hubby aku ni pun, tak sempat tunggu petang.. Petang ramai orang katanya.. Tapi agak-agak la time matahari terbuntang atas kepala nak bersiar-siar pun.. Huhuhu.. Tapi anak aku ada diorang kesah? Janji jalan! Bagus sungguh! Aku je macam nak pitam..



Haikal beriya tengok kuda..

Abang yang baik.. Sendiri volenteer nak tolak adik.. Siap berebut dengan aku.. Bagus..
 
 Sekali tolak sampai ketepi jalan.. T_T
Lepak jap

 Haikal menyanyi menghiburkan adiknya.. Hihi..
Mula la kutip benda merepek..

Panas gila woh!

Merenung masa depan ke dik?

Sakit kaki ke? Padahal kene tolak je,bukan jalan pun.. Huhu..

Dah melalak pulak.. Boring la tu!


Wednesday, April 20, 2011

RiO!

Rio Poster

Last week I watched this movie with friends!! Hahaha.. Hampeh sungguh la kan, bukan nak bawak anak pergi tengok.. Sekali ibu je yang pergi.. Hehe.. Btw, tak plan pun nak tengok wayang.. Sekali keluar tak tau nak buat apa, survey la cerita apa yang tengah showing.. Sekali tengok cerita ni je macam best.. FYI, aku memanggggg suka sangat tengok kartun ke animasi ke apa.. Bagi aku lah kan, better la tengok cerita macam ni yang selalunya memang best daripada tengok cerita yang "manusia" berlakon (especially Malay movie) tapi macam kayu..

To those yang ada anak-anak, sila la bawak.. Serius best giler!! Veryyy the colourful lorrrr.. And banyak nyanyi-nyanyi.. Dia nyer cast pun bukan calang-calang okeh! Anne Hathaway, Will i Am, Jamie Fox and a few others.. Oh, and kalau beli McDonald Happy Meal, boleh dapat 1 voucher ticket for kids! So, gi serbu McD then serbu TGV or GSC okeh!

Tapi aku rasa nak bawak Haikal tengok nanti.. Mesti dia suka.. Yang ye nye aku pun suke.. Hehehehe.. Okeh, apa tunggu lagi.. Pergi serbu cepat! :)

Thursday, April 14, 2011

Tak habis-habis.. Aku dah boring ah!

Tak habis-habis dari dulu sampai sekarang

Masalah yang sama

Benda yang sama

Orang yang sama

Dah naik menyampah

Dah naik berbulu satu badan

Korang ni tak reti-reti ke?

Nak jugak harass hidup aku kenapa?

Cakap bongok karang marah

Tapi memang bongok macam cipan

(Kesian cipan, tak pasal-pasal jadi mangsa)

Kalau ikut hati aku sembur sekor-sekor
 
Tapi aku pun taknak jadi cipan macam diorang

So, berdiam diri je la
 
Eh, diam pun salah jugak
 
Bercakap lagi la salah
 
Pening kepala otak aku
 
Boleh biol
 
Benci, benci, benci!
 
Kita tunggu je la siapa mati dulu
 
Aku mati dulu, korang senang hati
 
Korang mati dulu, aku lagi suka hati
 
Eh

 
Suka hati doakan orang mati

 
Tapi sakit hati

 
Tu pasal jadi macam ni

Dah la

 
Merepek dah ni

 
Haih......

BebelBebel: Jiwa kacau. Harap maklum.

Wednesday, April 13, 2011

Haikal dan spender..

Haha.. Tajuk ntah hape-hape.. Dialog Haikal dengan aku hari tu:

Haikal: Ibu, Haikal nak pakai spender la..

Aku : Kenapa Haikal nak pakai spender?

Haikal: Haikal nak pakai spender macam Najman..(kawan kat skool dia la tu!) Haikal malu la..

Ibu : Hahahahaha...

Jadi sempena memenuhi permintaan anakanda kesayangan, aku dah beli spender dia dah.. Masa mula-mula dapat teruja gila dia! Seronok sangat dapat pakai spender. Hahahaha.. Haih, dah besar anak aku.. Dah pandai malu.. Cepatnya besar.. Sedih pulak.. Nanti dia dah tak manja-manja.. Hoh, tiba-tiba emo pulak.. Hehe.. Sayang sangat kat diorang.. Kalau boleh nak peluk cium sampai bila-bila.. :)