Showing posts with label Marah ni. Show all posts
Showing posts with label Marah ni. Show all posts

Monday, August 23, 2010

Habis Melayang...

"Khemah Bazar Ramadan terbang.."

Antara tajuk berita yang aku baca hari ni.. Rasanya ni dah kali kedua kan?? Before ni aku tak ingat kat mana, tapi rasanya last time kata ada puting beliung rasanya.. Tapi, kenapa angin-angin ni asyik 'menyerang' Bazar Ramadhan aje ha? Adakah itu petanda?? Agaknya banyak sangat penyelewengan kat Bazar Ramadhan ni kot.. Yer la, yang berniaga tu, dalam beribu tu boleh dibilang dengan jari orang yang betul-betul ikhlas berniaga vs orang yang berniaga nak untung aje-tapi-barang-jualan-macam-cibaisss.. Mungkin Allah mahu tunjukkan pada diorang? Harap pada peniaga yang kejenya menipu pelanggan di bulan Ramadhan ni bawak-bawak la insaf yerr.. Bulan Ramadhan ni patut bulan untuk kamu mengumpul pahala tapi jadi dosa pulak sebab menipu orang jual makanan basi pastu letak harga mahal-nak-mampus-tapi-makanan-rasa-macam-hareemmm..

Ok, masih dalam kisah tipu-menipu.. Aku tengah bengang dengan kontraktor yang buat rumah aku dulu.. Bongokkkkk!! Haihh.. kalau aku jumpa harus aku tampar laju-laju sampai bengkak muka dia.. Baru 5 BULAN diorang buat rumah aku, sekali semalam batu kat kitchen cabinet aku dah jatuh!! Apa kes ni?? Memang siootttt je kontraktor ni tau.. Pastu aku call dia tak angkat, aku call lagi banyak-banyak kali dia langsung tak angkat sekali dia off terus handphone dia.. Memang cam lah*natttt!! Haihh.. Kureng pahala pose aku pasal mangkuk ayun ni! Bila dah camtu siapakah yang menjadi mangsa?? Harus abang ipar aku cause dia adalah tukang recommend + kawan kepada kontraktor bangang ni.. Aku dah gitau abang ipar aku, aku tau before raya mangkuk tu datang repair balik.. Giler kau! Baru 5 bulan sehhh.. 5 tahun pun blom tentu mendalah tu nak pecah, kalau 15 tahun tu aku halal la gak kan.. Tapi serius, kalau kali ni dia buat taik jugakk, memang tak halal dunia akhirat la duit dia dapat tu.. Buat keje cam hampeh.. Biler cerita bukan main, projek sume umah Datuk-Datin semedang.. Budus punyer orang!

Ini rupa sebelom batu ni tergolek.. Tengok, dah renggang gilerr..
See?

Rongak sudah.. Tssskkk.. T_T

Aku dah siap MMS kat kontraktor mangkuk ni and abang ipar aku sekali.. Kita tengok ada action ke tak.. Kalau takde, memang haremm la mangkuk ni..


BebelBebel: Nama company ni Aliran Aman.. Kalau korang ada pakcik-makcik, kawan-kawan, sedara-mara, sepupu-sepapat yang ada kontrak dengan company mangkuk ni sila la reject sebelom anda menyesal..

Thursday, August 5, 2010

Kalau tak tau cerita, jangan menyampuk boleh??

Haihh.. manusia ni memang macam-macam perangai.. Ada yang tanak ambik tau langsung.. Ada yang prihatin melampau-lampau.. Letih kengkadang nak hadap orang-orang ni..

Lately ni memang la ade problem sikit.. Biasa la, siapa yang takde problem kan? Tapi aku jenis dah malas nak ambik pot dengan problem ni.. Sebab aku rasa banyak lagi bende lain yang aku nak fikir.. Dan aku rasa aku tak bersalah pun dalam hal ni.. Dan the other party yang terlibat pun macam tak endah.. Asyik mengharap aku je mengalah sedangkan aku tak bersalah..

Tapiiiii, ada la manusia prihatin yang bukan dalam lingkungan yang tetiba nak cakap itu ini.. Pehal ntah! I mean, kau tau ke citer sebenar?? Tauu? Tak kann? Kau dengar cerita sebelah pihak je pastu kau nak simply judge aku jahat.. Charge aku ni begitu begini.. Ada kau nak datang tanya aku? Takde kan? Come on la, there's always two sides of the story.. The other party boleh je putar cerita itu ini nak tagih undi simpati.. Tade hal la tu kan.. Tapi jangan pasal cerita tu kau nak sesuka kata itu ini kat orang.. Kau pun bukan perfect.. Aku pun tak penah kacau hidup kau, tak penah sibuk hal keluarga kau.. Jangan sibuk pasal hal aku bleh?? Kalau stakat kau nak cakap itu ini dalam fb tapi tak berani nak cakap depan-depan takyah la wehhh..

Aku malas nak bukak pekung kat dada.. Kalau aku nak cerita from A-Z nanti memalukan pihak lagu satu.. So, sekarang aku ambik jalan untuk mendiamkan diri & buat hal aku.. Tu pun tak puas hati lagi ke? Korang nak apa cuba cakap.. Ni depan-depan manis muka, bila belakang cakap macam-macam.. Tak payah nak ceramah pasal agama.. Aku bukan takleh terima nasihat, tapi cara kau bagi nasihat macam mana? Stakat kau bagi nasihat dengan niat nak damn aku simpan je la..

Yang the other party pun, asyik la sibuk hantar orang luar nak settle problem.. Datang sendiri tak bleh? Orang luar bukan tau pe masalah pun.. Nanti dari orang tak tau habis semua tau, habis semua gak yang malu.. Pelik ar.. Lagipun selama ni memang itu yang dowang nak, tak suka diganggu kan? Nak hidup sendiri-sendiri kan? Bila dah dapat, kacau orang pulak.. Pastu cerita sana-sini.. Tanak berdepan dengan masalah sendiri.. Dok harap backup dari orang aje.. Kenapa? Timkaiii?? Weyshenme?? Whyyy???

Orang lain pun ada masalah dowang.. Jangan bebankan orang dengan masalah kau.. Masalah kau tu ciput je sebenarnya.. Kau je yang besar-besarkan.. Nak tarik perhatian orang aje.. Pastu kau burukkan aku kat orang lain.. Mana aku tau ape kau cerita? Tapi mesti la bende buruk kan, kalau tak takkan orang nak damn aku pulak.. Tapi takpe, lambat laun the truth will reveal itself.. Aku tak kisah.. Kau nak cakap apa, sukati.. Tapi aku rasa orang keliling kalau jenis cerdik pandai mesti la boleh fikir kenapa jadi macam tu.. Tapi aku rasa orang pun tade pasal nak fikir.. Apa pun lu fikir la sendiri!!!

BebelBebel: Sori, entry emosi sikit.. Hehehe.. Geram nih, gerammmm!! Tapi lepas tulis ni ok dah.. Tak fikir pun.. Biarkan aje si luncai itu terjun dengan labu-labunyaaaaa...