Showing posts with label Apa-apa aje. Show all posts
Showing posts with label Apa-apa aje. Show all posts

Tuesday, November 16, 2010

Dove..

Tak habis lagi story pasal rambut.. Dek sebab aku pun ada jugak dandruff, yang aku rasa antara penyebab kepada keguguran rambut aku, aku sekarang pakai syampu ni!!




Dandruff Therapy by Dove.. Hah.. Best! Rambut pun jadi lembut.. Bau pun sedap.. Dan rasa ada perbezaan selepas memekakai baru 5 hari.. Aku memang syampu rambut hari-hari.. Ikut petua Hanis Zalikha : basuh syampu dengan air panas dan basuh conditioner dengan air sejuk.. Rambut jadi extra lembut je rasa.. Takde la macam bila aku pakai syampu Loreal ke apa, rambut ok, tapi dandruff pulak datang.. Bila aku pakai Head & Shoulders, dandruff kurang tapi rambut macam kejung pulak! So, Dove ni buat dandruff hilang and at the same time rambut lembut gituuu.. Takde la macam penyapu pulak kan.. Puas hati lah!

So, bertekad ni! Kalau lepas ni dandruff dah ok, aku nak pakai Dove Hair Fall Therapy pulak.. Nak control keguguran rambut pulak la kan.. Pasni sume set! Muka dah ok laa.. Takde la nak kata lawa bebeno kan.. Tapi kira ok laaa.. Janji takde jerawat kira ok la tu..! Kalau dulu, En. Jerawat suka jugak menyinggah, sekarang dah takde lagii.. Setakat lawatan bulanan, seketoi dua tu biasa la kan..

Okeh! Body?? Check!!! Hehehe.. Dah boleh masuk saiz S tu dah kira puas hati la tu.. Jeans zaman student dah boleh masuk, baru lah boleh sengeh lebar-lebar.. Hehehehe.. Menggelebeh sikit-sikit tu biasa la, dah keluar 2 orang dari perut ni kannn.. Takkan tetiba semua nak mantap pulak kan.. Slow-slow.. Tang perut ni degil sangat! Biasa niii!! Kalau la boleh main tarik-tarik je lemak ni kan.. Huhuhuhu..

Sekarang, misi mau cantikkan rambut pulak.. Baru la complete! Baru lah En Hubby tambah-tambah sayang!  Hehehe.. Sayang la sangattt kan.. Payah betul jadi perempuan ni.. Dah kawin kene mengandung, tak mengandung, mak mertua mengata pulak.. Kang laki carik lain pulakkk.. Bila dah mengandung kene beranak, bila dah beranak body dah lari pulakkk.. Satu keje nak kene maintain balik.. Kalau tak, laki komplen pulakk.. Lelaki je simple.. Tambah kalau En Hubby aku, huh! Body dok maintain macam tu je.. Tu yang dengan aku-aku terpaksa maintain sekali.. Cuba kalau dia membesar kan senang! Aku pun senang sikit, tak payah nak sibuk-sibuk.. Tapi pasal dia kecik, aku yang dah kecik ni pun rasa tak cukup kecik!! (Ceh, takde la kecik sangat aku ni punnnn... ) 

Eh, melalut pasal body ni apasal pulak?? Padahal nak cerita pasal syampu aje.. Kalau bab merepek tu lajuuu je.. Ok la, lain kali merapu lagi.. Selamat Menyambut Eidul Adha to all muslims..  Aku tak balik mana-mana pun.. Entah, rasa tak feel sangat pun Raya Haji.. Cuti pun sehari je.. Eh, dok melalut lagi.. Ok, kali ni betul-betul habis.. Hehe.. Babaiii..

Wednesday, November 10, 2010

Keguguran...

Hah! Siapa pulak keguguran ni? Kesian tau.. Aku sendiri sedih tengok keadaan dia.. Tapi apa nak buat, dah takdir macam tu.. Kena la terima.. Tapi sampai bila?? Eh, apa yang sampai bila? Hehehe.. Aku kesian kat kepala aku lah! Rambut kegugurannnnnn.. Huhuhu.. Macam daun kering yang jatuh kat depan rumah aku.. Yang bila aku pergi keje pagi elok clear, balik petang tengok rumah macam rumah dah kena tinggal setahun! Tskkkk...

Haa.. Cerita pasal rambut aku yang gugur ni.. Sedih oo tengok.. Kalau sapu rumah tu, memang penuh rambut.. Kalau time mandi, syampu pulak rambut.. Laaaagii hazabb aku tengok.. Penuh kat lantai.. Sekali tarik adalah 10 helai kot cabut.. Adoi la.. Dah tukar dah syampu, tak jugak berkesan.. Tak tau nak pakai syampu apa pulak.. Ni kira post natal la kot kan.. Humaira pun dah 7 bulan.. Tapi sampai bila hah simpton keguguran rambut ni? Ke aku je mengalami? Orang kata kalau anak main air liur rambut mak gugur.. Tapi Humaira tu takde la pulak main sembur-sembur air liur pun.. *Konfius* Tapi so far, kepala takde la botak pulak.. Sebab anak rambut pun banyak mencacak atas kepala ni.. Nasib baik tumbuh balik.. Hehehehe.. Kalau tak, mau je aku buat kenduri botakkan kepala aku pulak! :D

Tapi adalah tensi ok tengok rambut ko berlambak-lambak kat lantai.. Macam ada penyakit pulak.. Huh, takot.. Masa Haikal dulu ada jugak macam ni, tapi aku pulak tak ingat sampai Haikal umur berapa baru simptom ni stop.. Harap tak lama la kan.. Huhuhu... Tidaaakkk..!

Monday, September 20, 2010

Back to Work..

Huhuhu.. Seminggu lebih cuti, adalah sangat azab nak bangun pagi kene pegi keje.. Sangat malas nak gosok baju.. Sangat nyampah nak siapkan baju Haikal dalam beg untuk ke Taska.. Warrrghhh.. Takde mood lagi la nak keje nih.. Camno??

By the way, ingat nak update gambar-gambar raya.. Sebenarnya takde amik banyak gambar pun.. Gambar syok sendiri pun tak banyak.. Ntah nape, tak rasa teruja nak bergambar plak.. Tapi datang ofis sekali lupa bawak cable nak transfer gambar.. So, entry lain ler aku masukkan gambar yer..

Aku balik kampung hari Rabu malam kul 12.30pm cenggitu ler bertolak dari umah.. Jalan agak jem, kete penuh.. Kat R&R toksah citer la, memang penuh.. Kitorang pun banyak gak benti-benti, so sampai ke Batu Kurau kul 6 pagi.. Sampai-sampai, salam-salam pegi membuta dulu walaupun sebenarnya dalam kete aku dah membuta.. Hehehe.. En. Hubby je drive sorang-sorang.. Kejam tak?? Tapi aku pun tido-tido ayam je.. Jap -jap terjaga..

Bangun dalam kul 9 lebih kot, terus melayan anak dara aku tu.. Dah laju dia merangkak, and dah duduk pun.. Cepat siot!! Bagus, insyaAllah, hujung tahun ni aku dah bleh bawak dia balik KL.. Dengan progress yang macam ni, insyaAllah, by hujung tahun ni aku rasa dah bleh bertatih.. Skang pun dah pandai pegang-pegang nak berdiri.. Memang ringan sungguh badan anak aku nih.. Raya hari tu dia genap 6 bulan dah.. Kejap je rasa.. Yer la, bukan jaga sendiri kan?? Tengok sekali-sekala tau-tau dah besar aje..

Hari Khamis before raya tu sempat jalan ke Taiping sebab aku tertinggal tudung.. Duhhh!! Gi la mencari tudung.. Malas nak pinjam-pinjam tudung mak mertua.. Tudung dia sume merelit-relit!! Berkilat-kilat, segala batu sume ada kat awning tudung dia.. Hoh, tak nak aku.. So, meronda la kat Taiping.. Beli tudung selai je pun.. Tapi dekat nak berbuka baru balik umah.. Hahaha... Cantik sungguh perangai kan?? Bukan aku yang nak balik lambat.. En. Hubby yang malas nak balik awal.. So, sebagai isteri solehah, saya ikut je la kan?? Ngehhhh.. :D

Oh, Haikal sakit gigi.. Lupe pulak nak amik gambar.. Memang kembung gila pipi kanan dia sebab gusi bengkak.. Dah la memerap aje kejenya.. Main, main la jugak.. Tapi kejap2 kang meraung.. Yer la, sakit gigi tu.. Kalau aku yang tua ni pun rasa nak lempang orang je kalau sakit gigi.. Ni kan pulak budak-budak.. Nangis je la taunya.. Nasib kat pekan tu ada kedai senseh (kedai ubat cina), beli ubat sakit gigi.. Elok la plak ubat tu.. 2 hari surut bengkak dah.. :)

Raya macam biasa, gi beraya, balik umah, lepak, keluar lagi beraya, balik umah lepak.. Aku dah takut dah, takut sendat je baju aku.. Haihh.. pose sebulan dulu syok je rasa badan ringan.. Baru raya seminggu dah rasa cam berattt je badan ni.. Tskkk.. Tapi rasanya makan agak terkawal la jugak.. Takde la sume aku bedal.. But still, makan sepanjang hari kan?? Huhh!! Nak kene puasa balik la lepas ni.. Tapi aku tengah menderita batuk pulakk.. Adoi aiii.. Takleh tekak kering, nak batuk aje.. Menci tul laa... Dah la En. Hubby udah sound pipi macam dah bulat.. Nyampah tau!! Mentang-mentang la dia tu macam takde effect je.. Memang dah spesis kerempeng.. Makan la macam mana pun, takde nak berisi.. Jangan aku, makan sikit, naik macam makan banyak sangat.. T_T

Balik KL hari Selasa.. Singgah ke Sitiawan, pastu terus gerak balik umah.. Owh.. bahagianya dapat balik rumah sendiri.. Tidur atas katil, tilam, bantal sendiri.. Tapi, sekali tengokkk.. Itu diaaaa... berbundut-bundut baju kotor nak kene basuh.. Huhuhu.. Balik rumah pun takde la dapat berehat.. Sesi me'laundry' la plak.. Ni yang aku malas jalan jauh-jauh gi umah orang nih.. Balik umah sendiri lagi banyak keje nak kene buat.. Haihh..

Apapun, raya tahun ni sangat la sederhana.. Aku beraya pun pakai baju kurung cotton aje.. Hehehe.. En. Hubby ngan Haikal pun pagi raya just pakai jeans n kemeja, boleh?? Asyik dok fikir nak beli baju ke tak, nak beli baju ke tak.. Udahnya tak beli pun baju melayu.. Hampeh aje.. Weekend ni dah mengatur jadual nak pegi beraya.. Takmo orang serang rumah aku, biar aku serang rumah orang takpe.. Hahaha.. Lagipun kat area KL ni tak beraya lagi ke mana-mana.. Just beraya kat umah jiran-jiran je.. So, schedule aku dah full sampai habis syawal.. Oh, sukeee..

Ok la, tak tau nak bebel apa dah.. Nak tepek gambar, cable pun tak bawak.. Jap lagi nak gi tido jap ah.. Semalam batuk punye pasal, dok kong-kang-kong-kang tengah malam tak boleh nak tido.. Ngantuk la pulak.. Bos pun tak masuk hari ni.. So, apa lagi.. Nak join???

Wednesday, September 8, 2010

Selamat Hari Raya

Hari ni 8/9/2010 adalah hari terakhir aku kerja sebelom aku cuti dari 9-19/9/2010.. Yeeehaaaa!!! Best dapat cuti lama-lama.. Tapi malasnya nak balik kampung.. Malas nak melayan orang ramai-ramai.. Malas nak keluar masuk dapur.. Malas nak bawak keluar masuk dulang.. Malas nak basuh pinggan mangkuk.. Huh, malas!! Balik jadi macam tetamu aje buley?? Hahaha.. Mau makan pastu membongkang depan kipas oh heaven! ^_^

Tapi tak mungkin la boleh membongkang kan?? Kang apa pulak mak mertua aku kata.. Huhuhu.. Takpe, raya ni Humaira dah boleh merangkak.. Seronoknyaaa!! Ingat balik keje nanti nak singgah beli pad lutut untuk dia, so nanti lutut dia takde la cedera or hitam ke apa.. Hmm.. Nak check list balik apa yang nak beli sebelum balik beraya.. Tak decide lagi nak balik bila.. Maybe malam ni atau pagi esok lepas sahur.. Aku malas nak balik awal2 sebenarnya.. Tapi ikut la decision En. Hubby nanti macam mana.. Oh dia over sebab dapat mc 3 hari dari hari Isnin hari tu.. Aku pun mc hari Isnin je tapi dia over dapat sampai 3 hari.. Menci..Tapi kat rumah confirm membongkang jugak, kira balik keje nanti aku la kot yang kene kemas barang.. Or, mungkin hari ni mood dia rajin (harap-harap.. fuuhhhhh!!) so aku balik keje nanti sume dah settle.. Hehehe..

Apapun, pada korang-korang yang balik kampung beraya, berhati-hati di jalan raya eh.. Jangan bawak lelaju sangat.. Tak lari kampung dikejar.. Ingat orang-orang yang korang sayang tunggu korang kat kampung tu.. Rendang, ketupat, lemang, nasi himpit, kuah kacang, segala macam juadah tu pun tak lari dee.. Semua ada, tak payah korang nak terkejar-kejar macam kan dah tak nyempat sangat nak sampai.. Jangan monyet!! Kita raya nak happy-happy, nak menyambut kemenangan kita melawan nafsu sepanjang Ramadhan.. Bukan nak menang kat jalan tapi lepas tu kecundang separuh jalan.. So, beringat sikit yer!!!

Dan pada korang yang baca blog ni, yang aku kenal ke tak kenal aku, aku nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN kalau ada salah dan silap aku, terkata, termaki, tercaci, tersentap dan segala macam ter ke.. Harap dimaafkan.. Kalau termakan, terminum, terambik, terusik ke apa ke, harap dihalalkan.. Aku manusia biasa aje, tak lari dari membuat kesilapan.. :)

Hari ni pun mood keje takde.. Datang keje pun pakai jeans je.. Hehehe.. Giler malas nak gosok baju dah.. So, jumpa korang lepas raya k.. Jangan makan berlebih-lebih nanti baju korang lepas raya sume tak muat plak! (peringatan untuk diri sendiri sebenarnya!) hahaha.. Udah la, malas nak bebel.. Enjoy your long holiday!! xoxo..

Wednesday, August 25, 2010

3 in 1


Hoho.. Salam Ramadhan semua.. Jom kite buat nescafe 3 in 1.. Minum panas-panas, mesti heaven bile duduk kat dalam bilik beku kat ofis ni.. Hehe.. Heppp, aku pose daa.. Saje mengimaginekan kehangatan air tu.. Huhu.. By the way, mau update tapi malas nak letak entry banyak2.. So kita letakkan semua cerita dalam 1 entry je la eh? :)

Cerita 1
 "Gaji Isteri"

Wahhh.. Sekarang para isteri-isteri boleh la mintak duit gaji kat para suami-suami ye.. Sebab kita layak diberikan imbuhan atas kerja-kerja rumah yang kita buat macam memasak, mengemas, mengemop, membasuh, melipat, menyidai, mengelap, dan segala benda yang korang buat.. Jeng, jeng, jengggg.. Kenapa?? Jom tengok:


Haaa.. Kan?? Tapi jangan la korang pi dan-dan mintak duit kat suami and kata "i dah buat semua keje, bukan tanggungjawab i pun.. U kena jugak bagi gaji kat i.." Mau gugur segala rambut yang ada kat badan suami-suami korang pulak..

Aku tunjuk vids ni kat en hubby, and dia just senyum kata tak mampu la nak bagi gaji.. Jawapan aku senang.. Aku bukan nak mintak gaji, tapi nak mintak share-share tanggungjawab di rumah jugak.. Cause, aku pun penat bekerja, dan aku pun tolong jugak dia dari segi kewangan.. So, apa salah dia jugak tolong aku dalam hal-hal rumahtangga ni kan?? Bukan aku soh dia buat sume keje rumah.. Just tolong mana yang rasa perlu.. Bukan sekadar balik rumah terbongkang-depan-tv-sambil-angkat-kaki-kat-sofa-order-air-teh-0-kurang-manis-satu.. Tsskkk..

So, korang pun, kalau nak mintak ke apa, berpada-pada la.. Jangan sampai suami-suami kene gi merompak bank plak lepas pasal nak bayar gaji korang plak sudey.. Hehehe..

Cerita 2
"Makluk Berbulu"

Wah, bulan-bulan puasa ni pun ada ke makhluk-makhluk macam ni berkeliaran?? Biar betul?? Betulll.. Tapi makhluk berbulu ni takde la scary makhluk berbulu yang korang fikirkan.. Makhluk ini sangatlah comel, montel, montok, debab, bulat, rasa nak picit-picit sebab geram sangat..

Huhu.. Geram tak?? Bulattt giler kan? Dah la jalan terkedek-kedek.. Eee.. Kalau dapat dek si Haikal ni tak tau la aku.. Jangan kata Haikal, aku pun harus nak picit-picit or tepuk bontot dia sebab geram.. Dah lama tak bela kucing.. Since dah ada anak ni lagi la takde kan.. Banyak keje la kucing ni.. Nak tadah berak, nak pegi vets, nak mandi, nak main.. Hii.. Dulu-dulu rajin ar.. Skang kirim salam.. Main-main kucing orang je la eh..

Cerita 3
"Kesayangan aku"

Aku ni selalu rindu-rindu gak si kecik Humaira.. Tapi balik kampung hari tu ada la ambik video dia.. Skarang dah pandai main & suke bermain-main.. Tido siang memang dah kurang, nak main aje keje.. Owh, tak sabarnya nak tunggu raya.. Nak balik lagi jumpa anak manja aku ni..



Teruja giler dia main ngan abang Haikalnya.. Dia memang suka macam tu.. Suka main outdoor, suka naik motor, suka jalan-jalan.. Cepat la besar, mau bawak kamu balik Humaira..

Friday, July 23, 2010

Oh.. Suke, suke, sukeeee!!

Yay! Tadi pegi beli baju.. Saya sudah boleh pakai saiz S!! Teruja giler! Ngehh..

Ok, itu je.. Dah gi buat keje.. =P

Ni mesti lelaki punye keje..

Dapat emel dari kawan aku tentang lelaki vs perempuan.. Bagi aku sangatlaaa tak logik..

Lelaki:

1. Pandu ke bank, parking dan berjalan ke mesin ATM


2. Masukkan card


3. Tekan number PIN dan jumlah yang dikehendaki


4. Ambil duit, card dan receipt





Perempuan:


1. Pandu ke bank


2. Matikan enjin kereta


3. Perhatikan makeup di muka melalui cermin pemandu


4. Semburkan minyak wangi


5. Sikat rambut dan berjalan ke mesin ATM


6. Mencari Kad ATM di dalam beg tangan


7. Masukkan kad ATM


8. Mencari nombor PIN ATm dekat celah penyepit rambut dalam beg tangan


9. Tekan nombor PIN


10. Membaca arahan ATM selama hampir 2 minit


11. Tekan "Batal"


12. Tekan sekali lagi nombor PIN


13. Tekan "Batal" sekali lagi


14. Telefon suami atau pakwe untuk bertanya nombor PIN yang betul


15. Tekan nombor PIN yang betul dan periksa baki duit yang tinggal


16. Masukkan jumlah yang dikehendaki


17. Tekan "Salah"


18. Masukkan jumlah yang agak besar


19. Tekan "Salah" sekali lagi


20. Masukkan jumlah yang lagi besar


21. Keluarkan dan amik duit dari mesin ATM


22. Masuk ke dalam kereta


23. Periksa makeup di muka sekali lagi


24. Mencari kunci kereta dalam beg tangan


25. Hidupkan enjin kereta


26. Jalankan kereta.


27. Berhenti tiba-tiba


28. Pergi balik ke mesin ATM


29. Ambil Kad yang tertinggal dan resit.


30. Masuk kembali ke kereta


31. Letakkan kad ATM di atas Dashboard


32. Buang resit atas jalan


33. Tengok dekat cermin pemandu


34. Perika makeup sekali lagi


35. Membetul-betulkan rambut


36. Masukkan gear kereta untuk reverse (undur)


37. Brake mengejut lagi


38. Masukkan gear kereta ke depan sebab tersilap tadi


39. Memandu lebih kurang 3 km


40. Baru teringat nak lepaskan hand brake..




Seee?? Tipu eh? Mana ada orang pempuan skarang macam ni?? Tolong sket tau.. Ni mesti keje lelaki la nih!!!

BebelBebel: Perempuan skarang dah efficient la.. Keyakinan diri sudah tinggi.. Takde nak ngadap cermin je semeding.. Kan? Kan??


Friday, July 9, 2010

Di Saat..

Read this on arieantara's posterous.. Am very touched when reading this.. Just wanna share with you.. Enjoy..

"Di saat kamu ingin melepaskan seseorang.. ingatlah pada masa kamu ingin mendapatkannya..
Di saat kamu mulai tidak mencintainya.. ingatlah saat pertama kamu jatuh cinta padanya..
Di saat kamu mulai bosan dengannya.. ingatlah selalu saat terindah bersamanya
Di saat kamu ingin menduakannya.. bayangkan jika dia selalu setia
Di saat kamu ingin membohonginya.. ingatlah di saat dia jujur padamu
Maka kamu akan merasakan erti dia untukmu..
Jangan sampai bila dia sudah tiada di sisimu
Kamu baru menyedari semua erti dirinya untukmu
Yang indah hanya sementara
Yang abadi adalah kenangan
Yang ikhlas hanya dari hati
Yang tulus hanya dari sanubari
Tidak mudah mencari yang hilang
Tidak mudah mengejar impian
Namun yang lebih susah mempertahankan apa yang ada
Kerana walaupun tergenggam bisa terlepas jua
Ingatlah pada pepatah, "Jika kamu tidak miliki apa yang kamu sukai, sukailah apa yang kamu miliki saat ini"
Belajar menerima apa adanya dan berfikiran positif
Hidup bagaikan mimpi, seindah apapun begitu bangun semuanya sirna tak berbekas
Rumah mewah bagai istana, harta benda yang tak terhitung, kedudukan dan jabatan yang luar biasa
Namun.. Ketika nafas terakhir tiba, sebatang jarum pun tak bisa di bawa pergi
Sehelai benang pun tak bisa dimiliki
Apa lagi yang mahu diperebutkan
Apa lagi yang mahu disombongkan
Maka jalanilah hidup ini dengan keinsafan nurani
Jangan terlalu perhitungan
Jangan hanya mau menang sendiri
Jangan suka sakiti sesama apalagi terhadap mereka yang berjasa bagi kita
Belajarlah tiada hari tanpa kasih
Selalu berlapang dada dan mengalah
Hidup ceria bebas leluasa
Tak ada yang tak bisa diikhlaskan
Tak ada sakit hati yang tak bisa dimaafkan
Tak ada dendam yang tak bisa terhapus...

Nice huh? :)

BebelBebel: All is true, but all is hard to do.. Applies to me as well.. Huhuhu...

Wednesday, July 7, 2010

Unta-Unta

Haha.. Bukan aku baru pegi tengok unta ke apa.. Ni ada 'ragam' terbaru yang kitorang belajar dalam kelas tarian.. Dalam tarian traditional (or tarian lain pun sama aku tak sure), every step baru yang dia ajar adalah dipanggil 'ragam'.. So, Monday hari tu kitorang gi kelas belajar la ragam ni.. Kelakar nama dia eh? By the way, aku berjaya menghasut lagi 2 orang budak ofis aku untuk masuk kelas ni.. Ngehhh.. And maybe next week ada lagi sorang nak join.. Hehehe.. Bagus tak aku promo?

Masa last week kitorang belajar ragam 'silang kaki'.. Memang bersilang!! Hahaha.. Dengan bakat tak berapa nak ada ni, bersilang-silang la kaki kitorang yang sedia kejung ni menari.. Geleng kepala aje cikgu tu.. Nasib la ye cikgu.. Hope worth your pay!! :D

Ragam 'unta-unta' ni pulak lebih macam ko jengket-jengket kaki aje.. Ecehh.. Macam terer.. Rupa macam nak terkincit aje.. Hehehe.. Since ahli dah bertambah and bilik tarian tu agak kecik and sangat limited untuk menari, cikgu tu bahagi kumpulan-kumpulan untuk dia tengok bakat tarian sorang-sorang.. So, dapat la aku amik gambar kawan-kawan aku yang menari.. Cekidout!


2 keping je aku snap pun.. Sebab pastu turn grup aku plak.. Baju oren tu la cikgunya.. Ntah apa nama tak ingat.. Panggil Pakngah aje..


Ni plak sempat amik video sket.. Hehehe.. Lawak eh? Tapi memang fun! Kalau tensen-tensen kat ofis tu boleh la melepaskan tensen kat sini.. Even cikgu pun sporting, takde la serius aje.. Kalau tak dapat tu takde la nak marah-marah ke apa kan.. So, good.. :)

Tuesday, July 6, 2010

Gila Conteng..

Haha.. Bukan gila conteng apa.. Lately ni gila conteng muka.. Adoi, bulan ni je bape dah habis duit beli mekap.. Tapi tak jugak lawa pun.. Muahaha.. Lantak la kan, untuk kepuasan diri sendiri.. Tapi kengkadang adalah menyesal bile beli.. Sebab selalu beli kaler especially lipstik adalah lebih kurang sama aje.. Bongok.. Nak buat apa beli kaler lebih kurang tapi nak banyak-banyak? Gila tamak.. Hahaha.. Dah berjanji dengan diri sendiri taknak beli mekap for the next 6 months kot.. Dah ada sampai 2 beg dah mekap aku.. Tu pun satu beg sorok dalam laci tanak en. hubby nampak.. Dia memang la tak bising, tapi macam tak best la kan.. Gila apa habis duit beli mekap aje.. Baik beli makan, kenyang gak perut..

Gila beli mekap ni adalah sebab kawan ofis aku ada jual mekap murah-murah.. Kawan dia ada stok mekap ko cakap je nak brand apa dia boleh amik and jual dengan harga murah.. Dapat la diskaun 10-20 hengget.  Banyak gak tu kan? Contohnya, aku beli baru-baru ni blusher Revlon.. If kat luar harga adalah RM60 dengan dia leh dapat RM30+.. Tak ke ko meroyan? Hahaha.. Ke aku je? Ni siap aku dah warning kat dia jangan tunjuk apape mekap lagi dengan aku.. Hoh, gile la.. Aku ni dah la rambang mata.. Sekali bila balik rumah tengok kaler adalah lebih kurang aje.. (T_T)

Tapi aku tade la beli branded-branded macam Bobbi Brown ke Mac ke kan? Hoh, tak mampu la makcik.. Setakat Revlon, Bodyshop, Maybeline tu baru la standard aku.. Brand-brand kat counter ni tak dapek la yer.. Setakat yang boleh dibeli dekat Watson tu baru la boleh.. Lagipun kulit aku adalah kulit murahan.. Kalau pakai barang mahal kulit jadi allergik pastu tumbuh jerawat.. Huhuhu.. Bagus la tu.. Pasni toksah berangan nak pakai barang mahal ye.. Kulit aku sedar siapa tuan dia.. Ngehngehngeh..

Ni antara mekap yang aku pakai.. Ni cuma suku aje.. Yang lain aku simpan dalam beg lain.. Bawak mana yang pakai aje.. Bawak? Ye, memang aku bawak beg mekap mana-mana pegi.. Tapi bawak mana yang aku pakai untuk hari tu aje.. Contoh kalau hari ni aku nak tema pinky-pinky, kaler-kaler lain aku tinggal je kat umah.. Kalau nak bawak semua mau rebeh bahu.. Eh, dah banyak cakap pulak..

Tengok, semua pun brand yang boleh dibeli di Watson aje.. Kalau ada sape-sape nak beli sila bagitau nak brand apa, colour code apa, aku leh bagitau member aku.. Brand Bodyshop pun dia ada jual jugak.. Ok, bye..

Wednesday, June 30, 2010

So You Think You Can Dance??

Huahuahua.. Hari isnin hari tu aku & sorang member ofis berkobar-kobar pergi kelas tarian kat Pusat Kebudayaan UPM. Bukan la tarian hip hop ke ape kan.. Tarian traditional je.. Hahaha.. Tu pun rasa lenguh-lenguh jugak la pinggang, lutut, badan segala.. Nampak sangat la dah lama tak exercise.. Huhuhu.. Apa pun, memang fun! Ramai jugak yang datang siap bawak anak.. Ye la, kelas stat pukul 5.30 pm - 7.30 pm.. So, memasing ambik la anak dulu kat taska & bawak ke kelas.. Giler semangat!

Hari tu kitorang practice untuk tarian zapin.. Haha.. Aku ni mana la reti menari.. Keras kejung je badan aku rasa.. Cikgu tarian kitorang lelaki pulak tu.. Tapi lembut je dia menari.. Harus la kan, kalau tak takkan jadi cikgu.. Dia dulu under KEKWA.. So memang dah merata dah pergi.. Then, cikgu dah cakap end of this year ni memang dah confirm kitorang kena buat satu persembahan untuk Tan Sri Naib Canselor punya event.. Huhu.. And in between, maybe ada a few events jugak.. Ecehh.. Yakin gile cikgu aku ni.. Dia tak tau anak murid dia semua stok kejung-kejung aje.. :D

Tapi bagi aku memang bagus program ni.. Satu, ye la, boleh la kita kekalkan tarian traditional ni kan? Asik hip hop la, street dance la hape kejadah lagi.. Ni je la yang tinggal untuk kita pun.. Lagi satu, aku jadikan ini as a form for me to exercise.. Memang berbaloi wehh.. Kalau sendiri nak gi exercise berlari ke hape, memang takde nye.. So, ni kira macam dah fix la at least once a week aku ada gak la exercise kan badan for 2 hours.. And lucky me to have such a wonderful and understanding and sporting and supporting husband.. :) 

Owh, aku jugak dilantik jadi ketua kelas.. Muahahaha.. Hampeh nyer cikgu.. Aku jugak yang kena.. Aku memang jenis malas nak pegang-pegang jawatan semua ni.. Menciiii...! Tapi takpe la, ambik pengalaman la kan? Hmm.. So, sape-sape warga UPM yang nak join, sila inform saya.. Jom!!

Thursday, June 24, 2010

Natural Beauty

Kalau dah namanya perempuan, memang la tak boleh nak dipisahkan dengan mekap.. Hoh, kata natural beauty, kalau dah mekap mana naturalnya? Itu la pasalnya ni, budak ofis aku (termasuk aku la tu) memang suka layan mekap-mekap ni.. Kalau lepas sembayang tu, bilik surau tu memang la dah jadi macam bilik mekap, sorang-sorang bawak keluar beg mekap masing-masing.. Siap boleh tukar-tukar tu.. Boleh try-try, kalau ok mula la mengorder semua.. Parah..

Jadinya, kitorang ni kalau dibiarkan dalam keadaan 'natural beauty' adalah tak berapa nak beauty.. Hoh, aku ni dengan mata aku lebam (ikut dialog dalam cerita pendekar bujang lapuk..) Muka pun takde la berapa nak licin, tapi masih gagah la hubby aku nak tengok muka aku time pagi-pagi lepas bangun tido.. Huhuhu.. So, atas sebab-sebab tu, kena la tempek mekap kasi berseri sikit muka.. Ntah bila nak merasa kulit licin bak kulit telur, tak nampak pori segala.. Takpe, that's why we have make-up!! To cover up the flawed skin into gorgeos flawless skin!! (Gorjes la sangat, harus perasan lebih!)

Ok, walaupun nak mekap, tapi nak nampak natural.. Paham?? Haha.. apa guna tempek mekap tapi nak nampak natural? Ntah apa-apa kan? Tapi tu la tu, sibuk dok cari lipstik yang kaler nude-nude aje.. Pilih blusher yang pinkish-pinkinsh, orangish-orangish, sweetish-sweetish segala.. Bila tengok lipstik orang lain kaler comel-comel sibuk la bertanya.. Tajuk apa? Beli kat mana? Berapa hengget? Pastu siap masing-masing mengorder.. (aku la jugak yang selalu order tu! :P)

Jadi, bila dah ada mekap yang nak nampak natural tu, mula la menconteng muka.. Tapi, ye la, kita ni amatur aje, bukan la pandai sangat.. Janji tak nampak macam tepung gomak sudahhh!! Jadi ini la hasilnya!! Cekidout!

Wohaa.. Boleh la kan.. Nampak lite-lite je mekap tu.. Natural kah?? :) Ni lepas mekap pagi-pagi nak pegi keje.. Semangat!!

BebelBebel: Lagi senang kalau kulit cantik, pakai bedak baby dah cukup..

Wednesday, June 23, 2010

Gatal-gatal Menyerang

Haha.. Dapat emel dari kawan.. Gile lucah kalau buat iklan macam ni.. Tapi bagi those yang suka fikir tang tu je la.. Enjoy!!



BebelBebel : Haru kalau buat iklan macam ni..

Tuesday, June 22, 2010

Selamat Datang!!

Huahuahua.. Welcome everyone to my new blog!! Ceh, macam ramai reader je kan? Takpe la, lantak la nak kata blog syok sendiri ke apa, janji aku happy..

Kenapa tukar blog? Rasa cam blog leftEye to banyak sangat citer sedih, marah.. Story hepi-hepi tak banyak.. So, nak bertukar arah, katanya mahu jadi lebih positif dan matang.. Harus berubah la kan? Jadi kite tengok sama-sama adakah perubahan nanti? Wait and see.. :)

Kenapa My Life in the Modest Lane?? Haha.. Perasan Kimora lebih!! Tapi life saya tade la Fabulosity macam dia.. Sebab tu ganti dengan Modest aje.. Mahu kongsi cerita hidup saya yang serba sederhana, macam orang biasa.. Kisah struggle hari-hari, kisah hepi mahu lebih banyak, dan mahu lupakan kisah sedih semua. Harap enjoy!! And once again.. WELCOME!!