Showing posts with label Santai. Show all posts
Showing posts with label Santai. Show all posts

Friday, December 10, 2010

Basi kah?

Confirm! Memang cerita basi.. Huhu.. Gila pemalas aku ni nak update.. Lately ni mood kurang mari ah.. Penat kot.. Humaira dah lasak sangat sekarang.. Nak tengok dia diam adalah pada masa dia tido aje.. Kalau tak, hambik kau.. Sekejapppp je dia dah ntah ke mana-mana.. Hoh! Belum dapat kaki lagi tu.. Baru standard merangkak laju-laju aku dah letih.. Bayangkan la kalau dah berjalan? Harus aku ikat je budak ni.. Hehehe..

Ok, berbalik pada cerita basi aku.. Gila punya basi pasal cerita Raya Haji.. Hahahah.. Daging korban pun dah habis, lagi nak cerita.. Takpe, blog aku suka aku la kan nak cerita basi berulat sekalipun.. :D

Raya Haji hari tu kitorang tak pergi beraya mana-mana pun. Pagi tu En. Hubby bawak Haikal pergi tengok orang sembelih lembu.. Pastu diorang balik, siap-siap, kitorang keluar tanpa arah tujuan.. Sekali, En. Hubby terus bawak gi Zoo Negara.. Hahahaha.. Gilos.. Raya-raya pergi Zoo.. Jumpa sedara kat situ la pulak.. 2-3 Tahun sekali je nak jumpa kan.. Nasib anak dara aku tu sangat la elok perangai duduk je dalam stroller tak mengamuk tak apa.. Baguss.. Macam ni lah ibu sayanggg.. Takde sibuk menggeliat nak suruh dukung segala.. Lain kali boleh bawak jalan-jalan lagi.. Gambar ada la ambik tapi mostly dekat En. Hubby.. Layan aje la gambar dari kamera telefon aku yang tak seberapa ni eh.

Tengok kaki parking kat mana?? Amboi adikk.. Kau tu anak dara tau?

Sape lagi besar?? Haikal pun dah separuh badan abah dia.. -_-"

Time ni Haikal dah cakap, "Haikal penat la ibu.." Tu yang tumpang stroller adik dia.. Dah satu keje nak menolak dua-dua..

Sampai petang jugak la merayau dalam Zoo tu.. Dah la petang  hujang.. Stuck dekat tempat reptilia.. Lepak jap kat situ tunggu hujan berhenti.. Tak pasal je.. Tapi yang bagusnya, balik tu, dua-dua anak aku membongkang tido.. Letih la tu konon, padahal bertolak je atas stroller.. Haih!

Kisah tak berapa basi ada jugak.. Hehe.. Cuti Awal Muharam hari tu macam biasa, misi berjalan tanpa arah tujuan.. Sekali En. Hubby belok masuk area Tasik Perdana terus gi Bird Park.. Mak aih, ramai jugak manusia.. Dah la kitorang gi parking kat area Planetarium pasal kat Bird Park tu parking full.. Menapak la pulak.. Gigih gila.. Nak bawak anakanda berdua tu punya pasal, menapak pun menapak laahhhh.. Boleh aku exercise sekali kan?

Masuk-masuk sekali kauu.. Admission fee dia: Adult RM20. Child RM10. Kitorang masuk, RM50. Pastu gi la beli air kan.. Ambik air mineral botol kecik dua ketul dengan keropok Twisties = RM13.. Mahal nak mampus.. Ceh.. Gila cekik darah.. Haih.. Pakkal la kat dalam tu memang takde kedai lain.. Kalau tak, memang tak keje aku nak beli air mineral 5 hengget sebotol!

Sampai-sampai tido dulu! Rambut pun dah serabai..

Antara burung yang ada

Burung yang ada merata-rata

Nak ambik gambar burung merah tu sebenarnya.. Udahnya cenonet je nampak kat hujung..

Lagi gambar diorang.. Gambar aku jugak takdok!

Burung hantu.. Burung ni memang hantu lah.! Time ni dia tengah tido tau, tapi bila aku nak ambik gambar dia, slow-slow dia bukak mata.. Pastu dia tutup mata balik, pastu bukak balik tengok aku.. Mesti dalam hati dok kutuk mengata aku la tu! "Sibukk je perempuan ni, aku nak tido pun tak senang.. *Sikit punya panjang caption daaaa*

Dah la aku rasa masuk dalam tu memang tak berbaloi bayar RM20 satu kepala.. Yang banyak kat situ pun burung merakkk aje lah.. Memang la burung kat dalam tu semua bebas berjalan.. Takde la dalam sangkar kecuali burung helang dengan burung hantu.. Yang lain semua lepas bebas.. Tapi yang bebas tu mostly adalah burung merak.. Hampagas..!

Tapi takpe la, demi anakanda yang teruja nampak burung live macam tu kan.. Hmmm. Layankan aje lah..


BebelBebel: Minggu ni lepak rumah je lah! Pergi birthday party kat Taska Haikal, pastu lepak rumah, tido!!


Wednesday, August 11, 2010

Balik Kampung.. OOoooOOO Balik Kampungggg..

Belum raya dah sibuk-sibuk balik kampung ni kenapa ni? Heheh.. Takde la.. Hari Jumaat lepas aku balik kampung pasal nak tengok anak dara aku tu la.. Lama dah tak tengok dia.. Rindu menyengat-nyengat.. Jadi hari Jumaat malam tu kitorang gerak dari rumah dalam kul 9pm..  Balik kali ni aku bawak kete sorang-sorang sebab En. Hubby bawak motor.. Huhuhu.. Dah la motor Honda EX5 je korang tau?? Motor tu asalnya motor bapak mertua aku.. So, since hubby aku dah beli motor lain, dia nak pulangkan balik motor tu.. Aku dah soh pos, degil nak mampus.. Katanya tanak membazir and dia dah niat nak bawak motor sendiri balik kampung sebab tu kira last dia naik motor tu.. Ntah hape-hape..

Sekali sampai Batu Kurau pukul 4 pagi nok!! Hambek ko.. 7 jam gara-gara nak naik motor sangat kan? Aku harus la drive kat belakang dia aje.. Risau dowh.. Dah la tengah malam banyak bas & lori.. Dah la motor tu giler takde lampu belakang, lampu break, lampu signal.. Dah la hubby aku pun gi lak pakai jaket hitam.. Serius tak nampak dia.. Aku dah ngucap je takut la kot lori ke bas ke tak nampak mamat ni.. Dah le kecik.. Tu yang standby belakang dia, suluh jalan bagi orang nampak kewujudan dia atas highway tu..

Tapi pape pun tak kisah la.. Alhamdulillah, selamat sudah.. Tapi dia dah tobat tanak naik motor balik kampung lagi.. Dan cita-cita dia nak beli superbike sebab konon senang nak rempit naik motor balik kampung juga dah dibatalkan.. Bagus! Ada gak hikmahnya kan? :)

Sampai rumah mak dia pun harus melantak dulu.. Makan nasik kauu.. Kul 4 pagi lak tu.. Kalah makan sahur.. Haha.. Then tido jap, kul 6am anak dara aku dah bangun.. Aku pun bangun la jugak nak main ngan dia.. Giler ar, 2 jam je tido.. Dah la baru pas drive 7 jam.. Tapi tengok muka dia yang ceria tu hilang penat, hilang ngantok.. Seronoknyeee!! Dah berisi dah badan dia.. Tak nampak besar sangat tapi isi dia sangat kejap! Badan dia jenis keras, bukan jenis lemak lembik-lembik tu.. So, walaupun nampak kecik tapi mendukung dia adalah sangat lenguh!

Kira lepak kat kampung 3 hari,jadi la buat lepas rindu.. Memang mak mertua aku kasi aku layan anak aku je.. Takde buat keje apa pun.. Takde tolong masak or tolong kemas or tolong apape hatta menyapu sekali pun.. Tolong makan ada.. Dan makan sangat laa meriah.. Hoh, gemuk aku duduk 3 hari.. Dapat plak makan durian.. Perggghhh, meleleh.. Mak mertua aku siap buat pulut makan ngan santan & durian.. Nikmatnya.. Memang terbaik dari ladang.. Ngehhh..

Gambar Latest.. Rambut dah tumbuh.. & tumbuh elok je rata takde compang camping.. :)
Sedapnye tidooo..

Bangun tido je main.. Check out the fringe.. Hasil guntingan opahnya.. Huhuuuu..

Oh, Humaira sekarang pun dah menonggek-nonggekkan bontot.. Nak merangkak.. Dah pandai guling-guling dari tempat dia baring sampai ke pintu.. Agaknya dia kata lagi laju bergolek daripada merangkak kot? Haha.. Dia suka naik motor.  Asal motor bergerak, dia pun tido.. Motor benti nanges sebab takde angin.. Haih..

Papepun, puas hati banget dengan jagaan opahnya.. Dah stat campur nestum dalam susu and dah pandai makan biskut Farley's Rusk tu.. Harap dapat membesar bagai johan.. Humaira, raya nanti ibu datang lagi k.. Tunggu ibu ye.. :D
 

Thursday, August 5, 2010

Jalan-jalan pergi Muzium??

Kisah last week.. Aku ngan En. Hubby adalah sangap tak tau nak pergi mana.. Sekali En. Hubby tanya, "kat muzium ada apa aa?? Abang tak penah masuk Muzium Negara.."  Ya rabbii.. tak penah masuk bang?? (Ceh, aku pun masuk sekali je tu pun masa kecik, belum akil baligh lagi pun time tu.. hehe)..

So, check kat website tengok sekarang tengah ada pameran keranda.. Macam menarik.. So Sabtu tu kitorang gi la muzium.. Dah rasa macam pelancong la plak.. Hahaha.. Lagipun fees murah aje.. sorang 2 hengget.. Ok la tu kan? Masuk tu, ok la.. Ada la dia letak macam-macam keranda dari orang Melayu, orang Asli, orang borneo la, Indian la, Chinese, Kristian, Sarawak, etc.. Macam-macam cara rupanya orang dulu-dulu nak letak mayat.. Quite interesting actually..

Then, sambung masuk pameran tetap.. Yang keranda tu macam pameran sekejap-sekejap.. Ada time-time dia.. Yang keranda ni ntah sampai berapa haribulan ntah.. So, layankan la En. Hubby yang nak gi muzium.. Hmmm...

Antara keranda yang menarik.. (menarik??) hehe..
Keranda ni dari emas tauuuu.. Giler kaya la sape buat keranda ni..

Kerbau tu adalah keranda..

Cantik eh umah ni?

Friday, July 9, 2010

Chang Kalaoke..

Maksud tajuk di atas ialah 'nyanyi karaoke'.. Ingat masa belajar Mandarin dulu.. Ntah betul ntah tidak aku eja.. Haha.. Janji ada bunyik..

By the way, tengahari tadi aku & a few member ofis pergi melalakkan diri kat karaoke.. Bagus eh? Orang gi sembahyang jumaat, kitorang gi karaoke berjemaah.. :)  Dah lama gile tak karok, suara pun nyanyi tak lepas aje.. Haha.. Padahal suara memang dah tak sedap, nak salahkan dah lama tak nyanyi konon.. Ngehh..

Pergi kat Mines aje, sebab tu yang dekat.. Tapi sekarang harga dah naik pulak.. Dulu selagu 1.50 kot, skang dah jadi 2 hengget.. Kitorang semua 5 orang, tapi sorang takmo nyanyi.. So, kira-kira sorang nak nyanyi 4 lagu aje.. So, semua RM32.. K la kan? Habis nyanyi ngam-ngam pukul 2.. Gi beli air sebab tekak dah kering melalak.. (Padahal sorang nyanyi 4 lagu je, ngalahkan nyanyi konsert plak!) Itu pun banyak skip-skip.. Bajet nyanyi lagu slow-slow tapi rupenye sume stok kene jerit-jerit jugak.. Keluar suara pecah aku.. Hahahaha.. Lantakkk! Janji enjoy! Aku bukan nak menten suara sedap pun kan.. Setakat nyanyi suka-suka.. :D

Sesi melalak bermula..
Perasan tak dia tulis lagu 'orang putih'.. Lawak lak eh? Selalu tulis "English song" ke apa kan?

Enjoy gak la.. Serius lama giler rasa tak berjimba macam ni.. Since pindah ofis baru rasa cam malas je nak keluar.. Hehehe.. Bulan depan pulak buat sesi karaoke lagi ye.. :)

Monday, July 5, 2010

i-city

Hoh, lama giler tak pegi shah alam.. Sekali banyak giler berubah weh.. Time aku study dulu takde la happening macam ni.. Tapi nasib baik jugak la kan..? Kalau tak harus setan dalam badan asyik suruh enjoy je, harus tak study.. Sedangkan yang zaman tade mende pun liat giler nak study.. Haha..

Hari tu kawan aku gi i-city.. Aku pun tanya menatang apekah i-city ni? Dia kata just tempat ada banyak lampu-lampu bleh amik gambar.. So, aku pun suggest la kat husband aku untuk outing weekend ni.. Nak gi KL adalah malas.. So, hari tu pun takde la plan nak pegi pun.. Kitorang keluar dari pagi, tetiba petang tu husband terus drive gi shah alam.. Aku pun tanya la nak gi mana.. Dia jawab "gi i-city la".. Hohoho.. Suka je main terjah.. Dah la keluar dari pagi.. Badan serius dah melekit dah.. Muka jangan cakap la.. Takpe la, dah orang nak bawak banyak bunyik la plak kan?

Sampai sana dalam 8 lebih, sebab before tu round-round dulu shah alam mengimbau kenangan zaman student.. :D  Ok, sampai giler punye queue.. Orang giler ramai.. Serius jadi tak best.. Nak ambik gambar pun tak feel sebab mana-mana pun ada orang.. Tapi Haikal adalah sangat teruja.. Ok la, janji dia happy.. Semangat dia lari ntah ke mana-mana.. Aku dah risau siap soh husband ikut je bontot haikal.. Ye la, dah la ramai giler orang.. Kang hilang mana nak carik?? Takde de aku nak buat anak lagi weh.. (-_-")

Ada la amik gambar sikit-sikit pakai kamera hp.. Katanya tak plan kan.. Kamera pun tinggal kat umah.. Ok la, nak kata best sangat tu takde la pun.. Saje buat seronok aje.. A few pix yang aku ambik:


Pokok kecik-kecik ni je tak bape ada orang..


Mr. Hubby


Me & Haikal.. Tengok, bukan dia nak pandang camera pun.. Tu dia dah sibuk nak lari tempat lain..


Gambar shiok sendiri.. Takde sape nak amikkan gambar.. Mr. Hubby adalah sibuk mengejar Haikal..


Nampak kat belah bawah pokok tu, kepala orang sesaja..


Haikal nak buat 'peace' tapi jadi 'five'.. :D


Haikal siap nak masuk dalam.. Dah la ada guard yang asyik tiup wisel prett pretttt kalau nampak budak nak masuk.. Bising tul!
Lagi gambar pokok.

Huh, berpinar mata tengok lampu.. Ni je la antara gambar yang ok.. Gambar lain penuh gambar orang aje.. Tak best la.. Nak lebih-lebih gi sendiri ea.. Masuk bayar parking je RM2.. Sila la pergi meramaikan majlis..

Leisure time..

Selalu weekend aku keluar ngan family.. Ye la, dah katanya weekdays semua busy keje kan? Weekend ni je la masa nak bermesra-mesra.. Tapi kitorang takde la keluar gi jauh-jauh pun.. Selalu weekend wajib pepagi gi mandi hotspring.. Memang bagus sebenarnya.. Kalau rasa nak kuruskan badan ke apa kan, bagus gak pegi hotspring ni.. Takyah pegi sauna segala.. Mahal sehh.. Mana la aku mampu nak gi sauna.. Ni pegi je sauna semulajadi.. Hahaha.. Owner hotspring ni pun jadikan tempat ni wakaf, so masuk takde la kene bayar ke apa.. But still dia provide tabung, kot la ko nak derma ikhlas hati, untuk dia elokkan tempat tu ke, nak bersihkan ke.. But still, kira ok la kan? Tempat dia pun sangat la humble..  Takde la fancy-fancy pun.. Just serve the purpose untuk mandi aje.. Jadi la..

Hotspring ni pun baik untuk kesihatan.. Ramai aku tengok orang-orang tua yang sakit-sakit kaki, lenguh badan, ada yang strok datang mandi kat sini.. Dan banyak testimoni kata since dowang mandi kat sini nampak la perubahan.. But kene la consistent kan? Jangan la ko datang sebulan sekali or setahun sekali aje.. Mostly diowang datang every weekend.. Ada yang dari jauh datang.. Mana yang ada anak ezhema (eh, betul ke aku eja?) yang stok kulit alergik tu pun ada datang sini.. Coz natural hotspring kan air dia ada belerang.. Tu la diowang kata buat ubat.. Wallahualam la, but then aku dah mandi kat sini almost 4 years.. Alhamdulillah.. So far, ok.. Badan lepas mandi tu memang segar stok ko rasa nak tido je lepas tu sebab badan jadi ringan.. Kalau yang banyak angin mau jugak terkentut aje.. Hehehe.. Even Haikal pun suka mandi kat sini, coz memang dah train dia dari kecik.. So, bila orang tengok dia selamba badak je mandi air panas, semua macam kagum la tengok kan.. Hahaha..

Pasni, sapa yang ada mak-mak yang selalu sakit kaki, sakit lutut bagai, boleh la bawak diowang mandi hotspring.. Banyak lagi bukan la kat langat ni aje.. Rasanya kat setapak pun ada, kat selayang pun ada.. Tempat lain aku tak tau.. Lagipun ni antara cara murah nak sihatkan badan.. Apa salahnya kan? Jom!
Ni jalan nak pegi, boleh tahan jam sebab ramai yang nak pegi mandi sungai jugak..
Ni je la tempat mandinya.. Yang kat sebalik dinding tu for guys..  Sangat humble la tempat dia, nama pun wakaf.. Ni kira ada gak la usaha owner tu nak wat dinding, nak simen segala.. Btw, kalau nak mandi kena ambik baldi & gayung.. Takleh rendam dalam kolam coz nak jaga hygiene.. :)
Tengok la dua beranak yang berdiri dekat traffic lite tu.. That's my two lovers.. Haha.. My husband yang pasrah melayan anak dia..