Thursday, October 7, 2010

Haikal Contributes to Malaysia's Book of Records!!

Ini cerita lama.. Huhu.. Tapi sebab hari ni baru bawak kabel untuk transfer gambar, tu pasal baru nak story.. Hehehe.. By the way, kisah ni before puasa hari tu lagi rasanya.. One day tu, cikgu taska Haikal mintak kebenaran untuk Haikal participate dalam memecahkan rekod "cop tapak kaki kanak-kanak terbanyak".. Aku ok jer, takde hal.. Untuk seronok-seronok kan.. Lagipun Haikal mesti happy punye dapat mengotorkan kaki kan.. Kat rumah aku takde pasal aku nak bagi dia cop-cop kaki ke tangan ke, kalau tak dia dapat cop tapak tangan aku plak kat muka dia.. Hahaha..

Tapi gambar dia pergi mengecop kaki tu takde la plak sebab cikgunya tak bagi-bagi lagi.. Meh aku tepek gambar sijil je la eh.. Dapat sijil rupanya.. Baru aku tauuu.. Hahaha.. So, selain sijil lahir, Haikal dah ada sijil from Malaysia's Book of Records! Syabbas beta.. Syabbas!!

Tu diaa..

Wednesday, October 6, 2010

Humaira's Back!!

Yeay!! Finally my beloved baby girl is back in my arms again! Oh, suke giler! Hari-hari boleh tengok dia.. Hari-hari boleh hadap dia.. Hari-hari boleh sakat dia.. Hari-hari boleh kacau dia.. Hari-hari boleh dukung dia.. Hari-hari boleh peluk dia.. Hari-hari boleh cium dia.. Hari-hari boleh bogelkan dia.. Hahah.. I feel good! Memang la letih sikit jaga baby kan.. But then, puas hati cause dapat tengok depan mata.. Tak macam before ni asyik teringat aje, tapi takleh nak buat apa-apa sebab jauh.. Aku pulak bukan jenis nak telefon hari-hari tanya itu-ini pasal anak.. Bukan pasal tak ambik berat or tak nak ambik tahu, or lepas tangan ke apa.. Ntah la, kalau jauh tu, tak feel la.. Kalau tanya pun jawapan copy paste je.. "Adik ok, sihat, dah pandai itu ini, bla.. bla.. bla. " Boring eh?

Ok, macamana kejadian ini boleh terjadi? Last two weeks aku duduk-duduk dengan Mr Hubby kat hall sambil tengok tv.. Sekali aku boleh tanya kat dia, "abang, tak boleh ke kita ambik Humaira cepat sikit? Kalau dia ada mesti best.." Mr Hubby just jawab, "nak buat macam mana, kita janji ambik hujung tahun, sabar la sikit eh?".. Aku pun tahan je la sebek di dada.. Huhu.. Sebab terbayang mesti best kalau Humaira ada, mesti dia kacau Haikal main.. Mesti jerit-jerit riuh satu rumah.. Mesti ada bunyi dia nangis cebik-cebik muka.. Oh, rindu!

Rupanya Allah mendengar rintihan hati aku.. Tiba-tiba last week father in law aku call Mr. Hubby cakap bawak lah adik balik sebab mak tak larat nak jaga, sakit tangan katanya.. Hati aku memang dah happy giler.. So, hari Jumaat malam tu kitorang gerak balik kampung.. Sampai dalam pukul 2.30a.m macam tu, terus tido.. Bangun pagi, pack-pack barang semua, lepas makan tengahari balik KL terus.. Memang best! Haikal pun teruja giler bawak adik dia balik.. Sikit-sikit nak main dengan adik.. Rajin pulak dia melayan.. Humaira pun, suka sangat kacau Haikal.. Kalau nampak abang dia tu, mula la tersengih-sengih.. Good! Hopefully kekal sampai besar kemesraan dan keakraban adik-beradik ni.. (Hoh, tiba-tiba ayat skema! -_-")

Humaira pun sangat bagus dalam kereta.. Takde menangis ke apa.. Menangis pun masa nak tido or nak susu.. Biasa la tu kann.. Tido pun senang, tepuk-tepuk atas dada, terus lena.. That's my girl.. :)

Hari Isnin dan Selasa hari tu aku ambik cuti.. Saje spend time dengan Humaira.. Takkan ambik-ambik nak terus hantar Taska, macam tak best je rasa.. Lagipun nak training dia supaya tido kat bawah aje.. Sebelum ni parents in law tidokan dia atas buai.. HOH, jenuh la weh! Aku tak mau buai-buai ni.. Leceh aku nak bergerak.. So, 2 hari tu berjaya mentrainingkan Humaira tido kat bawah, tepuk-tepuk bontot sikit pastu dia tido.. Kan senang..

Hari ni hantar Humaira ke taska.. Hopefully semuanya ok.. Walaupun rasa penat, tapi rasa puas hati bila anak ada depan mata.. Alhamdulillah, segala doa termakbul sudah.. Tak payah nak tunggu hujung tahun.. Yeay!!

Monday, September 20, 2010

Back to Work..

Huhuhu.. Seminggu lebih cuti, adalah sangat azab nak bangun pagi kene pegi keje.. Sangat malas nak gosok baju.. Sangat nyampah nak siapkan baju Haikal dalam beg untuk ke Taska.. Warrrghhh.. Takde mood lagi la nak keje nih.. Camno??

By the way, ingat nak update gambar-gambar raya.. Sebenarnya takde amik banyak gambar pun.. Gambar syok sendiri pun tak banyak.. Ntah nape, tak rasa teruja nak bergambar plak.. Tapi datang ofis sekali lupa bawak cable nak transfer gambar.. So, entry lain ler aku masukkan gambar yer..

Aku balik kampung hari Rabu malam kul 12.30pm cenggitu ler bertolak dari umah.. Jalan agak jem, kete penuh.. Kat R&R toksah citer la, memang penuh.. Kitorang pun banyak gak benti-benti, so sampai ke Batu Kurau kul 6 pagi.. Sampai-sampai, salam-salam pegi membuta dulu walaupun sebenarnya dalam kete aku dah membuta.. Hehehe.. En. Hubby je drive sorang-sorang.. Kejam tak?? Tapi aku pun tido-tido ayam je.. Jap -jap terjaga..

Bangun dalam kul 9 lebih kot, terus melayan anak dara aku tu.. Dah laju dia merangkak, and dah duduk pun.. Cepat siot!! Bagus, insyaAllah, hujung tahun ni aku dah bleh bawak dia balik KL.. Dengan progress yang macam ni, insyaAllah, by hujung tahun ni aku rasa dah bleh bertatih.. Skang pun dah pandai pegang-pegang nak berdiri.. Memang ringan sungguh badan anak aku nih.. Raya hari tu dia genap 6 bulan dah.. Kejap je rasa.. Yer la, bukan jaga sendiri kan?? Tengok sekali-sekala tau-tau dah besar aje..

Hari Khamis before raya tu sempat jalan ke Taiping sebab aku tertinggal tudung.. Duhhh!! Gi la mencari tudung.. Malas nak pinjam-pinjam tudung mak mertua.. Tudung dia sume merelit-relit!! Berkilat-kilat, segala batu sume ada kat awning tudung dia.. Hoh, tak nak aku.. So, meronda la kat Taiping.. Beli tudung selai je pun.. Tapi dekat nak berbuka baru balik umah.. Hahaha... Cantik sungguh perangai kan?? Bukan aku yang nak balik lambat.. En. Hubby yang malas nak balik awal.. So, sebagai isteri solehah, saya ikut je la kan?? Ngehhhh.. :D

Oh, Haikal sakit gigi.. Lupe pulak nak amik gambar.. Memang kembung gila pipi kanan dia sebab gusi bengkak.. Dah la memerap aje kejenya.. Main, main la jugak.. Tapi kejap2 kang meraung.. Yer la, sakit gigi tu.. Kalau aku yang tua ni pun rasa nak lempang orang je kalau sakit gigi.. Ni kan pulak budak-budak.. Nangis je la taunya.. Nasib kat pekan tu ada kedai senseh (kedai ubat cina), beli ubat sakit gigi.. Elok la plak ubat tu.. 2 hari surut bengkak dah.. :)

Raya macam biasa, gi beraya, balik umah, lepak, keluar lagi beraya, balik umah lepak.. Aku dah takut dah, takut sendat je baju aku.. Haihh.. pose sebulan dulu syok je rasa badan ringan.. Baru raya seminggu dah rasa cam berattt je badan ni.. Tskkk.. Tapi rasanya makan agak terkawal la jugak.. Takde la sume aku bedal.. But still, makan sepanjang hari kan?? Huhh!! Nak kene puasa balik la lepas ni.. Tapi aku tengah menderita batuk pulakk.. Adoi aiii.. Takleh tekak kering, nak batuk aje.. Menci tul laa... Dah la En. Hubby udah sound pipi macam dah bulat.. Nyampah tau!! Mentang-mentang la dia tu macam takde effect je.. Memang dah spesis kerempeng.. Makan la macam mana pun, takde nak berisi.. Jangan aku, makan sikit, naik macam makan banyak sangat.. T_T

Balik KL hari Selasa.. Singgah ke Sitiawan, pastu terus gerak balik umah.. Owh.. bahagianya dapat balik rumah sendiri.. Tidur atas katil, tilam, bantal sendiri.. Tapi, sekali tengokkk.. Itu diaaaa... berbundut-bundut baju kotor nak kene basuh.. Huhuhu.. Balik rumah pun takde la dapat berehat.. Sesi me'laundry' la plak.. Ni yang aku malas jalan jauh-jauh gi umah orang nih.. Balik umah sendiri lagi banyak keje nak kene buat.. Haihh..

Apapun, raya tahun ni sangat la sederhana.. Aku beraya pun pakai baju kurung cotton aje.. Hehehe.. En. Hubby ngan Haikal pun pagi raya just pakai jeans n kemeja, boleh?? Asyik dok fikir nak beli baju ke tak, nak beli baju ke tak.. Udahnya tak beli pun baju melayu.. Hampeh aje.. Weekend ni dah mengatur jadual nak pegi beraya.. Takmo orang serang rumah aku, biar aku serang rumah orang takpe.. Hahaha.. Lagipun kat area KL ni tak beraya lagi ke mana-mana.. Just beraya kat umah jiran-jiran je.. So, schedule aku dah full sampai habis syawal.. Oh, sukeee..

Ok la, tak tau nak bebel apa dah.. Nak tepek gambar, cable pun tak bawak.. Jap lagi nak gi tido jap ah.. Semalam batuk punye pasal, dok kong-kang-kong-kang tengah malam tak boleh nak tido.. Ngantuk la pulak.. Bos pun tak masuk hari ni.. So, apa lagi.. Nak join???

Wednesday, September 8, 2010

Selamat Hari Raya

Hari ni 8/9/2010 adalah hari terakhir aku kerja sebelom aku cuti dari 9-19/9/2010.. Yeeehaaaa!!! Best dapat cuti lama-lama.. Tapi malasnya nak balik kampung.. Malas nak melayan orang ramai-ramai.. Malas nak keluar masuk dapur.. Malas nak bawak keluar masuk dulang.. Malas nak basuh pinggan mangkuk.. Huh, malas!! Balik jadi macam tetamu aje buley?? Hahaha.. Mau makan pastu membongkang depan kipas oh heaven! ^_^

Tapi tak mungkin la boleh membongkang kan?? Kang apa pulak mak mertua aku kata.. Huhuhu.. Takpe, raya ni Humaira dah boleh merangkak.. Seronoknyaaa!! Ingat balik keje nanti nak singgah beli pad lutut untuk dia, so nanti lutut dia takde la cedera or hitam ke apa.. Hmm.. Nak check list balik apa yang nak beli sebelum balik beraya.. Tak decide lagi nak balik bila.. Maybe malam ni atau pagi esok lepas sahur.. Aku malas nak balik awal2 sebenarnya.. Tapi ikut la decision En. Hubby nanti macam mana.. Oh dia over sebab dapat mc 3 hari dari hari Isnin hari tu.. Aku pun mc hari Isnin je tapi dia over dapat sampai 3 hari.. Menci..Tapi kat rumah confirm membongkang jugak, kira balik keje nanti aku la kot yang kene kemas barang.. Or, mungkin hari ni mood dia rajin (harap-harap.. fuuhhhhh!!) so aku balik keje nanti sume dah settle.. Hehehe..

Apapun, pada korang-korang yang balik kampung beraya, berhati-hati di jalan raya eh.. Jangan bawak lelaju sangat.. Tak lari kampung dikejar.. Ingat orang-orang yang korang sayang tunggu korang kat kampung tu.. Rendang, ketupat, lemang, nasi himpit, kuah kacang, segala macam juadah tu pun tak lari dee.. Semua ada, tak payah korang nak terkejar-kejar macam kan dah tak nyempat sangat nak sampai.. Jangan monyet!! Kita raya nak happy-happy, nak menyambut kemenangan kita melawan nafsu sepanjang Ramadhan.. Bukan nak menang kat jalan tapi lepas tu kecundang separuh jalan.. So, beringat sikit yer!!!

Dan pada korang yang baca blog ni, yang aku kenal ke tak kenal aku, aku nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN kalau ada salah dan silap aku, terkata, termaki, tercaci, tersentap dan segala macam ter ke.. Harap dimaafkan.. Kalau termakan, terminum, terambik, terusik ke apa ke, harap dihalalkan.. Aku manusia biasa aje, tak lari dari membuat kesilapan.. :)

Hari ni pun mood keje takde.. Datang keje pun pakai jeans je.. Hehehe.. Giler malas nak gosok baju dah.. So, jumpa korang lepas raya k.. Jangan makan berlebih-lebih nanti baju korang lepas raya sume tak muat plak! (peringatan untuk diri sendiri sebenarnya!) hahaha.. Udah la, malas nak bebel.. Enjoy your long holiday!! xoxo..

Thursday, August 26, 2010

Mandi Junub

Sekadar mahu berkongsi. Takut bila fikir benda yang selalu dianggap remeh ini adalah benda yang paling penting. Bayangkan kalau yang tak tahu dari dulu, macam mana nak kira tu?? Huhu..

Telah dipastikan bahawa terdapat terlalu ramai dari kita yang tidak sah mandi wajibnya...saya kongsikan artikel ini untuk semuanya...sila share atau copy di blog masing-masing..terima kasih-azarudin bocheh.

Assalamualaikum,
Berkongsi sedikit ilmu… dari JAKIM.

Mandi wajib yg betul…..
Mandi wajib merupakan perkataan yang mudah disebut, tetapi jangan terkejut jika dikatakan banyak umat Islam di tanahair kita yang tidak sah mandi wajibnya kerana tidak melakukannya dengan betul.

Untuk melakukan mandi wajib yang betul, seseorang itu tidak boleh melakukannya dengan hanya mandi secara berdiri atau duduk mencangkung sahaja. Sebaliknya, ia mesti dilakukan dalam kedua2 keadaan bagi membolehkan seseorang itu meratakan air ke seluruh anggota badannya yang zahir.

Penolong Pengarah Bahagian Dakwah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Uztaz Haji Mat Jais Kamos, 49, menegaskan, bagaimanapun, berdasarkan pengalamannya sebagai bekas kadi di Pejabat Agama Islam Gombak Timur dan penceramah, didapati banyak umat Islam yang tidak mengetahui perkara ini.

“Akibatnya, mandi majibnya menjadi tidak sah kerana tidak memenuhi salah satu rukun mandi wajib iaitu meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir. Apabila mandi wajib tidak sah, ibadat yang dilakukan oleh seseorang itu juga turut tidak sah. Itulah akibatnya jika tidak melakukan mandi wajib dengan betul,” tegas beliau ketika ditemui di rumahnya di Taman Sri Keramat Kuala Lumpur .

Mandi wajib yang juga sebagai mandi junub atau janabah tidak boleh dipandang ringan oleh umat islam. Setiap orang yang mlakukannya mestilah mengetahui dan memenuhi rukun2nya. Jika tidak mandi wajib seseorang itu tidak akan sah.
Rukun mandi wajib ada 3 perkara. Pertama, niat. Kedua , menghilangkan najis di badan.Ketiga , meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir.
Niat mandi wajib: “Sahaja aku mengangkat hasar besar kerana Allah Taala.”
Atau ” Sahaja aku mandi wajib kerana Allah Taala.”

Niat itu di dalam hati dan ia hendaklah disertakan ketika air sampai ke mana2 bahagian anggota badan.
Bagi perempuan yang habis haid, niat mandi wajib ialah: ” Sahaja aku mengangkat hadas haid kerana Allah Taala.” Manakala bagi perempuan yang habis nifas, niat mandi wajibnya ialah: ” Sahaja aku mengangkat hadas nifas kerana Allah Taala”.

Niat itu jika dilambatkan atau ketika seseorang itu memulakannya selepas dia telah membasuh salah 1 anggota badannya akan menjadikan mandi wajibnya tidak sah. Oleh itu dia mestilah memulakan kembali niatnya ketika dia mula menyampaikan air keseluruh anggota badannya. Sekiranya dia berniat sebelum air sampai ke badan, niat itu juga tidak sah. Oleh itu mandi wajibnya tidak sah.

Mengenai rukun mandi wajib yang ke2, iaitu menghilangkan najis yang ada pada badan , menurut Ustaz Haji Mat Jais, menurut Imam Nawawi, jika kita ada najis di badan, najis itu boleh dibasuh serentak dengan mandi wajib. Ertinya membasuh najis dengan mandi itu boleh disekalikan.

Sementara rukun mandi wajib yang ke3, iaitu meratakan air ke seluruh anggota badan yang zahir , meliputi kulit, rambut dan bulu yang ada di badan, sama ada bulu2 yang jarang atau lebat. Jika rambut seseorang itu ditocang atau disanggul, sekiranya tidak sampai air ke dalamnya, tocang atau sanggul itu wajiblah dibuka. Bulu2 dalam lubang hidung pula, tidak wajib dibasuh kerana dianggap batin. Tetapi sekiranya, bulu2 di dalam hidung itu bernajis, ia wajiblah dibasuh.

Mengenai kuku pula, jika di dalam kuku ada kotoran yg boleh menghalang sampai air ke badan khususnya di bahagian bawah kuku, kotoran itu wajiblah dibuang. Membuang kotoran di dalam kuku itu pula boleh dilakukan ketika sedang mandi.

Tentang rambut yg diwarnakan pula selain inai, inilah yang merumitnya. Sebenarnya jika rambut seseorang itu diwarnakan dengan pewarna selain inai, mandi wajib seseorang itu tidak sah. Oleh itu, seseorang yang mewarnakan rambutnya dengan pewarna selain inai, jika dia hendak mandi wajib, dia mestilah membuang pewarna pada rambutnya terlebih dahulu. Tetapi untuk membuang pewarna itu pula bagaimana?..
Inilah yang rumitnya. Sedangkan pewarna pada rambut itu sebenarnya tidak boleh dibuang begitu mudah.

Yang menyebabkan mandi wajib orang yang menggunakan pewarna pada rambutnya tidak sah kerana pewarna itu akan menyalut rambutnya yang menghalang air sampai ke rambut. Ini berbeza dengan inai. Inai sebenarnya akan meresap ke rambut, tetapi pewarna pula akan menyalut rambut menyebabkan air terhalang ke rambut.

Tetapi dalam hal ini, jangan pula ada yang salah faham. Sebenarnya pewarna itu jika dikeluarkan sijil halal oleh JAKIM dan sekiranya pewarna itu tidak bernajis, bukanlah bermaksud menjadi tidak sah. Dalam hal ini, sukalah saya menyatakan bahawa sembahyang dan mandi wajib itu berbeza. Jadi, mestilah dipandang dari sudut yg berbeza.

Dalam hal ini juga, sukalah saya menyatakan, huraian mengenai rukun mandi wajib seperti yang telah saya nyatakan ini adalah merupakan perbezaan sah atau tidak mandi wajib. Jadi, ia perlulah diberikan perhatian yang lebih oleh umat Islam.

Mengenai sebab2 seseorang itu wajib mandi wajib pula, Ustaz Haji Mat Jais menegaskan, sebab2nya terdiri daripada 6 sebab. 3 sebab melibatkan lelaki dan perempuan iaitu kerana bersetubuh walaupun tidak keluar air mani, keluar air mani dan mati. Manakala 3 sebab lagi hanya melibatkan kaum perempuan sahaja, iaitu keluar darah haid, nifas dan melahirkan anak(wiladah) .

Mandi wajib boleh dilakukan di mana2 dengan menggunakan air mutlak sama ada air telaga, air paip, sungai laut dan tasik.
Bagi pasangan suami isteri yang bersetubuh pula, mereka tidak semestinya mandi selepas bersetubuh, tetapi diwajibkan mandi ketika ingin beribadat.

Selepas bersetubuh pula, jika ia dilakukan pada waktu malam, jika tidak mahu mandi wajib, seelok2nya ambillah wuduk sebelum tidur itu adalah sunat, manakala tidak berwuduk sebelum tidur adalah makruh.

Panduan Tambahan
1. Agar wajah selalu segar, berseri-seri dan cantik, cucilah minima 5 kali sehari dengan air wudhu. Jangan langsung dikeringkan, biarkan menitis dan kering sendiri. Lalu ambillah sajadah, shalat, berdzikir, dan berdo’a.

2. Untuk menghilangkan stress, perbanyaklah ‘olahraga’. Cukup dengan memperbanyakkan solat. Ketika solat, kita mengerakkan seluruh tubuh. Lalu berkonsultasilah pada Allah SWT dengan dzikir dan do’a.

3. Untuk pelembab, agar awet muda, gunakanlah senyuman. Tidak hanya di bibir tapi juga di hati. Jangan lupa bisikkan ‘kata kunci’, “Allahuma Kamma Hassanta Khalqii Fahassin Khuluqii” (Ya Allah sebagaimana engkau telah memperindah kejadianku, maka perindah pula akhlaqku).
(HR Ahmad).- ( DOA TENGOK CERMIN ).

4. Untuk punya bibir cantik, bisikkan kalimat-kalimat Allah, tidak berbohong atau menyakiti hati orang lain, tidak menyombongkan diri atau takbur.

5. Agar tubuh langsing, mulus, diet yang teratur dengan berpuasa seminggu 2 kali, Isnin dan Khamis. Jika kuat, lebih bagus lagi puasa Nabi Daud AS i.e. selang satu hari. Makanlah makanan halal, perbanyak sayuran, buah-buahan, dan air putih.

6. Untuk mengembangkan diri, sebarkan salam dan sapaan. Dengan demikian kita akan banyak dikenal dan disayangi.

Rahsia 13
Inilah dia rahsia as-solat, sebagai peringatan bagi yang sudah tahu atau panduan bagi yang baru tahu……


1. Niat Sembahyang Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.
2. Berdiri Betul Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.
3. Takbir-ratul Ihram Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.
4. Fatihah Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.
5. Ruqu’ Sebagai tikar kita di dalam kubur.
6. I’tidal Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika di dalam kubur.
7. Sujud Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM.
8. Duduk antara 2 Sujud Akan menaung panji-panji nabi kita di dalam kubur.
9. Duduk antara 2 Sujud (akhir) Menjadi kenderaan ketika kita di padang Mahsyar.
10.Tahhiyat Akhir Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar & Nankir di dalam kubur.
11.Selawat Nabi Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.
12.Salam Memelihara kita di dalam kubur.
13.Tertib Akan pertemuan kita dengan Allah S.W.T.

Dari Abdullah bin ‘Amr R. A., Rasulullah S. A. W.bersabda : “Senarai di atas adalah salah satu sebab mengapa orang Yahudi / Kafir tidak sukakan angka 13 dan juga Hari Jumaat. Itulah sebab mengapa mereka mencipta cerita yang begitu seram sekali iaitu ” FRIDAY the 13th ” jika ada di kalangan kamu yang perasan!!!”
Wassalam.


“Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat…” Sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang memberi manafa’at kepada manusia lain…