Monday, February 21, 2011

Cuti-cuti, jalan-jalan

Yezzaaa.. Kembali bersiaran setelah seminggu aku cuti.. Best betul cuti, sampai rasa malas pulak nak datang keje.. Hakhakhak.. Kalau la boleh duduk je rumah tapi hujung bulan tetap dapat gaji kan? Laaagi heaven!

Aku start cuti dari hari Maulidur Rasul tu sampai hari Jumaat. Sekali dengan En. Hubby pun cuti.. Tu yang best tu! Rasa macam baru kawen pulak! Awwwwww.. Hahaha.. *muntah*.. Sekali sekala seronok jugak menghabiskan masa berdua-duaan sebab anak-anak tetaplah aku pos ke taska nun.. Mak bapak nak bersuka ria pulak..

Tapi takde ke mana pun, jalan-jalan, makan-makan.. Gi Ikea cari barang rumah sket.. Tengah feeling-feeling nak decor pulak kan.. Tanak kalah, nak pergi Ikea je, padahallll aku carik barang murah je kat situ.. Hahaha.. Tong sampah RM2.90, lampu RM9.50.. Hahaha.. Kelakar.. Pergi jauh-jauh beli benda merapu je.. Tapi ye la kan.. Ikea ni kalau murah macam tak masuk akal pulak.. Rasa macam ruginya tak beli.. Ntah apa-apa.. Tapi kalau yang mahal pun, macam tak masuk akal jugak.. Sikitttt punya sempoi barang tapi harga beratus-ratus, beribu-ribu.. So, being a modest person, kita beli barang murah je la ekkk.. (Cakap je ko sengkek, setakat pergi Ikea nak makan meatball dengan karipap best! Hahaha)

Tapi macam nak muntah pulak minggu ni pergi Ikea je 3 kali.. I repeat, 3 kali dalam seminggu! First hari tu pergi hari Rabu kot.. Lagi dua kali pergi hari Ahad.. Iye, tak tipu, sehari tu aku pergi Ikea 2 kali okehhh.. Pagi pergi dengan member aku, beli barang sikit-sikit.. Bawak balik, sekali En. Hubby kata kenapa beli Rug tu satu je? Tak cukup, kena beli dua.. Tiba-tiba dia bersiap dengan anak-anak aku shoot balik pergi Ikea.. Gila letih! Tapi bila repeat tu takde maknanya.. Konon nak beli Rug je kan? Beranak pinak jugak satu troli.. (Barang murah jugakk! Hahaha). And nasib baik Haikal & Humaira ok je.. Aku dah downloadkan game baru kat PSP, so bagi kat Haikal dia dok dalam troli diam-diam main game. Si Humaira lak dok jakun tengok orang ramai-ramai kat dalam tu.. So, dia duduk rilek je dalam stroller.. Bagus! Tenang memilih barang semalam.. Tapi En. Hubby pulak yang over nak beli barang decor.. Lantak.. Janji mak suka rumah cantik.. Sedap sikit mata aku ni, nak lepak rumah pun best.. Err, Bee, hujung tahun tukar sofa pulak eh! Hehehe.. (Macam kan dapat.. Harus kena tarbiah dulu. T_T)

Balik dari Ikea hari Ahad tu, terus gi JJ Balakong pulak.. Cari barang sikit, beli mainan Haikal.. Pastu round-round nampak swimming suit untuk baby girl.. Ala comey! Mula la aku dok membelek.. Nak beli kat Humaira la konon.. Ntah bila nak pergi swimming pool pun tak tau.. Tapi sebab macam comel, plus memang ada plan nak bawak diorang pergi swimming, so belikan satu swimming suit untuk diorang dua orang.. Mak dengan Apak dah ada dah (eh, muat lagi ke ntah swimming suit aku tu? Gegegege)


Comel kan??

Budak dua orang ni dah tergolek letih.. Ntah apa yang letih sangat ntah.. Padahal keje duduk je pun.. Check-out kaki Humaira.. Dah landing ke mana-mana ntah.. Gila ganas perempuan ni tido.. Haissh!
Itu je la aktiviti di hari cuti.. Sekian.. :D


Monday, February 14, 2011

I fell in love with you...

Wah, wahhh.. Dengan siapa pulak kau nak bercinta ni ha?? Sila sedar diri tu dah kahwin, production pun dah keluar 2 dah.. Ada hati mahu bercinta lagi kah?? Nak kena sembelih dengan laki aku boleh kot? Hahaha.. Oh tidakkk.. I orang yang setia youuu.. Takde de nak bercintan-cintun dengan orang lain.. Aku sebenarnya kannn, dah jatuh cinta dengannn... Nak tau? Nak tau? Ni dia...

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Tadaaaaa!


Semalam pergi JJ Balakong, singgah la Watson saje cuci-cuci mata kononnya kan.. Sekali ternampak menatang ni.. Sebelum ni pernah la tengok yang brand Maybeline punya tapi ntah kenapa tak minat pulak nak beli.. Tapi yang ni macam menarikk je.. Plus dia punya brush attached together dengan bottle tu.. Baguihhhh! Aku benci kalau brush asing-asing ni.. Karang berterabur semua.. Tak pun, jadi barang mainan Humaira.. Haihh! So semalam aku berjaya membelikan diri aku Gel Eyeliner ni.. Murah je.. Baru RM23.90..

Balik rumah, cececehh, tak nyempat.. Terus try.. Hahaha.. Gila gelojoh jakun! Tapi aku memang gila eyeliner.. Kalau keluar je, gi keje ke, hatta gi 7 eleven area rumah aku sekalipun, WAJIB pakai eyeliner.. Nasib kat rumah je tak pakai kan.. Sebelum En. Hubby cakap aku buang tebiat over, biar la aku menten 'natural' beauty je kat rumah eh.. Hahaha..

Okeh, cerita sikit pasal product ni.. Ohhh, sungguh buat aku teruja.. Sangat jatuh chenta dengan ini barang.. Haha.. Bestttt giler weh! Walaupun murah, dan brand Silky Girl je konon, tapi memang syok pakai.. Berus dia pun best.. Pakai pun smooth je.. Kemas pun kemas.. Gel dia pun lembuttt sangat.. Takde la smudge kalau pakai.. Pergghh, terus jatuh cinta pandang pertama.. Lagi satu yang aku suka bangat, kaler dia hitam pekat, melekat, likat, legam semua lahh! Nak buat style 'cat eye' pun senanggg je.. Terus pagi ni pergi keje pakai eye liner ni je.. Eye liner Revlon aku letak tepi.. Hahah.. Memang kacang lupakan kulit daku ini.. Hohohoho..

So, sape yang gila suka eyeliner macam aku, sila berlari dengan pantas ke Watson/Guardian berdekatan.. Tak rugi beli.. Dijamin halal!


Thursday, February 10, 2011

World's Local Bank?? Pungkokkk laaa..

Aku tengah geram dengan HSBC Bank ni.. Nak enquiry benda pun dok pass around macam bola.. Bila tanya soh call sana-sini.. Bila call tak angkat-angkat.. Bila dapat person in charge takde.. PKM la.. Haihh, hangeeennn je aku nih.. Procedure macam bangkai.. Nyusahkan customer je.. Bongok, bongok, bongokkk! Haihhh, Gerammmmm!!!!

3 Minggu Je Lagi??

Haihhhh..! Boss aku dah nak tamat tempoh lantikan as Ketua Bahagian this 2nd of March! And he decided not to continue as he wanted to focus more on writing articles (he's a lecturer as well).. Huwaaaaaaa!!!!!

So kira-kira ada la lebih kurang 3 minggu je lagi before dia blah.. Sape la boss baru aku nanti?? Menci laaa.. Harap dapat yang best jugak macam dia.. Kalau tak, aku pun nak tukar jugak la..! Hahaha. Banyak la ko kan? Ko nak lari mana pompuan?? Dok je kat ofis tu diam-diam.. Balik ni gi sembahyang hajat moga dapat boss yang best! Aminnnn..

Tuesday, February 8, 2011

Giler Glamer Part II


Hoihh, tak abes lagiiiii.. Hahahaha.. Sila la muntah dengar statement glamer aku ni.. Hihihi.. Takde apa pun, just nak tepek gambar-gambar tarian kitorang hari tu.. Ada la dapat dah gambar dari En. Gambagrapher.. Hari tu aku tepek gambar dari henfon cikais aku je.. Haih, nak kena carik kamera best sikit ni! Hahaha.. *Tiba-tiba*


Dah, dah! Takmo cerita panjang.. Nak suruh korang tengok gambar je.. :D


Bergambar dengan team koir

Dengan cikgu.. Amboiii.. Kaler baju cikgu pun tanak kalah tuu! Hahaha..

Us.. :)

Gabungan dengan team teater






Suka gambar ni, tapi blur la plak..

Bergambar dengan En. Gambargrapher.. Dia pun nak interframe gakkk.. :D

With team Boria

Love it!


Zapin..
  
Dah glamer-glamer tadi, sekali makan nasik bungkus je nokk! Hilang dah glamer mak.. Hahahaha.. Penari bajet cipuit katakannn.. Huhuhu..

BebelBebel: Apapun, this was a fun and happy moment!!