Tuesday, February 8, 2011

Mak Glamer Nokkkk!!!

Hahaha.. Aku memang giler glamer 2-3 menjak ni.. Pagi tadi kawan aku punya la semangat panggil aku.. Aku ingatkan apahal ntah, rupanya muka mak masuk paper nokkk!! Hahahaha.. Depannn sekali pulak tu muka aku.. Alah, paper Kosmo! je pun, tapi still la masuk paper kan.. Walaupun dalam artikel tu takde pun story pasal tarian tapi ada aku kesah?? Janji muka aku keluar paper! Muahahahaha.. Bengong eh? Keluar cipuit gitu pun meroyan.. Haha.. Apa?? Tak percaya? Meh aku tepek sikit..




Memelihara muzik istana


Oleh MAZLINA ABDUL MAJID
mazlina.majid@kosmo.com.my


--------------------------------------------------------------------------------

Memartabatkan seni warisan

Remaja-remaja ini berkata, mereka tidak pernah jemu untuk memperjuangkan muzik gamelan bagi memastikan seni itu tidak luput ditelan zaman. “Satu kerugian kepada individu-individu yang menganggap muzik gamelan sebagai muzik picisan,” luahnya. UPM terus unggul dalam memartabatkan seni dan budaya Melayu. PKKSSAAS apabila menjadi medan kepada generasi muda untuk berlatih, mengasah dan mengembangkan bakat terpendam yang dimiliki.



 PERSEMBAHAN gamelan akan menjadi lebih meriah dengan kehadiran penari.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------
BebelBebel: Ni aku paste artikel pendek je.. Nak baca lebih klik kat sini. Tapi cerita semua pasal muzik Gamelan je.. Tak payah klik pun takpe.. Aku nak menunjuk gambar aku je.. Muahahahaha.. Suka.. Suka!!


mushroomemoticon

Thursday, February 3, 2011

Home Alone...

Di kala korang seronok-seronok pergi jalan-jalan sempena cuti Raya Cina yang panjang ni, aku stay kat rumah aje sebab En. Hubby keje. Huhuhu. Nasib baik En. Hubby bawak Haikal sekali, so tinggal la aku dengan dak kecik a.k.a Humaira. Tapi sebab dia kan tengah demam selsema batuk semua so asyik memerap je. Aku bangun kejap dah menjerit. Dia main-main sorang takpe asalkan aku kene duduk dekat dengan dia. Kalau aku hilangggg je kejap hatta nak pergi terkucil sekalipun, dengar la suara dia siap menongeng-nonggeng merajuk konon kena tinggal. Padahalll, macam la aku tinggal dia aku gi jalan memana pun. Adoi la.

Tengok aje la budak kecik ni. Menyepah bukan main suker lagi. Lantakk, janji ko tak menangis sudah. Setakat sepah sikit-sikit tu standard la kan. Dah namanya budak, takkan keje dia nak mengemas pulak. Hehehe. Sukati ko la dikkk, janji tak meraung sudahh.
Sent from my BlackBerry® smartphone

Wednesday, February 2, 2011

Gong Xi Fa Cai!!!

Hari ni pagi-pagi dah angkut anak-anak aku pergi klinik sebab semua dah srot-sret selsema campur batuk, siap badan pun dah panas manja-manja.. Haih.. Aku bab jaga anak ni tak kisah sebab diorang semua senang dijaga.. Tapi kalau jaga time tengah sakit-sakit demam ni haihhhhh, malass sikit ah.. Sebab semua jenis memerap.. Nak melekattt je.. Nak bergerak pun tak boleh.. Bangun nak pi kencing pun menjerit.. Nasib la anak kan? Kalau anak orang aku lantakkan aje.. Hahahaha.. Memang tak boleh keje jaga budak aku ni..

Apa pun, takde mood nak keje pun.. Mood cuti sudah mari.. Walaupun takde plan ke mana-mana pasal En. Hubby keje, tapi tak kisah la kan.. Janji mak cuti lama.. Tapi dok fikir macam mana makanan ikan aku 4 hari ni?? Kang taboh banyak-banyak kang kembung perut pulak ke terlebih makan.. Kalau letak sikit-sikit karang tak cukup makan pulak.. Hisshh.. Nanti la aku fikir kekdahnya ye..

Apa pun Happy Gong Xi Fa Cai pada sesiapa yang menyambutnya.. Hope this year will be a prosperous and dazzling year to all of you.. Gong xi, gong xi, gong xi nii... :D

Tuesday, February 1, 2011

Projek Siap Sudah..

Ceh, ye-ye je macam projek besar sangat eh? Hahaha.. Ok la kan, ada jugak la buat something daripada duduk je takde pape kan.. By the way, kita kat ofis kadang tensen ke, stress ke apa kan, so macam mana korang release stress kat ofis?? Haaa, tu la dia projek baikk aku! Aku letak akuarium kat bilik aku! Muahahaha.. Sangat best! Rasa tenanggg je dengan bunyik air, nampak ikan kecik berenang-renang.. Tapi ikan ni baru bertukar tuan, dok menyorok je celah daun pokok.  Kot dia segan ke, malu kot? Hahaha.. Apa? Tak percaya?? Meh sini tengok!

Haa.. tu dia.. Akuarium dari tempat duduk aku.. 


Kalau dari pintu masuk, dah leh nampak akuarium atas meja aku.. :)

Daun dalam akuarium tu curik member aku punya, batu 2 ketul tu aku kutip kat area parking lot ofis aku.. Ikan?? Aku curik pegawai kat ofis aku punya.. Hahahaha..



Ikan tengah mesyuarat..



Ikan malu-malu.. Dok nyorok celah daun.. Macam la aku tak nampak.. :D

Serius rasa best ah.. Sebab bunyik air dan tengok ikan berenang tu macam tenanggg je rasa kan.. Tambah kalau pasang muzik Kenny G ke, pergghh! Mau lentok.. Ni bukan nak keje ni, ni nak tido dah ni.. Hahahah.. Lantakkk! Janji gue happy! :D

Projek Baikkkk Punye..

Aku tengah buat satu projek baikkk punye.. Nak menambahkan serenity kat bilik ofis aku.. Dah siap aku upload.. Tungggguuuuuuu!!