Showing posts with label Merepek. Show all posts
Showing posts with label Merepek. Show all posts

Wednesday, November 10, 2010

Keguguran...

Hah! Siapa pulak keguguran ni? Kesian tau.. Aku sendiri sedih tengok keadaan dia.. Tapi apa nak buat, dah takdir macam tu.. Kena la terima.. Tapi sampai bila?? Eh, apa yang sampai bila? Hehehe.. Aku kesian kat kepala aku lah! Rambut kegugurannnnnn.. Huhuhu.. Macam daun kering yang jatuh kat depan rumah aku.. Yang bila aku pergi keje pagi elok clear, balik petang tengok rumah macam rumah dah kena tinggal setahun! Tskkkk...

Haa.. Cerita pasal rambut aku yang gugur ni.. Sedih oo tengok.. Kalau sapu rumah tu, memang penuh rambut.. Kalau time mandi, syampu pulak rambut.. Laaaagii hazabb aku tengok.. Penuh kat lantai.. Sekali tarik adalah 10 helai kot cabut.. Adoi la.. Dah tukar dah syampu, tak jugak berkesan.. Tak tau nak pakai syampu apa pulak.. Ni kira post natal la kot kan.. Humaira pun dah 7 bulan.. Tapi sampai bila hah simpton keguguran rambut ni? Ke aku je mengalami? Orang kata kalau anak main air liur rambut mak gugur.. Tapi Humaira tu takde la pulak main sembur-sembur air liur pun.. *Konfius* Tapi so far, kepala takde la botak pulak.. Sebab anak rambut pun banyak mencacak atas kepala ni.. Nasib baik tumbuh balik.. Hehehehe.. Kalau tak, mau je aku buat kenduri botakkan kepala aku pulak! :D

Tapi adalah tensi ok tengok rambut ko berlambak-lambak kat lantai.. Macam ada penyakit pulak.. Huh, takot.. Masa Haikal dulu ada jugak macam ni, tapi aku pulak tak ingat sampai Haikal umur berapa baru simptom ni stop.. Harap tak lama la kan.. Huhuhu... Tidaaakkk..!

Monday, November 1, 2010

Kedut-kedut dah..

Pagi tadi tengah bersiap-siap nak mekap-mekap nak pegi keje, saje la aku membelek-belek muka.. Sebelum ni bukan la tak belek, tapi tengok gitu-gitu aje.. Hari ni saje nak menelek lebih pulak.. Sekaliiii, aku terkejutttt..!! Bawah mata dah ada kedut-kedutannn gituu.. Arrghhh, tidakkkkk!!
 
 

Itu la akibatnya bila tak cukup tido menjaga anak siang dan malam.. Eh, siang takde la, sebab aku keje kan.. Tapi weekend aku jaga la siang.. Tapi malam?? Tak kira keje atau cuti, yerrr, aku lah tukang bangun tengah malam buat susu walau berapa kali pun anak aku merengek.. En. Hubby memang sangat lena tido sampai aku rasa letak bom kat sebelah pun belum tentu bangun.. Rasa nak penyek-penyekkan muka dia sebab geram tengok dia tido boleh buat bodoooo je macam tak dengar (atau memang ke dia tak dengar?) suara anak tu merengek.. Menci tau!


Tapi biarlah.. Itu lah pengorbanan seorang ibu.. Itu kira ciputtt je tu.. Setakat berjaga malam, apalah sangat kan.. Banyak lagi dugaan dan cabaran nak jadi ibu nih! Nanti bila anak aku dah besar aku nak tunjuk mata aku yg kerepot ni sebagai bukti jaga diorang tengah malam.. Amboihh! Berkira kah?? Hahahahaha.. Hampeh punya ibu la nih..

Tengok kedut-kedut ni baru lah sedar sikit diri tu dah tua.. Tahun depan dah nak masuk era 30-an.. Huhuhu.. Takpe, tu tahun depan punya cerita.. Tahun ni masih boleh berlagak dengan En. Hubby sebab masih berumur 20-an (walaupun dah hujung-hujung kannn?)

Biar lahhh.. I want to be old gracefully.. (Cakap je la kau tak mampu nak beli segala krim pencegah kedut segala..Tssskkk).. To En. Hubby, terimalah keadaan dinda seadanya ye.. Jangan nak komplen lebih-lebih.. I tau la U awet muda... (Badan je nampak muda, muka dia tua jugakk!)

Monday, October 18, 2010

Terpaksa..

Yaa.. aku terpaksa mengorbankan nak beli eyeliner baru dan lite-lite barang mekap aku yang dah hujung-hujung sebab tiap-tiap hari Haikal nak beli milo kotak dengan coklat (wajib!).. Katanya dah hujung bulan kan.. Harus duit aku pun hujung-hujung la jugak.. T_T.. Tapi biasa la, bila dah menjadi kaum ibu ni memang tak kisah sangat keperluan sendiri.. Aku korek balik beg mekap aku lagi satu tengok-tengok ada la lagi satu pencil eyeliner yang dah kontot.  Jadi la buat conteng muka lagi seminggu nak gaji ni! :)

Kisah malam tadi, Humaira dah tido awal.. Sekarang dia memang dah senang dah tido.. (^_^) Tepuk lite-lite je dia tido da.. Kira sejak aku bawak dia balik memang aku tak masukkan dia dalam buai pun (masa duduk dengan opahnya, pakai buai..) So, memang masa ambik dia hari tu, dah berazam nak train Humaira tido kat bawah.. Alhamdulillah berjaya! So, dalam pukul 9.30pm macam tu dia dah selamat dah tido.. Biasa memang dia tido dekat hall, bila kitorang dah nak masuk tido baru angkat dia masuk katil..

Jadinya pada ibu-ibu yang ada baby kecik macam aku ni memang adalah nikmat tak terhingga bila anak dah tido.. Bukan pasal nak melepak ke apa pun.. Tapiiiiii ini lah masanya nak menyettlekan keje yang dok tertangguh.. Masa ni la aku nak lipat kain ke, sidai kain ke, iron baju ke.. Kira banyak benda la boleh dibuat bila si Humaira ni dah tido.. Bukan la En. Hubby tak tolong ke apa, tapi biasa la lelaki kann.. Kang kejap panggil, tanya itu mana, ini mana.. Haihhh!! Peninggg..

Tapi baru je aku nak duduk keluarkan kain nak lipat, dah aku dengar suara si Humaira ni menangis! Sudahhhh.. Aku baru nak start punch-in shift malam pulakk.. Rupanya si Haikal kacau adik dia tido.. Dah bangun pulak si kecik aku tu.. Huhuhu.. Sekali En Hubby pun geram jugak pasal dia nak melepak tengok tv.. Maka kene denda la si Haikal.. Nak tau kena apa??

Abah dia suruh dia tidokan adik dia balikk.. Letak je Humaira kat atas riba Haikal, suruh Haikal tepuk sampai tido.. Cekout muka tensen si Haikal..

Nasib baik la memang waktu ni memang time tido Humaira.. So, kira kejap je la dia dah tido balik.. Kalau tak, masak la nak melayan dia main pulak ke apa kan..

Oh, tv kat bilik belakang akhirnya dah di set-up oleh En. Hubby.. Pasni boleh jadi pot Haikal tengok tv dan main.. So, tak payah nak memekak kat depan, tak payah nak sepah mainan kat hall.. Jadi pot aku jugak bila nak lipat kain dengan gosok baju! :D Suka.. Sukaa! (Semalam dah rasmi, lipat kain dengan gosok baju sambil tengok Smallville, takde la sangap sangat.. Hehehe..)

Kenapakahh??

Mmmm.. Lately ni aku perasan aku adalah sangatttt pelupa.. Gila-gila punya pelupa. Apa kena ntah? Nak kata aku makan kepala ikan, takde la pulak.. Aku tak minat kepala ikan, kecuali la kepala ikan besar yang sedap dibuat masak kari ke asam pedas ke.. Nom.. Nom.. Eh, teringin la pulak nak makan kari kepala ikan.. T_T

Simptom pelupa ni dari dulu memang la ada.. Standard la kan, lupa sikit-sikit.. Sebab pre-occupied dengan banyak benda.. Tapi lately ni mak aihhh, melampau sungguh.. Rasa dah jadi macam si ikan Dory, ada short term memory loss ke apa.. Ke aku banyak makan semut kah? Tapi mana ada semuttt.. Semua air, makanan semua aku scan dulu sebelum aku telan masuk perut..

Contoh keterlupaan melampau aku:

1.  Aku TERlupa yang aku rebus botol susu Humaira kat atas dapur.. Nasibb tak kering air kalau tak mau meletup dapur aku.. Huhuhu...

2. Aku pakai cincin, emmmm, macam mana nak explain eh.. Jap.. Aku pakai cincin dekat dua jari, dekat jari manis dengan jari hantu.. Sekali dua-dua cincin tu aku pakai kat satu jari je, kat jari manis je.. Bila masa aku alih cincin tu? Memang tak ingat!! Duhh..!

3. Ni antara yang paling kronik kot.. Aku pagi-pagi biasa la bangun nak pegi keje.. Mandi segala la kan.. Pastu ambik sepentot aku dalam almari.. Sekali aku pusing-pusing satu bilik carik mana sepentot aku sebab aku rasa aku dah ambik dari dalam almari.. Tak jumpa!! Aku dah ala-ala misteri nusantara ni.. Dah fikir toyol mana pulak curi sepentot aku.. Dah tak curi duit lagi dah kot.. Sekali kauuuu, rupanya aku dah pakai sepentot tu.. Hahahaha.. Gila la.. Bila masa aku pakai??!!

Itu la antara keTERlupaan aku yang aku rasa OMG (oh memang gila!).. Yang lain-lain tu memang lupa biasa-biasa lah.. Tapi tak pernah lagi aku TERlupa nak bawak BB aku pergi mana-mana pulak! :D Tapi kenapa boleh jadi pelupa sampai macam tu eh? Scary pulak la rasa.. Tssskkk..

Wednesday, August 25, 2010

3 in 1


Hoho.. Salam Ramadhan semua.. Jom kite buat nescafe 3 in 1.. Minum panas-panas, mesti heaven bile duduk kat dalam bilik beku kat ofis ni.. Hehe.. Heppp, aku pose daa.. Saje mengimaginekan kehangatan air tu.. Huhu.. By the way, mau update tapi malas nak letak entry banyak2.. So kita letakkan semua cerita dalam 1 entry je la eh? :)

Cerita 1
 "Gaji Isteri"

Wahhh.. Sekarang para isteri-isteri boleh la mintak duit gaji kat para suami-suami ye.. Sebab kita layak diberikan imbuhan atas kerja-kerja rumah yang kita buat macam memasak, mengemas, mengemop, membasuh, melipat, menyidai, mengelap, dan segala benda yang korang buat.. Jeng, jeng, jengggg.. Kenapa?? Jom tengok:


Haaa.. Kan?? Tapi jangan la korang pi dan-dan mintak duit kat suami and kata "i dah buat semua keje, bukan tanggungjawab i pun.. U kena jugak bagi gaji kat i.." Mau gugur segala rambut yang ada kat badan suami-suami korang pulak..

Aku tunjuk vids ni kat en hubby, and dia just senyum kata tak mampu la nak bagi gaji.. Jawapan aku senang.. Aku bukan nak mintak gaji, tapi nak mintak share-share tanggungjawab di rumah jugak.. Cause, aku pun penat bekerja, dan aku pun tolong jugak dia dari segi kewangan.. So, apa salah dia jugak tolong aku dalam hal-hal rumahtangga ni kan?? Bukan aku soh dia buat sume keje rumah.. Just tolong mana yang rasa perlu.. Bukan sekadar balik rumah terbongkang-depan-tv-sambil-angkat-kaki-kat-sofa-order-air-teh-0-kurang-manis-satu.. Tsskkk..

So, korang pun, kalau nak mintak ke apa, berpada-pada la.. Jangan sampai suami-suami kene gi merompak bank plak lepas pasal nak bayar gaji korang plak sudey.. Hehehe..

Cerita 2
"Makluk Berbulu"

Wah, bulan-bulan puasa ni pun ada ke makhluk-makhluk macam ni berkeliaran?? Biar betul?? Betulll.. Tapi makhluk berbulu ni takde la scary makhluk berbulu yang korang fikirkan.. Makhluk ini sangatlah comel, montel, montok, debab, bulat, rasa nak picit-picit sebab geram sangat..

Huhu.. Geram tak?? Bulattt giler kan? Dah la jalan terkedek-kedek.. Eee.. Kalau dapat dek si Haikal ni tak tau la aku.. Jangan kata Haikal, aku pun harus nak picit-picit or tepuk bontot dia sebab geram.. Dah lama tak bela kucing.. Since dah ada anak ni lagi la takde kan.. Banyak keje la kucing ni.. Nak tadah berak, nak pegi vets, nak mandi, nak main.. Hii.. Dulu-dulu rajin ar.. Skang kirim salam.. Main-main kucing orang je la eh..

Cerita 3
"Kesayangan aku"

Aku ni selalu rindu-rindu gak si kecik Humaira.. Tapi balik kampung hari tu ada la ambik video dia.. Skarang dah pandai main & suke bermain-main.. Tido siang memang dah kurang, nak main aje keje.. Owh, tak sabarnya nak tunggu raya.. Nak balik lagi jumpa anak manja aku ni..



Teruja giler dia main ngan abang Haikalnya.. Dia memang suka macam tu.. Suka main outdoor, suka naik motor, suka jalan-jalan.. Cepat la besar, mau bawak kamu balik Humaira..

Wednesday, July 28, 2010

Teka Triki



Dah lama rasanya dah belek youtube.. Sekali terjumpa lak vids nih.. Haha.. Giler sengal.. Moral of the story jangan kacau member ko tido..

Monday, July 19, 2010

Bla.. Bla.. Bla..

Hmm.. Lately ni giler malas.. Kat umah pun malas nak buat keje umah.. Kerana mengigatkan itu adalah tanggungjawab sebagai seorang isteri & ibu, ku kuatkan juga hati.. Cewahhh! Mengade.. Haha..

Ok.. tapi kisah malas tu memang betul.. Siyes la, dua hari aku tak basuh baju.. Baju 2 bakul pun baru semalam aku lipat.. Huahuahua.. Tu pun sebab mata sudah semak tengok baju berlonggok-longgok.. Semalam basuh la baju 1 trip.. Ada lagi sebakul menunggu untuk dimandikan.. Kehkeh.. Giler cam haremm punye malas.. Masak pun simple-simple aje.. Tade nak bergulai, berkuah, berlemak bagai ye.. Sume goreng-goreng sempoi.. Tu pun nasib mau masak.. Kalau tidak harus ke kedai.. Tapi kata malas, nak bersiap ke kedai pun malas.. Parah giler.. T_T

By the way, semalam aku call PIL aku.. Saje mau dengar suara tuan puteri si bujur sireh tu.. hehe.. Tengah tengok ayam katanya.. Punye la dia menjerit!! Rupanya dia marah kat ayam.. Hahaha.. Gaghangnye la anak dara aku ni!! Tapi sangat teruja dengar suara dia.. ^_^

Oh, minggu ni gaji.. Cepat la.. Duet sudah kering kontang.. Huhuhu.. Haih.. Ntah bile nak ada duet berlebih-lebih.. Kaya sehari, kurang kaya 24 hari.. kehkehekeh.. Tak leh kata misekin or kayap, nanti jadi doa plak kan.. Macam mana nak tambah duet ni? Nak bisnes tak reti.. Nak masak memasak, lepas tekak sendiri je.. Tekak mr hubby pun kadang tak lepas.. Wakakakaka.. Nasib la yer mr hubby.. Pakej yang anda dapat adalah tidak lengkap.. Kuikui.. Takpe, dalam proses la ni.. That's why skang aku merajinkan diri masak-memasak.. Konon to sharpened the skill eh? Tapi skill dah memang tade, mana mau nak sharpened pun? Ngehhhh..

Ok la, banyak melalut.. Tajuk pun bla.. bla.. bla.. kan.. Baca je la aku bebel.. Harap hari ni boleh dapat aura rajin.. Oh malas, pergi kamu jauh-jauh.. Shoooohhh!!

Friday, July 16, 2010

Aku Benci Kauuuu...!

Eh, ko nih nape jenis tak reti bahasa aa? Mana-mana je kau ada.. Semak tau tak, semakk! Orang dah taknak kat kau, kau bleh gi main jauh-jauh? Ni tak, semua tempat kau ada.. Heee.. rasa nak tampar-tampar.. Tak senang tau, aku nak letak barang kat mana pun dah tak tau.. Semua ko nak.. Giler tamak! Datang ramai-ramai lak tu.. Tak malu ke weh? Orang tak jemput datang pun korang terhegeh-hegeh melukut di tepi makanan aku! Dem you SEMUT!!!!

Hahaha.. Apekah kejadahnya aku ni pagi-pagi sudah emo pada semut? Geram la weyhhh.. Sume bende dia nak hurung.. Hangen  tul.. Apa, makanan di negara semut dah habes ke? Ye la, skang kan asyik ujan aje, maybe makanan dia sume dah tenggelam dek banjir besar kot.. Huhu.. Tapi siyes la, semut zaman sekarang bukan mati disebabkan gula, tapi mati sebab ridsect!! Kehkehkeh.. Tak pun dengan tangan aku ni je aku lepuk.. Kejam kah? Sape soh sume bende pun dia nak hurung kan? Air suam pun nak hurung hatta sambal belacan pun mau?? Advance! Semut dah pandai makan pedas! Ngeeee..

K la, malas mau bebel panjang pasal cik Semut ni.. Balik ni nak stock up ridsect.. Hehehe..