Showing posts with label Makan-makan. Show all posts
Showing posts with label Makan-makan. Show all posts

Thursday, October 7, 2010

Tak habis lagi beraya

Kalau dah namanya raya harus sinonim dengan makanan dan makan-makan.. Oh, aku dah takut nak timbang berat.. Rasa harus dah naik barang sekilo dua.. T_T.  Puasa sebulan turun berat takde la banyak mana pun, raya baru dua minggu hari tu pun aku dah rasa beratttt je bontot.. Hahaha.. Haihh! Macam mana ni??

Minggu lepas ofis aku and ofis APEEC combine buat satu jamuan raya ala-ala potluck gitu.. Ada la jugak order kat katerer tapi tak banyak pun.. Setakat sate, lemang, rendang dan soto.. Yang lain semua potluck.. (aku punye pun aku order weh, hahahaha.. aku bab masak-masak untuk ramai-ramai ni tak berkeyakinan lagi.. :p) Okeh, malas cerita banyak la weh.. Takde aktiviti lain selain makan.. Nama pun jamuan raya kan, apa lagiii... makan dan posing dan makan dan posing dan makan dan posing lagiii.. :D


Indoor setup






Antara makanan yang ada..

|

Posing

Posing lagi

Posing sambil makan

With our TNC.. Kemetotnya aku...

Pot lain pulakk

Aik, ada gak yang menyelit

Haha.. Muka tensen sebab tak dapat enterframe sorang-sorang
Eh, ni jamuan raya ke jamuan merdeka ni?? Very the colourful lorr.. :)
Last but not least, gambar beramai-ramai..

 
Sila la muntah sebab kitorang ni memang camwhore! Di mana ada kamera, kat situ la kitorang menempel.. Suka gambar-gambar ni sebab semua pakai baju warna-warni.. Meriah uollsss!

**********************************************************************************

Alang-alang mood menempel gambar, meh tempel gambar terbaru Humaira masa bawak balik dari kampung hari tu..
Sedapnya tido dalam kereta.. Dia tido almost sepanjang perjalanan.. Sedap kot sebab sejukk..
 

Tengok ler gaya tido dua beradik ni.. Sama tak??

Monday, July 26, 2010

Balqish Batrishah

Ntah betul ntah tidak aku eja nama anak orang ni.. Hehe.. Btw, hari Ahad hari tu adalah birthday yang ke-3 budak kecik ni.. Nama je 3 tahun, tapi kecik je budaknya.. Walaupun kecik adalah sangat ganas.. Buas ya rabbii.. Huhu.. Apa kene mengena budak ni dengan aku?? Oh, ini adalah girlfriend haikal.. Hahaha.. Bukan main eh? Walaupun Haikal jumpa budak lain, tapi dia tak pernah lupa girl ni.. & Haikal treat dia special tuu.. Haikal sorang je yang panggil girl ni dengan nama Batrishah sedangkan yang lain sume panggil dia Balqish..


Oh, jangan di lupa.. Siap makan kek bersuap-suap mengalahkan makan beradap okehh.. Wah-wah-wahhh.. Bukan main lagi anak aku.. Kalau aku nak suap bukan main ngelat.. Siap cakap "aikal nak suap sendiri.." Bila aweknya nak suap, lajuuu je nganga mulut eh? Hishhh.. Pangai sape ko ikut ni Haikal oii.. (-_-")
Ok la, hari Ahad hari tu bangun pepagi macam biasa pergi hotspring.. Then baru la terhegeh-hegeh pegi JJ Balakong carik hadiah girl.  Orang dah la ramai, JJ tengah sale kan.. (cepat pergi, aku tak ingat lak sale sampai bile..) Pusing-pusing last-last aku just beli baju Seed je.. Bayar & then gi bungkus pastu terus gerak..Sampai rumah birthday girl kul 3.30 camtu la.. Dah potong kek segala dah.. Lambat la kiranya.. Makan-makan.. And berjumpa la teruna & dara ni... Wah.. Masa memula jumpa muka malu-malu.. Yer la lama tak jumpe katanya.. Tapi memula je la malunya.. Pastu dah pegang-pegang tangan.. Terus la berjimba berdua-duaan.. :D
Birthday Girl..Macam Cina, udah la pakai ceongsam..

Sesi makan beradap.. :)

Amboi.. Dok atas riba pulak.. Yang kanan tu adik birthday Girl..

kat pokok pulakk..

Rival.. haha.. Haikal melayan jugak girl ni.. Bukan main yerr kamu..

Balik around 6pm kot.. Hujan plak tu.. Aku pulak main redah je.. Malas nak berpayung la konon.. Sekali hamik kauu.. Balik umah dah bersin tak berenti.. Dan sekarang secara officialnya aku kene selsema.. Aaarrhhh.. Menciiii!! Srott.. Srotttttttt!!

Friday, July 9, 2010

Happy Birthday Old Man..

7hb hari tu birthday boss aku.. Tapi tade wat pape sebab dia takde.. Then, on the 8th, dia masuk ofis.. So, kitorang yang close dengan dia plan nak bawak dia pegi makan.. Takde la makan best pun, just gi satay kajang je coz itu yang cepat & dekat je dengan ofis..

After meeting habis, kitorang ber-enam pun cergas ke satay kajang.. Sampai dalam kul 12 camtu la.. Order-order satay, pastu ingat nak la order side dishes sekali.. Tapi waiter tu cakap side dishes only starts at 1pm.. Ape mende laaa.. Padahal dah pukul 12 tau, pe jadah nye side dishes pun nak ada time-time lak.. Bengong je.. Last-last makan je la sate & nasi himpit.. But then, nasib baik jugak tak order side dishes sebab makan sate aje pun perut adalah sengkak.. Hehehe.. So, just celebrate makan-makan je, bagi hati orang tua tu happy sikit.. Walaupun bos aku tu memang jenis happy semeding..

Ni la orang tua tu.. Semangat pakai baju UPM.. :P
The Satay.. Tak garing eh? Aku suke yang garing-garing sampai hitam-hitam tu.. Macam rasa muak sket..
Tengok.. Perangai tak melambangkan usia.. Hahaha.. Bajet comel la tu.. :D
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

By the way, alang-alang story pasal makan, last week me & hubby gi makan kat Laksa Shack kat JJ Balakong.. Selalu kalau makan aku suka makan nasi beriani dia & hubby aku suka makan lontong... Tapi hari ni saje la nak try menu lain.. So, Mr. Hubby order nasi with gulai lemak ke apa ntah, then aku order tomyam laksa.. Tapi, adalah kurenggggg... Tak mantopp.. Tak rasa pun.. Huhu.. Nasib baik tengah lapar, kitorang bedal la jugak.. (T_T)


See..? Presentation memang ok.. Tapi rasa kurengggg..