Showing posts with label Puasa. Show all posts
Showing posts with label Puasa. Show all posts

Monday, August 23, 2010

Ramadhan 11

Update - aku dah berjaya call kontraktor bangang tu and dia kata Jumaat ni nak datang repair balik.. Ok, kita tengok betul atau tidak.. Kalau tak memang aku gi gegar je rumah/ofis dia.. Haihh..  Mau darah tinggi aku hadap mangkuk berayun ni..

Dah, cukup cerita si bangang itu.. Dalam pada aku sakit-sakit hati weekend hari tu, masih menjalankan tugas isteri solehah dengan memasak untuk sang suami yang kebuluran sebab berpuasa..  Hehe.. Lately ni, en hubby giler seafood la plak.. Asyik la beli ketam, ketam, ketam.. Si Haikal pun giler ketam sudah.. Jadi aku just masak masakan yang direquest oleh en hubby.. Kalau dah keturunan orang Nogori tu, harus masak lemak cili padi je yang direquest dek tekak dia.. Takpe, aku memang dah biasa telan makanan tu. Hoh,kali ni ada gambar.. :)

Makanan di hari sabtu,.. Ayam tu di grill sendiri.. takde unsur pasar ramadhan di sini yer.. Sayur tu en hubby masak, tapi end up dia tak makan sebab sendiri mengaku tak sedap.. Tsskk..

Ok la tu, simple je lauk.. Memang cukup-cukup habis.. Takleh nak masak bebanyak sebab sahur kitorang tak makan pun.. Kalau masak banyak-banyak end up buang aje.. Kan membazir.. Takleh.. Membazir tu kan sahabat Syaithonnn..

Hari Ahad punye menu lupe plak nak snap gambar.. Tapi macam banyak jenis, tapi sikit-sikit je amaun.. Tapi masih bertemakan seafood..

Hari ni tengah fikir nak masak apa.. En. hubby beli banyak pulak lauk hari tu, makanya tak payah la ke PaRam minggu ni.. Layan sup pun sodapp gak kan? :)

Monday, August 16, 2010

Ramadhan..


Hoho.. Jap je hari ni dah masuk 6 Ramadhan kan? Pejam celik, pejam celik, tup-tup sok dah nak raya.. Memang sekarang ni masa sangat cepat berlalu..

By the way, kalau weekdays aku memang tak masak pun untuk berbuka.. Masak nasi aje, lauk-pauk beli kat pasar ramadhan.. Tapi so far, beli pun belum ada yang menarik hati.. Sume macam hampessss!! Eh, orang yang berniaga ni pun, bleh tak berniaga betul-betul?? Elok-elok korang nak dapat pahala bulan pose terus dapat dosa pasal menipu orang.. Bongok tau! Ada yang aku dengar cerita orang beli kuih pun dah basi.. Apa daa.. Ni spesis nak untung aje.. Tipu la orang, tau la sok-sok nasib korang camne.. Tak berkat pun rezeki tu.. Jap je habis tak ke mana.. Menci tul orang camnih!!

Since weekdays aku tak masak, maka weekend la hari aku menunjuk skill memasak.. Haha.. Skill la sangat eh? Tapi lupe la nak amik gambarrr.. Tapi demi Allah aku masa tauuu.. And memang nampak ler beza.. En hubby pun bila aku masak nampak la laju sikit makan tu, bertambah la jugak.. Kalau lauk beli, memang makan untuk isi perut je..

Menu aku untuk berbuka masa hari Sabtu hari tu adalah Tempoyak Udang, Sayur Kailan Goreng+Telur, Ikan Pari Bakar + Air Asam extra pedas.. Hari Ahad plak layan Masak Lemak Ketam, Daging Goreng Kicap + Extra Bawang & Cili Api and Sayur Campur.. Nom.. Nomm..  Oh, memang lauk tak banyak.. Memang biasa layan 3 jenis je.. Banyak-banyak pun bukan habis.. Masak 3 jenis tu memang cukup-cukup, senang aku nak mengemas.. Lagipun En Hubby tak reti makan lauk banyak-banyak.. Dia macam confuse nak makan mana satu.. Boleh?? Hahaha..

Hari ni dah Isnin.. Tak tau la nak beli apa karang ni.. Mana nak carik gerai yang jual lauk sedap?? Tak expect la nak sedap gilerr.. Tapi at least yang sedap dimakan.. Boleh la masuk ke tekak dan kata Alhamdulillah instead of menyumpah kan? Hmmmm...